You are on page 1of 8

MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH BERKENAAN TOPIK DOKUMEN

PERNIAGAAN MATA PELAJARAN PRINSIP PERAKAUNAN MELALUI KAEDAH ‘MAGIK HURUF’.

Oleh

ABDUL RAHMAN BIN ZAINAL


SMK Benut
82200 Benut, Pontian
Johor

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menentukan dan mengatasi masalah-masalah yang dihadapai oleh
pelajar tingkatan 5 di dalam topik Dokumen Perniagaan. Bagi pelajar yang mengambil elektif Prinsip
Perakaunan dalam peperiksaan SPM, topik Dokumen Perniagaan merupakan topik penting dan sentiasa keluar
dalam peperiksaan sebenar. Ini bermakna pelajar yang menguasai topik ini bukan sahaja sudah pasti lulus
malah mampu memperolehi keputusan yang lebih baik dalam peperiksaan sebenar. Seramai 20 orang pelajar
melayu tingkatan 5 Ibnu Khaldun, Sekolah Menengah Kebangsaan Benut, Pontian dan seorang guru terlibat
dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian bulanan, peperiksaan pertama dan ujian pra.
Hasil tinjauan menunjukkan pelajar tidak dapat menentukan setiap dokumen perniagaan yang diberi perlu
direkod di dalam buku catatan pertama yang mana satu. Perancangan tindakan difokuskan kepada teknik yang
berkesan dan mudah difahami serta diingati pelajar selama 80 minit dan kajian ini telah diselesaikan dalam
tempoh 8 minggu. Keputusan ujian pos telah menunjukan pelajar lebih mengingati, memahami dan seronok
membuat soalan-soalan Dokumen Perniagaan dengan menggunakan kaedah Magik Huruf. Guru merasakan
bahawa kaedah boleh diperluaskan kepada tajuk-tajuk lain dalam mata pelajaran Prinsip Perakaunan atau
mata pelajaran yang lain.

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU.

Analisa keputusan Peperiksaan pertama Tahun 2007 bagi matapelajaran Prinsip Perakaunan tingkatan 5
Ibnu Khaldun saya tetap dengan perasaan ada yang berbaur rasa kecewa, marah, sedih dan seribu satu
macam perasaan yang hanya tuhan sahaja yang mengetahui. Tiada seorang pun pelajar melayu yang
lulus berbanding pelajar cina, rata-rata lulus dengan baik. Walaupun saya hanya mengambil alih kelas ini
untuk tingkatan 5 sahaja, tetapi saya telah banyak berusaha untuk meningkatkan prestasi mereka.
Apabila saya nyatakan kekecewaan saya kepada rakan-rakan, maklum balas yang diterima tidak banyak
membantu.

Antaranya :
- “Mereka memang lemah, tidak layak untuk kelas itu”.
- “Aku ajar si X masa form 3, memang lemah, pelik macam mana boleh masuk kelas itu”.
- “Jangan ‘tension’kan diri, nanti darah tinggi kau naik”.

Saya tidak puas hati dan rasa terpanggil untuk mengubah keadaan ini. Saya telah marah, mendenda dan
meminta pelajar tingkatan 5 Ibnu Khaldun menulis sebab-sebab kegagalan mereka. Saya juga meminta
pandangan semua guru yang mengajar kelas ini. Kesemua guru menyatakan bahawa pelajar kelas ini
tiada masalah disiplin, cuma kurang bermotivasi kan diri, tidak serius terhadap pelajaran, banyak
bercakap daripada membuat kerja dan sebagainya. Antara sebab-sebab yang dinyatakan pelajar
tingkatan 5 Ibnu Khaldun ialah:
- Tidak membaca buku / tidak membuat ulangkaji
- Tidak ingat format
- Tidak faham soalan

Maklum balas yang diberitahu oleh pelajar dan guru serta keazaman untuk mencapai kelulusan 100%
telah mendorong saya untuk menjalankan kajian tindakan.

2.0 ISU KEPERIHATINAN

Saya telah menganalisa soalan tahun-tahun lepas Prinsip Perakaunan SPM dan mendapati bahawa item
mengenai Dokumen Perniagaan merupakan item wajib bagi kertas 1 dan 2 yang menyumbang antara 28

1
ke 30 markah. Jika pelajar dapat menguasai topik Dokumen Perniagaan ini dengan baik, peluang untuk
mereke lulus adalah sangat tinggi. Masalah utama yang dihadapi oleh pelajar dalam topik Dokumen
Perniagaan ini ialah membuat rekod daripada dokumen perniagaan ke dalam buku catatan pertama.
Mereka gagal mengenalpasti buku catatan pertama yang sesuai dengan dokumen yang diberi sama ada
buku tunai, jurnal am, jurnal jualan, jurnal belian, jurnal pulangan belian dan jurnal pulangan jualan.

