You are on page 1of 26

SULIT*

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN SEJARAH MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN KERTAS 2 MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN (Tiga Jam) MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN

940 / 2

STPM

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SANDAKAN (Peti Surat 1458, 90716 Sandakan) SOALAN SET 3 PEPERIKSAAN PENGGAL SATU Tingkatan Enam Atas SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)
Arahan Kepada Calon: Jawab empat soalan sahaja: dua soalan daripada Bahagian A dan dua soalan daripada Bahagian B.

Kertas soalan ini terdiri daripada 2 halaman bercetak Unit Peperiksaan STPM SMK Sandakan 1

BAHAGIAN A Jawab dua soalan sahaja. 1. Bincangkan sistem politik di Tanah Melayu sebelum campur tangan British.[25m] 2. Huraikan kegiatan ekonomi masyarakat Melayu sebelum campurtangan British[25m] 3. Jelaskan faktor-faktor penentangan masyarakat Melayu di Perak dan Pahang terhadap dasar pentadbiran British pada abad ke-19. [25m] 4. Huraikan perkembangan pendidikan di Tanah Melayu selepas campurtangan British sehingga tahun 1940. [25m] 5. Jelaskan mengapa pada peringkat awal Sabah dan Sarawak menolak Gagasan Malaysia [25m] 6. Bincangkan sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan di Malaysia hingga tahun 1963. [25m] BAHAGIAN B Jawab dua soalan sahaja. 7. Jelaskan sistem pembesar di Thailand dan Jepun sebelum campurtangan Barat.[25m] 8. Huraikan ekonomi komersil di Jepun dan Indonesia selepas kedatangan Barat pada abad ke-19. [25m] 9. Bincangkan dasar isolasi yang diamalkan di China dan Thailand sehingga pertengahan abad ke19. [25m] 10. Bincangkan faktor-faktor tercetusnya Perang Inggeris- Burma 1 (1824) dan Perang InggerisChina (1839-1842). [25m] 11. Huraikan corak perjuangan Mahatma Gandhi dan Jose Rizal dalam gerakan nasionalisme di India dan Filipina sebelum 1941.[25m] 12. Bandingkan dasar luar Filipina dan Vietnam dari tahun 1945 hingga 1963. [25m] SULIT* SULIT

Soalan 1 Bincangkan sistem politik di Tanah Melayu sebelum campur tangan British. Pendahuluan Sebelum campur tangan British, sistem politik yang diamalkan di Tanah Melayu berasaskan kepada sistem politik tradisional dan berhierarki. Umumnya sistem politik kesultanan Melayu dapat dipecahkan kepada tiga iaitu pentadbiran peringkat negeri, daerah dan kampung. Isi 1. Pentadbiran peringkat negeri merupakan unit terpenting dalam sistem politik Melayu. Dalam pentadbirannya, sultan akan dibantu oleh pembesar bagi melicinkan urusan pentadbiran. 2. Sultan memiliki kuasa tertinggi dan memerintah secara mutlak serta berkuasa penuh sama ada dalam negeri hatta meliputi jajahan takluknya. Kedudukan sultan diperkukuhkan dengan konsep daulat, memiliki keistimewaan tertentu serta mempunyai cop mohor sebagai lambang kekuasaannya. Antara keistimewaan sultan merangkumi penggunaan bahasa, alat kebesaran, warna dan sebagainya. Sultan akan melantik kalangan putera yang sulung untuk menggantikannya selepas kemangkatannya 3. Pentadbiran peringkat daerah merupakan unit politik kedua terbesar. Pemecahan negeri kepada unit lebih kecil iaitu daerah atau jajahan adalah bermatlamat melicinkan urusan pentadbiran. Pemilihan pembesar untuk mentadbir daerah ditentukan oleh sultan berdasarkan kepada kriteria-kriteria tertentu yang dimilikinya dan banyak berjasa kepada sultan. 4. Setiap pembesar yang dilantik akan dianugerahkan surat tauliah dan cop mohor oleh sultan sebagai lambang kekuasaannya terutama di wilayah tadbir atau kawasan pegangannya.Misalnya Dato Bahaman diberi tauliah mentadbir wilayah Semantan. 5. Pembesar peringkat daerah akan bertanggungjawab terhadap raja sama ada dalam aspek menyediakan tenaga kerja, menyelesaikan perselisihan antara rakyat, menjaga keamanan dan keselamatan, pelaksanaan hukuman, mengutip cukai dan bekalan tenaga tentera. 6. Unit pentadbiran paling kecil dalam sistem politik Melayu tradisional ialah kampung. Unit politik kampung biasanya didiami oleh golongan rakyat yang bergiat dalam kegiatan ekonomi sara diri. Mereka merupakan pengikut setia dan penyokong kepada golongan pembesar.

7. Pentadbiran peringkat kampong diketuai oleh Penghulu atau Tok Kweng. Mereka dilantik oleh pembesar berdasarkan kepercayaan dan keakraban hubungannya. Penghulu yang dilantik akan diberikan surat tauliah oleh sultan. Penghulu akan melaksanakan tugan-tugasnya di peringkat kampong dan bertanggungjawab kepada pembesar di peringkat daerah. Penghulu akan melaksanakan tanggungjawabnya meliputi soal kutipan cukai, menyelesaikan masalah rakyat di kampungnya dan taat setia kepada sultan.

Kesimpulan

Masyarakat Melayu tradisional mempunyai satu unit politik yang tersusun dan bersistematik sebelum kedatangan British.Namun begitu, unit politik ini mula tergugat dan berubah apabila British memperkenalkan sistem birokrasi pentadbiran Barat. Akibatnya raja dan pembesar Melayu telah kehilangan kuasa terutama dalam politik dan ekonomi.

Soalan 2 Huraikan kegiatan ekonomi masyarakat Melayu sebelum campurtangan British Pendahuluan. Sebelum kedatangan British pada abad ke -19, sistem ekonomi Tanah Melayu bersifat sara diri .Ekonomi sara diri merupakan kegiatan ekonomi yang dijalankan untuk kegunaan sendiri dan biasanya tiada pengkhusussan kerja. Sektor-sektor ekonomi sara diri seperti pertanian,penternakan,mencari hasil hutan dan perikanan yang dijalankan dihampir semua negeri Melayu. EKONOMI SARA DIRI 1. Pertanian sara diri - Tanaman utama ialah padi sawah dan padi huma. Diusaha secara taradisional yang bergantung kepada air sungai dan hujan. Terdapat taliair dan terusan yang dibina ; contoh; Terusan Wan Mat Saman di Kedah dan terusan di Kerian,Perak. Negeri utama penanaman padi ialah Kedah,Seberang Prai,Perlis dan Kelantan. Alatan tradisi yang diguna; tajak,cangkul dan tenggala. Guna binatang ternakan seperti kerbau dan lembu untuk bajak tanah. Padi huma di tanam dilereng-lereng bukit tetapi tidak begitu meluas. Tanaman lain yang ditanam secara sampingan disekitar rumah untuk kegunaan sendiri seperti pisang,ubi kayu,buah-buahan dan sirih.

2. Mengutip hasil hutan - Masyarakat di Tanah Melayu mengutip hasil hutan seperti rotan,damar,getah perca,jelutong kayu kayan dan buluh (kegiatan ini dipanggil meramu) Masyarakat Melayu tradisional masuk hutan kerana 3 tujuan 1. Untuk kegunaan rotan,kayu.buluh 2. Untuk makanan memburu binatang,buah hutan 3. Untuk ubatan ,- akar kayu Hasil-hasil ini ditukar dengan barang keperluan lain seperti beras,garam dan kain. Perkembangan pusat perdagangan di Kedah dan Melaka membolehkan hasil-hasil hutan dijual kepada pedagang-pedagang asing. 3. Penternakan dan Berburu binatang 4

Masyarakat Melayu juga menternak binatang seperti ayam,itik,lembu dan kerbau sebagai sumber makanan,membajak sawah dan menarik kayu. Aktiviti berburu juga dijalankan untuk mendapatkan sumber makanan. Antara binatang yang diburu ialah kancil, rusa, dan ayam hutan. Kegiatan menjerat gajah juga dijalankan kerana gajah sangat berguna sebagai binatang pengangkutan.

4. Perikanan. Merupakan kegiatan utama penduduk di pinggir laut,sungai dan tasik. Nelayan biasanya menukar ikan dengan beras dikampung-kampung yang menanam padi. Cara penangkapan ikan berbeza dan bergantung kepada kedaan sunagai atau laut dan jenis ikan yang ditangkap. Antara alat penangkapan ikan taradisi ialah bubu.lukah,serkap .jala dan kelong. Penangkapan ikan laut biasanya dijalankan di negeri-negeri pantai timur semenanjung terutamanya bulan Mac dan Oktober. Pada musim tengkujuh nelayan tidak ke laut dan penangkapan ikan tertumpu di kawasan sungai ,sawah padi dan tasik. Lebihan hasil tangkapan laut biasanya dibuat ikan kering, keropok, belacan dan budu. Hasil laut yang turut diperdagangkan seperti ikan kering,mutiara dan agar-agar yang mendapat permintaan tinggi dikalangan orang-orang Cina,

5. Pertukangan. Melibatkan pertukangan kayu seperti membuat rumah dan sampan serta pertukangan logam untuk membuat senjata dan barang hiasan. Terdapat aktiviti membuat periuk belanga dari tanah Menghasilkan kraftangan daripada kayu dan logam. Penduduk di pantai Timur menjalankan kegiatan menenun kain songket dan batik serta alat penangkapan ikan seperti jala dan bubu.

