You are on page 1of 17

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

PENGENALAN

PENGHASILAN BUNYI VOKAL DAN KONSONAN

BUNYI VOKAL

CARA MEMBUNYIKAN VOKAL

BUNYI KONSONAN

CARA MENGHASILKAN BUNYI KONSONAN PERBEZAAN FONEM DAN ALOFON

13

CIRI-CIRI SUPRASEGMENTAL

14

KESIMPULAN

16

1.0

PENGENALAN Manusia berkomunikasi dengan pelbagai cara untuk menyampaikan sesuatu tujuan atau

maksud. Salah satu cara berkomunikasi ialah dengan menggunakan alat yang paling maju, canggih, dan kerap digunakan oleh manusia, iaitu bahasa.. Namun begitu, fungsi bahasa yang paling utama ialah alat komunikasi antara manusia. Antara elemen penting yang mendasari maksud bahasa ialah fungsi bahasa dan bentuk bahasa. Sesuatu yang perlu difahami ialah walaupun bahasa bersifat arbitrari, namun bahasa mempunyai peraturan dan rumusnya yang bersistematik. Fonetik ialah bidang linguistik yang khusus mengkaji penghasilan bunyi-bunyi bahasa. Bunyi-bunyi bahasa ialah bunyi bermakna yang dikeluarkan oleh alat ujaran manusia, iaitu rongga mulut dan hidung. Bunyi-bunyi bermakna menolak bunyi seperti batuk, bersin, dan berdengkur kerana bunyi-bunyi ini tidak mendukung makna. Menurut Arbak dan Ahmad (2000), fonetik adalah kajian tentang bunyibunyi ujar. Selain itu, fonetik juga boleh didefinisikan sebagai mempelajari segala bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia, baik bunyi bahasa, bukan bunyi bahasa, maupun bunyi marginal, dan memberikan simbol fonetik untuk setiap bunyi. 2.0 PENGHASILAN BUNYI VOKAL DAN KONSONAN

Semua bahasa di dunia mempunyai dua kelas bunyi asas yang digunakan semasa membuat bunyi-bunyi ujaran, iaitu bunyi konsonan dan bunyi vokal(Abdullah dan Ainon, 1994). Bunyibunyi konsonan terhasil apabila arus udara yang melalui rongga mulut mengalami sekatan, manakala bunyi-bunyi vokal terhasil apabila arus udara yang melalui rongga mulut keluar tanpa mengalami apa-apa sekatan.

Rajah 1: Bahagian alat-alat artikulasi

Kedudukan lidah semasa membunyikan bunyi-bunyi vokal juga amat penting agar sesuatu bunyi bahasa itu diujar dengan lebih tepat dan menepati kaedah penyebutan yang betul. Kedudukan lidah merujuk kepada darjah ketinggian lidah, iaitu jarak antara permukaan lidah dengan rongga di atas mulut ataupun disebut lelangit. Darjah ketinggian lidah ini dapat dibahagikan kepada empat tahap, iaitu sempit, separuh sempit, separuh luas, dan luas. Selain itu, keadaan bibir juga perlu dipastikan dalam keadaan yang betul untuk membunyikan bunyi vokal agar bunyi yang terhasil dapat mewakili huruf yang disebut itu. Ada tiga keadaan atau bentuk bibir iaitu hampar, separuh hampar dan bundar. 3.0 BUNYI VOKAL Vokal Bahasa Melayu merupakan jenis vokal utama. Secara keseluruhannya, ada lapan bunyi vokal dalam Bahasa Melayu, tetapi enam sahaja yang biasanya berlaku dalam pertuturan standard. Ciri-ciri yang menentukan vokal tersebut adalah: Bahagian lidah yang terlibat, sama ada hadapan atau belakang lidah Ketinggian lidah dinaikkan
3

Keadaan lelangit lembut Kedudukan bibir sama ada hampar atau bundar Keadaan glotis, dirapatkan dan semasa udara keluar dari paru-paru pita suara bergetar.

Perbezaan bunyi antara satu vokal dengan vokal yang lain ditentukan oleh kedudukan lidah. Kedudukan lidah tersebut sama ada tinggi, rendah, separuh rendah atau sebagainya.

