You are on page 1of 13

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER MEI/ TAHUN 2012

HBAE1203

PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

NAMA : CHIVENTER TAUMIN


NO. MATRIKULASI : 840203125383001
NO. KAD PENGNEALAN : 840203-12-5383
NO. TELEFON : 0195368954
E-MEL : chicl79@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN SABAH


840203125383001 HBAE1203

PENGENALAN

Kanak-kanak mempunyai kecenderungan yang tinggi terhadap kreativiti dan


pemikiran kreatif. Menurut Lowenfeld (1975), percaya bahawa setiap kanak-kanak
dilahirkan kreatif. Penyataan ini jelas dan disokong dengan sifat semula jadi kanak-kanak
yang gemar meneroka, dan penuh dengan perasaan ingin tahu.

Kreativiti ialah keupayaan untuk menghasilkan sesuatu yang baharu berdasarkan


data informasi atau unsur yang ada. Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu
“creare” yang membawa maksud “membuat”. Manakala daripada perkataan Greek pula
“creare” bermaksud “memenuhi’. Kamus Dewan, (2002) mentakrifkan kreativiti sebagai
satu kemampuan (kebolehan) mencipta daya kreatif atau kekreatifan. Manakala kreatif
pula ditakrifkan sebagai mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan
mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. Kesimpulannya, kreativiti adalah kebolehan
dan kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Ada juga
pendapat yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang tidak
ada sebelumnya.

Carl Rogers telah menggariskan lima faktor yang menjadi asas kepada individu
yang sihat, yang dapat berfungsi dengan sepenuhnya dalam kehidupan. Kelima-lima
faktor tersebut ialah keterbukaan kepada pengalaman, cuba menikmati kehidupan yang
dialaminya, menghargai diri sendiri, mengamalkan kebebasan dan akhirnya menjadi
individu kreatif. Beliau percaya bahawa individu yang bebas dan mempunyai rasa
tanggungjawab akan cuba menyumbang kepada insan serta makhluk lain di
persekitarannya. Sumbangan ini boleh dinyatakan dalam bentuk kreativiti di dalam
bidang seni ataupun sains.

Victor Lowenfeld menjelaskan bahawa kreativiti seseorang murid itu boleh


diukur melalui empat komponen utama iaitu kelancaran (secara spontan serta pantas),
fleksibel (mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan) dan situasi keaslian
(mencari idea baru dan asli) dan kepekaan (Penggunaan deria pancaindera seperti
melihat, merasa, mendengar, menghidu dan sentuhan digunakan secara sepenuhnya
sebagi proses pengamatan dan merekod).

1
840203125383001 HBAE1203

PERKEMBANGAN PEMIKIRAN KREATIF FISHER (1943)

Kreativiti mempunyai tahap-tahap tertentu dan penting bagi guru-guru pendidikan


seni visual untuk mengetahui peringkat serta tahap kreativiti tersebut agar pengetahuan
tersebut dapat dijadikan rujukan dan panduan dalam merancang aktiviti pengajaran dan
pembelajaran seni visual yang sistematik dan tersusun bagi mencapai keberkesanan
proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih dalam bilik darjah. Rajah 2.1 dibawah
menunjukkan tahap-tahap perkembangan pemikiran oleh Fisher (1943).

Peringkat Kreativiti Oleh Fisher (1943)

Peringkat Peringkat Peringkat Peringkat Peringkat


Rangsangan Penerokaan Perancangan Aktiviti Kajian Semula

Rajah 2.1: Perkembangan Kreativiti Menurut Fisher (1943)

Berdasarkan perkembangan kreativiti Fisher (1943) di atas, guru dapat


melaksanakan lima tahap kreativiti tersebut dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
seperti berikut:

1) Peringkat Rangsangan
Pada peringkat rangsangan, guru mengemukakan pelbagai bentuk soalan seperti
apa, mengapa, siapa dan bagaimana. Soalan-soalan berbentuk kritikal adalah perlu
untuk merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak. Dalam pada itu, guru berperanan
penting bagi membimbing kanak-kanak berinteraksi secara aktif dan menyampaikan
perasaan ingin tahu mereka.