6. Perlombongan Bijih Timah Diusahakan oleh pembesar melayu Perak dan Selangor dengan menggunakan buruh dari China. Kawasan yang kaya dengan bijih timah menjadi rebutan para pembesar, contohnya seperti Kelang Terdapat juga pengkongsian antara pembesar Melayu dengan tauke Cina untuk memajukan sector perlombongan ,contohnya Raja Jumaat-Chee Yam Chuan di Lkut dan Ngah IbrahimKongsi Gelap Cina. 5

7. Perdagangan Dilakukan secara kecil-kecilan oleh golongan rakyat Golongan pembesar dan bangsawan berperanan sebagai pengeluar modal sahaja. Antara barang dagangan ialah garam,ikan kering,minyak dan bahan tekstil Hasil hutan diperdagangkan untuk mendapatkan kain,tembakau dan perkakas besi.

Kesimpulan Terdapat pelbagai kegiatan ekonomi di Tanah Melayu tetapi lebih kepada ekonomi keperluan sendiri. Kedatangan Barat kembangkan ekonomi moden ... Soalan 3 Jelaskan faktor-faktor penentangan masyarakat Melayu di Perak dan Pahang terhadap dasar pentadbiran British pada abad ke 19. Pendahuluan: -Kehadiran British di Tanah Melayu terutamanya di Perak dan Pahang telah menyebabkan banyak perubahan daripada segi politik,ekonomi dan social masyarakat tempatan. - Hal ini telah menyebabkan rasa tidak puas hati rakyat.Keadaan ini menyebabkan penduduk Perak dan Pahang melakukan penentangan terhadap pentadbiran British. -Penentangan di Perak dipolopori oleh Sultan Abdullah dengan sokongan Dato Maharaja Lela manakala di Pahang pula diketuai oleh Dato Bahaman. ISI : Faktor-faktor penentangan di Perak. 1. Kelemahan Perjanjian Pangkor,1874. -Kelewatan melantik seorang Residen. J.W.W. Birch hanya dilantik sebagai Residen kira-kira 9 bulan selepas termetrainya Perjanjian Pangkor.Ia mengakibatkan tentangan daripada Sultan dan pembesar ekoran terdapat kelemahan dalam perlaksanaan Sistem Residen. -Kegagalan perjanjian ini menyelesaikan masalah perebutan takhta antara Raja Abdullah,Raja Ismail dan Raja Yusuf.Perjanjian ini gagal memaksa Raja Ismail menyerahkan alat-alat kebesaran diraja semasa pertabalan Raja Abdullah. -Sultan Abdullah mengambil kesempatan atas kelewatan perlantikan Birch untuk memerintah dengan bebas. 2. Kelemahan peribadi Birch. -Tidak mempunyai pengalaman mengenai adap resam orang Melayu dan tidak tahu berbahasa Melayu. 6

-Seorang pegawai Inggeris yang sombong bongkak.Tidak menggunakan diplomasi dan tolak ansur dalam hubungannya dengan sultan dan pembesar-pembesar. -Bersikap biadap terhadap Sultan dan pembesar-pembesar dengan menghina mereka semasa meminta bayaran ganti rugi.Membakar rumah Raja Ngah dan Tengku Panglima Beasr kerana memungut cukai secara tradisi. 3. Pembaharuan-pembaharuan Birch. -Bercanggah dengan amalan tradisi Melayu. -Pembasmian hamba abdi. Institusi perhambaan sebenarnya melambangkan kedudukan social dan politik pembesar. -Penamatan hak pembesar memungut cukai secara tradisi tanpa bayaran ganti rugi.Pembesar kehilangan punca pendapatan. -Sistem pajakan berasaskan tawaran diperkenalkan.Ketua hakim dan Penghulu dilantik untuk mengawasi pemungut cukai haram. -Pembatalan hak pajakan memungut cukai Sultan Abdullah kepada seorang cina Singapura ,Lee Cheng Tee. 4. Tindakan Sir William Jervois. -11 September 1875,Jervois meminta Raja Ismail menyerahkan alat kebesaran Perak kepada Gabenor Negeri-negeri Selat.Ia tidak dipersetujui oleh baginda dan pembesarnya. -Menawarkan elaun kepada Sultan Abdullah dan pembesar. Sebagai balasan mereka hendaklah menyerahkan pentadbiran negeri kepada Inggeris. Sultan Abdullah terpaksa menandatangani pengisytiharaan penguasaan Inggeris di Perak pada 2 Oktober1875.

Faktor-faktor penentangan di Pahang. 1. Perasaan tidak puas hati Sultan. -Pengenalan Sistem Residan di Pahang menyebabkan Sultan Ahmad kehilangan kuasa.Sultan tidak mempunyai kuasa dalam Majlis Mesyuarat Negeri.Semua keputusan dibuat oleh Residen. -Perlantikan Tengku Mahmud sebagai pemangku raja oleh J.P.Rodger menyebabkan Sultan Ahmad meninggalkan Pekan dan berundur ke Pulau Tawar dan membuat pakatan sulit untuk menentang British. 2. Perasaan tidak puas hati pembesar-pembesar. -J.P. Rodger memperkenalkan peraturan-peraturan baru berkaitan dengan tanah,system kerah dan penghapusan system perhambaan. Bercanggah dengan system tradisional Pahang. - Pembesar-pembesar telah kehilangan hak memungut cukai.Daerah-daerah diwujudkan diletakkan di bawah pegawai-pegawai Inggeris yang dipanggil Pemungut Cukai dan Majistret. -Residen mengambil alih peranan pembesar sebagai penasihat sultan.Pembesar kehilangan kuasa ekonomi dan elaun bulanan.Mereka diberi ganti rugi dalam bentuk pencen tetapi jumlahnya kecil. -Pada tahun1891,pembesar seperti Dato Bahaman dan Tok Gajah mula bangkit menentang. 7

3. Perasaan tidak puas hati Dato Bahaman. -Tidak dibenarkan memungut cukai dan tidak diberi elaun standing dengan elaun Orang Berempat.Hanya ditawarkan elaun sebanyak $70.Ini menyinggung perasaannya. -Pembinaan balai polis di Lubuk Trua di daerah Semantan iaitu daerah di bawah jagaannya tanpa kebenaran beliau.Menulis surat bantahan kepada Mejistret Temerloh namun gagal malah diberi amaran. 4. Perasaan tidak puas hati Tok Gajah. -Seorang pembesar dari Pulau Tawar.Bersikap anti Inggeris apabila rayuan pertambahan elaunnya dan penangguhan pembayaran cukai tanah ke atas orang Melayu ditolak oleh pihak Inggeris Januari 1890. -Beliau disokong oleh anaknya Mat Kilau dalam penentangannya terhadap Inggeris. 5. Perasaan tidak puas hati rakyat Pahang. -Menentang pengenalan beberapa undang baru yang menjejaskan kehidupan.Contoh:cukai tanah dengan kadar 40sen seekar.Sistem lesen dan permit iaitu rakyat terpaksa mendapatkan lesen untuk memungut hasil hutan atau mencari nipah. -Rakyat terpaksa bekerja sebagai buruh paksa dua bulan dalam satu tahun melaksanakan projek-projek awam. -Berasa benci atas kehadiran pasukan polis yang terdiri daripada orang Sikh dan pegawai Inggeris yang jahil tentang adat Melayu.Mereka tidak dibenarkan memakai keris. -Tidak puas hati dengan kemasukan pelombong-pelombong Eropah dan Cina yang bersikap sombong.

Kesimpulan: -Penentangan yang dilakukan oleh rakyat Perak dan Pahang terhadap British berpunca daripada rasa tidak puas hati terhadap perubahan dasar yang dilaksanakan -Walaupun British berjaya menumpaskan kedua-dua penentangan tersebut namun memberi pengajaran kepada pihak British supaya lebih berhati-hati tentang perubahan yang ingin dilaksanakan .

