You are on page 1of 5

BETULKAN YANG BIASA BIASAKAN YANG BETUL Budak-budak nakal itu saling tuduh-menuduh dan tidak mahu mengakui

i kesalahan sendiri. (salah) Budak-budak nakal itu tuduh-menuduh dan tidak mahu mengakui kesalahan sendiri. (betul) Budak-budak nakal itu saling menuduh dan tidak mahu mengakui kesalahan sendiri. (betul) {Gugurkan perkataan saling sebab tuduh-menuduh adalah kata ganda yang membawa maksud saling} {Perkataan saling boleh digunakan tetapi tidak boleh dipadankan dengan kata ganda maksud saling} Puan Jamilah membeli kek berperisa coklat di pasar tani pagi tadi. (salah) Puan Jamilah membeli kek berperasa coklat di pasar tani pagi tadi. (betul) {Perkataan perisa membawa maksud enak/sedap, perasa pula membawa maksud rasa seakan-akan} Siti Nurhaliza mempunyai peminat yang ramai di seluruh pelosok negara. (salah) Siti Nurhaliza mempunyai peminat yang banyak di seluruh pelosok negara. (betul) {Jika merujuk kepada bilangan/kuantiti, penggunaan perkataan banyak adalah lebih tepat dan gramatis} Emak Dahlia menghidangi kami sepinggan goreng pisang rangup pada petang itu. (salah) Emak Dahlia menghidangi kami sepinggan pisang goreng rangup pada petang itu. (betul) {Hukum D-M yang betul, pisang goreng sebab yang diterang ialah pisang dan yang menerang ialah goreng}

Encik Muniandy bekerja di Mini Estet Ulu Bernam sudah hampir dua puluh tahun. (salah) Encik Muniandy bekerja di Estet Mini Ulu Bernam sudah hampir dua puluh tahun. (betul) {Hukum D-M yang betul, estet mini sebab yang diterang ialah estet dan yang menerang ialah mini} Kedua-dua pengantin itu berseri-seri semasa bersanding di atas pelamin baldu biru itu. (salah) Kedua-dua orang pengantin itu berseri-seri semasa bersanding di atas pelamin baldu biru itu. (betul) {Kata bilangan kedua-dua di dalam ayat mesti diiringi dengan penjodoh bilangan yang sesuai, iaitu orang} Seekor lembaga putih pernah dilihat oleh orang kampung di teratak usang di hujung desa itu. (salah) Satu lembaga putih pernah dilihat oleh orang kampung di teratak usang di hujung desa itu. (betul) {Bagi benda yang tidak nyata/jelas, penjodoh bilangan tidak boleh digunakan, guna kata bilangan sahaja} Bapanya adalah Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Parit Haji Aman, Bagan Serai. (salah) Bapanya ialah Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Parit Haji Aman, Bagan Serai. (betul) {Ialah Kata pemeri yang menghubungkan benda (subjek) dengan cerita (predikat) dalam ayat} Keterangan yang diberi oleh saksi utama kes pembunuhan itu ialah rekaan semata-mata. (salah) Keterangan yang diberi oleh saksi utama kes pembunuhan itu adalah rekaan semata-mata. (betul) {Adalah Kata pemeri yang menghuraikan lebih lanjut tentang benda (subjek) yang disebut sebelumnya}

Mak Cik Zaleha menghidangkan tetamunya sepinggan kuih seri muka petang itu. (salah) Mak Cik Zaleha menghidangi tetamunya sepinggan kuih seri muka petang itu. (betul) {Imbuhan apitan meng ... i - cerita (predikat) dalam ayat itu mesti merujuk kepada manusia sahaja} Encik Nokman menghadiahi cincin bertatahkan berlian dan permata kepada bakal isterinya. (salah) Encik Nokman menghadiahkan cincin bertatahkan berlian dan permata kepada bakal isterinya. (betul) {Imbuhan apitan meng ... kan - cerita (predikat) dalam ayat itu mesti merujuk kepada benda atau binatang} Pegawai-pegawai itu masih membincangkan tentang masalah keruntuhan moral para remaja. (salah) Pegawai-pegawai itu masih membincangkan masalah keruntuhan moral para remaja. (betul) {Gugurkan perkataan tentang sebab imbuhan apitan mem ... kan sudah membawa maksud tentang} Pekebun kecil masih membincangkan tentang harga pasaran kelapa sawit yang tidak menentu. (salah) Pekebun kecil masih membincangkan harga pasaran kelapa sawit yang tidak menentu. (betul) {Gugurkan perkataan tentang sebab imbuhan apitan mem ... kan sudah membawa maksud tentang} Berhati-hati semasa memandu kenderaan di selekoh yang tajam dan merbahaya itu. (salah) Berhati-hati semasa memandu kenderaan di selekoh yang tajam dan berbahaya itu. (betul) {Tidak ada imbuhan awalan mer- dalam tatabahasa Melayu, bukan merbahaya tetapi berbahaya}