2) Peringkat Penerokaan
Peringkat penerokaan guru dapat memastikan murid berupaya mencari jawapan
dan mempunyai daya pemikiran ke hadapan. Guru mrmbimbing murid mencari jalan
penyelesaian atau jawapan dengan pelbagai cara.

2
840203125383001 HBAE1203

3) Peringkat Perancangan
Peringkat ini menggalakkan murid berfikir secara kreatif dalam merancang
aktiviti secara verbal melalui perbincangan, pemerhatian, interaksi dan sebagainya atau
secara visual melalui visual, graf, imej lukisan dan sebagainya untuk memetakan semua
aktiviti serta merekodkan kemungkinan-kemungkinan terhadap tindakan mereka. Guru
mengambil peranan membimbing murid membuat perancangan sebelum melaksanakan
aktiviti sebenar.

4) Peringkat Aktiviti
Berdasarkan set idea yang telah dirancang pada peringkat perancangan, persoalan
seperti “Bagaimana kita mengambil tindakan terhadap perancangan ini?”, dapat
melahirkan pemikiran kreatif melalui tindakan yang mereka ambil atau laksanakan. Guru
membimbing murid melaksanakan aktiviti yang telah dirancang.

5) Kajian Semula
Pada peringkat ini pula, murid akan menilai keberkesanan tindakan yang telah
diambil dengan tujuan pengesanan kekuatan dan kelemahan tindakan mereka untuk
tujuan penambahbaikan bagi mengelakkan kesalahan yang sama berulang. Selain itu,
murid dapat menilai pencapaian objektif kerja dan memberi komen terhadap
pembelajaran sebagai satu refleksi diri.

Oleh yang demikian, guru dapat merancang dan menentukan strategi


pembelajaran pendidikan seni visual yang bersepadu dengan mata pelajaran lain seperti
pendidikan moral, sains, matematik, bahasa dan sebagainya. Pengajaran dan
pembelajaran akan lebih berkesan dengan aktiviti kemahiran berfikir secara kritis dan
kreatif (KBKK). Murid adalah digalakkan menyimpan rekod pengalaman pembelajaran
dan hasil kerja sendiri. Amalan ini akan melatih murid membuat analisis, sintesis dan
penilaian atau refleksi pembelajarannya untuk faedah sendiri. Rancangan Pengajaran
Harian (RPH) Pendidikan Seni Visual menunjukkan menerapan lima peringkat
perkembangan Fisher dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti di bawah ini:

3
840203125383001 HBAE1203

Rancangan Pengajaran Dan Pembelajaran Harian Pendidikan Seni Visual

Tahun 4

Kelas : 4 Ikhlas

Masa : 8.50 – 9.50 am (60 Minit)

Bilangan Murid : 24/24 orang

Umur : 11 tahun

Bidang : Membentuk dan membuat binaan

Aktiviti : Membuat arca

Tajuk : Arca dari bahan kutipan

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid-murid dapat:

1. Merperkembangkan daya kreativiti

2. Mempelbagaikan penggunaan bahan dalam ciptaan

3. Memupuk sikap kerjasama

4. Memperkembangkan pemahaman tentang bentuk dan ruang

Bahan Bantu Mengajar : Alat – gunting, tali, pisau


Bahan- bahan buangan (botol plastic, kotak kertas, straw
minuman, kotak minuman, gam, selotep
Rujukan : Buku Sumber Pendidikan Seni KBSR, Huraian Sukatan
Pelajaran, Modul Pendidikan Seni Visual PPK 2002

4
840203125383001 HBAE1203

Prosedur :
o Guru merancang strategi pengajaran dan menerapkan Teori Kecerdasan Pelbagai,
Kajian Masa Depan,dan Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif
o Guru menentukan aras pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran.
o Guru memulakan aktiviti dengan induksi set mengenai jenis kenderaan masa dahulu
sambil menerapkan Kajian Masa Depan bersoal jawab.
o Guru menunjuk cara dan membimbing murid dalam proses membuat sebuah model
kereta dari bahan buangan
o Apresiasi dan kritikan