Soalan 4 Huraikan perkembangan pendidikan di Tanah Melayu selepas campur tangan British sehingga tahun 1940. Pendahuluan 1. Perkembangan pendidikan di Tanah Melayu selepas campur tangan British merupakan satu dasar British yang kurang memberi perhatian kepada bidang pendidikan dan telah mewujudkan sistem pendidikan vernakular. 2. Sistem pendidikan vernacular bermaksud system pendidikan yang berasaskan bahasa ibunda masing-masing sebagai bahasa pengantar. Pendidikan vernacular gagal memupuk perpaduan kaum di Tanah Melayu. 8

3. Empat aliran sekolah yang berbeza telah wujud semasa penjajahan British iaitu Melayu, Cina Tamil dan Inggeris. ISI 1. Pendidikan Vernakular Melayu a. Semasa pentadbiran British, sekolah melayu didirikan untuk memberi pendidikan secular kepada anak-anak petani dan nelayan. Sekular bermaksud pendidikan yang berkaitan dengan ilmu keduniaan. Anak-anak Melayu diajar menulis, membaca dan mengira serta sedikit ilmu geografi, seni pertukangan dan perkebunan. Sekolah Melayu hanya memberi pendidikan rendah sehingga darjah enam. b. Sekolah Melayu yang terawal dibuka iaitu Sekolah Melayu Gelugor dan Sekolah Melayu Bayan Lepas. Sekolah ini kurang mendapat sokongan walaupun percuma kerana syak wasangka ibu bapa Melayu tentang sekolah yang didirikan oleh orang asing, tiada pengajaran al Quran, tenaga anak Melayu diperlukan di sawah dan di rumah, lokasi rumah yang jauh dari sekolah dan tentangan daripada golongan konservatif. c. Pada tahun 1905, kolej Melayu Kuala Kangsar ditubuhkan khas bagi anak-anak bangsawan Melayu yang menjadi alat pentadbiran british. Ia berteraskan kepada sisitem pentadbiran terbaik di Britain. Pada tahun 1910, mereka yang telah lulus Darjah tujuh di kolej tersebut diserapkan ke dalam perkhidmatan pentadbiran Melayu (MAS). Tahun 1930, golongan ini dilantik untuk menjawat jawatan rendah dalam perkhidmatan Awam Tanah Melayu (MCS). Lulusan kolej ini diharap menjadi penyokong setia pentadbiran British. d. 1922 penubuhan Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) bagi melatih guru-guru Melayu. Sungguhpun penubuhan MPSI merupakan satu peristiwa sejarah dalam bidang pendidikan Melayu namun bidang pelajarannya masih sempit. Kerajaan British masih tetap dengan dasar ingin mengekalkan status qua orang Melayu. Dasarnya ialah semata-mata untuk mengeluarkan petani dan nelayan Melayu yang tahu menulis dan membaca. e. Pendidikan vernacular Melayu adalah rendah mutunya. Tumpuan diberi hanya asas-asas seperti membaca, menulis dan mempelajari asas kira-kira. Antara tahun 1914 1940 tidak terdapat sekolah menengah aliran Melayu di Tanah Melayu. Perkembangan sekolah Melayu hanya terhad kepada sekolah rendah sehingga Darjah Empat dan maktab perguruan sahaja. 2. Pendidikan Vernakular Cina a. Pendidikan Cina di Tanah Melayu sehingga abad ke-20 adalah berasaskan pengetahuan klasik confuciuc. Sekolah-sekolah cina menekankan kaedah pembelajaran secara menghafal, mendeklamasi teks Confucius tanpa memahami maknanya. Penggunaan sempoa adalah penting. b. Terdapat tiga jenis ekolah cina iaitu :- sekolah yang dikendalikan oleh jawatankuasa di peringkat daerah, persatuan keluarga cina di Bandar atau daerah tertentu. - sekolah yang ditubuhkan oleh seorang atau beberapa orang guru dalam satu jawatan kuasa yang terdiri daripada penaja atau dermawan. 9

- sekolah yang dijalankan oleh guru yang mengambil upah dari anak-anak murid mereka. c. Sekolah cina menggunakan dialek masing-masing sebagai bahasa pengantar. Guru, sukatan pelajaran dan buku dibawa dari Negara cina. Menyediakan pelajaran rendah selama enam tahun, juga sehingga tahap Senior Middle, iaitu Men. Atas Tiga atau sekolah Tinggi. Bagi mereka yang hendak melanjutkan pelajaran, mereka harus pergi ke Negara China. d. Langkah untuk mengawal sekolah cina bermula apabila sekolah ini digunakan oleh Parti Kuomintang (KMT) dan Parti Komunis China (PKC) sebagai pusat dakyah. Sekolah Cina di Tanah Melayu pada tahun 1920an menjadi medan pertarungan dua ideologi politik yang bertentangan iaitu KMT dan PKC. f. Pada tahun 1920, kerajaan telah meluluskan Enakmen pendaftaran Sekolah untuk mengawal sekolah-sekolah cina. Menurut enakmen ini semua sekolah yang didirikan mesti didaftarkan, memberi kuasa kepada pengarah Pelajaran untuk menutup sekolah yang tidak menurut syarat pengurusan, sukatan pelajaran dan peraturan kesihatan yang ditetapkan oleh British. g. Secara keseluruhannya tiada permintaan yang luas bagi pendidikan Cina pada tahap yang lebih tinggi kerana pendidikan cina tidak membawa kearah kemajuan ekonomi dan sosial. 3.. Pendidikan Vernakular Tamil a. British tidak mengambil berat tentang pendidikan orang India. Pendidikan Tamil secara formal di Tanah Melayu dimulakan oleh orang perseorangan dan pertubuhan masyarakat India. b. Perkembangan sekolah vernakular Tamil dipengaruhi oleh perkembangan ekonomi di Tanah Melayu. Orang India berhijrah secara beramai-ramai untuk bekerja di ladang kopi, tebu, kelapa dan getah. Sekolah-sekolah Tamil didirikan di kawasan ladang di Sebarang Perai, Pulau Pinang dan Johor. c. Sekolah-sekolah ladang bermutu rendah dan menghadapi kekurangan kemudahan, guru yang berkelayakan. Bahasa pengantar yang digunakan ialah bahasa Tamil. Buku teks di bawa dari India. Ia mencerminkan sukatan pelajaran yang berunsur keindiaan. d. Pada tahun 1912, British memperkenalkan Undang-undang Buruh yang mewajibkan pengusaha ladang menyediakan sekolah dan guru untuk anak-anak pekerjanya. Keadaan ini menyebabkan bilangan sekolah Tamil bertambah. Terdapat sekolah tamil di Bandar seperti Sekolah Thamboosamy Pillai dan sekolah Vivekananda di Kuala Lumpur. e. Campur tangan kerajaan dalam sekolah Tamil adalah paling minimum. Kerajaan hanya ingin mewujudkan tenaga buruh India yang berpuas hati dengan pengetahuan asas seperti pertanian dan kemahiran sahaja. Pendidikan tamil peringkat Tinggi tidak perlu dan penting. 4. Pendidikan Vernakular Inggeris a. Sekolah Inggeris menyediakan pelajaran bagi semua kaum di Tanah melayu. Sekolah-sekolah ini diusahakan oleh mubaligh Kristian dan badan-badan awam.

10

b. Tujuan kerajaan mengadakan sekolah Inggeris adalah supaya penduduk tahu membaca, menulis dan mengira. Walau bagaimanapun, pentadbiran British memerlukan ramai kerani dan pegawai rendah tempatan yang mempunyai kemahiran berbahasa Inggeris. c. Sekolah Inggeris yang pertama didirikan ialah Sekolah Free. Ia terbuka kepada semua kaum iaitu Penang Free School. Tujuan penubuhan untuk melahirkan satu golongan pegawai yang cerdik, tekun dan jujur. d. Sekolah lain yang didirikan ialah Victoria Institution, Kuala Lumpur. Sumbangan penting sekolah mubaligh ialah kejayaan memberikan pelajaran kepada kanak-kanak perempuan. Mereka Berjaya menyakinkan ibu bapa untuk menghantar anak perempuan mereka ke sekolah. Pada akhir 1940 an terdapat kira-kira 33 buah sekolah mubaligh untuk kanak-kanak perempuan.

KESIMPULAN a. Pendidikan semasa british lebih mementingkan agar orang Melayu, India dan China boleh membaca, menulis dan mengira. b. Pendidikan lebih menjurus agar 3 kaum tersebut tidak menentang penjajahan mereka. c. Walau bagaimanapun system pendidikan mula berubah setelah masyarakat di Tanah Melayu diberi peluang oleh British untuk mengecapi kemerdekaan. Soalan 5 Jelaskan mengapa pada peringkat awal, Sabah dan Sarawak menolak Gagasan Malaysia. Pendahuluan: -Gagasan Malaysia disuarakan oleh Tunku Abdul Rahman dalam persidangan dengan wartawanwartawan luar di Singapura pada Mei 1961.Beliau mencadangkan supaya Tanah Melayu,Singapura,Brunei,Sarawak dan Sabah disekutukan menjadi sebuah persekutuan. -Cadangan ini pada peringkat awal mencetuskan pelbagai reaksi daripada negara terlibat termasuk Sabah dan Sarawak.Gagasan tersebut memeranjatkan pemimpin-pemimpin dan parti parti politik serta rakyat Sabah dan Sarawak. Isi: -Pada peringkat awal hampir semua parti dan pemimpin di Sabah dan Sarawak telah menentang cadangan gagasan Malaysia. Pemimpin pemimpin Sabah dan Sarawak membentuk Barisan Bersatu pada 9 Julai 1962 untuk menentang gagasan Malaysia. -Sabah dan Sarawak menentang kerana mereka mahukan pihak British memberikan kemerdekaan terlebih dahulu kepada Sabah dan Sarawak sebelum menyertai Gagasan Malaysia. -Mereka juga bimbang kedudukan politik mereka akan dikuasai oleh Tanah Melayu setelah menyertai Malaysia.Mereka beranggapan keperibadian dan kebudayaan negeri masing-masing akan turut hilang. 11