Saya yakin saya dapat mempelbagaikan dan meningkatkan kaedah pengajaran dan pembelajaran, sikap
negatif dan pencapaian pelajar tingkatan 5 Ibnu Khaldun yang rendah akan dapat diperbaiki. Gardner
(1991) mengatakan ketidakserasian antara kaedah mengajar dengan profil kecerdasan pelajar boleh
menyebabkan seseorang pelajar itu gagal atau hilang minat terhadap sesuatu subjek.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif Am
Kajian ini untuk meningkatkan kefahaman dan ingatan pelajar terhadap Dokumen Perniagaan Prinsip
Perakaunan menggunakan kaedah ‘Magik Huruf’.

3.2 Objektif Khusus


1. Meningkatkan kemahiran pelajar dalam menempatkan dokumen perniagaan ke dalam buku
catatan pertama yang tepat.
2. Menggunakan kaedah Magik Huruf dalam penyelesaian dokumen perniagaan.
3. Membantu pelajar mendapat keputusan yang lebih baik dalam peperiksaan SPM kerana
topik dokumen membawa markah yang banyak.
4. Mengubah cara pengajaran guru supaya pelajar merasakan proses pembelajaran adalah
menyeronokkan,

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini dijalankan kepada 20 orang pelajar Melayu Tingkatan 5 Ibnu Khaldun Sekolah Menengah
Kebangsaan Benut, Pontian iaitu terdiri daripada 8 orang pelajar lelaki dan 12 orang pelajar perempuan.

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 Tinjauan Masalah


5.1.1 Pemerhatian
Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku pelajar semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung sebelum dan selepas kajian. Pemerhatian dibuat ke atas tingkah laku
pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran sebelum kaedah Magik Huruf
diperkenalkan dan juga pemerhatian ke atas tingkah laku pelajar semasa proses pengajaran dan
pembelajaran dengan kaedah Magik Huruf sedang diperkenalkan.

5.1.2 Ujian Pra dan Ujian Pos


Ujian pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana kefahaman dan
ingatan mereka mengenai topik Dokumen Perniagaan, item ujian pra merupakan item kertas 2
Prinsip perakaunan soalan SPM tahun 1995. Selepas saya menyemak jawapan pelajar, saya
tidak memulangkan kertas jawapan pelajar dan tidak membincangkan jawapannya, sebaliknya
saya telah memperkenalkan kaedah Magik Huruf dan seminggu kemudian saya memberikan
ujian pos 1 menggunakan set soalan yang sama dengan ujian pra. Lebih kurang empat minggu
kemudian saya lakukan ujian pos 2 dengan soalan SPM tahun 1997.

5.1.3 Soal Selidik


Borang soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada pelajar untuk mendapatkan maklum
balas pelajar berkenaan dokumen perniagaan sebelum dan selepas kaedah Magik Huruf
diperkenalkan.

5.2 Analisa Tinjauan Masalah

2
5.2.1 Analisa Pemerhatian
Berdasarkan pemerhatian selepas kajian dijalankan didapati :
1. Pelajar lebih berkeyakinan untuk menjawab soalan yang diajukan oleh guru secara lisan.
2. Mereka menjawab dengan suara yang lantang dan tidak lagi menunduk muka apabila guru
menyoal.
3. Pelajar berjaya mengesan dan membetulkan kesalahan yang sengaja dibuat guru untuk
menguji kefahaman dan ingatan pelajar.
4. Suasana pembelajaran di dalam kelas lebih memberangsangkan.

5.2.2 Analisa ujian pra dan pos.


Jadual 1 : Perbandingan pencapaian murid dalam ujian pra dan pos seperti berikut:
Bilangan Pelajar
Markah
Ujian Pra Ujian Pos 1 Ujian Pos 2
22 – 24 0 0 6
19 – 21 0 3 9
16 – 18 0 11 4
13 – 15 1 4 1
10 – 12 0 2 0
7–9 3 0 0
4–6 9 0 0
0–3 7 0 0
Dapatan ujian pra dan pos menunjukkan terdapat peningkatan dari segi pencapaian pelajar.
Walaupun masih terdapat murid yang gagal tetapi tidak ada seorang pun yang mendapat markah
sifar.

