You are on page 1of 2

Tajuk : Malaysia Negara Terbilang.

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, panel kehakiman, Dif dif kehormat, guru guru serta hadirin sekalian. Tampil saya pada hari ini untuk menyampaikan sebuah pidato yang bertajuk Malaysia Negara Terbilang Sebelum pidato ini saya teruskan, baik kiranya kita sama sama memahami intipati yang terkandung dalam tajuk pidato ini. Hadirin sekalian, Malaysia Negara Terbilang secara konsep membawa maksud negara yang kita cintai ini adalah sebuah negara yang terkemuka, terkenal dan dikenali oleh negara negara di dunia. Pada pagi ini akan saya bentangkan bukti bukti yang menunjukkan Malaysia negara terbilang. Hadirin sekalian, Pertama : Malaysia negara terbilang dalam aspek perpaduan. Biarpun masyarakat Malaysia masyarakat majmuk namun Sejak 13 Mei 69 hingga kini, masyarakat Malaysia hidup aman tanpa sebarang pertelingkahan dan perbalahan.Perpaduan inilah satu satunya jalan bagi membentuk keamanan dan kemajuan seperti kata L.Kupper Perpaduan , kunci kejayaan sesebuah negara Pemimpin dan pelancong asing yang mengunjungi Malaysia pasti menunjukkan kehairanan serta kekaguman dengan keunikan dan keamanan di Malaysia. Perpaduan pelbagai etnik , merupakan sesuatu yang amat unik selaras dengan cabaran pertama wawasan 2020 dan konsep 1 Malaysia. Perpaduan inilah yang menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara yang terbilang. Kedua : Malaysia negara terbilang dalam aspek Kesukanan. Tidak dapat dinafikan bahawa Malaysia kini merupakan antara penganjur sukan yang dianggap terbaik di dunia. Kemampuan Negara menganjurkan sukan Komenwell 1998 cukup membuktikan kemampuan Negara kecil menjayakan sukan kedua terbesar di dunia. Kini Malaysia juga mempunyai gelanggang Formula 1 yang diiktiraf terbaik di dunia. Dalam melahirkan ahli ahli sukan, kita juga telah berjaya meletakkan beberapa nama dipersada dunia.Datuk Nicol n David sebagai pemain squasy nombor satu di dunia, Datuk Lee Chong Wei pula terus unggul

dalam sukan badminton antarabangsa dan Sazali samad juga pernah dimahkotakan sebagai jaguh bina badan dunia . Frasarana sukan bertaraf dunia , keunggulan ahli sukan negara menjadi kebanggaan kita bersama dan meletakkan Malaysia negara yang terbilang dalam sukan dunia.

Ketiga : Malaysia negara terbilang sebagai destinasi pelancongan antarabangsa. Bandaraya Kuala Lumpur merupakan bandaraya yang indah , bersih dan menarik hati pelancong. Tertegak dan terbina bangunan bangunan bertaraf dunia seperti Menara Berkembar Petronas yang merupakan antara menara berkembar tertinggi di dunia, Menara Kuala Lumpur, Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang dan sebagainya. Malaysia juga kaya dengan pulau pulau pelancongan yang bertaraf antarabangsa seperti Pulau Langkawi, Pulau Tioman, Pulau Sipadan dan sebagainya. Jumlah pelancong terus meningkat. Kehadiran pelancong pelancong asing mencecah jutaan setahun turut mengukuhkan ekonomi Negara.Keindahan dan keunikan pelancongan inilah menjadikan Malaysia negara terbilang. Konklusinya : Malaysia negara terbilang. 1 Malaysia digenggam dalam pertahankan kegemilangan tiada tandingan .Negara terbilang, Malaysia terus cemerlang. Sekian, terima kasih.

You might also like