You are on page 1of 10

Pokok Puding, Croton

Nama saintifik: Codiaeum variegatum Famili: Euphorbiaceae

Kegunaan: - Pokok renek berdaun pelbagai warna. - Mencantikkan taman dan halaman rumah daripada bentuk dan warna yang pelbagai. Firebrand Cordyline

Nama saintifik: Cordyline fruticosa 'Firebrand' Famili: Agavaceae Kegunaan: - Sejenis pokok seakan palma; sesuai ditanam tunggal dan dibiarkan tinggi. - Boleh ditanam dalam rimbunan atau pagaran, mudah dicambah menggunakan keratan batang. - Pokok yang mempunyai daun pelbagai warna dalam pelbagai varieti.

Buta-buta, Picara, Blind Eyes

Nama saintifik: Excoecaria cochinchinensis Famili Euphorbiaceae Kegunaan: - Daun yang menarik dengan dua warna; merah dan hijau. - Ditanam sebagai pagaran, sempadan di halaman.

Bunga Raya, Shoe Flower

Nama saintifik: Hibiscus rosa-sinensis Famili: Malvaceae Kegunaan: - Ditanam di sepanjang jalan. Mempunyai bunga yang besar dan menarik. - Bunga, daun dan akar mempunyai pelbagai kegunaan perubatan. - Sesuai ditanam untuk menaikkan semangat cintakan negara. Bunga raya adalah bunga kebangsaan Malaysia. Malangnya bunga ini berasal dari Negara China, bukan Malaysia.

Jarak Biola, Jatrofa Bunga Merah

Nama saintifik: Jatropha pandurifolia Famili: Euphorbiaceae

Acalypha, Pokok Ekor Kucing

Nama saintifik: Acalypha wilkesenia var. macrophylla Famili: Euphorbiaceae Kegunaan: - Pokok berdaun pelbagai warna, pem'bekal' warna pada halaman sepanjang tahun. - Tanaman sempadan.

Barwood, Camwood, Bafia

Nama saintifik: Baphia nitida Famili: Leguminosae Kegunaan: - Pokok landskap untuk tanaman pagaran. - Tumbuh rimbun sebagai teduhan.

Bunga Kertas, Bunga Belulang

Nama saintifik: Bougainvillea glabra 'Magnifica' Famili: Nyctaginaceae Kegunaan: - Tumbuhan dalam pasu.

- Mampu menjalar tinggi; sebagai gerbang laman.

Kenanga, Ylang-ylang, Perfume Tree, Semenderasa

Nama saintifik: Cananga odorata var. fruticosa Famili: Annonaceae

You might also like