You are on page 1of 8

PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Dalam usaha mengejar kemajuan negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk, kegiatan ekonomi dan projek pembangunan di sesebuah negara tidak akan dapat dielakkan. Manusia sering mengabaikan aspek penjagaan alam sekitar dalam pelaksanaan aktiviti ekonomi dan projek pembangunan. Kesan-kesan negatif akibat proses pembangunan dan modenisasi ini akan mengakibatkan pencemaran alam sekitar Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan bahan-bahan hasil daripada aktiviti seharian manusia ke alam persekitaran yang akhirnya akan mengakibatkan terganggunya kehidupan dan ekosistem alam sekitar. Pencemaran dapat dibahagikan pencemaran alam sekitar iaitu: 1. 2. 3. 4. 5. Pencemaran udara Pencemaran air Pencemaran laut Pencemaran bunyi Pencemaran tanah kepada pelbagai bentuk

a) Pencemaran Udara Mengikut laporan yang dibuat oleh Jabatan Alam Sekitar, melalui akhbar Utusan Pengguna, jumlah keluaran bahan-bahan pencemaran udara bagi Malaysia dianggarkan sebanyak 933,000 tan setahun. Daripada jumlah ini, kenderaan ialan punca utama pencemaran ini (58.1%), diikuti oleh stesen janakuasa (23.9%), pembakaran bahan api industri (9.4%), pemprosesan industri (3.9%) dan pembakaran terbuka (4.9%). Pencemaran udara ini berlaku apabila terdapat benda asing dalam udara yang akan mengganggu atau membahayakan manusia, tumbuhtumbuhan, binatang dan harta benda. Bendasing ini adalah dalam bentuk asap, habuk, wap dan gas atau apa-apa campuran bahan-bahan ini.

b) Pencemaran Air Pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku dari segi kandungan, keadaan dan warna sehingga menyebabkan air tersebut tidak sesuai digunakan dan akan memberikan kesan terhadap manusia jika digunakan. Pencemaran ini berlaku sama ada dari segi biologi, kimia dan fizik. Bahan pencemaran boleh didapati dalam pelbagai bentuk iaitu gas, cecair dan pepejal. Pencemaran air boleh berlaku di mana-mana sahaja tempat berair. Antara punca-punca pencemaran air ialah: Pembuangan bahan-bahan buangan seperti sampah, minyak dan najis. Sisa bahan buangan kilang seperti sisa toksik yang dibuang ke dalam sungai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Pencemaran laut

Pencemaran laut bermaksud pencemaran yang berlaku di kawasan lautan disebabkan oleh aktiviti seharian manusia yang akan memberikan impak negatif kepada hidupan laut seperti ikan, ketam, batu karang serta hidupan marin yang lain sehingga menganggu ekosistem marin di lautan. Antara punca-punca berlakunya pencemaran laut ini ialah: Pertumpahan minyak disebabkan kebocoran tangki minyak kapal dagang serta pelanggaran kapal di lautan. Pertumpahan minyak daripada kawasan galian petroleum di lautan Pencemaran sungai disebabkan aktiviti manusia dimana kotoran tersebut akan mengalir hingga ke kawasan laut. Pembuangan sisa toksik kilang yang disalurkan ke lautan. Pembuangan sampah sarap yang berleluasa di kawasan perlancongan.

c) Pencemaran tanah Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan di darat sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan terhadap struktur tanah. Pencemaran ini disebabkan oleh bahan buangan sama ada berbentuk air atau pepejal. Bahan pencemar ini boleh terdiri daripada pencemar organic, kimia ataupun secara fizik. Antara punca-punca berlakunya pencemaran ini ialah: Pembuangan bahan-bahan buangan daripada kilang. Pembuangan sampah merata-rata. Penggunaan racun seranggan secara berlebihan. Pembalakan haram yang berluasa sehingga mengakibatkan struktur tanah menjadi tidak stabil. Pencemaran tanah juga memberikan kesan ke atas aktivit harian manusia. Jika hampir kesemua tempat telah dicemari, manusia sudah tidak berpeluang lagi untuk melihat keindahan alam ini.

Pencemaran Bunyi Pencemaran bunyi ialah bunyi bising yang keterlaluan sehingga merosakkan dan mengganggu pendengaran manusia. Pencemaran bunyi biasanya melebihi 80dB(A) dan pencemaran ini mengikut situasi dan keinginan manusia. Pencemaran ini boleh dibahagikan kepada empat bahagian iaitu kebisingan selang-seli, kebisingan selenjar, kebisingan fluktuasi dan bunyi lantunan. Punca-punca pencemaran ini boleh disebabkan akibat daripada: Bunyi yang berpunca daripada proses pembangunan. Bunyi kenderaan bermotor akibat daripada bunyi ekzos dan hon kenderaan yang keterlaluan. Bunyi daripada penggunaan jentera dan trak industri dan sebagainya Bunyi daripada muzik manusia yang keterlaluan sehingga mengganggu keselesaan orang lain.

Bagi menangani masalah ini, kerajaan perlu mengawal pelepasan asap dan pembuangan toksik bahan kilang dengan efektif. Pengawalan ini boleh dilakukan menerusi tindakan menguatkuasakan undang-undang terutama meningkatkan aspek dendaan dan hukuman penjara kepada pesalah. Rakyat negara ini pasti akan berasa takut apabila mendengar bahawa hukuman mencemarkan alam begitu berat sehingga mereka tidak lagi berani mencemarkan alam. Jadi, kerajaan perlu mengawal pencemaran alam dengan mengetatkan peraturan yang sedia ada. Selain itu, isu pencemaran alam ini mampu diatasi menerusi tindakan membuat kempen kesedaran yang efektif. Kempen kesedaran ini boleh difokuskan terhadap golongan muda terutama yang masih berada di bangku sekolah kerana golongan inilah yang akan mewarisi alam sekitar kita. Kesedaran ketika masih muda menjadikan rakyat kita boleh melakukan sesuatu apabila mereka dewasa kelak terutama untuk memastikan alam sentiasa bersih dan berkekalan. Oleh itu, kempen yang difokuskan kepada sasaran yang tepat mampu membuahkan hasil yang baik kepada pengekalan alam sekitar di negara ini. Malahan, perubahan sikap masyarakat turut penting dalam memastikan alam sekitar kita terus wujud. Sikap tidak apa atau menganggap tugas menjaga alam sekitar boleh dilakukan oleh orang lain perlulah dikikis segera. Sebaik sahaja kita melihat atau mengetahui satu tindakan mencemarkan alam berlaku sepantas kilat kita memaklumkan perkara itu kepada pihak berkuasa untuk tindakan susulan. Maka, perubahan sikap masyarakat menjadikan usaha mengatasi masalah pencemaran alam ini sesuatu yang mudah pula. Kesimpulannya, punca utama kemusnahan alam sekitar adalah disebabkan kelalaian manusia itu sendiri yang tidak peka terhadap isuisu sosial dalam masyarakat. Sayangilah pada alam sekitar. Patuhilah undang-undang yang dibentuk bagi mendisiplinkan kita terhadap kemakmuran alam sekitar di samping menjaga keselesaan hidup orang lain. Ingatlah bahawa kita tidak mewasiatkan alam sekitar ini kepada

generasi kita, tetapi kitalah yang meminjam alam sekitar ini daripada mereka. Sayangilah alam sekitar ini seperti mana kita menyayangi generasi kita supaya mereka mampu menikmati alam sekitar yang indah.

Diedit dan ditulis oleh: Mohd Kamirul bin Mad Daud

You might also like