You are on page 1of 8

HAKIKAT TAUHID DAN SYIRIK (Bahagian 1)

12:48 PM Kenali MANHAL

Iman kepada Allah taala adalah asas yang paling utama dalam tuntutan beragama. Iman dari sudut bahasa bermakna : "membenarkan". Adapun dari sudut istilah bermaksud : "membenarkan kesemua yang telah datang melalui Nabi Muhammad s.a.w.'' Apabila seseorang itu mengatakan bahawa dia beriman kepada Allah bererti dia meyakini dengan pegangan hati bahawasanya "tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah" . Itulah iman kepada satu Zat yang wajibul wujud iaitu Allah taala Tuhan yang Esa. Iman kepada Allah adalah ruh agama iaitu nilai sebenar kepada agama Islam. Bahkan seseorang itu tidak dianggap Islam sekiranya dia tidak menuturkan dengan lisan dan hatinya kalimah penyaksian (Kalimah Syahadah) dan penyaksian ini adalah sebagai satu syiar kepada iman dan Tauhid kepada Allah taala. Al-Quran menyatakan, keimanan kepada Allah taala adalah asal kepada keimanan yang lain. Tanpa iman kepada Allah maka keimanan-keiman kepada yang lain tidak sama sekali akan dikira. Firman Allah s.w.t : "Telah berimanlah Rasulullah (Muhammad) dengan apa yang telah diturunkan kepadanya (Al-Quran) dari Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman, semua beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, dan Rasul-rasul-Nya..". (Surah Al-Baqarah : 285) Rasulullah s.a.w. telah bersabda dalam hadith Jibril yang masyhur ketika mana ditanyakan kepadanya tentang iman : .. bahawa kamu beriman kepada Allah, malaikat-malaikat Nya, kitab-kitab Nya, Rasul-rasul Nya, hari akhirat, Qadar kebaikan dan keburukan daripada Nya.. (Riwayat Muslim) WUJUD ALLAH TAALA BERKAIT RAPAT DENGAN IMAN KEPADANYA

http://pmram-manhal.blogspot.com/2011/10/hakikat-tauhid-dan-syirik-bahagian-1.html

Apabila kita telah menyatakan keimanan kita kepada Allah maka sudah tentu kita beriman dengan kewujudan-Nya. Wujud Allah taala adalah wujud hakiki yang tidak boleh diragui. Bahkan wujud Allah taala adalah yang paling jelas daripada sekalian benda-benda wujud yang lain. Perkara ini adalah satu kebenaran yang diperakui oleh semua manusia yang mempunyai aqal yang sejahtera yang mampu berfikir dengan rasional. Penyaksian ini adalah datang daripada naluri setiap manusia yang digelar sebagai fitrah. Bahkan dalam Al-Quran Allah ada menyatakan tentang penzahiran wujudnya berada dimana-mana sahaja. Firman Allah taala : "Kemana sahaja kamu hadapkan wajahmu maka kamu akan dapati disitulah wujud Allah". (Surah Al-Baqarah ) Apatah lagi kecondongan akal dan kecenderungan hati ini dikuatkan lagi oleh hujah dan faktafakta secara logic oleh para ulama samada salaf dan para ahli mutakallimin. Berbagai perbahasan secara rasional dan logic akal digunakan selari dengan petunjuk Quran dan Hadith diperkatakan ulama pada membenarkan (ithbat) tentang wujud Allah dengan pelbagai dalil dan petunjuk. ISLAM MENUMPUKAN KONSEP MENTAUHIDKAN ALLAH

Islam bukan semata-mata ingin menyatakan tentang Allah taala wujud semata-mata dengan logic akal, bahkan tujuan sebenar adalah agar semua manusia beriman dan mentauhidkan-Nya dalam setiap tindak tanduk dan perbuatan serta menjauhi daripaa perkara-perkara yang mensyirikkanNya. Firman Allah taala : .. itulah Allah Tuhan kamu, tiada Tuhan melainkan Dia, pencipta tiap-tiap sesuatu, maka sembahlah Allah, Dialah pemelihara setiapsesuatu". (Surah al-Anam : 102) Apabila kita kembali merujuk kepada keadaan dan sejarah umat-umat agung dunia, pelbagai teori keagamaan yang ada selain daripada agama samawi yang diturunkan Allah melalui Rasulrasul-Nya. Pelbagai penyelewengan dilakukan oleh umat manusia kerana terpesong daripada petunjuk Allah taala.

