You are on page 1of 18

PELAJARAN 2 SISTEM EJAAN BAHASA MELAYU 1 1.

0 Pengenalan Dalam tajuk ini, pelajar akan diperkenalkan dengan sistem bunyi dan jenis huruf dalam sistem ejaan bahasa Melayu. Jenis huruf tersebut ialah huruf vokal, huruf konsonan, diftong dan gugus konsonan. Pelajar juga akan diperkenalkan tentang suku kata. Ini termasuklah tentang pola-pola suku kata dan pengecualian dalam keselarasan pola suku kata berkenaan. 2.0 Hasil Pembelajaran Di akhir pengajian, pelajar akan: 2.1 Memahami sistem huruf dan bunyi dalam sistem ejaan bahasa melayu. 2.2 Mengenali huruf-huruf vokal. 2.3 Mengenali huruf-huruf konsonan. 2.4 Memahami dan mengenali apa itu diftong. 2.5 Memahami dan mengenali gugus konsonan. 2.6 Memahami selok-belok suku kata. 3.0 Senarai Tajuk 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6 3.7 3.8 3.9 Pengenalan bunyi dan jenis huruf. Huruf vokal Huruf konsonan Diftong Gugus konsonan Suku kata Pola suku kata Pola keselarasan suku kata Kekecualian pola keselarasan suku kata

4.0 Istilah 4.1 Vokal Vokal ialah bunyi. Huruf vokal ialah huruf yang mempunyai bunyi, dan boleh memberikan bunyi pada huruf konsonan. 4.2 Konsonan Konsonan ialah huruf lain yang bukan huruf vocal. 4.3 Diftong Bunyi baru yang dihasilkan akibat dari geluncuran bunyi atau gabungan dua huruf vocal yang berbeza. 4.4 Gugus Konsonan Gabungan dua huruf konsonan yang memberi bunyi baru yang berbeza. 4.5 Suku kata Bahagian perkataan yang berasaskan kehadiran vocal. Ditandai oleh suatu vocal dan wujud sebagai satu vocal atau bersama-sama dengan konsonan. 5.0 Tajuk
5.1

Pengenalan bunyi dan jenis huruf Sistem ejaan bahasa Melayu terbahagi kepada empat jenis iaitu: Huruf Huruf Huruf vokal (iv) Huruf ny, ng, sy
(i) (ii) (iii)

vokal: a, e, i, o, u diftong: ai, au, oi konsonan: huruf selain huruf konsonan gabungan: gh, kh,

5.2 Huruf vokal 5.2.1Persembahan Dalam bahasa Melayu ada enam fonem atau bunyi vokal standard iaitu a, e, , i, o, u Huruf vokal ini juga disebut huruf hidup atau huruf saksi. Ini kerana huruf-huruf vokal ini mempunyai bunyi dan boleh juga member bunyi kepada huruf-huruf konsonan. Bunyi vokal dihasilkan tanpa gangguan dalam rongga mulut. Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan tidak tersekat atau terhimpit. Bunyi ini hanya dipengaruhi oleh keadaan lidah dan bentuk bibir. Terdapat dua jenis e dalam kumpulan huruf vokal, iaitu e pepet (contoh: emak, peta, semak, lemak, ketuk, beruk) dan taling (contoh: teko, petak, sate). Huruf a e (pepet) e (taling) i o u Fone m [a] [] [e] [i] [o] [u] Di depan api emak enak Itu oleh usik di tengah padi sena petak Simpan kota tunas di belaka ng kita prisme tauge sini pidato siku

5.2.1Aktiviti Nyatakan kesemua huruf vokal dalam sistem ejaan bahasa Melayu dan bezakan bunyi untuk setiap satu huruf vokal tersebut. 5.3 Huruf Konsonan 5.3.1Persembahan Huruf konsonan ialah semua huruf selain dari huruf vokal. Huruf konsonan berjumlah 21 huruf. Bunyi konsonan dihasilkan dengan gangguan oleh alat-alat sebutan sehingga jalan aliran udara dari paru-paru menjadi terganggu, dengan cara disekat atau dihalang dan udara keluar melalui rongga mulut atau tongga hidung. Contoh: b, c, d, f, g, h, j, k, l, m, n, p, q, r, s, t, v, w, x, y, z. Terdapat tiga konsonan yang hanya digunakan untuk perkataan pinjaman iaitu konsonan q, konsonan v dan konsonan x. Tiada istilah asal bahasa Melayu yang menggunakan konsonankonsonan ini. Contoh: Konsonan Q buraq qadak qadar Konsonan V versi vitamin vokasional Konsonan X xenolit xenomorf xilofon

