You are on page 1of 5

Sekolah Menengah Kebangsaan Banggi

Tel / Fax : 088-677431

Peti Surat 190, 89058 Kudat Sabah, Malaysia Email : smk_banggi@yahoo.com

KERTAS KERJA MAJLIS RESTU ILMU PELAJARPELAJAR TINGKATAN 3 PMR TAHUN 2012 1.0 MATLAMAT Melahirkan pelajar yang beradab dalam menuntut ilmu serta mengamalkan konsep pendidikan sepanjang hayat. 2.0 LATAR BELAKANG Perjalanan merentasi masa mencari ilmu tidak akan bermakna tanpa restu daripada insan-insan penting dalam kehidupan seorang pelajar. Majlis Restu Ilmu diadakan bagi memberi peluang kepada calon peperiksaan memohon maaf daripada guru-guru dan mendoakan kejayaan mereka dalam peperiksaan. Majlis Restu Ilmu ini juga bertujuan untuk memberi amanat dan pesanan mengenai perkara yang perlu dilakukan oleh para calon PMR pada saat-saat akhir sebelum menduduki peperiksaan. 3.0 OBJEKTIF Mengaplikasikan ilmu dalam realiti kehidupan sebenar Menghargai jasa dan pengorbanan guru Memohon berkat daripada guru-guru dalam proses penerimaan ilmu Tenang, yakin dan cemerlang dalam peperiksaan PMR

4.0 SASARAN Semua calon PMR SMKB 2012. 5.0 AHLI JAWATANKUASA PENASIHAT: En. Malek Mohd. Shafdar Bin Gulam Hassan PENGERUSI: En. Killy Bin Otahlahid(PK Akademik) PENGERUSI 2: Pn Aslina Binti Abdullah (PK HEM) Pn Awang Besar Bin Puteh (PK KoKurikulum) SETIAUSAHA 1: En. Mohd Zulhakimi Bin Zulkepli SETIAUSAHA 2: En. Dixon Bin Magusun (Kaunselor) BENDAHARI: Cik Nurlina Binti Mohd Jusoh PENYELARAS: En. John Bin Francis AJK: Semua Guru Subjek Tingkatan 3 6.0 TARIKH DAN TEMPAT Tarikh: 5 Oktober 2012. Masa: 8.00 pagi hingga 11.30 pagi Tempat: Surau dan Dewan Makan Asrama. 7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN Bi Perkara l 1 Makan dan minum ibu bapa Anggaran ibu bapa (140 orang) Bee hoon goreng (RM 2.00) Air Kotak (RM1.00) JUMLAH Kos (RM) RM 420.00

RM 420.00

PENUTUP Semoga majlis restu ilmu ini akan memberi impak yang positif dalam usaha pihak sekolah untuk meraih kecemerlangan dalam PMR 2012.
Disediakan oleh: Disahkan oleh:

.. MOHD ZULHAKIMI BIN ZULKEPLI En. MALEK MOHD. SHAFDAR BIN GULAM HASSAN Guru Perpustakaan dan Media Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Banggi Sekolah Menengah Kebangsaan Banggi 13 September 2012 13 September 2012

-MEMBERI ILMUAdalah kami guru-guru SMK BANGGI Yang telah mengajar, mendidik dan menitiskan ilmu pengetahuan Kepada calon-calon PMR sesi 2012 Pada pagi ini 05hb Oktober 2012 Dengan penuh keikhlasan dan rela hati Dengan rasminya merestui, meredhai dan menghalalkan segala ilmu kepada pelajar-pelajar yang kami sayangi Kami berharap pelajar-pelajar dapat memahami, menerima dan memanfaatkannya. Kami doakan semua pelajar akan mendapat ketenangan jiwa semasa menghadapi peperiksaan Dapat menjawab semua soalan denga teliti dan sebaik mungkin Dapat menggunakan masa dengan bijak dan cermat Dapat membuat pesediaan mental dan fizikal yang rapi Semoga dengan itu akan memperoleh keputusan yang cemerlang di dalam PMR dan SPM seperti yang diharapkan.

-MENERIMA ILMU-

Kami
Anak-anak didik tingkatan 3 2012 Dengan rasa rendah diri, ikhlas serta penuh keinsafan

Menerima segala curahan ilmu para guru Yang tabah mengajar tanpa rasa jemu Sabar mendidik kami Menjadi insan berilmu Guru Tidak terhitung bakti dan jasamu Tidak terbalas budi dan pengorbanan sucimu Dalam mewarnai masa depan kami Penuh bermakna Demi limpahan jasa keramatmu Kami kalungkan Segunung penghargaan dan terima kasih Buatmu selama-lamanya Guru Kami berjanji Menghadiahi dirimu, Jua keluarga tercinta Kuntuman bunga-bunga kejayaan Untuk itu Restuilah perjuangan suci kami Dalam peperiksaan PMR bakal menjelang Dengan rimbunan doa kudusmu Terima kasih guru!!!!!!!

You might also like