Bahagian sebelah kiri adalah bahagian hadapan lidah manakala bahagian kanan merupakan bahagian belakang lidah. Garis-garis yang melintang pula menggambarkan tinggi atau rendah lidah dinaikkan. Sebagai contoh, untuk membunyikan vokal (u), lidah dinaikkan dengan tinggi namun untuk membunyikan vokal (a), lidah diangkat rendah sahaja. Vokal bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu: a) Vokal hadapan i. (i)- vokal depan sempit ii. (e)- vokal depan separuh sempit iii. (a)- vokal depan luas/ lapang iv. ()- vokal depan separuh luas b) Vokal belakang i. (u)- vokal belakang sempit ii. (o)- vokal belakang separuh sempit
4

iii. ()- vokal belakang separuh luas/ lapang c) Vokal tengah i. ()- vokal tengah Bagi bunyi vokal () dan (), tidak ada huruf yang khusus dalam sistem tulisan. Huruf yang dipakai untuk melambangkan bunyi vokal () adalah e, manakala bunyi vokal () dilambangkan oleh huruf o. Bunyi ini wujud daripada dialek yang digunakan oleh masyarakat setempat.

Rajah 3: Keadaan bibir semasa membunyikan vokal 4.0 CARA MEMBUNYIKAN VOKAL JENIS VOKAL Vokal belakang sempit (u) Contoh: ulam tuba iii) i) ii) CARA MEMBUNYIKANNYA Keadaan bibir hampar Depan lidah dinaikkan setinggi mungkin ke arah lelangit keras tetapi tidak sampai menyentuh lelangit keras. Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar

batu iv) v)

melalui rongga hidung. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut Pita suara digetarkan Keadaan bibir bundar Belakang lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah lelangit lembut tetapi tidak sampai menyentuh

Vokal belakang separuh sempit (o) Contoh: orang tokong keromo

i) ii)

lelangit lembut. iii) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung. iv) v) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut Pita suara digetarkan Keadaan bibir hampar Depan lidah dinaikkan setinggi mungkin kea rah lelangit keras tetapi tidak sampai menyentuh lelangit keras. iii) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung. iv) v) Udara dari paru-paru ke rongga hidung Pita suara digetarkan Keadaan bibir hampar Depan lidah dinaikkan separuh tinggi kea rah gigi gusi.

Vokal depan sempit (i) Contoh: iman silam dari

i) ii)

Vokal depan separuh sempit (e) Contoh: esa becak tauge

i) ii)

iii)

Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung.

iv)

Udara dari paru-paru keluar ke rongga hidung.

v) Vokal depan separuh luas atau lapang () Contoh: nak kk sor iv) v) i) ii) iii)

Pita suara digetarkan Keadaan bibir hampar Depan lidah dinaikkan separuh rendah kea rah gusi Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut Pita suara digetarkan

Vokal depan luas atau lapang (a) Contoh: anak malam lupa

i) ii) iii)

Keadaan bibir hampar Depan lidah ditrunkan serendah mungkin Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung

iv) v)

Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut Pita suara digetarkan

Vokal belakang separuh luas atau lapang () Contoh: leh bolh pidat

i) ii) iii)

Keadaan bibir bundar Belakang lidah dinaikkan separuh rendah Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung

iv) v)

Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut Pita suara digetarkan

Vokal tengah () Contoh:-

i) ii)

Keadaan bibir antara hampar dengan bundar Tengah lidah dinaikkan kearah lelangit keras tetapi tidak sampai menyentuh lelangit keras

mak blah

iii)

Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung

iv) v)

Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut Pita suara digetarkan

5.0

BUNYI KONSONAN Konsonan merupakan huruf selain vokal. Bunyi konsonan terhasil melalui sekatan,

sempitan dan geseran. Bunyi-bunyi konsonan mungkin bersuara dan mungkin juga tidak bersuara. Semasa menghasilkan bunyi konsonan, berlaku sekatan atau geseran dalam rongga tekak atau rongga mulut hasil daripada sentuhan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi. Cara arus udara keluar dari paru-paru akan menghasilkan pelbagai kategori bunyi konsonan iaitu konsonan letupan, konsonan letusan, konsonan geseran, konsonan sengau, konsonan sisian, konsonan getaran dan separuh vokal. Sentuhan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi yang akan menghasilkan pelbagai bunyi konsonan, antaranya konsonan dua bibir, konsonan bibir gigi, konsonan gigi, konsonan gelungan, konsonan gusi-lelangit keras, konsonan lelangit lembut dan konsonan anak tekak. 6.0 CARA MENGHASILKAN BUNYI KONSONAN