quran wuquf

revolusi subversif

xilofaj xerofit

Dalam bahasa Melayu ada 20 fonem konsonan yang dilambangkan oleh 21 huruf, seperti rajah di bawah: Bunyi /b/ /c/ /d/ /f/ /g/ /h/ /j/ /k/ /l/ /m/ /n/ /p/ /q/ /r/ /s/ Huruf b c d f g h j k l m n p q r s di depan buka cakap dua fakir guna hari jalan kami lekas maka nama pasang Quran raih sampai di tengah sebut kaca ada tafsir tiga saham manja paksa alas kami anak apa wuquf bara asli di belaka ng adab Mac abad maaf beg tuah kolej katak kesal diam daun siap buraq putar lemas

/t/ /v/ /w/ /y/ /z/

t v w y (i) Z (ii) x

tali vitamin wanita yang zaman xenon

mata universiti hawa payung lazat -

rapat Lafaz -

5.3.2Aktiviti Tuliskan sebanyak mungkin perkataan-perkataan yang menggunakan huruf konsonan V, X dan Q. Cuba fikirkan kenapakah tidak ada perkataan asal Melayu yang menggunakan huruf vokal V, X dan Q? 5.4 Gugus konsonan (konsonan gabung) 5.4.1Persembahan Gugus konsonan ialah gabungan dua konsonan yang melambangkan satu konsonan yang baru. Contoh: Bunyi // /x/ // // Huruf gh kh ng ny di depan ghaib khusus ngilu nyata di belakan g maghrib Mubaligh Akhir Tarikh angin Pening hanya di tengah huruf bunyi

//

sy

syarat

isytihar

Quraisy

5.4.2Aktiviti Sebutkan tiga perkataan bagi konsonan //, /x/, //, // dan //. 5.5 Huruf Diftong 5.5.1Persembahan Huruf diftong ialah gabungan dua bunyi huruf vokal yang berbeza yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah. Gabungan dua huruf vokal yang berbeza itu akan menghasilkan bunyi baru yang ketiga. Dalam bahasa Melayu ada tiga fonem diftong yang dilambangkan oleh gabungan dua huruf seperti dalam rajah di bawah: Bunyi Huruf diftong ai di depan aising aurat auto audit oidium di tenga h ghaira h di belaka ng pandai petai tirai setiap gugus

/ai/

/au/

au

/oi/ 5.5.2Aktiviti

oi

saudar harimau a atau gaulan risau a amboi boikot sempoi konvoi

Sebutkan lima perkataan lagi selain dari perkataan-perkataan dalam contoh di atas, yang mempunyai huruf difrong di akhir perkataan. 5.6 Suku kata 5.6.1Persembahan Suku kata ialah pembahagian unit bunyi dalam sebutan Melayu untuk setiap perkataan. Unit bunyi ini dihasilkan oleh sekurang-kurangnya satu huruf vocal, atau gabungan satu huruf vocal dengan satu huruf konsonan. Perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu boleh terbentuk dari satu suku kata hingga enam suku kata. Contoh: Perkataan Jumla h suku kata 1 2 3 4 5 6 Contoh suku kata

Eh Engkau Ketawa Implikasi Keselarasan kebarangkalian

(1)eh (1)eng (2)kau (1)ke (2)ta (3)wa (1)im (2)pli (3)ka (4)si (1)ke (2)se (3)la (4)ras (5)an (1)ke (2)ba (3)rang (4)ka (5) li (6)an

Unit bunyi atau suku kata ini boleh terbentuk dari dua huruf, tiga huruf atau empat huruf. Contoh: Jumlah huruf 1 2 Contoh suku kata O Eh

3 4

Kau Bang

5.6.2Aktiviti Nyatakan perkataan-perkataan yang mempunyai 5 suku kata. 5.7 Pola suku kata 5.7.1Persembahan Oleh kerana suku kata adalah bunyi, maka setiap suku kata mempunyai huruf vokal. Ini ditandakan dengan huruf V manakala huruf konsonan ditandakan dengan huruf K. Gabungan V dan K ini dinamakan pola suku kata. Bahasa Melayu mempunyai 11 pola suku kata. Contoh: Pola 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 5.7.1Aktiviti Jenis Pola V VK KV KVK KKV KKVK VKK KVKK KKVKK KKKV KKKVK Contoh perkataan Anak (a nak) Ambil (am bil) Rakit (ra kit) Pintu (pin tu) Kritik (kri tik) Standard (stand dard) Eksport (eks port) Konteks (kon teks) Kompleks (kom pleks) Strategi (stra te gi) Struktur (struk tur)

Tuliskan pada kertas, perkataan yang mempunyai pola suku kata KKVK, KKVKK, KKKV dan KKKVK.