-Kaum bumiputera Sabah dan Sarawak bimbang orang Melayu akan terlalu berkuasa kerana Tanah Melayu mempunyai bilangan penduduk yang lebih ramai. -Parti-parti politik bukan Islam turut membantah penubuhan Malaysia untuk memelihara kepentingan mereka.Mereka menunjukkan penentangan melalui parti-parti politik seperti Parti Kebangsaan Sarawak(SNAP),Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu(UNKO),Parti Pesaka Anak Sarawak(PESAKA) dan Parti Pasok Momogun iaitu parti politik bumiputera yang anti Malaysia. -Orang-orang Cina pula bimbang,kemungkinan kepentingan ekonomi mereka akan digugat oleh peniaga-peniaga dari Tanah Melayu.Justeru itu,mereka menganggap penubuhan Malaysia adalah helah politik Tanah Melayu untuk meluaskan kekuasaan bagi menggantikan penjajah Inggeris. -Sambutan dan reaksi yang diterima daripada penduduk Sabah dan Sarawak mengecewakan pemimpinpemimpin Melayu di Tanah Melayu terutamanya Tunku Abdul Rahman. -Tunku Abdul Rahman dengan kerjasama Kerajaan Inggeris telah menganjurkan Persidangan Persatuan Parlimen Komenwel di Singapura pada bulan Julai 1961.Hasil persidangan itu telah mewujudkan persefahaman dalam kalangan pemimpin pemimpin politik Sabah ,Sarawak,Tanah Melayu dan Singapura terhadap Gagasan Malaysia. -Sebuah Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) telah dibentuk bagi membuat penjelasan terperinci terhadap Gagasan Malaysia.Hasil daripada perbncangan akhirnya pada bulan Ogos 1961,pemimpin dari Sarawak iaitu Abang Haji Mustapha,pengerusi PANAS mengumumkan sokongan terhadap penubuhan Malaysia.Seterusnya diikuti dengan persetujuan dari Donald Stephen dan Datu Mustapha. Kesimpulan: -Walaupun negara-negara jiran seperti Indonesia dan Filipina melancarkan konfrantasi terhadap pembentukan Malaysia namun akhirnya Malaysia tetap diisytiharkan pada 15 September 1963 dengan turut disertai oleh Sabah dan Sarawak.

Soalan 6 Bincangkan sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan di Malaysia hingga tahun 1963. Pendahuluan Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen iaitu kerajaannya dipilih oleh rakyat dan bertanggungjawab kepada rakyat. Selepas merdeka, sistem pemerintahan di Tanah Melayu berdasarkan konsep demokrasi berparlimen. Rakyat memilih pemimpin atau kerajaan melalui pilihan raya. Isi 1. Ciri utama demokrasi berparlimen di Malaysia ialah Perlembagaan itu sendiri. Perlembagaan merupakan undang-undang dasar Negara yang menentukan bentuk kerajaan yang boleh didirikan dan menentukan kuasa yang boleh digunakan. Perlembagaan Malaysia didasarkan kepada Perjanjian 12

Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan Tanah Melayu 1957. Perlembagaan Malaysia diwujudkan pada 16 September 1963 berdasarkan Perlembagaan Persekutuan 1957. 2. Perlembagaan Malaysia merangkumi 181 perkara yang antara lain menyentuh berkenaan Yang di Pertuan Agung, Parlimen, Perdana Menteri dan Jemaah Menteri, hak asasi rakyat, hak istimewa orang Melayu, kewarganegaraan, agama Islam dan bahasa kebangsaan. Perlembagaan turut menentukan kedudukan Yang di Pertuan Agung, Sultan atau Raja. Badan Eksekutif, Badan Kehakiman, Pilihan raya dan pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dan negeri. 3. Di bawah sistem demokrasi berparlimen, Yang di Pertuan Agung adalah merupakan ketua Negara. Baginda dipilih kalangan 9 raja-raja Melayu secara bergilir-gilir dan memegang jawatan selama 5 tahun. Antara tugas-tugas Yang di Pertuan Agung ialah melantik Perdana Menteri, membubarkan parlimen, Ketua Agama Islam, melantik ketua hakim dan hakim-hakim serta mengisytiharkan darurat. 4. Parlimen merupakan badan perundangan yang membuat undang-undang di peringkat Persekutuan. Parlimen menjadi lambing demokrasi Negara dan merupakan kuasa tertinggi dalam negara. Komponen parlimen terdiri daripada Yang di Pertuan Agung, Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Ahli Dewan Rakyat akan dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya dan akan menjadi wakil rakyat selama 5 tahun

5. Manakala Dewan Negara pula merupakan badan yang bertanggungjawab mengkaji rang undangundang yang dikemukakan oleh Dewan Rakyat sebelum diperkenankan oleh Yang di Pertuan Agung. Bilangan asal ahli Dewan Negara ialah 38 orang dengan 16 ahli dilantik oleh Yang di Pertuan Agung dan 22 lagi dipilih oleh Dewan Undangan Negeri digelar senator dan berkhidmat selama 3 tahun dan boleh dilantik semula bagi tempoh 3 tahun lagi. 6. Ciri-ciri demokrasi berparlimen seterusnya ialah pilihanraya. Ianya dilakukan bertujuan untuk memilih wakil rakyat ke Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri. Pilihan raya umum diadakan 5 tahun sekali apabila parlimen telah dibubarkan. Proses pilihan raya akan dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya. 7. Akhir sekali berkenaan sistem demokrasi berparlimen ialah Perdana Menteri dan pembentukan kabinet. Perdana Menteri dilantik daripada kalangan ahli Dewan Rakyat dan akan mengetuai barisan kabinet. Kabinet merupakan badan penggubal dasar tertinggi dan bertanggungjawab dalam menentu dan melaksanakan kuasa eksekutif. Menteri pula akan mengetuai sesebuah atau beberapa buah kementerian dan bertanggungjawab terus kepada parlimen. Kesimpulan Demokrasi berparlimen di Malaysia berasaskan Perlembagaan 1948, 1957 dan 1963. Parlimen menjadi lambang kepada demokrasi di Malaysia berdasarkan kepada perlembagaan. Kemasukan Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia telah mengubah beberapa perkara tentang demokrasi berparlimen di Malaysia. Sistem demokrasi di Malaysia digubal bagi menjamin keamanan dan kesejahteraan Negara. Soalan 7 Jelaskan sistem pembesar di Thailand dan Jepun sebelum campurtangan Barat.

13

Pendahuluan: Hierarki dalam institusi pemerintahan sesebuah negara,tidak hanya bergantung kepada peranan raja atau maharaja tetapi juga tanggungjawab ini dipikul oleh pembesar negara.Sistem pembesar ini diwujudkan untuk membantu raja dalam menjalankan urusan pentadbiran.Pembesar di Thailand dan Jepun menduduki lapisan kedua selepas raja atau maharaja yang mempunyai kuasa mengikut bidang masingmasing. Isi: Sistem pembesar di Thailand. -Pembesar -pembesarnya merupakan golongan bangsawan (Khunnang) dan anak-anak raja.Golongan pembesar-pembesar kanan ini amat berkuasa kerana segala urusan pemerintahan akan dilakukan oleh mereka.Khunnang dibahagikan kepada beberapa krom(jabatan).Krom diketuai oleh pembesar kanan yang mempunyai hubungan langsung dengan raja memerintah. -Gelaran Samuha Nayok bertanggungjawab ke atas wilayah-wilayah utara Thailand,Samuha Phra Kalahon merupakan seorang ketua menteri yang bertanggungjawab menjaga aspek pertahanan dan mentadbir selatan Thai manakala Chao Phra Khlang bertanggungjawab mengawal persisiran pantai. -Terdapat juga golongan yang sangat berpengaruh iaitu Purohita(petugas istana)yang mempunyai kedudukan yang rapat dengan maharaja sehingga boleh mempengaruhi sebarang bentuk tindakan baginda. -Sistem pembesar di Thailand juga disokong oleh pembesar perbendaharaan(Sannidhatar),pemungut cukai(Samaharta),hakim (Pradvivaka) dan pemegang rekod(Masapatalika). Sistem pembesar di Jepun. -Shogun merupakan golongan pembesar yang paling berkuasa dalam struktur pentadbiran di Jepun.Shogun yang berkuasa adalah Shogun Tokugawa. -Ia dibantu oleh Daimyo yang merupakan golongan bangsawan yang memainkan peranan penting dalam pemerintahan Tokugawa.Kuasa dan kedudukan shogun akan terjamin kerana kawasan-kawasan tertentu akan ditadbir oleh daimyo yang menyokongnya. -Daimyo terdiri daripada: Daimyo Shimpan yang sama keturunannya dengan syogun. Daimyo Fudai(Pembesar Dalaman)merupakan golongan daimyo yang telah membantu Tokugawa merampas kuasa. Daimyo Tozama(Pembesar luar) merupakan musuh-musuh Tokugawa yang terdiri daripada Suku Satsuma,Choshu,Tosa dan Hizen. -Samurai merupakan kelas panglima yang mempunyai kedudukan istimewa dalam masyarakat.Mereka berperanan menjaga kepentingan daimyo-daimyo dengan menunjukkan ketaatan yang tidak berbelah bahagi kepada daimyonya. Samurai juga dipertanggungjawabkan menjaga keamanan negara dan tidak dibenarkan melakukan apaapa pekerjaan lain. 14

Kesimpulan: Golongan pembesar memainkan peranan penting dalam pemerintahan kedua-dua negara.Namun sistem pembesar di Thailand mula mengalami perubahan apabila rajanya telah mula menerima kuasa-kuasa luar untuk memodenkan pentadbirannya manakala di Jepun pula sistem pembesar mula menghadapi perubahan apabila Shogun Tokugawa dijatuhkan dan diambil alih oleh Maharaja Meiji.

