You are on page 1of 5

BUKU SKRAP

PENCEMARAN ALAM
SEKITAR
PENCEMARAN UDARA
Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang melibatkan
kehadiran sebarng barang pencemar dalam udara.Hal ini boleh
mengakibatkan kemudaratan dan ketidakselesaan kepada
manusia dan organisma hidup lain dan merosakkan alam sekitar
apabila dibebaskan ke atmosfera.
PENCEMARAN AIR
Pencemaran air ialah perubahan yang berlaku kepada air dari segi kandungan atau warna serta sifat-sifat kimia
yang disebabkan oleh pelbagai bahan pencemar dalam pelbagai bentuk seperti pepejal, cecair dan gas. Ia
merujuk kepada pencemaran jasad air, biasanya akibat kegiatan manusia. Dalam banyak kes, pencemaran air
disebabkan oleh pembuangan air kumbahan. Pencemaran air boleh menyebabkan kemusnahan ekosistem
akuatik. Sebaliknya, ini boleh membawa kepada masalah kesihatan awam, contohnya jika orang di hilir
menggunakan air sungai yang tercemar yang sama untuk minum atau mandi. Ia juga boleh menjejaskan
penggunaan air yang lain, seperti aktiviti pengairan.
PENCEMARAN DARAT
Pencemaran darat didefinisikan sebagai perbuatan yang berlaku di sesuatu kawasan
sehingga kejadian perubahan warna, kesuburan dan hakisan. Bahan pencemar ini
terdiri daripada pencemar organic, kimia atau fizik. Tanah akan bertukar menjadi
kehitaman dan tumbuh- tumbuhan di kawasan tersebut mulai menjadi layu.
PENCEMARAN BUNYI
Pencemaran bunyi (atau bunyi persekitaran) merupakan penghasilan bunyi yang kuat dan
bising daripada mesin, haiwan atau manusia yang mengganggu aktiviti atau keseimbangan
kehidupan lain.Punca bagi pencemaran bunyi di dalam dan di luar rumah adalah penggera
kereta, siren perkhidmatan kecemasan, perkakasan pejabat, mesin pengilangan, kerja
pembinaan, peralatan penyenggaraan laman, salakan anjing, alatan elektrik, perkakasan
bermotor, dengungan lampu, sistem hiburan audio, pembesar suara, dan suara yang bising.

You might also like