Bunyi-bunyi konsonan dalam bahasa Melayu dihuraikan mengikut cara penghasilannya, iaitu dari segi cara arus udara keluar dari paru-paru. Terdapat tujuh jenis konsonan asli dalam bahasa Melayu iaitu letupan, letusan, geseran, geteran, sisian, sengau dan separuh vokal. Konsonan Letupan a. Konsonan Letupan Dua Bibir (p- tidak bersuara) dan (b- bersuara) Cara menghasilkan konsonan letupan dua bibir adalah dengan merapatkan bibir bawah ke bibir atas dan udara dari peparu tertahan dan menaikkan lelangit lembut

rapat ke dinding belakang rongga mulut dan tersekat di belakang pertemuan dua bibir. Kemudiannya, sekatan itu dilepaskan dengan serta-merta. Jika semasa menhasilkan bunyi itu glottis direnggangkan, pita suara tidak bergetar dan bunyi yang terhasil ialah konsonan letupan dua bibir tidak bersuara, iaitu (p). Tetapi jika glottis dirapatkan dan pita suara bergetar, yang terhasil ialah konsonan letupan dua bibir bersuara (b). Contoh (p): paku Contoh (b): bayu

b. Letupan Gigi-Gusi (t- tidak bersuara) dan (d- bersuara) Cara menghasilkan konsonan letupan gusi adalah dengan merapatkan hujung lidah ke gusi dan menaikkan lelangit lembut rapat ke dinding belakang rongga tekak. Kemudian, sekatan itu dilepaskan dengan serta-merta. Jika semasa penghasilan bunyi ini glotis direnggangkan, pita suara tidak bergetar dan bunyi yang terhasil ialah konsonan letupan gusi tidak bersuara iaitu (t). Tetapi jika glotis dirapatkan dan pita suara bergetar, yang terhasil ialah letupan gusi bersuara (d). Contoh (d): dagu Contoh (t): tali

c. Letupan Lelangit Lembut (k- tidak bersuara) dan (g-bersuara) Cara menghasilkan konsonan letupan lelangit lembut adalah dengan belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut. Jika semasa penghasilan bunyi itu glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar bunyi yang terhasil ialah letupan lelangit lembut tidak bersuara iaitu (k). Tetapi jika glottis dirapatkan dan pita suara bergetar, bunyi yang terhasil ialah letupan lelabgit lembut bersuara iaitu (g). Contoh (g): gagak Contoh (k): kamu

d. Letupan (Hentian) Glotis (?) Konsonan hentian glotis dihasilkan dengan cara pita surara dirapatkan serapatrapatnya dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak. Rapatan itu kemudiannya dilepaskan serta-merta tanpa menggetarkan pita suara. Justeru, terhasillah bunyi hentian glotis. Hentian glottis diakhir perkataan-perkataan yang dieja dengan huruf k, contohnya (buda?) dan (kapa?). Konsonan Letusan a. Konsonan Letusan Lelangit Keras ( c- tidak bersuara) dan ( j- bersuara) Depan lidah ditemukan dengan daerah antara gusi dengan lelangit keras dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan tersekat di belakang pertemuan antara depan lidah dengan lelangit keras dan sekatan itu dilepaskan perlahan-lahan. Jika sewaktu menghasilkan bunyi ini glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar, maka terhasillah konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara (c). Tetapi jika glotis dirapatkan dan pita suara bergetar, maka terhasillah konsonan letusan lelangit keras bersuara (j). Contoh (c): cuba Contoh (j): jambu

Konsonan Geseran (Friktif) Bahasa Melayu mempunyai dua jenis konsonan geseran asli, iaitu konsonan geseran asli, iaitu konsonan geseran gusi tidak bersuara (s) dan bersuara (), konsonan geseran glotis (h) serta konsonan geseran lelangit keras tidak bersuara () dan konsonan pinjaman geseran bibir bersuara (v) dan tidak bersuara (f) serta konsonan pinjaman geseran gigi-gusi bersuara (z) dan konsonan pinjaman geseran gigi-gusi tidak bersuara (). Menurut Ahmad dan Kamal (2000) ,terdapat juga konsonan pinjaman geseran lelangit lembut tidak bersuara (x) dan bersuara ().

