You are on page 1of 27

Laura H.

Chapman
*

Pengenalan
Laura H. Chapman berperanan sebagai pemimpin dalam bidang pendidikan seni sudah melebihi 40 tahun. Buku, rencana, kajian dan ucapan beliau membincangkan tentang isu polisi, reka bentuk kurikulum, pengajaran metadologi dan penilaian.

Laura H. Chapman di dalam bukunya bertajuk

Approches in Art Education (1978) menjelaskan bahawa proses kreativiti mempunyai pertalian dan hubungan yang hampir sama dengan proses penghasilan karya ataupun dikenali sebagai proses artistik. Proses artistik ini digunakan oleh penggiat seni dalam penghasilan karya. Proses artistik yang dijelaskan oleh Chapman melibatkan 3 disiplin, iaitu: (a) tidak bersifat statik, (b) bersifat boleh ubah dan (c) berulang-ulang. Menurut Chapman lagi, 3 disiplin ini tidak menjadi keutamaan asalkan objektif menghasilkan karya seni tercapai.

Maka, guru-guru pendidikan seni visual perlu memahami bahawa proses penghasilan karya tidak hanya tertumpu kepada satu cara sahaja. Pemahaman ini(proses artistik) perlu diaplikasikan ke atas murid di dalam kelas. Pelbagai cara dan kaedah boleh diketengahkan selagi proses penghasilan karya tersebut dijelaskan dengan baik kepada murid.

Bagi menggalakkan pelajar menghasilkan karya seni, seseorang guru itu sendiri perlu mempunyai pengalaman luas di dalam penghasilan karya seni. Ini kerana, bimbingan dan panduan yang akan diberikan kepada pelajar oleh guru bergantung kepada pengalaman guru itu sendiri.

Namun demikian, dalam proses ini, guru mungkin mempunyai kecenderungan untuk menggunakan kaedah atau teknik yang sama semasa menghasilkan karya terdahulu, namun perlu diingatkan bahawa pengajaran pendidikan seni visual di sekolah mempunyai panduan yang telah ditetapkan agar tidak keluar daripada objektif asal pendidikan seni di sekolah.

Terdapat tiga kaedah yang diperkenalkan oleh Chapman bagi menghasilkan karya seni:
1. Kaedah Penjanaan Idea (Inception of Idea)
2. Pengolahan dan Pemurnian (Elaboration and Refinement) 3. Kemahiran Menggunakan Bahan (Execution in a Medium)

1. Pengwujudan Idea (Inception of Idea)


Dalam menjana idea, pengkarya menetapkan objektif, haluan dan tujuan penghasilan karya. Terdapat juga pengkarya yang tidak dapat menetapkan haluan penghasilan karya kerana penetapan ini bergantung kepada ilham dan cetusan idea. Yang nyata, proses ini agak lambat dan memakan masa.

Di dalam konteks pendidikan seni visual pula, guru dimestikan untuk membimbing pelajar dalam menetapkan hala tuju penghasilan karya selain menerangkan kaedah menjana idea. Sekiranya diabaikan, adalah dikhuatiri murid mungkin tidak mampu menghasilkan karya.

Idea-idea boleh didapati melalui empat pendekatan: (a) Alam semulajadi dan objek di persekitaran (b) Perasaan dalaman khayalan dan imaginasi (c) Aliran dan tema sejagat (d) Keperluan dan pengalaman hidup harian

Pendekatan/Tema
Alam semula jadi dan objek di persekitaran

Penjelasan
Mengguna alam dan persekitaran sebagai sumber idea/ilham. Mengesan dinamik fom, kualiti organik, keunikan, integrasi alam dan kehidupan, unsurunsur seni seperti warna, bentuk dan sebagainya boleh menggerakkan kewujudan idea/ilham. Mentafsir alam dengan pengamatan yang jujur untuk mencari nilai dan makna.

Pendekatan/Tema
Perasaan dalaman, khayalan & imaginasi.

Penjelasan
Pengalaman hidup memberi banyak kesan dan pengaruh terhadap minda. Perasaan takut, misteri, sedih dan sebagainya adalah sumber penting melahirkan idea/inspirasi. Perasaan dalaman, khayalan dan imaginasi merupakan motivasi menggerakkan idea/ilham.

Pendekatan/Tema
Aliran dan Tema Sejagat

Penjelasan
Pemikiran manusia bersifat unik dan keupayaan menjelaskan konsep mengenai sesuatu tema atau agenda kehidupan. Sifat keunikan pemikiran manusia itu menyebabkan berkembangnya idea dalam pelbagai aliran dan tema. Akibat daripada pemikiran dan keupayaan unuk menjelaskan konsep dan agenda kehidupan, menyebabkan manusia sentiasa mempunyai idea dan inspirasi.

Pendekatan/Tema
Aliran dan Tema Sejagat

Penjelasan
Perkembangan aliran seni adalah satu bukti menjelaskan keadaan tersebut. Keinginan untuk menjelaskan konsep dan agenda seni, maka lahirlah ideaidea dan pemikiran tentang seni. Desakan dan keperluan dalam kehidupan harian seperti keperluan untuk hidup, keselamatan, keselesaan dan sebagainya membuka ruang untuk manusia berfikir, mendapatkan idea dan mencipta sesuatu. Masalah adalah peluang yang terbaik untuk manusia berfikir dan bertindak secara lebih kreatif.