Soalan 8. Huraikan ekonomi komersil di Indonesia dan jepun selepas kedatangan Barat pada abad ke-19. Pendahuluan Di Indonesia, ekonomi secara komersil diperkenalkan selepas tamat Perang jawa. Sistem Kultur yang diperkenalkan Belanda menekankan ekonomi komersil yang akan menguntungkan Belanda. Di Jepun ,kepesatan ekonomi berlaku sejak pemerintahan Meiji yang banyak buat perubahan ke arah pemodenan Jepun dalam semua aspek terutama ekonomi. INDONESIA 1.Kopi -Tahun 1816,kopi dapat dipulihkan dari kemerosostan, harga dan pengeluaran meningkat 300% dalam masa tiga tahun tapi jatuh ekoran ekonomi meleset 1823. -Melalui sistem Kultur, ladang-ladang makin bertambah sehingga tujuh kali ganda. Kopi merupakan 1/3 daripada eksport Belanda danAmsterdam muncul semula sebagai pasaran kopi utama di eropah. -Belanda telah swastakan perusahaan kopi dalam dasar Liberal. -Kopi capai puncak kegemilangan pada abad ke-19, tapi pada akhir abad perusahaan kopi telah diatasi oleh minyak tanah dan kemudian getah -Pekebun kecil ramai terlibat dalam perusahaan kopi kerana ia mudah diusahakan ,kos rendah dan tidak perlu alatan yang rumit untuk proses. -Ladang-ladang atau firma kepunyaan Eropah berperanan sebagai agen dan pengeksport bagi pekebun kecil Indonesia.. Contoh; Molukse handles Veremiging di Sulawesi Utara khususkan untuk eksport ke Eropah Utara. 2. Gula -Selama ini dikuasai oleh orang Cina tetapi terpaksa tanggung kerugian. Sistem Kultur oleh Belanda majukan perusahaan gula. Dalam sistem Kultur, petani Jawa dipaksa serah 1/5 untuk tanaman eksport kepada Belanda. -Kilang gula didirikan dengan tiru model Barat dan diurus oleh orang-orang Eropah. -Tahun 1840 hasil gula dua kali ganda dan Amsterdam jadi pusat pesanan utama gula dan kopi Eropah -Tahun 1870 ,Undang-undang Gula de Waal telah membolehkan gula ditanam oleh pengusaha swasta yang memberi keuntungan besar kepada pihak swasta sehingga awal abad ke-20.

3. Teh -Diperkenal di Indonesia tahun 1824 tapi tidak berkembang sehingga penglibatan pihak swasta pada akhir abad ke-19. 15

-Perusahaan teh meningkat ekoran kejatuhan harga pasaran ekonomi dunia kopi dan kina serta kemajuan pesat teknik-teknik menanam dan memproses teh. -Tahun 1881, tertubuhnya Soekaboemische landbouw Vereenigning. 4. Kina -Diperkenalkan oleh Portugis dan Belanda pada abad ke-16. Kulit pokok kina menghasilkan kuinin. Dasar Liberal yang diperkenalkan telah menarik pelabur-pelabur swasta dalam bidang ini. -Penubuhan kilang kuinin di bandung tahun 1898 dan kerja-kerja penyelidikan menjayakan lagi perusahaan ini. -Abad ke-20, kawasan penanaman kina meningkat dengan pesat. Tetapi kerana masalah harga yang tidak stabil menjelang tahun 1926 banyak kawasan yang ditanam teh. 5. Tembakau -Merupakan eksport ketujuh terpenting. Kawasan Zon Kultur Timur Laut Sumatera dan Jawa Tengah paling terkenal mengeluarkan hasil yang banyak. -Tembakau tanaman yang lambat mendatangkan hasil. Terhad hanya di Pulau Jawa dan ditanam oleh petani-petani Jawa di sawah-sawah dimana pemodal Eropah dan petani Jawa berkongsi risikonya. -Tahun 1880-an ,Jawa Timur terkenal sebagai kawasan tembakau utama. Eksport tembakau pertama ke Amsterdam mendapat sambutan baik. Tahun 1869, Syarikat Tembakau Deli ditubuhkan dan daun Tembakau Deli diiktiraf terbaik di Belanda.

6. Bijih Timah -Bijih timah dijumpai di bangka tahun 1710. Pemerintah Palembang bawa masuk pelombong dari China ,akibatnya orang Cina menguasai perusahaan ini sehingga abad ke-19. Belanda menaruh minat apabila Syarikat Bijih Timah Belitung mendapat konsesi dari Sultan Riau Lingga dan syarikat Bijih Timah Singkep ditubuhkan. -Orang Cina kekal kuasai kegiatan perlombongan sehingga tahun 1890-an. 7. Minyak -Kawasan minyak utama ialah Sumatera,Borneo dan Jawa. -Pengeluaran minyak secara perdagangan serius bermula 1893.Syarikat Diraja Belanda hadapi masalah turun naik harga dan pulangan modal yang lambat. Syarikat Henry Deterding uruskan jual terus minyak kepada pengguna. -Tahun 1907, Syarikat Diraja Belanda dan Shell London bergabung. Pengeluaran bertambah baik dan minyak dieksport ke Russia dan Timur Jauh. JEPUN 1. Pertanian -Pembaharuan Meiji buat reformasi pemilikan tanah yang bolehkan tuan-tuan tanah memiliki sebanyak 5 hektar tanah untuk tujuan bercucuk tanam. -Meiji telah mulakan pemodenan dalam sektor pertanian dengan penggunaan jentera dan beri tumpuan kepada lebihan tanaman terutama sutera dan teh yang dikatakan boleh memberi pulangan yang lumayan. 2. Perlombongan -Beberapa lombong arang batu dan besi dibuka -Lombong arang batu pertama diHizen tahun 1869. tahun 1880 dah ada 8 lombong baru buka -Kerajaan tubuh Biro Perlombongan yang bertanggungjawab kepada perkembangan perlombongan. 16

-Usahakan lombong-lombong moden arang batu dengan bantuan negara-negara pelabur.

3. Perusahaan -Meiji wujudkan satu asas perindustrian yang kukuh terutama dalam industri pemintalan kapas dan penjanaan kuasa elektrik. Peningkatan dalam jumlah perindustrian telah meningkat 5 kali ganda. -Kerajaan bagi bantuan kredit untuk industri perkapalan,kilang kapas, simen dan gelas. -Meiji berikan perhatian lebih dalam bidang perkapalan.tahun 1883,limbungan kapal Nagasaki telah berjaya membina 10 buah kapal perdagangan dan limbungan kapal Kobe telah membina 23 buqah kapal. -Tahun 1878, kerajaan keluarkan pinjaman 10 juta yen untuk syarikat pembuatan pakaian -Usahawan tubuh perkongsian/persatuan sesama mereka bagi memesatkan perusahaan mereka dikenali sebagai Zaibatsu-Syarikat perkapalan seperti Japan Mail Line dan Nippon Yusen Kaisha ditubuh untuk kendali perdagangan antarabangsa 4. Perdagangan -Tahun 1800 -1960-an, perdagangan meningkat dalam jumlah yang besar selari dengan perkembangan pesat dalam sektor pertanian yang bersifat komersil. -Pertambahan jumlah eksport diperlukan untuk memperoleh pertukaran asing bagi membiayai import bahan mentah untuk keguanaan industru tempatan. -Barangan import adalah barangan yang diguna untuk industri tempatan dan tampung keperluan penduduk. -Tahun 1870, gula jadi import penting. Barangan lain termasuk minyak,kapas ,jentera,gandum dan bulu biri-biri. -Sutera jadi bahan import asas dalam industri prosese sutera sebelum diimport kembali. Jepun jadi pengeluar sutera dunia dan pengeksport kain kapas ke luar negeri. Kesimpulan Perkembangan ekonomi Indonesia lebih banyak menguntungkan Belanda. Kepesatan ekonomi Jepun ekoran pembaharuan Meiji berjaya jadikan Jepun sebagai salah satu kuasa ekonomi dunia. Soalan 9 Bincangkan dasar isolasi yang diamalkan di China dan Thailand sehingga pertengahan abad ke19. Pendahuluan 1. Dasar isolasi merujuk kepada pendirian sesebuah Negara yang tidak membenarkan campur tangan dan kemasukan pengaruh luar khusus Negara-negara Barat ke Negara mereka. 2. Tujuan dasar ini diamalkan adalah untuk mengelak campur tangan kuasa asing dalam system politik, ekonomi dan social. Antara Negara Asia yang mengamalkan dasar ini pada abad ke-19 ialah China dan Siam. ISI 1. Dasar Isolasi di China 17