5.8 Pola Keselarasan Huruf Vokal 5.8.1Persembahan Pola keselarasan vokal ialah sistem pasangan dua huruf vokal terakhir dalam mana-mana kata dasar. Kata dasar tersebut berakhir dengan suku kata tertutup, iaitu berakhir dengan huruf konsonan. Bagi kata yang mengandungi suku kata lebih daripada dua, yang terlibat dengna sistem keselarasan huruf vokal hanyalah dua suku kata terakhir sahaja. Terdapat 18 pola keselarasan vokal mengikut sistem ejaan baru bahasa Melayu, iaitu: Pola 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 Pasangan vokal aa ai au ea (pepet) ei eu a (taling) e o ia ii iu oa Contoh perkataan Asal Tarik Basuh Emas Petik Belut Elak Gelek Elok Tidak Bilik Pikul Botak

14 15 16 17 18 5.8.2Aktiviti

o oo ua ui uu

Boleh Tolol Ulat Kulit Buluh

Berikan contoh-contoh perkataan yang mempunyai pola keselarasan vocal o, iaitu o a, o (taling) dan o o. 5.9 Kekecualian Pola Keselarasan Huruf Vokal 5.9.1Persembahan Kekecualian pola keselarasan huruf vokal berlaku pada kata-kata asing, khususnya bahasa-bahasa di Nusantara dan bahasa Inggeris. Prinsip kekecualian vokal sama dengan prinsip keselarasan huruf vokal. Pola-pola kekecualian yang dimaksudkan adalah seperti berikut: Pola Vokal 1. 2. 3. 4. 5. 6. a-e taling a-o e pepet e taling e pepet o i-e taling i-o Contoh Bahasa Nusantara Aneh Kaget Pamer Calon Lapor Perabot Gembleng Bendok Jempol Imlek Ijon Pilon Contoh Bahasa Inggeris kabaret panel atom faktor

gabenor interkom simen tiket diftong transistor

7. 8. 9. 10 . 11 . 12 . 13 . 14 . 15 . 16 . 17 . 18 .

u-e taling u-o a-e pepet e taling e taling-u e pepet e pepet i-e pepet o-i o-u u-e pepet e taling e pepet o-e pepet

Tulen Ulet Bunglon Lelucon Pakem

subjek dokumen kupon konduktor teater hipotesis objektif petroleum spektrum artikel filem fosil hipokrit bonus forum skuter meter Oktober

Demdem Pepet Iseng

Lumer

5.9.2Aktiviti Berikan contoh-contoh lain perkataan digunakan dalam bahasa Melayu yang mengikut pola selerasan vocal. yang tidak

6.0 Ringkasan 6.1 Jenis huruf dan system bunyi adalah dua perkara asas dalam pengajian bahasa Melayu. 6.2 Empat jenis huruf dalam system ejaan bahasa Melayu ialah huruf vocal, konsonan, diftong dan gugus konsonan. 6.3 Huruf vocal ialah huruf yang mempunyai bunyinya sendiri dan bolehe memberi bunyi kepada huruf konsonan bila keduanya bergabung.