10

a. Konsonan geseran gusi tidak bersuara (s) dihasilkan dengan cara hujung lidah ditemukan dengan daerah gusi. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak. Arus udara dan paru-paru keluar melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser dengan daerah pertemuan hujung lidah dengan gusi. Glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar. Contoh:- nasi b. Konsonan geseran lelangit keras tidak bersuara () bahagian daun lidah dirapatkan ke daerah di antara lelangit keras dengan gusi untuk membuat sempitan. Udara yang dikeluarkan daripada paru-paru disalurkan melalui rongga mulut dibiarkan, bergeser keluar di daerah sempitan gusi itu tanpa menggetarkan pita suara. Sebagai contoh:- irik c. Konsonan geseran gusi bersuara () dihasilkan apabila daun lidah berada di antara gigi atas dan gigi bawah. Kemudian,

lelangit lembut terangkat rapat ke belakang bahagian rongga tekak. Udara yang dikeluarkan daripada paru-paru disalurkan melalui rongga mulut dibiarkan, bergeser keluar di daerah gigi itu sambil menggetarkan pita suara. Sebagai contoh: aif dan faru. d. Konsonan geseran glotis (h) Dihasilkan dengan cara glottis terbuka luas dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak. Arus udara dari paru-paru keluar bergeser tanpa gangguan dan keadaan dalam rongga mulut seperti menghasilkan bunyi-bunyi vokal. Contoh kehadiran dalam perkataan adalah dalam perkataan hutan, sahaja dan suluh. e. Konsonan pinjaman geseran bibir tak bersuara (f) Dihasilkan dengan bibir bawah dirapatkan kepada gigi atas supaya membuat sempitan. Kemudian, lelangit lembut terangkat rapat ke bahagian belakang bahagian rongga tekak. Udara yang dikeluarkan daripada paru-paru disalurkan melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser keluar di daerah rapatan bibir bawah dan gigi atas tersebut tanpa menggetarkan pita suara. Sebagai contoh:- feri
11

f. Konsonan pinjaman geseran bibir-gusi bersuara (v) Terhasil apabila bibir bawah dirapatkan kepada gigi atas supaya membuat sempitan. Kemudian, lelangit lembut terangkat rapat ke bahagian belakang bahagian rongga tekak. Udara yang dikeluarkan daripada paru-paru disalurkan melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser keluar di daerah rapatan bibir bawah dan gigi atas tersebut sambil menggetarkan pita suara. Sebagai contoh: van Konsonan Getaran ( r- lidah bergetar) Konsonan getaran dihasilkan tanpa sebrang sekatan atau sentuhan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi dalam rongga mulut, tetapi dengan cara mengetarkan lidah. Dalam bahasa Melayu terdapat hanya satu konsonan getaran iaitu konsonan getaran gusi (r). Cara menghasilkan bunyi ini adalah dengan mengangkat hujung lidah kea rah gusi dan mengetarkan hujung lidah. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. Contoh:- rata

Konsonan Sisian (l) Konsonan sisian dihasilkan dengan mengeluarkan udara di kiri dan kanan lidah dalam rongga mulut. Dalam bahasa Melayu, terdapat hanya satu konsonan sisian iaitu sisian gusi (l). Konsonan sisian gusi dihasilkan dengan cara hujung lidah diangkat ke arah gusi (l). Konsonan sisian gusi dihasilkan dengan cara hujung lidah diangkat ke arah gusi atas dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak. Arus udara dari paru-paru keluar melalui kiri dan kanan lidah (sisi lidah). Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. Contoh:- lapar, malu, amal.

Konsonan Sengau Konsonan sengau dihasilkan dengan membuat sekatan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi di dalam ronnga mulut. Lelangit lembut diturunkan, membenarkan
12

arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga hidung. Berikut dihuraikan cara menghasilkan konsonan-konsonan ini. Konsonan separuh vokal dua bibir bersuara [w]. Bahagian bibir dibundarkan dan belakang lidah dinaikkan ke arah lelangit lembut. Lelangit lembut itu sendiri terangkat ke bahagian belakang rongga tekak. Kemudian, pita suara digetarkan sambil lidah bergerak pantas ke kedudukan untuk mengeluarkan vokal tengah. Sebagai contoh: wakil, bawal, straw.