KBKK : Menjana idea, analisis, meramal, mereka cipta


Penerapan Nilai : Kerjasama, rasional, toleransi

Strategi Pengajaran dan


Butiran Kegiatan Hasil Pembelajaran
Pembelajaran

Set Induksi – Peringkat Perancangan


(5 Minit)
Guru menunkjukkan bahan binaan Aras1
3D berkaitan Memperihalkan jenis-jenis bahan Fungsi produk
binaan 3D seperti pasu, kerusi dan
Guru mengendalikan sesi soal jawab: lain-lain Teori Kecerdasan Pelagai
Apakah bahan binaan yang Verbal Linguistik, Visual
digunakan untuk membuat binaan- Ruang
binaan ini?
KBKK (Kreatif)
Apakah bagaimanakah bahan binaan
Mereka cipta
ini dibuat?
Mensintesis

Apakah pendapat kamu terhadap


bahan binaan ini? Nilai: Flexible, berani
mencuba

5
840203125383001 HBAE1203

Langkah I – Peringkat Penerokaan


(15 minit)
Meneroka pelbagai bahan yang boleh Aras 2 Penerokaan
digunakan. Kesan tindak balas bahan Memilih bahan yang sesuai di
yang digunakan persekitaran untuk binaan arca Membanding beza
Menilai – kekuatan dan
Guru menunjukkan contoh-contoh kestabilan binaan
arca yang pernah dibuat
Nilai: Rasional
Langkah II – Peringkat Perancangan
(15 minit)
(Murid berbincang dalam Kumpulan) Aras 3
Guru membimbing murid semasa Merancang pembuatan binaan KBKK (Kreatif)
dalam perancangan menghasilkan arca dengan pelbagai cara Menjana idea
arca mengikut kreativiti seperti Mereka cipta
- Mencantum Menghubung kaitan
Memilih bahan binaan
- Ikatan

Mencadangkan arca yang hendak - Selitan

dibina - Potongan

Melakar bentuk arca yang hendak


dibina Teori Kajian Masa Depan
Menjangka
Merekodkan kemungkinan yang
akan berlaku terhadap arca yang
Nilai: Bekerjasama, Toleransi
terhasil.

Langkah III – Peringkat Aktiviti Aras 4 KBKK (Kreatif)


(20 minit) Membuat binaan arca dengan cara Mereka cipta inovatif
Murid menjalankan aktiviti pelbagai cara seperti yang
pembinaan arca seperti yang telah dirancang
dirancang.

6
840203125383001 HBAE1203

Mengambil rekod bagaimana hendak Mempamerkan hasil kerja


membuat arca
Apakah kepentingan dan motif saya Nilai: Kesederhanaan,
membina arca ini? Kebersihan Persekitaran
Apakah yang perlu saya lakukan
untuk menghasilkan arca yang
menunjukkan keaslian idea saya?

Penutup – Kajian Semula Refleksi KBKK – Kritis


(5 minit) Murid mempamerkan pelbagai Membanding beza
Sesi Apresiasi hasil kerja yang dibuat Menganalisis
Mempamerkan hasil kerja
Membuat refleksi bagaimana Murid dapat menilai keupaaan diri Teori Kecerdasan Pelbagai
penghasilkan arca kereta dilakukan sendiri Verbal Linguistik

Refleksi guru: aktiviti pengajaran dan pembelajarran berjalan dengan lancar. Secara
keseluruhannya murid menunjukkan minat dan kreativiti mereka dengan pembinaan
pelbagai arca di luar jangkaan saya. Murid berjaya membuat penilaian terhadap kekuatan
dan kestabilan arca dari segi bahan binaan dan struktur binaan. Objektif tercapai dengan
jayanya.

Berdasarkan pengajaran dan dan pembelajaran di atas, kaedah penyoalan dengan


tujuan merangsang pemikiran kreatif murid dengan mengajukan soalan-soalan kritikal. Di
samping itu, kaedah dan teknik penyoalan guru dalam lima peringkat perkembangan
kreativiti Fisher hendaklah berdasarkan kepada enam aras kognitif Taksonomi Bloom
(1956) sebagai pemangkin pemikiran kreatif murid. Soalan-soalan yang dikemukan oleh
guru akan melatih murid untuk berfikir dan membina idea-idea baru mereka. Menurut
Benjamin S. Bloom, aras kognitif boleh dibahagikan kepada enam tahap iaitu
pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian sperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 2.2.