http://pmram-manhal.blogspot.com/2011/10/hakikat-tauhid-dan-syirik-bahagian-1.html

Sebagaimana orang-orang Arab jahiliah, mereka menjadikan patung berhala sebagai Tuhan untuk disembah sehingga Kaabah pada zaman tersebut dikelilingi oleh 360 berhala dan patungpatung sembahan. Daripada Abi Raja al-Atharidi berkata : Kami menyembah batu-batuan, maka apabila kami dapati ada lagi batu lain yang lebih baik maka kami buang batu-batu yang lama dan kami gantikannya dengan yang lain". (Riwayat Bukhari) Akan tetapi mereka sebenarnya tidak mengetahui bahawa disana adanya Allah sebagai Tuhan yang patut disembah. Bukanlah batu-batuan yang direka dan dibentukkan agar ia dapat diperlihatkan dalamsatu bentuk yang hebat dan cantik namun tidak mampu memberi apaapamanfaat dan mudharat kepada kita. Bahkan kita yang mempersembahkan kepadanya makanan dan pelbagai perhiasan dengan menyanjung sepenuh jiwa. Alangkah bodoh dan dangkalnya pemikiran. Sesungguhnya Allah taala membongkarkan perbuatan mereka itu yang sia-sia sebagaimana Firman-Nya : "Wahai manusia ! Telah dibuat satu perumpaan, maka dengarkanlah ! Sesungguhnya segala yang kamu seru melainkan Allah tidak dapat menciptakan seekor lalat pun, walaupun mereka bersatu untuk menciptakannya, dan jika lalat itu merampas sesuatu daripada mereka, mereka tidak akan dapat merebutnya kembali dari lalat itu, sama lemahnya yang menyembah dan yang disembah". (Surah al-Hajj : 73) Begitu juga kita dapat melihat betapa masyarakat di India pada kurun yang ke-6 Masihi menyembah Tuhan-tuhan yang direka sehingga berjumlah 330 juta Tuhan. Apakah ini sesuatu yang dapat diterima akal? Apa yang lebih parah lagi, beberapa pemikiran dan pelbagai idea-idea pelik yang diselewengkan dalam agama yang Allah turunkan dari langit kepada para Rasul-Nya sebagaimana agama Yahudi dan Nasrani. Firman Allah taala : "Dan orang-orang Yahudi berkata "Uzair anak Allah", manakala orangorang Nasrani pula berkata "Isa anak Allah", itulah ucapan yang keluar daripada mulut-mulut mereka, mereka meniru orang-orang kafir yang terdahulu, Allah melaknat mereka bagaimana sampai mereka berpaling? Mereka menjadikan orang-orang alim (Yahudi) dan rahib-rahibnya (Nasrani) sebagai Tuhan selain Allah (dengan mengikut agama tersebut membabi buta walaupun disuruh membuat maksiat dan mengharamkan yang hala), dan menjadikan al-Masih anak Maryam itu sebagai tuhan, Padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan yang Maha Esa (Allah), tidak ada Tuhan selain Dia, Maha Suci Dia dari apa yang mereka mempersekutukan". (Surah al-Taubah : 30-31).

http://pmram-manhal.blogspot.com/2011/10/hakikat-tauhid-dan-syirik-bahagian-1.html