7.0

PERBEZAAN FONEM DAN ALOFON Menurut Asmah Omar, fonem dianggap sebagai unit linguistik terkecil yang tidak

mengandungi makna. Fonem dapat membezakan makna dan hal ini berbeza dengan alofon yang tidak membezakan makna. Untuk membezakan sama ada sesuatu unsur tersebut berstatus fonem atau alofon, kita dapat menggunakan tiga cara, iaitu melalui kaedah pasangan minimal, pasangan minimal terdekat, dan variasi bebas. Selain itu, dalam pengkajian fonologi, unsur yang membentuk fonem, iaitu fitur distingtif juga dikaji. Antara fitur yang dikenal pasti tersembunyi dalam fonem-fonem tersebut ialah konsonan, silabik, sonoran, koronal, anterior, labial, nasal, dan bersuara. Kesemua fitur tersebut diberikan nilai sama ada nilai wujud atau hadir ( + ) ataupun nilai tiada atau kosong ( - ). Fonem Fonem ialah unit bahasa terkecil yang berfungsi. Satu unit ujaran yang bermakna atau perkataan, terdiri daripada beberapa unit bunyi, misalnya kata palu. Kata ini terdiri daripada empat unit bunyi, iaitu p, a, l, u. Unit-unit bunyi ini dipanggil fonem, iaitu unit terkecil yang berfungsi. Jika p diganti dengan m, maka palu akan bertukar menjadi malu. Oleh itu, p dan m adalah unit terkecil yang berfungsi kerana unit itu membezakan maksud ujaran. Selain daripada itu fonem juga boleh difahamai sebagai unit yang terkecil yang membezakan makna. Perbezaan makna ini dapat dilihat pada pasangan minimal atau pasangan terkecil perkataan. Contoh yang seterusnya ialah pasangan minimal perkataan barat dan karat. Pasangan minimal barat dan karat ini dibezakan oleh fonem b dan k. Ianya merupakan unit yang
13

terkecil yang membezakan makna pasangan minimal barat dan karat. Maka b dan k merupakan unit-unit terkecil yang membezakan makna. Oleh itu, b dan k dikategorikan sebagai unit-unit terkecil yang membezakan makna pasangan minimal dan diletakkan dalam kurungan fonem iaitu /b/ dan /k/. Alofon Fonem terdiri daripada anggota fonem yang dipanggil alofon. Alofon juga merupakan kelainan bunyi antara satu sama lain tetapi masih tergolong ke dalam satu fonem(Ahmad dan Kamal, 2000). Kelainan bunyi yang tergolong ke dalam satu fonem ini berlaku akibat terpengaruh oleh bunyi tertentu sama ada yang terdahulu atau terkemudian daripadanya.Misalnya fonem p dalam palu, lupa dan luap. Bunyi p dalam palu dan lupa diujarkan sebagai letupan bibir yang sempurna , tetapi dalam luap, bunyi p diujarkan sebagai letupan bibir yang tidak sempurna, yakni tidak diletupkan. Dengan itu, daripada ketiga-tiga contoh kata di atas, fonem p mempunyai dua alofon. 8.0 CIRI-CIRI SUPRASEGMENTAL

Fonem ini juga disebut sebagai fonem suprapenggalan iaitu ciri atau sifat bunyi yang menindihi atau menumpangi sesuatu fonem. Fonem ini terdiri daripada tekanan, kepanjangan, jeda, tona dan intonasi. 1. Tekanan Merupakan ciri lemah atau kerasnya suara penyebutan sesuatu suku kata. Biasanya berlaku pada suku kata dalam perkataan. Dalam bahasa Melayu tekanan berlaku dalam vokal. Bunyi vokal selalunya disebut dengan lantang dan boleh dipanjangkan. Lazimnya ia berlaku dalam suku kata yang kedua seperti ki ta, ba pa, sa tu dan seumpamanya.

2. Kepanjangan Ia juga disebut sebagai pendek bunyi merupakan ciri khusus yang terdapat pada perkataan dalam bahasa-bahasa tertentu. Ciri kepanjangan dan panjang pendek ini juga boleh membezakan makna dalam bahasa-bahasa tertentu seperti bahasa Arab, Inggeris, tetapi tidak membezakan makna bagi bahasa Melayu. Ia di tanda dengan tanda titik
14

dipanggil mora. Jika tanda mora itu satu titik ( . ) kepanjangan bunyinya setengah mora ( ; ) dua titik kepanjangan satu mora, dan jika empat titik ( :: ) kepanjangan ialah dua mora. Dalam bahasa Inggeris perbezaan makna terjadi apabila kepanjangan ini digunakan. Contoh, sit bermaksud duduk, dan si:t bermakna tempat duduk.

