Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
50Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
PPSMI, Surat Pekeliling Ikhtisas 11/2002

PPSMI, Surat Pekeliling Ikhtisas 11/2002

Ratings:

4.77

(26)
|Views: 16,898|Likes:
Published by Mohd Isa Abd Razak
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 11/2002: Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam
Bahasa Inggeris (PPSMI)
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 11/2002: Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam
Bahasa Inggeris (PPSMI)

More info:

Published by: Mohd Isa Abd Razak on Jan 29, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF or read online from Scribd
See more
See less

05/10/2014

 
 
PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIAKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIAPARAS 7, BLOK JPUSAT BANDAR DAMANSARA50604 KUALA LUMPUR 
 
Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
Tel : 03-2586900Fax : 03-2535150
Laman Web : http://www.moe.gov.my
KP(BS) 8591/Jld.XVIII (11)27 November 2002Semua Pengarah Pendidikan Negeri
 
Y.Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan,
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 11/2002 :
Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik DalamBahasa Inggeris Di Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis KebangsaanTamil (SJKT), Sekolah Menengah (SM) dan Tingkatan Enam Mulai Tahun 2003
Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan untuk memaklumkan tentang dasar pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris bagisemua Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), SekolahMenengah (SM) dan Tingkatan Enam pada tahun 2003.
2. Tujuan Pelaksanaan
Dasar ini digubal berasaskan hakikat bahawa Sains dan Matematik adalah bidang ilmu yangsangat dinamik dengan pelbagai penemuan baru dan sebahagian besar maklumat yangberkaitan dengannya terdapat dalam Bahasa Inggeris. Matlamat akhir dasar ini adalahmembolehkan murid mengakses maklumat yang berkaitan melalui pelbagai media supayamereka mampu menguasai ilmu Sains dan Matematik dan lebih berdaya saing di peringkatantarabangsa di samping melahirkan generasi yang kukuh dalam penggunaan bahasaInggeris.
3. Mata Pelajaran Yang Terlibat
3.1 Mata-mata pelajaran yang
wajib diajar dalam Bahasa Inggeris
pada
tahun2003
mengikut jenis sekolah adalah seperti berikut :-
a. Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
i. Sains Tahun 1ii. Matematik Tahun 1
b. Sekolah Menengah
i. Sains Tingkatan 1ii. Matematik Tingkatan 1
c. Tingkatan Enam Rendah
i. Fizikii. Biologiiii. Kimiaiv. Matematik Sv. Matematik Tvi. Matematik Lanjutan Tvii. Perkomputeran
 
 
Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
3.2 Pelaksanaan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matemaikdalam bahasa Inggeris pada tahun-tahun selepas 2003 adalah seperti di
Lampiran 1
dan
Lampiran 2
.3.3 Semua sekolah adalah digalakkan untuk melaksanakan pengajaran danpembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris mengikutkemampuan sekolah bagi tahun-tahun dan tingkatan-tingkatan lain.
4. Peruntukan Masa Pengajaran
4.1 Bagi Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, peruntukanmasa, dalam minit seminggu, bagi pengajaran dan pembelajaran Sains danMatematik untuk Tahun 1 adalah seperti berikut :
Mata Pelajaran Jumlah Minit Seminggu
Sains 90Matematik 210Dengan mengambil maklum peruntukan ini dengan Surat-surat PekelilingIkhtisas Bil. 8/2002, Bil. 9/2002 dan Bil. 10/2002, maka peruntukan masapengajaran bagi semua tahun di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah JenisKebangsaan Tamil bagi tahun 2003-2008 adalah seperti di
Lampiran-Lampiran 3A hingga 3F
.4.2 Peruntukan masa bagi Sekolah Menengah dan Tingkatan Enam adalah kekaldan mengikut peraturan sedia ada.
5. Sukatan Pelajaran
5.1 Sekolah-sekolah hendaklah mengguna pakai Sukatan Pelajaran dan HuraianSukatan Pelajaran dalam Bahasa Inggeris yang disediakan oleh KementerianPendidikan bagi Sains, Matematik dan mata-mata pelajaran yang berasaskansains mulai 2003.5.2 Bagi Tingkatan Enam, sekolah-sekolah hendaklah menggunakan SukatanPelajaran dalam Bahasa Inggeris yang disediakan oleh Majlis PeperiksaanMalaysia.
6. Pentaksiran
6.1 Mulai Tahun 2003 hingga tahun 2007, semua peperiksaan awam bagi matapelajaran Sains dan Matematik akan disediakan dalam dwibahasa sepertiberikut :
a. Sekolah Kebangsaan
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
b. Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
Bahasa Tamil dan Bahasa Inggeris
c. Sekolah Menengah dan Tingkatan Enam
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
 
 
Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
6.2 Selari dengan para 6.1 di atas murid dibenarkan memilih untuk menjawabsoalan peperiksaan bagi mata pelajaran tersebut dalam salah satu daripadadua bahasa atau dalam kedua-dua bahasa seperti para 6.1 di atas.6.3 Mulai Tahun 2008, Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi matapelajaran Sains dan Matematik di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah JenisKebangsaan Tamil akan disediakan dalam Bahasa Inggeris sahaja. Mulai tahun2008 juga, semua peperiksaan awam bagi mata pelajaran Sains, Matematikdan mata-mata pelajaran lain yang berasaskan Sains dan Matematik di sekolahmenengah, akan disediakan dalam Bahasa Inggeris sahaja.7. Sila maklumkan kandungan pekeliling ini kepada semua sekolah di negeri Y.Bhg.Datuk/Dato’/Tuan/Puan.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” 
DATUK ABDUL RAFIE BIN MAHAT
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysias.k 1. Y.B. Tan Sri Dato’ Seri Musa bin MohamadMenteri Pelajaran Malaysia2. Y.B. Dato’ Abdul Aziz bin ShamsuddinTimbalan Menteri Pendidikan Malaysia3. Y.B. Dato’ Hon Choon KimTimbalan Menteri Pendidikan Malaysia4. Y.B. Dato’ Mahadzir bin Mohd Khir Setiausaha Parliman, Kementerian Pendidikan Malaysia5. Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia6. Timbalan-Timbalan Ketua SetiausahaKementerian Pendidikan Malaysia7. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah PendidikanKementerian Pendidikan Malaysia8. Ketua-Ketua Bahagian, Kementerian Pendidikan Malaysia9. Ketua Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia10. Ketua Perhubungan Awam, Kementerian Pendidikan Malaysia

Activity (50)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Andy William liked this
Naida Mohd Saleh liked this
Lim Keng Kiong liked this
Ong Kar Looi liked this
Vincent Teo liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->