Ada beberapa petunjuk dan dalil tentang keEsaan Allah taala. 1. Dalil Fitrah Manusia apabila dia kembali kepada asal usul kejadiannya maka dia akan dapati bahawa dirinya tercipta secara fitrah berkehendakkan kepada kebaikan. Walaupun disana terdapat pelbagai teori dan pendapat bahawa ada yang mengatakan manusia secara fitrahnya berkehendak kepada kejahatan namun kejahatan tersebut adalah datang daripada dorongan unsure-unsur lain seperti nafsu, syaitan, dan suasana yang tidak sihat lantas dia terpengaruh dengan dugaan tersebut. Namun dalam diri manusia itu mempunyai sekeping hati dan satu naluri yang benar-benar apabila disantuni dengan baik maka ianya akan lebih cenderung kepada kebaikan dan condong hatinya dengan mengatakan tentang keEsaan Allah taala. Benarlah sebagaimana Firman Allah taala tentang perihal pengakuan manusia ketika mereka masih lagi dialam ruh. Firman Allah taala : " lalu mereka berkata : bahkan (Engkau adalah Tuhan kami yang Esa)". Ini menguatkan lagi bahawa ketika manusia itu dalam keadaan yang susah dan benar-benar merasakan diri mereka lemah daripada kebrgantungan kepada benda-benda lain, maka hatinya akan turut cenderung berkehendakkan Allah taala sebagai tempat terakhir melabuhkan keegoaan diri. Firman Allah taala : "Dialah Tuhan yang telah menjadikan kamu dapat berjalan di daratan, (dan belayar di lautan), sehingga ketika kamu berada dalam kapal dan meluncurlah kapalitu membawa mereka dengan tiupan angin yang baik lalu mereka bergembira kerananya, tiba-tiba datanglah badai dab gelombang menimpanya dari segenap penjuru, dan mereka mengira telah terkepung bahaya, maka mereka berdoa dengan tulus ikhlas hanya kepada Allah semata-mata seraya berkata : Sekiranya Engkau mnyelamatkan kami dari bahaya ini pasti kami termasuk orang-orang yang bersyukur". (Surah Yunus 33) Disana jelaslah bahawa menjadi petunjuk kepada wujudnya Allah taala dalam diri manusia, dalam masa yang sama menjadi petunjuk kepada keEsaan Allah taala kerana hanya Dialah sahaja

http://pmram-manhal.blogspot.com/2011/10/hakikat-tauhid-dan-syirik-bahagian-1.html

tempat kembali semua perkara samada ketika senang atau susah. Itulah fitrah kejadian manusia berkehendakkan Allah taala sebagai Tuhan kepada setiap sesuatu perkara. 2. Dalil Akal Disebalik penciptaan manusia yang sempurna, Allah taala menjadikan mereka mempunyai akal sebagai alat untuk memandui hidup mereka. Akal dikurniakan untuk berfikir tentang apa yang benar dan salah, baik dan buruk, cantik dan hodoh dalam kehidupan manusia. Alam secara sistematik diciptakan Allah untuk manusia dengan akal yang dikurniakan agar mereka boleh mengambil manfaat dengannya dan menjadikan alam sebagai jalan untuk mengenal Allah dan mengEsakannya. Firman Allah : "Dialah Allah yang telah menciptakan segala apa yang ada dilangit dan dibumi hanya untuk kamu.." (Surah al-Baqarah : 29) Tidak pelik sekiranya Allah taala menjadikan semua kejadiannya ini luas terbentang dihadapan kita dalam pelbagai rupa dan bentuk. Ada yang zahir dan ghaib, besar dan kecil, bergerak dan keras, bercakap dan bisu, terbang dan berjalan, merayap dan berenang, halus dan tebal, ganas dan mesra, semuanya adalah dalam agenda ketuhanan yang Esa. Kita pasti akan dapati bahawa semua perkara dan makhluk Allah taala itu saling berkaitan antara satu sama lain. Mereka akan saling tolong menolong dari satu juzuk dengan juzuk yang lain dalam melengkapkan diri mereka. Bahkan ada antara juzuk-juzuk makhluk itu yang saling binasa-membinasakan bagi meneruskan survival kehidupan mereka. Secara persoalannya, adakah semua perkara tersebut terjadi dengan sendirinya ataupun ada disana satu kuasa agung yang mengatur perjalanan itu? Yang telah menjadikan siang dan malam itu saling bertukar mengikut kadar waktu yang telah ditetapkan, yang telah menjadikan langit dan bumi itu saling bekerjasama sebagai menjadi tempat makhluk-makhluk yang bertempat agar tidak berebut, yang telah menjadikan bintang-bintang dan planet-planet di cakerawala atas sana saling bergerak mengikut laluan dan lingkaran yang telah ditetapkan tanpa ada perlanggaran, bahkan semua perkara dan makhluk-makhluk pasti ada kanun dan ketentuan yang selari dengan penciptaan mereka. Maka benarlah Firman Allah taala: "Dia menciptakan manusia, mengajarnya pandai berbicara (berfikir) Matahari dan bulan beredar menurut perhitungan, bintang dan pepohonan tunduk kepada-Nya, langit telah ditinggikannya dan Dia ciptakan keseimbangan, agar kamu jangan merusakkan keseimbangan itu, dan bumi telah dibentangkan hanya untuk makhluk-Nya, dalamnya ada buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang mempunyai kelopak mayang, dan biji-bijian yang berkulit serta buga-bunga yang harum baunya, maka nikmat Tuhanmu yang manakah lagi kamu hendak dustakan?" (Surah al-Rahman : 2-13) Semua makhluk-makhluk Allah taala yang wujud itu samada dapat dilihat dengan pandangan mata kasar ataupun degan pandangan mata hati menjadi dalil dan petunjuk untuk kita sebagai manusia berfikir dengan nikmat akal yang dikurniakan bahawa benarlah Allah taala itu wujud dan Esa. Kerana mana mungkin alam yang cukup sempurna itu mempunyai berbilang-bilang