3. Jeda Disebut persendian ialah ciri atau unsur hentian (senyap) dalam ujaran sebagai tanda pemisah unsur linguistik, iaitu perkataan, ayat dan rangkai kata. Jeda atau persendian ini ditanda dengan + . Bagi bahasa Inggeris unsur ini membezakan makna. Contoh, I scream saya menjerit dan ice cream aiskrim bunyinya sama sukar dibezakan tetapi maknanya lain. Dalam bahasa Melayu, Terdapat rangkai kata yang boleh mengelirukan jika tidak memakai jeda, misalnya ujaran belikantin (belikan tin). Bagi membezakan makna itu perlu tanda dengan jeda seperti berikut: Belikan + tin membelikan tin = tin yang dibeli Beli + kantin membeli kantin = kantin yang dibeli Jeda atau persendian merupakan perbezaan dalam bahasa. Jeda juga digunakan untuk membezakan makna ayat. Contoh : Saya membaca buku ayah boleh dibezakan seperti berikut, 1. # Saya membaca buku ayah# (maksudnya saya membaca buku kepunyaan ayah) 2. # Saya membaca buku# kakak (saya memberitahu ayah bahawa saya membaca buku)

4. Tona Merupakan naik turun suara dalam pengucapan. Banyak bahasa mempunyai tona dan ia mengubah makna. Terdapat dua jenis tanda yang berbeza digunakan untuk membezakan tinggi rendah sesuatu perkataan. Pertama menggunakan tona mendatar, seperti ibu. Kedua tona meninggi, contoh guni. Ketiga tona turun-naik, contoh kuda dan akhir sekali tona menurun, contohnya marah. Yang kedua memakia tanda nombor 1 hingga 4 untuk menunjukkan perbezaan tona, Tona tinggi (keras) menggunakan satu, tona
15

sederhana tinggi (keras) menggunakan dua, tona rendah (lemah) menggunakan tiga dan tona sangat rendah (sangat lemah) menggunakan empat.

5. Intonasi Turun naik nada suara dalam pengucapan ayat atau prasa. Intonasi juga disebut lagu bahasa. Bahasa Melayu terdapat pelbagai intonasi atau lagu yang terdapat dalam ayat. Contohnya ayat berita yang menurun pada akhir ayat, ayat tanya pula meninggi apaila di akhir ayat. Semua jenis ciri suprasegmental, iaitu tekanan, kepanjangan, jeda, tona secara kombinasi turut membentuk intonasi dalam ayat dan digunakan dalam pertuturan seharian.

9.0

KESIMPULAN Komunikasi menggunakan bahasa dan kajian fonetik dan fonologi melibatkan organ

pertuturan manusia secara lansung. Bunyi vokal atau konsonan merupakan antara bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat artikulasi manusia. Semua bunyi vokal merupakan bunyi-bunyi bersuara, manakala bunyi konsonan ada yang bersuara dan ada yang tidak bersuara. Bunyi bersuara dan tidak bersuara ini berkait rapat dengan keadaan pita suara. sekiranya keadaan pita suara (glotis) tertutup rapat sewaktu udara keluar melaluinya, maka getaran akan berlaku pada pita suara dan bunyi yang terhasil ialah bunyi bersuara. Sebaliknya jika pita suara itu direnggangkan atau terbuka sewaktu udara melaluinya, maka getaran pada pita suara tidak berlaku maka yang terhasil ialah bunyi yang tidak bersuara. Secara keseluruhannya, pengunaan bahasa yang betul dalam pertuturan setiap hari amatlah penting dalam memartabatkan bahasa kita sendiri.

16

RUJUKAN Abdullah Hassan dan Ainon Mohd (1994). Bahasa Melayu Untuk Maktab Perguruan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Ahmad Kamal Muhammad (1992). Kejayaan Komunikasi. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise Arbak Othman Dan Ahmad Mahmood Musanid (2000). Linguistik Am. Kuala Lumpur: Penerbitan Sarjana. http://www.scribd.com/doc/13416756/Fonetik-Dan-Fonologi-Vokal http://www.tutor.com.my/stpm/fonologi/Fonologi.htm http://www.e-learn-dot.com/downloadcorner/PDF/bm_training.pdf

17

You might also like