You are on page 1of 8

PUSAT TEKNOLOGI DAN PENGURUSAN LANJUTAN CAWANGAN AMPANG SUBJEK: ENTREPRENEURSHIP IN HOSPITALITY TOURISM KOD SUBJEK: CRS 1013

TAJUK: TUGASAN 1 : 10 MOST RICHEST ENTREPRENEURSHIP IN MALAYSIA TAN SRI T ANANDA KRISHNAN NAMA: NOR HAZREENA BINTI HARUN (1032011060060) NADIRAH BINTI ABDULLAH (1032011060020) NURUL AIN BINTI SARI (1032011060057) NAMA PENSYARAH: CIK NORHIDAYAH BINTI MOHAMAD NOR

ISI KANDUNGAN TAJUK 1) RANGKING 2) BIODATA USAHAWAN 3) PERNIAGAAN PERNIAGAAN YANG DIJALANKAN 4) PEMILIK SYARIKAT 5) RUJUKAN M/S 3 4-5 6 7 8

TAN SRI T ANANDA KRISHNAN

RANKING Rangking 2010 : 89 Rangking 2011 : 93 Rangking 2012 : 93 Beliau merupakan yang ketiga terkaya antara Robert Kuok dan Ng Teng Fong.

BIODATA TAN SRI T ANANDA KRISHNAN NAMA : Tatparanandam Ananda Krishnan (Tamil: . ) NAMA SINGKATAN : TAK TARIKH LAHIR : 1 April 1938 (74 Tahun) TEMPAT LAHIR : Brickfields, Kuala Lumpur, Malaysia AGAMA : Buddha PELAJARAN : Harvard U Master of Business Administration; Melbourne U Bachelor of Arts / Science STATUS : Berkahwin ANAK : 2 orang anak perempuan dan 1 anak lelaki. PROFESIONAL : Perniagaan ANGGARAN KEWANGAN : US 9.9 billion Dollars (2012) KEISTIMEWAAN : Usahawan yang pandai memanfaatkan teknologi baru dan peluang perniagaan yang muncul. SUMBANGAN : Syarikat Maxis Communications Berhad , Tanjong Plc dan Measat Broadcast Network Systems Sdn. Bhd mendermakan sebanyak RM160 juta kepada beberapa dana pendidikan di Malaysia. Daripada jumlah itu, RM100 juta didermakan kepada Dana Harapan Nusantara. Dana Harapan Nusantara ditubuhkan oleh Ananda Krishnan sendiri melalui syarikatnya Usaha Tegas Sdn. Bhd. Khas bagi pelajar Bumiputera. Dana Harapan Nusantara juga diberi peruntukan khas, iaitu 300 juta saham dalam Maxis yang bernilai kira-kira RM100 juta, yang dapat dijual apabila perlu. Antara projek Dana Harapan Nusantara adalah projek bagi membantu pelajar Bumiputera melanjutkan pelajaran ke luar negara melalui program berkembar di universiti dan kolej swasta tempatan.
4

Selain itu, sebanyak RM5 juta juga diperuntukkan bagi pengurus dan profesional Bumiputera supaya mereka dapat menyertai program pendidikan eksekutif di Harvard Business School. Usaha Tegas juga menubuhkan Yayasan Yu Cai dengan geran awal sebanyak RM25 juta. Yayasan Yu Cai diwujudkan bagi menyemai dan membangunkan bakat dalam pelbagai bidang. Sumbangan pertama Yayasan Yu Cai adalah sebanyak RM5 juta yang diperuntukkan bagi membantu penubuhan Jabatan Amalan dan Falsafah Tradisional Cina di Universiti Tun Abdul Razak. Usaha Tegas juga memperuntukkan sebanyak RM5 juta bagi Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia. Selain itu, Tanjong, Maxis dan Measat pula secara bersama menyumbangkan sebanyak RM10 million kepada Universiti Tun Abdul Razak. Pengagihan Jutawan oleh Residence Diameter cakera mencerminkan saiz kekayaan. Cakera merah menunjukkan Ananda Krishnan

PERNIAGAAN PERNIAGAAN YANG DIJALANKAN Perkhidmatan TV Satelit Astro kini meliputi beberapa negara seperti Malaysia, Taiwan, Indonesia, India, Filipina, Brunei dan Vietnam. Di Malaysia sahaja, 850,000 orang menggunakan perkhidmatan TV Satelit Astro. Astro kini bernilai RM4 bilion. Binariang adalah syarikat televisyen satelit pertama negara, diberikan monopoli selama 20 tahun, iaitu sehingga tahun 2017. Maxis pula mempunyai seramai 2.3 juta pengguna, menjadikannya syarikat telekomunikasi yang terbesar di Malaysia. Perniagaan di luar negara Ananda Krishnan mempunyai kepentingan dalam bidang minyak dan gas di Amerika Syarikat, Sri Lanka, Mesir, Indonesia dan sebagainya. Beliau memiliki dua buah studio animasi, sebuah di Filipina dan sebuah lagi di Hollywood. Beliau memiliki ladang pembakaan kuda di Australia Beliau juga mempunyai rangkaian pawagam multipleks yang memegang lebih daripada 800 judul filem, serta memiliki sebahagian daripada TVB.com (cabang interaktif kepada penyiar utama di Hong Kong) dan arkib filem Shaw Brothers. Zodan dan Zudavi diberikan hak menggali minyak dan gas di Indonesia pada tahun 2001. Beliau memiliki Syarikat Bumi Armada Berhad yang merupakan pemilik terbesar dan pengendali kapal sokongan luar pesisir di Malaysia dan merupakan rakan kongsi khidmat ditubuhkan dan dipercayai dalam industri minyak dan gas.

PEMILIK SYARIKAT Pengasas Usaha Tegas Sdn. Bhd. Binariang Satellites Systems atau BSS. Measat Broadcast Network Systems atau Astro Bumi Armada Berhad, iaitu syarikat perkapalan. Celestial Pictures Ltd dibeli daripada Shaw Brothers pada tahun 2000 dengan harga RM292.6 juta. Projek yang berjaya KLCC iaitu usaha sama di antara Usaha Tegas Sdn. Bhd. dan Petronas. Maxis Communications Berhad telah mnejadi syarikat telekomunikasi yang terbesar. Astro menjadikan astro seluruh dunia.

RUJUKAN http://pts.com.my/modules.php?name=News&file=print&sid=319 http://www.cinoscaraku.com/search/kedudukan-perniagaan-ananda-krishnan/ http://www.forbes.com/profile/ananda-krishnan/ http://www.bumiarmada.com/76_82_82/Web/WebPageImgTop/CompanyProfile/About-Us.html http://klse.i3investor.com/servlets/anpth/238221.jsp http://ms.wikipedia.org/wiki/Ananda_Krishnan

You might also like