http://pmram-manhal.blogspot.com/2011/10/hakikat-tauhid-dan-syirik-bahagian-1.html

pencipta dan pentadbir. Kerana berbilang-bilangnya pencipta dan pentadbir menunjukkan Tuhan itu lemah dan tidak berupaya mentadbir alam berseorangan melainkan mendapatkan bantuan Tuhan yang lain. Atas petunjuk inilah bahawa kita meyakini dengan sebenar-benarnya bahawa Allah taala itu Esa kerana Firman-Nya : "Seandainya pada keduanya (di langit dan di bumi) ada Tuhan selain Allah, tentu keduanya telah binasa, Maha Suci Allah yang mempunyai 'Arasyh dari apa yang mereka sifatkan". (Surah al-Anbia' : 22) Dialah Allah yang Esa yang menjadi asbab musabbab kepada penciptaan alam yang cukup sempurna ini. 3. Dalil Naqli (al-Quran dan al-Hadith) Dalam proses Allah taala membimbing manusia adalah dengan panduan hidayah dan petunjuk wahyu-Nya. Sejak dari zaman berzaman Allah taala mengutuskan para Rasul-Nya sebagai pembimbing kepada umat agar sentiasa dibawah petunjuk Ilahi. Kedatangan para Rasul dengan Risalah Nubuwwah melalui wahyu Allah banyak memberi petunjuk dan sebagai hujjah yang amat kuat bagi menyatakan tentang hakikat kewujudan dan keEsaan Allah taala. Al-Quran member seribu satu makna yang tidak pernah difikirkan manusia namun akal yang dianugerahkan mampu berfikir secara rasional tentang dalil dan petunjuk yang telah Allah taala jelaskan dalam kitab-Nya. Nabi s.a.w. pernah bersabda : "Aku telah meninggalkan kepada kamu dua perkara, sekiranya kamu berpegang kepada keduanya, tidak akan tersesat kamu selama-lamanya, Al-Quran dan Sunnah Rasul-Nya". Sememangnya dalil akal dan dalil naqal tidak boleh dipisahkan. Namun ada dikalangan golongan msyrikin dan kafir enggan menerima keserasian yang telah diperlihatkan kepada mereka secara jelas bahkan masih lagi mengambil makhluk-makhluk lain sebagai Tuhanuntu disembah. Lantas Allah menyanggah kelakuan mereka yang terpesong tersebut dengan bukti yang amat kuat. Firman Allah taala : "Adakah mereka-mereka (kafir) mengambil makhluk-makhluk dibumi sebgai Tuhan-tuhan mereka yang dapat menghidupkan orang yang telah mati? Seandainya pada keduaduanya (langit dan bumi) ada Tuhan-t uhan lain selain Allah, tentu kedua-duanya telah binasa, Maha Suci Allah yang memiliki Arasyh dari apa yang mereka sifatkan". (Al-Anbia' : 21-22). TAUHID : INTIPATI KEPADA ISLAM

http://pmram-manhal.blogspot.com/2011/10/hakikat-tauhid-dan-syirik-bahagian-1.html