Keperluan dan pengalaman hidup harian

2. Perkembangan dan Penghalusan Idea (Elaboration and Refinement)


Proses ini dilakukan bagi mendapatkan kajian visual yang lebih sistematik dan tersusun. Proses ini digunakan oleh pengkarya bagi memastikan imej atau visual yang hendak dihasilkan atau dipilih bertepatan dengan tema dan objektif penghasilan.

Dalam penghasilan karya di peringkat kanakkanak, proses ini dianggap signifikan kerana proses pengolahan dan pemurnian biasanya diulang beberapa kali bagi mendapatkan hasil terbaik. Proses ini perlu didedahkan kepada murid di sekolah supaya mereka dilatih untuk mempunyai pengamatan mendalam terhadap ketelitian. Pendekatan bagi fasa ini adalah seperti berikut:

Pendekatan/Tema

Penjelasan

Pemerhatian dan kajian Meningkatkan kesedaran visual terhadap kualiti tampak.

Kajian-kajian yang terperinci mengenai alam dan fenomenanya meningkatkan daya ekspresif. Frank Barron dan Irvin Child menyatakan bahawa artis mempunyai pemerhatian tinggi untuk melihat, memerhati, mentafsir dan mengurus maklumat visual, berbanding dengan mereka yang bukan

Pendekatan/Tema

Penjelasan

Pemerhatian dan kajian Menurut J.P. Guilford, artis visual mudah dapat menyesuaikan diri dan menggunakan media biasa untuk menyelesaiakan masalah baru. Iaitu dikatakan sebagai kemahiran adaptive flexibility. Kajian visual akan meningkatkan lagi ciri-ciri tersebut serta membolehkan aktiviti memperkembangkan dan memperinci serta penghalusan dilakukan dengan lebih keatif.

Pendekatan/Tema Penjelasan
Perubahan Cara Bekerja Berlainan artis berlainan gaya atau cara mereka bekerja. Terdapat beberapa jenis kaedah menghasilkan karya. Pengetahuan tentang kaedahkaedah berkarya, akan dapat membantu usaha memperkembangkan atau menghalusi idea. Kaedah dan ciri-ciri kerja tersebut, ialah : bertumpu dan bercapah spontan dan penetapan orientasi tampak dan haptik

Pendekatan/Tema Penjelasan
Bertumpu: Artis memulakan kerja dari awal idea hingga ke peringkat kemahiran media. Menyedari unsur-unsur yang perlu dianalisa dan diolah untuk mencapai tujuan . Artis meneroka dan membuat percubaan pelbagai kaedah dan teknik sebelum membuat keputusan/ tujuan. Artis meneroka dan mencuba pelbagai teknik sehinggalah ia menemui sesuatu teknik yang memuaskannya bagi mencapai tujuan asal.

Bercapah:

Spontan:

Pendekatan/Tema Penjelasan
Penetapan: Artis menentukan pilihan teknik atau prosedur. Sanggup mengubah tujuan asal, asalkan pilihan prosedur pilihannya digunakan. Disebut sebagai pemikiran visual dimana kerja dilakukan bermula dari tahap persepsi. Kualiti kerja bergantung kepada maklumat dari pengalaman tampaknya, untuk menghasilkan karya.

Orientasi Tampak :

Penjelasan
Orientasi Haptik : (Greek : Haptikosable to grasp) Penerokaan Simbol dan Makna Artis bekerja secara bertindak kepada suasana, bergantung kepada imaginasi dan gerak isyarat kinestetik secara lebih terbuka. Artis biasanya suka membuat penerokaan untuk mendapatkan simbol dan makna yang baru dalam kerja mereka. Pemikiran dan persoalanpersoalan tentang fungsi, kesesuaian bahan, impak dan sebagainya membolehkan artis

Pendekatan/Tema Penjelasan
Penerokaan Simbol Keinginan dan keupayaan untuk dan Makna menyelesaikan pelbagai persoalan tersebut memerlukan tindakan dan pemikiran yang menyebabkan idea semakin berkembang serta dihalusi. Penerokaan dalam tindakan untuk menyelesaikan dan mendapatkan keputusan, memberikan banyak penemuan baru dan makna baru yang turut menyumbang kepada perkembangan dan penghalusan idea.

3. Kemahiran Media (Execution in a Medium)


Pemilihan bahan bagi menghasilkan karya sangat bergantung kepada pemilihan yang dilakukan oleh pengkarya. Sesetengah pengkarya akan terus menggunakan bahan yang sama bagi menghasilkan karya dan tidak kurang juga yang gemar membuat eksperimentasi bagi melihat kesan-kesan tertentu.

Pemilihan bahan yang dipilih memberikan kesan terhadap masa yang diambil bagi menyiapkan sesuatu karya dan persediaan yang perlu dilakukan sebelum menghasilkannya. Dalam pendidikan seni visual, guru perlu membimbing murid melalui pengenalan terhadap bahan dan teknik penggunaan serta penghasilan. Guru perlu menjelaskan melalui demonstrasi dan tunjuk cara supaya pemilihan bahan oleh murid mempunyai makna dan nilai tersendiri.

Maka, proses penghasilan karya seni mengikut Chapman(1978) ialah seperti berikut:
Kemahiran Menggunakan Bahan Kaedah Penjanaan Idea

Pengolahan dan Pemurniaan

Rumusan
Laura H. Capman telah menyatakan bahawa proses kreativiti = proses penghasilan/artistik. Bagi memperkembang kreativiti pelajar, guru PSV perlu menggunakan pelbagai cara dalam menghasilkan karya dan yang penting sekali ialah guru PSV harus menguasai bidang seni visual ini supaya guru mempunyai pengalaman yang lebih banyak untuk mengajar pelajar.

You might also like