5.2.3 Analisa soal selidik


Pelajar telah memberikan respon positif. Berikut adalah analisa soal selidik yang telah dijawab
oleh pelajar.

Skala Likert: 1. Sangat tidak setuju


2. Tidak setuju
3. Kurang setuju
4. Setuju
5. Sangat setuju

SKALA 1 2 3 4 5
ITEM BILANGAN PELAJAR
1 Prinsip Perakunan subjek yang mudah 1 3 9 5 2
2 Saya lebih suka teknik sendiri 9 5 4 2 0
3 Dokumen adalah tajuk yang mudah 1 3 9 5 2
4 Dokumen menjadi lebih mudah dengan kaedah
0 1 4 7 8
Magik Huruf
5 Saya dapat mengklafikasikan dokumen dengan
0 1 4 7 8
mudah menggunakan kaedah Magik Huruf
6 Saya berasa sangat seronok belajar tajuk
dokumen dengan mudah menggunakan kaedah 0 0 3 9 8
Magik Huruf
7 Saya akan menggunakan kaedah Magik Huruf
0 1 2 8 9
untuk tajuk lain
8 Kaedah Magik Huruf membantu meningkatkan
0 1 3 8 8
daya kreativiti saya

5.3 Tindakan yang dijalankan


1. Selepas pelajar menjalankan ujian pra, saya telah membimbing serta memberikan
penerangan serba sedikit tentang struktur, fungsi dan cara otak manusia bekerja.

3
2. Saya kemudian memperkenalkan kaedah Magik Huruf berdasarkan pengetahuan sedia ada
dan pengalaman harian mereka.
3. Saya menekankan kepada pelajar tentang konsep penting dalam perakaunan iaitu debit,
kredit, jual dan beli.
4. Pelajar membina perkataan yang mudah diingati berdasarkan huruf yang diberi.
5. Pelajar juga diminta mengasingkan dokumen, potong nama sendiri dan labelkan huruf
berkenaan, kemudian rekod ke dalam buku yang sesuai.
6. Pelajar menjalani Ujian Pos 1 dan Ujian Pos 2, selepas ujian pos 1 dan pos 2, saya dan
pelajar akan membincangkan jawapan sebagai langkah pengukuhan.
7. Setiap kali kelas Prinsip Perakaunan, saya mengingatkan pelajar dengan kaedah Magik
Huruf.

5.4 Pelaksanaan Tindakan Dan Pemerhatian / Penilaian.


Kajian tindakan ini telah dilaksanakan dalam tempoh 8 minggu. Semasa saya menjalankan kajian ini saya
telah menyempurnakan sukatan matapelajaran prinsip perakaunan. Saya telah memperuntukan 2 waktu
untuk membimbing pelajar membina kaedah Magik Huruf. Pelajar telah menjalankan ujian pos 1, lima
hari selepas membina kaedah Magik Huruf dan ujian pos 2, sebulan selepas itu. Selepas ujian pos 2
pelajar di minta memenuhkan borang kaji selidik untuk mendapatkan pandangan mereka tentang kaedah
Magik Huruf. Tujuan mengedarkan soalselidik ialah supaya pelajar lebih bebas dan selesa menjawab
berbanding mendapatkan maklumat secara temubual.

Berdasarkan pemerhatian saya kaedah Magik Huruf berjaya membantu pelajar meningkatkan
pencapaian di dalam sub topik prinsip perakaunan. Pelajar mula berlumba-lumba menjawab soalan yang
diberikan. Pelajar lebih berkeyakinan dan mendapat keputusan yang baik semasa menjawab koleksi
soalan-soalan percubaan dari negeri-negeri lain.

Pelaksanaan ‘Magik Huruf’ adalah seperti berikut:


1. Pelajar diberi lembaran kerja mengandungi soalan dokumen perniagaan.
2. Pelajar diminta terus membuka bahagian lampiran yang mengandungi senarai dokumen perniagaan.
3. Pelajar hendaklah menandakan dengan huruf J bagi dokumen Nota Debit dan Invois, huruf JP bagi
Nota Kredit sementara yang lain ditandakan dengan huruf BT. Pengecualian kepada memo, tuliskan
‘X’.