6.4 Huruf konsonan ialah semua huruf yang bukan jenis huruf vocal. 6.5 Diftong ialah gabungan dua huruf vocal yang berbeza yang menghasilkan bunyi baru. 6.6 Gugus konsonan ialah gabungan dua konsonan yang menghasilkan bunyi yang tidak sama seperti konsonan asal. 6.7 Suku kata ialah unit bunyi dalam perkataan Melayu. Setiap perkataan dalam bahasa Melayu mempunyai sekurang-kurangnya satu suku kata. Ada perkataan yang boleh mempunyai 6 suku kata. 6.8 Pola suku kata ialah gabungan huruf satu atau beberapa vocal (V) dengan satu atau beberapa huruf konsonan (K). Terdapat 11 jenis pola suku kata dalam system ejaan bahasa Melayu. 6.9 Pola keselarasan suku kata ialah pasangan dua huruf vocal di bahagian akhir perkataan. Dalam system bahasa Melayu, ada 18 pola keselarasan huruf vocal. 6.10 Namun dalam system keselarasan di atas, masih terdapat pengecualian tertentu. Pengecualian pola keselarasan ini adalah untuk perkataan-perkataan baru yang dipinjam dari bahasa Barat, atau dari bahasa serumpun (Kepulauan Asia Tenggara). 7.0 Latihan Kendiri 1. Nyatakan enam huruf vocal beserta dengan contoh perkataan yang sesuai yang mempunyai huruf vocal yang berkenaan. Huruf vocal 1 2 3 4 5 6 Contoh perkataan

2.

Berikan definisi huruf vocal. ..

3.

Apakah huruf konsonan yang tidak terdapat dalam perkataan asal bahasa Melayu? Berikan contohcontoh perkataan yang menggunakan huruf konsonan tersebut. Huruf konsonan 1 2 3 Contoh perkataan

4.

Huraikan maksud diftong. .. .. ..

5.

Berikan contoh-contoh perkataan mempunyai huruf diftong berikut: 1 2 3 Diftong /ai/ /au/ /oi/

yang

Contoh perkataan 1. 2. 3. 1. 2. 3. 1. 2. 3.

6.

Berikan contoh-contoh perkataan yang sesuai untuk pasangan vocal di bawah ini:

Pola 1 2 3 5 6 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18
7.

Pasangan vokal aa ai au ei eu e o ia ii iu oa o oo ua ui uu

Contoh perkataan

Isikan ruang-ruang kosong berikut dengan contoh perkataan yang sesuai dengan jenis pola suku katanya. Pola 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 Jenis Pola V VK KV KVK KKV KKVK VKK KVKK KKVKK KKKV KKKVK Contoh perkataan Anak (a nak) Ambil (am bil) Rakit (ra kit) Pintu (pin tu) Kritik (kri tik) Standard (stand dard) Eksport (eks port) Konteks (kon teks) Kompleks (kom pleks) Strategi (stra te gi) Struktur (struk tur)

8.0 Jawapan: 1. Nyatakan enam huruf vocal beserta dengan contoh perkataan yang sesuai yang mempunyai huruf vocal yang berkenaan. 1 2 3 4 5 6 Huruf vocal [a] [] [e] [i] [o] [u] Contoh perkataan Baba Apa Emak Enak Benak Sepet Belek Sinar Bina Situ Tolong Lolong Pokok Tutup Lutut Susu

2. Berikan definisi huruf vocal. Huruf vocal ialah huruf yang mempunyai bunyi dan boleh memberi bunyi kepada huruf konsonan bila digabungkan huruf-huruf tersebut. Huruf ini juga disebut huruf hidup.
3. Huruf

konsonan yang tidak perkataan asal bahasa Melayu.

terdapat

dalam

1 2 3

Huruf konsonan Q V X

Contoh perkataan Wuquf Versi xenolit

4. Diftong ialah bunyi baru yang terhasil apabila dua huruf vocal yang berbeza digabungkan. Ada tiga jenis bunyi diftong iaitu /ai/, /au/, dan /oi/. 5. Contoh huruf diftong: 1 2 3 Diftong /ai/ /au/ /oi/ Contoh perkataan 1. tirai 2. birai 3. serai 1. surau 2. berderau 3. atau 1. amboi 2. sempoi 3. peroi

6. Pasangan pola suku kata Pola 1 2 3 5 6 8 9 10 11 12 13 14 Pasangan vokal aa ai au ei eu e o ia ii iu oa o Contoh perkataan Baka Badi Batu Keli Seru Belek Kelok Bila Bilik Situ Bota Toleh

15 16 17 18 7. Pola suku kata: Pola 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11

oo ua ui uu

Tokoh Buta Budi susu

Jenis Pola V VK KV KVK KKV KKVK VKK KVKK KKVKK KKKV KKKVK

Contoh perkataan A-nak Am-bil Ra-kit Pin-tu Kri-tik Stan-dard Eks-port Kon-teks Kom-pleks Stra-tegi Struk-tur

You might also like