a. Dari segi politik - Tanggapan tentang peradapan China iaitu orang Cina menganggap negaranya sebagai middle kingdom. Semua orang bukan Cina di kecam sebagai orang Gasar atau fun kwee (hantu asing). Negara-negara asing dianggap sebagai pembawa ufti yang kurang bertamadun dan patut tunduk kepada kedaulatan negeri China. - Menganggap Maharaja mereka sebagai anak syurga yang diberi mandate memerintah. Dengan ini semua duta asing atau pembawa ufti harus kowtow (sujud) didepan maharaja China. - Menganggap penghantaran ufti dan amalan sujud ini sebagai satu tanda pengiktirafan atas kedaulatan, kekuasaan serta ketuanan China. - Tanggapan terhadap kuasa luar iaitu masyarakat cina suka mengamalkan sikap tertutup dalam hubungannya dengan kuasa luar. Mereka bimbang jika bangsa asing diberi peluang menjalankan sebarang kegiatan di China akan mengakibatkan berlakunya perluasan kuasa asing ke Negara mereka. - Mereka bimbang kemasukan budaya asing akan mencemarkan budaya tempatan. - Peristiwa ketegangan antara mubaligh kristian sangat membimbangkan China dan menyebabkan China semakin mengukuhkan dasar tutup pintunya. b. Dari segi Ekonomi - Dasar asas kerajaan China ialah anti perdagangan. Negeri China tidak berminat untuk mengadakan hubungan perdagangan dengan Negara luar kerana China mengamalkan ekonomi sara diri. China dapat memenuhi keperluan dalam negaranya sendiri. Pertanian menjadi sumber ekonominya yang utama. Perdagangan dianggap satu kegiatan yang menghinakan. 2. Dasar Isolasi Thailand a. Thailand mengamalkan dasar isolasi sejak pengasasan Dinasti Chakri oleh Jeneral Chakri ( Raja Rama 1) pada tahun 1782. Thai enggan mengadakan hubungan persahabatan dan perdagangan dengan kuasa-kuasa barat atas beberapa alasan iaitu :Mempunyai segala keperluan yang mencukupi dan tidak memerlukan sebaran barangan kecuali senjata. Thai hanya berminat berdagang dengan China. Bimbang kuasa Barat akan cuba mengambil kesempatan campurtangan dalam politik tempatan dengan memihak kepada Burma, Vietnam dan Kemboja yang sedang berperang dengan Thailand.

b. Raja Rama II (1809-1824) mengadakan hubungan terhad dengan kuasa Barat. Raja Rama II mengadakan hubungan perdangan dengan Portugis menerusi perjanjian dengan Carlos Manuel Silveria pada tahun 1818 di bawah kawalan Thai. Usaha Syarikat Hindia Timur Inggeris untuk mendapatkan kebenaran perdagangan tidak dilayan oleh Raja Siam. c. Keadaan politik di negeri-negeri Melayu Utara naungan siam memaksa Siam berhubung dengan kuasa Barat terutamanya British. Siam telah campurtangan dalam hal ehwal politik kedah pada tahun 1818 dengan memaksa Sultan Kedah iaitu Sultan Ahmad Tajuddin menyerang Perak yang enggan menghantar bunga emas ke Siam. Sultan Kedah terpaksa menyerang Perak untuk mengelakkan serangan Siam. 18

d. Sekitar tahun 1821, Siam sekali campurtangan di Kedah apabila Kedah bersekutu dengan Burma menentangnya. Siam bertindak menghantar satu pasukan tentera untuk menyerang kedah. Sultan Ahmad Tajuddin melarikan diri ke Pulau Pinang untuk meminta perlindungan dan bantuan tentera British. Kesan daripada itu, Siam menghantar John Crowford ke Siam pada tahun1822 untuk mengadakan perhubungan perdagangan dengan Siam. Utusan John Crowford mengalami kegagalan kerana Raja Rama II enggan mengadakan sebarang perjanjian perdagangan dengan kuasa Barat. e. Raja Rama III (1824-1851) terpaksa melonggarkan dasar tutup pintu untuk mengelakkan Siam kehilangan wilayah kepada kuasa Barat. Perubahan sikap ini disebabkan meletusnya Perang Inggeris Burma 1 dan hubungan Inggeris-Siam dengan negeri-negeri Melayu Utara. f. Kesan Perjanjian Yandabo yang menamatkan Perang Inggeris-Burma 1 pada tahun 1826 merugikan Burma dan juga mengancam keselamatan Siam. Raja Rama III bimbang akan menerima nasib yang sama dengan Burma jika Siam degil dan terus mengamalkan dasar tutup pintu. g. Baginda melonggarkan dasar pemencilan untuk mengurangkan alasa campur tangan British di wilayah-wilayahnya di negeri-negeri Melayu Utara. Raja Rama III merintis jalan dengan mengadakan hubungan persahabatan dan perdagangan dengan kuasa british di Pulau Pinang dengan menandatangani perjanjian Burney pada 20 Jun 1826. h. Namun, dasar buka pintu Raja Rama III tidak kekal lama khususnya selepas kekalahan China dalam Perang Candu pertama (1839-1842). Malahan Siam tidak memperoleh sebarang keuntungan melalui perdagangan dengan kuasa Barat.Justeru Rama III mengubah dasar politiknya dan mengehadkan semula hubungannya dengan kuasa-kuasa Barat dengan mengamalkan dasar isolasi. i. Sekatan perdagangan dengan mengenakan beberapa cukai baru terhadap barang-barang dari luar dan mengawal eksport barangannya. Contohnya, cukai gula dinaikkan kepada hamper 40%. Walau bagaimanapun usaha-usaha kuasa barat untuk membuka pintu Siam berterusan. Pada tahun 1850-an, Britain dan Amerika Syarikat cuba mengadakan perdagangan. Utusan British diketuai oleh James Brooke sementara Amerika Syarikat diwakili Joseph Ballestiar ke Siam. Kedua-dua utusan itu gagal memperoleh sebarang hak wilayah dan perdagangan di Siam. j. Raja Mongkut (1851-1868) menyedari kuasa-kuasa Barat sedang meningkatkan usaha memperluas lingkungan pengaruh masing-masing. Tindakan ini mengancam kedaulatan Siam. Pencerobohan British di Burma dan China membimbangkan kemerdekaan Siam. Raja Mongkut merasakan langkah-langkah positif perlu diambil untuk mengelakkan Siam daripada pencerobohan kuasa-kuasa Barat. Kesimpulan a. Negara China dan Siam mengamalkan dasar tutup pintu atas sebab-sebab tertentu. Keduadua Negara tidak memerlukan barangan dari luar.

19

b. Yang membezakan dasar isolasi kedua-dua Negara ialah boleh dikatakan bahawa dasar isolasi China lebih kepada sesuatu yang total dan mutlak. Dasar isolasi Siam pula sentiasa berubah-ubah mengikut perkembangan politik dan dasar pemerintahannnya.

Soalan 10 Bincangkan faktor-faktor tercetusnya Perang Inggeris Burma 1(1824) dan Perang Inggeris China (1839-1842). Pendahuluan Perang Inggeris- Burma 1 yang berlaku pada tahun 1824 bukan sahaja merupakan peperangan yang pertama dengan kuasa asing tetapi juga disifatkan sebagai titik peralihan bagi sejarah negara Myanmar. Kekalahan Myanmar telah member satu pengajaran bahawa Negara itu tidak boleh berasa bongkak dan merasakan mereka lebih kuat daripada Negara lain. Perang Inggeris-China yang juga dikenali sebagai Perang Candu 1 merupakan titik peralihan dalam sejarah moden Negara China kerana selepas peperangan ini dan termeterainya Perjanjian Nanking, China terpaksa menamatkan dasar isolasi dan seterusnya mengadakan hubungan dengan kuasa kuasa Barat. Isi Sebab-sebab berlakunya Perang Inggeris-Burma 1 1. Dasar meluaskan wilayah 1.1 Pertengahan kurun ke-18, Alaungpaya telah menaklukin Pegu dan mendirikan dinasti baru yang diberi nama Konbaung pada tahun 1752.Pembentukan dinasti baru ini diteruskan oleh penggantipengganti Alaungpaya kemudiannya yang meneruskan perluasan wilayah mereka hingga ke sempadan timur India. 1.2 Pada 1874, Raja Bodawpaya, anak Alaungpaya berjaya menakluki Arakan yang merupakan kerajaan bebas. Raja Arakan yang bernama Tamada terpaksa melarikan diri tetapi telah ditangkap pada 1785 lalu dibawa ke Myanmar. 1.3 Selepas menakluki Arakan, tentera Myanmar melancarkan serangan ke atas Siam tetapi gagal. Tentera Myanmar hanya berjaya menawan Chiengmai tetapi kemudiannya diusir oleh Siam. Penaklukan Arakan telah membimbangkan Inggeris kerana sempadan Myanmar telah mara ke Benggala di India. 2. Masalah orang pelarian Arakan 2.1 Apabila Arakan ditawan Myanmar maka orang-orang Arakan telah ditindas. Mereka dipaksa bekerja sebagai buruh dan bertugas dalam perkhidmatan kerajaan. 2.2 Pada 1794, berlaku pemberontakan yang dibantu oleh orang-orang Arakan yang telah melarikan diri dan menetap di Chittagong. Pemberontakan ini dapat dikalahkan menyebabkan ramai orang Arakan melarikan diri ke tanah jajahan Inggeris. 2.3 Pelarian Arakan ke wilayah British menimbulkan persengketaan antara British dan Myanmar. Untuk menyelesaikannya, pada 1795 British menghantar Kapten Michael Seymes yang telah mengsyorkan satu perjanjian diadakan. 2.4 Hasil perjanjian seorang wakil British ditempatkan di Rangoon menjaga hal ehwal perniagaan British di Myanmar. 2.5 Pada 1798, berlaku pemberontakan di Arakan menyebabkan ramai orang Arakan memasuki Chittagong dan mengancam pemerintah Myanmar di Arakan. Pemerintah Arakan atas nama kerajaan Myanmar mendesak British menyerahkan pelarian Arakan dan mengugut akan menyerang India 20