4
4. J bermaksud jurnal, JP bermaksud jurnal pulangan dan BT bermaksud Buku Tunai.
5. Pelajar seterusnya diminta mengenalpasti dokumen yang mempunyai dua nama peniaga.
6. Pelajar hendaklah menandakan di hujung nama peniaga yang di atas dengan huruf J manakala
nama peniaga yang di bawah dengan huruf B, pengecualian untuk baucer pembayaran.
7. Dokumen selebihnya ditandakan dengan huruf B.

8. Kemudian, barulah pelajar diminta membaca soalan yang berkaitan dengan menentukan nama
perniagaan yang tertera dalam soalan tersebut.
9. Pelajar perlu menganggap bahawa nama perniagaan tersebut sebagai diri mereka, seterusnya
pelajar perlulah kembali kepada dokumen perniagaan tadi.

5
10. Potongkan semua ‘nama kita’ dalam setiap dokumen dan bulatkan huruf di hujung nama yang telah
ditandakan tadi.

11. Akhirnya, pelajar merekodkannya kedalam buku catatan pertama yang berkaitan. Jika dihujung
dokumen berhuruf J dan huruf dibulat B bermakna dokumen perlu dicatatkan di dalam Jurnal Belian.
Buku tunai pula telah diletakkan di sebelah kiri (debit) dengan huruf J dan di sebelah kanan (kredit)
dengan huruf B. Sekiranya hujung dokumen berhuruf BT dan huruf dibulat J, maka perlu dicatatkan di
dalam buku tunai di sebelah kiri.

6
5.5 Refleksi Kajian
Pencapaian pelajar dalam ujian pra, pos 1 dan pos 2 menunjukkan peningkatan yang ketara. Kebolehan
membina kaedah Magik Huruf merupakan salah satu kemahiran visual – ruang dan secara kebetulan. 10
daripada 20 orang pelajar tingkatan 5 Ibnu Khaldun mempunyai kecerdasan dominant di dalam Visual-
Ruang.

Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa adunan kaedah Magik Huruf dan teori kecerdasan pelbagai
banyak membantu meningkatkan keyakinan diri, daya ingatan dan kefahaman terhadap apa yang
dipelajari disamping menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran lebih ceria dan menyeronokkan.
Masih terdapat pelajar yang gagal dalam ujian pos 1 dan pos 2, kerana sewaktu saya memperkenalkan
kaedah Magik Huruf terdapat seramai 3 pelajar tidak hadir ke sekolah kerana sakit, selain daripada itu

7
ada 1 orang pelajar 5 Ibnu Khaldun yang kerap tidak hadir kesekolah dan mereka yang tidak hadir inilah
yang gagal dalam ujian pos. saya sepatutnya menerang dan memastikan mereka faham dan membuat
kaedah Magik Huruf bukan hanya sekadar mengarah untuk mereka menyalin dari rakan-rakan. Saya
sepatut harus bersikap lebih tegas terhadap segelintir pelajar yang malas dan yang bersikap sambil lewa.

Saya berasa tersentuh dan terharu apabila seorang pelajar 5 Ibnu Rusyd menghantar SMS meminta
saya mengajar mereka kaedah Magik Huruf dan ada yang menyalin dari murid 5 Ibnu Khaldun sebelum
di suruh. Saya yakin bahawa kaedah ini dapat meningkatkan pencapaian mereka dalam subjek prinsip
perakaunan.

6.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA

Beberapa cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut:


1. Mengguna pakai kaedah Magik Huruf sebaik sahaja mengajar topik Dokumen Perniagaan
2. Guru boleh menyediakan satu modul penggunaan kaedah Magik Huruf dalam pengajaran dan
pembelajaran dengan lebih terancang dan teratur.
3. Para pelajar sentiasa dibekalkan dengan soalan-soalan yang berkaitan selepas memperkenalkan
kaedah Magik Huruf.
Semoga hasil kajian saya ini dapat dimanfaatkan dan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran
lebih menarik, berkesan dan menyeronokkan.

RUJUKAN

Ang Boon Hing (2000). Koleksi Kertas Peperiksaan SPM Prisip Akaun . Pulau Pinang : Mahir Publications
Sdn. Bhd.

Atan bin Long (1976). Psikologi Pendidikan . Kuala Lumpur : Penerbit Adabi Sdn. Bhd.

Brown, T (1987). Language Interaction Pattens in Lesson Featuring Mathematical Investigations . PhD
thesis, University of Southampton.

You might also like