Kejayaan gemilang dalam UPSR diperolehi Syahmi Aiman kerana usaha gigihnya. (salah) Kejayaan gemilang dalam UPSR diperoleh Syahmi Aiman kerana usaha gigihnya. (betul) {Apitan diper ... i hanya kepada empat perkataan; diperisteri, dipersuami, diperkawani dan diperingati} {Awalan diper- ialah awalan yang membentuk kata kerja ayat pasif, selain empat perkataan di atas} Adik saya terlalu sayangkan kucing parsi itu sehingga dibawanya tidur bersama-sama. (salah) Adik saya terlalu sayang akan kucing parsi itu sehingga dibawanya tidur bersama-sama. (betul) {Kata yang ada unsur emosi/perasaan tidak boleh disisipkan imbuhan akhiran -kan, sepatutnya akan} Emak marahkan Nurul Ashikin kerana tidak menyiapkan kerja rumah yang diberi oleh cikgunya. (salah) Emak marah akan Nurul Ashikin kerana tidak menyiapkan kerja rumah yang diberi oleh cikgunya. (betul) {Kata yang ada unsur emosi/perasaan tidak boleh disisipkan imbuhan akhiran -kan, sepatutnya akan} Setengah murid tidak tahu membahagi-bahagikan masa lapang dengan baik. (salah) Sesetengah murid tidak tahu membahagi-bahagikan masa lapang dengan baik. (betul) {Setengah membawa maksud satu perdua, sesetengah pula membawa maksud sebahagian daripada} Iskandar Saputra menunggu kawannya di Stesen Bas Kuala Terengganu selama dua setengah jam. (salah) Iskandar Saputra menunggu kawannya di Stesen Bas Kuala Terengganu selama dua jam setengah. (betul) {Dua setengah jam merujuk kepada bilangan jam, dua jam setengah merujuk kepada waktu, 2 jam 30 minit}

Lain-lain perkara turut dibincangkan dalam mesyuarat bulanan AJK PIBG kali ini. (salah) Perkara-perkara lain turut dibincangkan dalam mesyuarat bulanan AJK PIBG kali ini. (betul) {Lain-lain membawa maksud banyak yang lain, perkara-perkara pula membawa maksud banyak perkara} Lain-lain hal yang menyentuh agama, ras, dan budaya bangsa tidak perlu diperdebatkan. (salah) Hal-hal lain yang menyentuh agama, ras, dan budaya bangsa tidak perlu diperdebatkan. (betul) {Lain-lain membawa maksud banyak yang lain, hal-hal pula membawa maksud banyak hal} Satu rampasan mercun terbesar telah dilakukan oleh pasukan kastam negeri Perlis pagi tadi. (salah) Satu rampasan terbesar mercun telah dilakukan oleh pasukan kastam negeri Perlis pagi tadi. (betul) {Mercun terbesar merujuk kepada mercun yang besar, rampasan terbesar merujuk kepada banyak rampasan} Merujuk kepada perkara di atas, bersama-sama ini dikepilkan sesalinan sijil UPSR yang telah disahkan. (salah) Merujuk perkara di atas, bersama-sama ini dikepilkan sesalinan sijil UPSR yang telah disahkan. (betul) {Perkataan merujuk dalam ayat membawa maksud kepada secara tersirat, tidak perlu merujuk kepada}

You might also like