You are on page 1of 3

Sekolah Kebangsaan Salor, 15100 Kota Bharu, Kelantan. _______________________________________________________________________ _ Ruj.

Kami : SKS 1100-2/1(2) Tarikh : 9 hb Okt 2012 Ke Majlis, Tn. Guru Besar Pen. Kanan Pentadbiran, Pen. Kanan Hem, Semua AJK Unit ICT Tuan/Puan, MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK MAKMAL KOMPUTER KALI KE 2 Merujuk kepada perkara di atas, satu mesyuarat akan diadakan pada: Tarikh : 11 hb Okt 2012 Tempat : Bilik Gerakan Masa : 1.20 tengahari 2. Agenda yang akan dibincangkan; 2.1 Ucapan Pengerusi 2.2 Ucapan Guru Besar 2.3 Pengesahan minit mesyuarat lepas 2.4 Perkara-perkara berbangkit 2.5 Pelaksanaan aktiviti sepanjang 2012 2.6 Hal-hal lain

3. Kehadiran dan kerjasama daripada pihak tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian, terima kasih.

Yang menjalan tugas, ................................... (Norshida bt Omar) Setiausaha Unit ICT, SK Salor.

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK MAKMAL KOMPUTER KALI KE 2 2012 Kehadiran: 1. 2. 3. 4. 5. Pn. Hjh. Anisah bt Sulaiman (Pen Kanan Pentadbiran) Pn Zainura bt Mohd Ali En. Nik Safri b. Nik Mohamad En Sharuddin bin Muhamad Pn Norshida bt Omar

Agenda 1 (Ucapan Pengerusi) 1.1 Majlis dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab 1.2 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua AJK dan merakamkan ucapan terima kasih di atas komitmen AJK menghadiri mesyuarat pada kali ini. Agenda 2 (Ucapan PK Pentadbiran) 2.1 PK Pentadbiran mengucapkan terima kasih di atas kerjasama semua AJK dalam menjayakan agenda unit ICT sekolah. 2.2 Beliau menekankan agar makmal komputer dimanfaatkan oleh semua guru dan murid sekolah ini. Agenda 3 (Pengesahan minit mesyuarat yang lepas) 3.1 Pn Norshida mencadangkan agar minit mesyuarat lepas disahkan. 3.2 Disokong oleh En Sharuddin. Agenda 4 (Perkara-perkara berbangkit) 4.1 Tiada perkara yang dibangkitkan. Agenda 5 (Pelaksanaan Aktiviti sepanjang 2012) 5.1 Pengenalan Perkakasan Komputer: Aktiviti ini berjalan dengan lancar. Dilaksanakan semasa aktiviti Kelab Komputer. 5.2 Latihan menggunakan perisian Microsoft Word: Aktiviti ini dijalankan semasa aktiviti Kelab Komputer dan semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam makmal.

Agenda 6 (Hal-hal lain) 6.1 Semua AJK diminta bekerjasama dengan guru-guru lain bagi meningkatkan kemahiran dalam penggunaan ICT di sekolah ini. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.

Disediakan oleh, ....................................... (Pn. Norshida bt Omar) Setiausaha Unit ICT, SK Salor.

Disemak oleh, .................................... (Pn Zainura bt Mohd Ali) Penyelaras ICT, SK Salor.

You might also like