sekiranya tuntutan itu tidak ditunaikan. Untuk penyelesaian, Kapten Seymes dihantar untuk merundingkan perdamaian. 2.6 Pada tahun 1811 berlaku pemberontakan di bawah pimpinan Chin Byan yang menyerang Myanmar dengan menawan Miohaung. Chin Byan telah meminta bantuan British dengan membuat satu perjanjian dan meletakkan wilayah tadbirnya di bawah kedaulatan British. Hal ini meruncingkan hubungan British dan Myanmar. British menghantar Kapten Canning ke Myanmar menafikan penglibatan membantu Chin Byan. 2.7 Untuk mendapatkan kepercayaan Myanmar, pada 1812 British melumpuhkan sebahagian besar pasukan Chin Byan. Gerakan Chin Byan berakhir apabila beliau meninggal pada 1815, namun hubungan baik antara British dan Myanmar tidak terjamin. 3. Keengganan Myanmar mengadakan hubungan diplomatik 3.1 British ingin mengadakan hubungan dengan Myanmar atas faktor politik dan ekonomi. Keperluan kayu balak, pasaran dan laluan darat ke China melalui Sungai Irrawady pendorong utama British 3.2 Namun Myanmar beranggapan bahawa mereka mempunyai darjat yang tinggi dan tidak setaraf untuk mengadakan hubungan dengan British. Sikap ini meyebabkan wakil British gagal mengadakan rundingan dan meninggalkan Myanmar. 3.3 Pada 1803, hasil perundingan Raja Bodawpaya dengan Kapten Seymes, pelantikan residen British diperkenankan. Liutenant John Canning telah dilantik sebagai residen tetapi beliau terpaksa pulang ke India pada November 1803. Peristiwa ini mengecawakan British. 4. Campur tangan Myanmar di Assam. 4.1 Raja Bodawpaya bercita-cita menakluki India terutama wilayah di timur laut seperti Manipur dan Assam da Benggala. Bodawpaya telah melantik Bandula sebagai gabenor pertama bagi Assam dan Arakan. 4.2 Keadaan huru-hara yang berlaku di Assam akibat pemberontakan orang-orang Moamarias yang tertindas. Raja Ahom bernama Gaurinath Singh meminta bantuan British tetapi tidak dilayan. Keadaan huru-hara yang berterusan menyebabkan Bagydaw (cucu Bodawpaya) telah melantik Bandula menjadi Gabenor Assam selepas menaklukinya. 4.3 Selepas Assam, Myanmar meneruskan kemaraan Ke Manipur. Raja Manipur dan pengikutnya melarikan diri ke Carcar. Raja Carcar telah melarikan diri ke India. Keadaan ini membimbangkan British terhadap wilayah Benggala. 4.4 Ketegangan berterusan ke sempadan Arakan. Peritiwa yang berlaku menyebabkan British menguatkan pertahanannya di Tek Naaf berhampiran Chittagong. Persiapan Jeneral Bandula untuk menyerang Chittagong dijadikan alasan oleh Gabenor Jeneral Lord Amherst mengisytiharkan perang ke atas Myanmar. Sebab berlakunya Perang Inggeris-China 1 1. Hubungan diplomatik. 1.1 Keengganan China mengadakan hubungan diplomatik atas dasar sama taraf dengan kuasa-kuasa Barat penyebab utama perang. Orang-orang China menganggap China sebagai Middle Kingdom yang lebih bertamadun dan orang asing sebagai barbarian atau gasar yang tidak bertamadun. 1.2 Kedatangan orang asing dianggap sebagai wakil negara pembayar ufti yang mahu tunduk di bawah kekuasaan China. Hal ini tidak dipersetujui oleh orang Barat. Usaha British untuk mewujudkan hubungan diplomatik dengan China gagal. Utusan seperti Lord Macartney, Lord Amherst dan Napier tidak berjaya yang disebabkan oleh masalah kow tow iaitu adat menyembah raja. 1.3 Orang Barat yang ingin mengadakan hubungan dengan China mesti melalui cohong. 21

Usaha berterusan pihak Barat untuk berhubung dalam hal perdagangan tidak mendapat layanan setimpal daripada kerajaan China. 2 Perdagangan bebas. 2.1 British mengamalkan dasar perdagangan bebas yang menganggap mereka berhak berdagang di mana sahaja. Akibat Revolusi Perindustrian, British memerlukan negara China sebagai pasaran kepada barangan keluaran mereka serta mendapatkan bahan mentah terutamanya teh dan sutera. 2.2 China bersikap anti perdagangan asing. Dalam hirarki masyarakat, golongan pedagang merupakan golongan terendah dan kegiatan perdagangan dianggap pekerjaan yang hina. China mengenakan pelbagai sekatan ke atas perdagangan asing. Pedagang hanya boleh berdagang di Canton sahaja serta dengan pelbagai sekatan. Peraturan-peraturan yang dikenakan terutama melalui cohong yang dianggotai 13 pegawai dan ketuanya bergelar Hoppo. 2.3 Tindakan Cohong mengenakan cukai dan harga yang tinggi serta tidak tetap menimbulkan perasaan tidak puas hati pedagang-pedagang asing. Sekatan ke atas pedagang asing telah menyebabkan peperangan tidak dapat dielakkan antara British dan China. 3. Sistem keadilan. 3.1 Konsep keadilan China berbeza dengan konsep keadilan British. Kerajaan China mengeluarkan arahan supaya semua orang asing yang berada di China mematuhi undang-undang dan peraturan di China. Arahan ini tidak dipersetujui oleh pedagang asing. 3.2 Mengikut undang-undang China, seseorang yang dituduh melakukan kesalahan tetap bersalah sehingga beliau dapat membuktikan dirinya tidak bersalah. Mengikut undang-undang British pula, seseorang yang dituduh melakukan kesalahan tidak bersalah sehingga pihak pendakwa dapat membuktikan beliau bersalah.Hukuman mati dijalankan dengan cara mencekik mangsa. 3.3 China mengamalkan undang-undang kumpulan dan tanggungjawab ketua. Mengikut undangundang kumpulan, jika seseorang melakukan kesalahan, semua anggota dalam kumpulannya bertanggungjawab dan boleh dijatuhkan hukuman. Undang-undang ini tidak dipersetujui oleh British kerana mereka mengamalkan undang-undang individu. 4. Masalah candu. 4.1 Perdagangan antara British dan China tidak seimbang. British memerlukan barangan China seperti the dan sutera tetapi China tidak memerlukan barangan British. Akibatnya banyak wang British mengalir ke China. 4.2 Untuk mengimbangi perdagangan, British membawa masuk candu dari India dan Turki sejak 1773. Kemasukan candu telah menjejaskan negara China dari segi politik, ekonomi dan sosial. Akibatnya berlaku ketidakcekapan dalam pentadbiran, rasuah serta penyelewangan kerana ramai pegawai kerajaan menjadi penagih candu. 4.3 Dari segi ekonomi, banyak wang China mengalir keluar kerana menimport candu.Keadaan ini memberi bebanan kepada kerajaan China. Dari segi sosial, timbul masalah kesihatan dan keruntuhan akhlak kerana ramai rakyat China menjadi penagih candu. Arahan dikeluarkan oleh Maharaja China supaya perdagangan candu di hentikan tetapi tidak dipedulikan oleh pedagang asing kerana ianya menguntungkan. 4.4 Kemuncak pertelingkahan ini apabila Maharaja Tao Kuang melantik Lin Tse Hsu sebagai Pesuruhjaya Tinggi China di Canton menghapuskan perdagangan, penyeludupan dan penggunaan candu. Pedagang asing didesak menghentikan perdagangan candu. Apabila arahannya tidak mendapat layanan, Lin Tse Hsu telah mengepung 350 pedagang asing yang kebanyakkannya terdiri daripada pedagang British termasuk penguasa pedagang, Charles Elliot. Setelah terdesak, Charles Elliot mengarahkan pedagang-pedagang asing menyerahkan candu kepada pihak China. Sebanyak 20,283 peti 22

candu diserahkan dan dimusnahkan oleh pihak China. Setiausaha Luar British, Lord Palmestone telah menjadikan peristiwa candu sebagai alasan menyerang China. Kesimpulan. Buat pertama kalinya, China telah dikalahkan oleh kuasa-kuasa Barat. Kekalahan ini telah menjatuhkan maruah negara China serta menghilangkan keyakinan orang ramai terhadap pemerintahan Dinasti Manchu. Kekalahan ini mendedahkan kelemahan Manchu sehingga mengakibatkan bertambahnya gerakan anti-Manchu. Kekalahan Burma dalam Perang Inggeris- Burma 1 telah membuka pintu negara Burma kepada kuasa Barat. Perang ini juga seterusnya telah mencetuskan Perang Inggeris Burma dua dan tiga.

Soalan 11 Huraikan corak perjuangan Mahatma Gandhi dan Jose Rizal dalam gerakan nasionalisme di India dan Filiphina sebelum tahun 1941. Pendahuluan Jose Rizal lahir tahun 1861 di Luzon dan berketurunan Sepanyol-China. Meminati bidang bahasa dan kesusasteraan , menerima pendidikan awal di Maktab Jesuit dan Universiti santo Thomas, Manila. Melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Sepanyol. Perjuangannya menggunakan pen dan kertas(propaganda) sebagai senjata utama.