7
840203125383001 HBAE1203

Taksonomi Bloom (1956)

Istilah/Kata Tugas
Aras Tahap
(dalam soalan)

Pengetahuan Ingat kembali, mengenal idea, fakta asas, Nyatakan, terangkan,


definisi, teori, hukum, tarikh, peristiwa, dan namakan, labelkan
lain-lain daripada pembelajaran lepas

Mudah Kefahaman Mengubah kepahaman daripada satu bentuk Pilih, terangkan, tulis
kepada bentuk yang lain, menyatakan idea-idea semula
utama dalam ayat sendiri, menyatakan
menterjemah, memberi contoh kepada konsep
dan menterjemah draf

Aplikasi Menggunakan maklumat dalam situasi yang Selesaikan, ramalkan,


baru termasuk menyelesaikan masalah cari kesilapan, bina alat
menggunakan prinsip, hukum, kaedah, teori,
formula, bina graf, daripada data dan lain-lain.
Sederhana
Analisis Sesuatu yang kompleks dipecahkan kepada Bezakan, pasti, pilih
yang kecil, bezakan fakta daripada pendapat,
kaitkan, kenal antara bahagian, kenali struktur
organisasi

Sintesis Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, Bina, hasilkan, susun,


usaha tersendiri menyelesaikan masalah, kembangkan
membuat ramalan, membuat klasifikasi
Sukar
Penilaian Membuat pertimbangan termasuk memberi Pilih, berikan, alasan,
rasional atas alasan dalaman atau luaran, kritikan, buktikan
mentafsir dan mengkritik

Rajah 2.3: Jadual Aras Kognitif Taksonomi Bloom (1956)

8
840203125383001 HBAE1203

Pada fasa set induksi yakni peringkat rangsangan cuba untuk menarik minat dan
merangsang pemikiran kreatif murid dengan guru menunjukkan bahan binaan 3-demensi
seperti pasu dan bangku pada masa yang sama. Secara tidak langsung perasaan ingin tahu
dan minda murid akan terbuka dengan membuat analisa bahan binaan tersebut. Guru
boleh membuat sesi soal jawab dengan murid berpandukan aras kognitif Taksonomi
Bloom iaitu tahap pengetahuan, sebagai contoh

i) Apakah pendapat kamu terhadap bahan binaan ini?

ii) Apakah bagaimanakah bahan binaan ini dibuat?

iii) Apakah bahan binaan yang digunakan untuk membuat binaan-binaan


ini?

Fasa kedua, iaitu peringkat penerokaan guru mengajukan soalan tahap analisis
iaitu membanding beza di antara arca yang ditunjukkan dari segi kekuatan dan kestabilan
struktur contohnya:

i) Bezakan struktur binaan arca A dan arca B?

ii) Apakah persamaan di antara bahan binaan arca A dan arca B?

Dalam fasa yang ketiga iaitu peringkat perancangan aktiviti aras kognitif murid
berada pada tahap sintesis. Pada peringkat ini murid akan memilih binaan arca yang
mereka hendak cipta. Oleh itu, mereka akan mengambil kira proses dan cara-cara
pembinaan arca tersebut. Antara soalan yang dikemukakan pada peringkat ini ialah:

i) Susunkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk membina arca.

ii) Hasilkan reka bentuk arca yang hendak dicipta.

Fasa yang seterusnya iaitu pada peringkat aktiviti pula lebih cenderung kepada
aras kognitif tahap aplikasi bagi melaksanakan penciptaan arca mengikut cita rasa
murid. Contohnya:

i) Bagaimanakah saya menghasilkan arca ini?

9
840203125383001 HBAE1203

ii) Bagaimanakah saya harus membina arca ini agar stabil dan kukuh?

Pada fasa yang terakhir iaitu peringkat kajian semula murid akan membuat
apresiasi dan kritikan terhadap bahan binaan yang mereka hasilkan. Peringkat ini murid
akan mencari kekuatan dan kelemahan binaan mereka, pada masa yang sama guru boleh
mengemukakan soalan tahap penilaian kepada murid iaitu:

i) Cuba kritik arca yang telah kamu bina dari segi kelebihan dan kekurangan
berdasarkan prinsip kekuatan dan kestabilan serta buktikan.