Sebagaimana diketahui sahabat-sahabat seakidah sekalian bahawa beriman kepada Allah taala adalah intipati kepada akidah Islam secara keseluruhannya. Maka oelh sebab itulah perlu kita ketahui bahawa Tauhid atau mengEsakan Allah taala itu pula adalah intipati kepada beriman kepada Allah taala. Bagi mereka yang tiak berpegang dengan mentauhidkan Allah taala, maka sesungguhnya merekamungkin termasuk dalam golongan yang kufur, syirik, zalim dan tersesat daripada panduan agama. Disana, ada sahaja dikalngan golongan-golongan dan mereka-mereka yang menyandarkan diri mereka kepada Tauhid, bahkan mereka menyeru kepada Tauhid mereka yang dirasakan betul namun mereka hanyalah dalam keadaan masing-masing kebingungan dan kekeliruan sebagaimana konsep Tauhid daripada ahli-ahli falsafah Yunani, wahdatul wujud, konsep hulul, konsep tauhid Trinity, tauhid muktazilah dan Jabariah dan lain-lain lagi. Secara sedarnya, apa yang perlu fahami disana dalam pembawaan konsep Tauhid melalui AlQuran dan Hadith serta para ulama salaf dan khalaf adalahTauhid yang dipegang atas dasar benar-benar ilmiah perbahasannya dengan rasional akal serta tauhid yang mampu diamalkan secara waqie dalam kehidupan sehari-hari dalam diri manusia. Maka tidak akan diterima keimanan seseorang muslim itu disisi Allah kecuali dia mampu mendirikan Tauhid sebagai ilmu pengetahuan dan pegangan hatinya bahkan mampu dimanifestasikan pegangannya tersebut dengan amalan dan perbuatan sehari-hari bagi manandakan dia benar-benar mentauhidkan Allah taala. Firman Allah taala dalam menunjukkan kaitan antara pegangan dan amalan Tauhid yang perlu sentiasa diselarikan : "Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali yang beriman dan yang beramal melakukan perkara-perkara yang soleh, dan berpesan pada kebaikan serta berpesan pada kesabaran". (Surah al-Asr : 1-3) Pengamalan yang telah diajarkan Allah taala kepada hamba-hamba untuk mentauhidkannya secara jelas boleh dilihat pada pensyariatan azan dan kefardhuan solat lima waktu. Bahkan setiap daripada mereka yang bergelar bapa ketika menyambut hari pertama kelahiran anak-anaknya hendaklah dilaungkan zan disebelah telingan kanan agar kalimah Tauhid yang diperdengarkan menjadi satu suara yang akan sentiasa menjadi cahaya bagi menerangi hati-hati anak-anak apabila besar nanti. Begitulah juga apabila seseoang dalam keadaan nazak ingin pergi
http://pmram-manhal.blogspot.com/2011/10/hakikat-tauhid-dan-syirik-bahagian-1.html

menghadap Rabbul Izzah, setiap daripada kita disunatkan untuk mentalqinkan kepadaa mereka dengan kalimah Tauhid. Betapa indahnya agama Tauhid. APAKAH YANG AKAN MEMBENARKAN TAUHID KEPADA ALLAH Ada beberapa anasir yang perlu selari dengan pegangan Tauhid kepada Allah taala agar kita mampu menjadikan diri kita benar-benar mendaptkan intipati Tauhid tersebut dalam beriman kepada Allah taala. Unsur Pertama Ikhlas menyembah Allah taala semta-mata. Unsur Kedua Putuskan diri daripada tiap-tiap taghut (berhala atau mereka yang melampaui batasan Allah) dan penyucian diri daripada pengikut-pengikutnya yang menyembah selain daripada Allah. Unsur Ketiga Berwaspada daripada syirik dalam apa-apa bentuk dan kategori sekalipun.

Bersambung pada artikel akan datang, Hakikat Tauhid dan Syirik (Bahagian 2)

Disediakan oleh : Muhammad Zuhairi bin Zainal Abidin Felo MANHAL PMRAM ______________________________________________ Rujukan : 1. 2. 3. 4. 5. Al-Quran al-Karim Jauharah Tauhid karangan Syeikh Ibrahim al-Laqani Tuhfatul Murid karangan Syeikh Ibrahim Muhammad al-Bajuri Haqiqatul Tauhid karangan Syeikh Yusoff al-Qardhawi Al-Din : Buhus Mumhidah li Dirasah Tarikhil Adyan karangan Dr. Muhammad Abdullah Draz 6. Tashih Akhta' Muslimin Qabla An Ya'tiya Yaumul Kiamah karangan Syeikh Muhammad Yasin

http://pmram-manhal.blogspot.com/2011/10/hakikat-tauhid-dan-syirik-bahagian-1.html

You might also like