JOSE RIZAL; Cara pertama - Jose Rizal berjuang menuntut kemerdekaan bagi Filiphina melalui idea penulisan. Jose Rizal, Marcelo del Pilar dan Lopez Jaena digelar golongan Ilstrado (pertengahan) selepas terjadinya peristwa pembunuhan tiga orang paderi dalam pemberontakan Cavite 1872. Jose Rizal guna strategi secara sederhana dan bergerak secara aman melalui gerakan propaganda dan parti politik. Jose Rizal ungkap idea nasionalisneya melalui novel Noli Me Tengere (Jangan Sentuh Daku) yang dihasilkan di Berlin pada tahun 1887. Novel ini mendedahkan kepincangan hidup masyarakat Filiphina yang dibelenggu ketidakadilan dan penindasan pemerintah Sepanyol. Beliau turut mengarang novel El Filibuterismo (Pemerintah Yang Tamak) untuk mengkritik undang-undang Filiphina dan golongan agama di Filiphina. Jose Rizal bersama Del Pilar dan Graciano Lopez telah menerbitkan La Solidaridad di Barcelona pada 1889 untuk mendedahkan keburukan pemerintahan Sepanyol,keadaan petani yang ditindas dan penyalahgunaan kuasa paderi Sepanyol di Filiphina. Mereka juga menuntut keadilan social dari pemerintahan Sepanyol.

23

Cara kedua - Cara kedua Jose Rizal ialah membabitkan diri dalam gerakan berpersatuan atau parti politik. Jose Rizal telah tubuhkan Liga Filiphina semasa di Hong Kong tahun 1891 yang mengutamakan tentang pembangunan masyarakat. Ahli-ahlinya terdiri daripada golongan Ilustrados(pertengahan) dan berpendidikan. Agenda perjuangannya ialah untuk melindungi rakyat Filiphina daripada kekejaman dan ketidakadilan penjajah Sepanyol, menyatukan pulaupulau Filiphina yang terpisah serta menuntut penjajah mengadakan reformasi pendidikan,perdagangan dan pertanian. Belaiu kemudian menubuhkan cawangan Liga Filiphina di Manila tahun 1892 dengan tujuan untuk mendapatkan pembaharuan social,ekonomi dan politik bagi negara dengan aman. Liga ini juga bertujuan melindungi penduduk Filiphina daripada kekejaman Sepanyol serta mengkritik golongan gereja yang menjdi penghalang kepada kemerdeaan filiphina. Akibatnya Jose Rizal telah dibuang negeri ke Dapitan di pulau Mindanao pada Julai 1892. Idea kesedaran ini telah memberi ilham kepada Andreas Bonifacio untuk menubuhkan Katipunan (Kesatuan Putera-putera Republik )pada tahun 1892. Katipunan merupakan sebuah pertubuhan yang cuba menyebarkan fahaman revolusi di Filiphina sebagai satu cara menggulingkan penjajahan Sepanyol. Jose Rizal tidak bersetuju dengan Katipunan dan menasihati pemimpinnya agar tidak mencetuskan revolusi. Katipunan melancarkan revolusi terhadap Sepanyol di Filiphina tahun 1896 namun gagal.. Akibatnya, Jose Rizal ditangkap kerana disyaki bersubahat dengan Katipunan dan dihukum tembak pada 30 Disember 1896.

MAHATMA GANDHI (MG) 1. Perjuangan awal - Pada tahun 1915, MG pulang dari Afrika Selatan - Tahun 1918 mula terlibat dalam politik India melalui Parti Kongres India. - Bersifat sederhana dengan pelbagai cara seperti SATYAGRAHA atau pengaruh cinta rohani. - MG menumpukan khidmat kepada orang-orang Harijan yang dianggap berkasta rendah. - MG bantah Akta Rowlat (1919) yang beri polis banyak kuasa dan kerajaan untuk singkirkan individu-individu tertentu. Melalui pergerakan Satyagraha lancarkan hartal,tujuk perasaan,mogok dan rusuhan diseluruh negara. - Pertempuran di Amristsar sebabkan 2000 orang terbunuh. - Tekanan dan kegelisahan meluas terhadap golongan buruh dan petani seluruh India menyebabkan MG diterima sebagai pemimpin masyarakat India. 2. Gerakan Tidak Bekerjasama 24

-Peristiwa di Amritsar menyebabkan MG tukar taktik perjuangan kepada tidak bekerjasama antara tahun 1921-22 bertujuan untuk melumpuhkan pentadbiran British. -MG membentuk barisan bersatu dengan pemimpin-pemimpin Islam bertujuan memulaukan dewan perundangan ,mahkamah undang-undang ,sekolah dan kolej. -Gerakan ini juga menjalankan kempen memboikot barangan asing. -Gerakan ini mendapat sokongan daripada golongan borjuis seluruh India. Gerakan ini berakhir apabila MG di penjarakan selama enam tahun. -Tahun 1924, MG dibebaskan. Tahun 1930, MG dan pengikut telah berjalan kaki sejauh 200km dari Sabarti ke Dandi sebagai bantahan terhadap undang-undang garam yang mewajibkan rakyat India membeli garam daripada kerajaan. -Tahun1931, British jemput MG hadiri Persidangan Meja Bundar di London tapi gagal capai apa-apa persetujuan. 3. Perjuangan Kemerdekaan -Sepanjang tahun 1930-an,MG lebih beri tumpuan terhadap perjuangan untuk menghapuskan kasta di India. -Tahun1935, parlimen British lulus akta untuk memberi kemerdekaan kepada India secara berperingkat. -Awal tahun 1940-an, parti Kongres India mengambil langkah untuk mengusir British keluar dari India. Pada tahun 1942, MG dan beberapa pemimpin nasionalis India diberkas. KESIMPULAN Jose Rizal dan Mahatma Gandhi merupakan dua tokoh nasionalisme yang gigih memperjuangkan nasib bangsa. Matlamat perjuangan mereka sama iaitu bebas bangsa dan negara dari penjajahan. Jose Rizal meninggal duania sebelum sempat menikmati erti kemerdekaan. Mahatma Gandhi dikenang sebagai tokoh kemerdekaan India.

Soalan 12 Bandingkan dasar luar Filipina dengan dasar luar Vietnam dari tahun 1945 hingga tahun 1963. Pendahuluan 1. Selepas Perang Dunia Kedua, Persidangan Geneva telah memutuskan Vietnam dibahagikan kepada dua iaitu Vietnam Utara di bawah komunis dan Vietnam Selatan di bawah maharaja Bao Dai. 2. Republik Filipina dibentuk pada 4 Julai 1946 dengan Manuel Roxas sebagai presiden pertama. . ISI 1. Dasar Luar Filipina Selepas Filipina mencapai kemerdekaan, Filipina menyertai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Filipina mendapat bantuan teknikal daripada PBB. Ini di bawah Program Bantuan Teknikal PBB. Jeneral Romolo dari Filipina telah dipilih sebagai anggota Majlis Pemegang Amanah Bersatu PBB pada tahun 1949 25

Jeneral Romolo memperjuangkan supaya tuntutan negeri-negeri kecil untuk mengehadkan kuasa pembatal yang dipegang oleh kuasa-kuasa besar diteruskan. Filipina juga melibatkan diri dalam membantu PBB dalam Perang Korea. Filipina juga terlibat dalam menandatangani Perjanjian SEATO yang diadakan di Manila. Filipina berharap bahawa SEATO akan lebih agresif seperti NATO. Filipina, Thailand dan Tanah Melayu membentuk Pertubuhan Asia Tenggara (ASA) pada tahun 1961 bertujuan untuk menjaga kepentingan ekonomi dan social Negara-negara anggota. Filipina juga menyertai MAPHILINDO dengan Malaysia dan Indonesia tetapi badan ini kurang berkesan apabila Gagasan Persekutuan Malaysia diumumkan.

2. Dasar Luar Vietnam Utara Vietnam Utara dikuasai oleh golongan komunis. Mengadakan hubungan dengan Negara-negara Blok Sino-Soviet dan Korea Utara. Kerajaan Vietnam Utara membuat pembaharuan dasar tanah Negara. Kerajaan terpaksa menghadapi pemberontakan petani di wilayah Nghe-An pada tahun 1956 Pada tahun 1960 kerajaan Vietnam Utara menghulurkan bantuan ketenteraan dan pakar peperangan untuk menyokong pemberontakan Pathet Lao di Laos. Bukan anggota PBB tetapi menjadi anggota kepada Persidangan Solidariti Afro-Asia dan Pertubuhan Bersama Keretapi. Menjalin hubungan perdagangan dengan Jerman Timur, Poland, Hungary, Romania, Jepun dan sebagainya.

3. Dasar Luar Vietnam Selatan Menjadi anggota PBB Menyertai Kesatuan Antara Parlimen, Persidangan Solidariti Afro Asia, Konsul Rancangan Colombo, Suruhanjaya Beras Antarabangsa dan Kumpulan Penyelidik Getah Antarabangsa. Menjalin hubungan perdagangan dengan Amerika Syarrikat, Jepun dan Perancis. Mendapat bantuan teknikal dan kewangan dari Amerika Syarikat dan Negara-negara lain dari agensi-agensi PBB. Pasaran Utama Vietnam Selatan ialah Perancis, United Kingdom dan Jerman.

A. KESIMPULAN 1. Filipina menjalinkan hubungan luar dengan banyak Negara anggota PBB. 2. Vietnam Utara banyak menerima bantuan kewangan dan tentera dari China dan Negara komunis yang lain. 3. Vietnam Selatan pula menjadi anggota PBB dan banyak dibantu oleh Amerika Syarikat

26

You might also like