IMPLIKASI TERHADAP PERKEMBANGAN DAN PEMBANGUNAN CIRI-CIRI


INDIVIDU

Hasil analisa yang dibuat dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni
visual murid tahun 4 di atas, jalas membuktikan bahawa pada peringkat rangsangan,
pemikiran kreatif murid mula dirangsang dan melalui pemerhatian dan sentuhan setiap
bahan tiga demensi yang ditunjukkan oleh guru untuk dianalisa. Yakni wujudnya daya
ingin tahu murid dengan dorongan soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru menerusi
aktiviti soal jawab. Murid bukan sahaja peka terhadap soalan bahkan minda mereka akan
memproses idea-idea yang bernas terhadap soalan-soalan yang diajukan. Komunikasi dua
hala dalam bilik darjah secara tidak langsung menerusi sesi soal jawab ini dapat memberi
impak sosial yang positif di kalangan murid.
Pada peringkat penerokaan pula, murid mula meneroka idea-idea baru menerusi
pemikiran kreatif dengan cuba membuat arca yang diperbuat daripada pelbagai bahan
buangan. Perkembangan mereka akan menjurus kepada pemikiran di masa hadapan iaitu
pegunaan bahan terpakai seperti botol plastik, kaca, kotak dan buangan lain mampu
mengurangkan pembaziran dan membantu penjagaan alam sekitar. Keupayaan pemikiran
kreatif murid seperti ini membolehkan mereka meramalal segala kemungkinan terhadap
tindakan yang diambil.
Peringkat perancangan aktiviti, interaksi sosial murid lebih terbentuk dalam
perbincangan dalam kumpulan. Penerapan nilai toleransi dan rasional secara tidak

10
840203125383001 HBAE1203

langsung berlaku serta kerjasama terjalin ketika perbincangan merancang aktiviti yang
mereka cuba jalankan. Kefleksibelan pemikiran mereka dalam mengabungkan idea-idea
mereka untuk dalam merancang membantu pemetaan aktiviti dan rekod kemungkinan-
kemungkinan berlaku terhadap tindakan yang diambil dapat memudahkan mereka
merancang alternatif lain yang lebih sistematik.
Peringkat aktiviti, perlakuan fizikal dan penggunaan deria sentuhan, pengamatan
dan pendengaran serta emosi mereka dalam pembinaan arca seperti yang telah dirancang
memberi pengalaman bermakna kepada murid. Selain itu, peringkat ini memotivasikan
mereka dalam mengaplikasikan kemahiran mereka berdasarkan keaslian kreativiti mereka
sendiri.
Kajian semula, perkembangan murid dalam refleksi kendiri dapat dibentuk
berdasarkan kekuatan dan kelemahan tindakan mereka serta pengesanan masalah luar
jangka. Refleksi tersebut dapat memurnikan serta melancarkan pembinaan pemikiran
kreatif murid dan pengalaman membantu meyakinkan murid, membuat penilaian
terhadap cita rasanya sendiri

5.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, teori Fisher membantu perkembangan kreativiti serta


pembelajaran murid secara individu ke arah insan yang berdaya kreatif, kritis, produktif,
dan harmonis. Teori ini amat berkesan dalam aplikasi bilik darjah terutamanya dalam
pendidikan seni visual. Imapak keseimbangan dari segi fizikal, sosial, emosi, mental,
jasmani dan rohani jelas dilihat dalam setiap peringkat perkembangan melalui penerapan
ilmu, nilai dan estitika. Oleh yang demikian, kebijaksanaan guru perlu merancang dan
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran agar setiap murid dapat memperkembangan
kreativiti merka kearah yang positif dan mendatangkan faedah serta kebaikan kepada diri
sendiri seterusnya masyarakat sejagat.

11
840203125383001 HBAE1203

APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI

Bate, J.K. (2000). Becoming an Art Teacher. United Kingdom: Wadsworth Thomson
Learning.
Eva. L. Essa. (2003). Introduction to Early Childhood Education. Canada: Delmar
Learning.
Mayesky, M. (2002). Creative Activities for Young Children. 7th Edition. New York:
Thomson Delmar Learning.
Mohd. Azhar Abd. Hamaid. (2004). Kreativiti: Konsep dan Teori Praktis. Johor:
Universiti Teknologi Malaysia.
Schirrmacher, R. & Fox, J.E. (2009). Art and Creative Development
for Young Children.6th Edition. New York: Thomson Delmar Learning

12

You might also like