You are on page 1of 5

Refleksi Program Khidmat Masyarakat Bina Insan Guru Fasa 2.

Nama: Tee Yi Wei Kad Pengenalan: 910717 06 5905 Angka Giliran: 2011301340167 Kumpulan: 2 PISMP PS/PJ Bahawa saya, Tee Yi Wei dari kumpulan semester 2 PISMP PS/PJ telah menyertai Program Khidmat Masyarakat Bina Insan Guru Fasa 2 bertempat di gimnasium, IPG Kampus Tuanku Bainun. Sebelum Sebelum bermula program BIG, saya menerima taklimat daripada tutor saya, Cik Teo Lai Yong. Beliau telah mencadangkan beberapa tempat kepada kumpulan saya untuk melaksanakan program BIG kali ini. Selepas itu, saya juga membincang bersama rakan-rakan di kumpulan saya serta melantik ahli jawatankuasa untuk melaksanakan tugas masing-masing. Saya dipilih sebagai AJK Makanan bersama ahli kumpulan saya iaitu Lim Yee Sian. Setelah saya bersama ahli kumpulan saya mendapatkan keputusan menjalankan program BIG tersebut di gimnasium, IPG Kampus Tuanku Bainun, saya pula membincangkan makanan bersama Lim Yee Sian supaya boleh menukarkan idea atau menerima cadangan yang lebih baik. Kami membuat keputusan mencari pengurus kantin pada 29 Julai 2011 untuk menempoh makanan dan minuman tetapi kami menghadapi masalah iaitu kantin tidak beroperasi akibat keracunan makanan pada masa itu. Saya berasa gelisah kerana tugasan yang dilaksanakan oleh saya tidak lancar. Oleh itu, kami menukarkan tempat ke kafeteria untuk menempoh makanan dan minuman tetapi malangnya, pengurus kafeteria memaklumkan bahawa mereka telah tamat kontrak dan tidak beroperasi lagi.

Pada masa itu, saya bermula gelisah dan juga panik kerana tidak dapat menempoh makanan dan minuman. Walau bagaimanapun, saya membincang bersama ahli kumpulan saya dan membuat keputusan menempah minuman terlebih dahulu di koperasi IPG kita dan masalah penempahan makanan ditundakan sehingga 2 Ogos 2011. Hal ini demikian kerana kantin beroperasi semula pada 2 Ogos 2011 iaitu hari Selasa 3 hari sebelum program BIG. Saya dan Lim Yee Sian juga membincangkan menu makanan bersama rakan-rakan di dalam kumpulan dan menerima cadangan daripada mereka secara berfikiran terbuka. Pada masa itu, saya berasa bersyukur kerana masalah penempohan makanan dapat diselesaikan. Tanpa membazirkan masa, saya bersama dia membincangkan menu makanan dengan pengurus kantin dan diselesaikan oleh kami secara lancar. Pada 3 Ogos 2011, saya dan ahli kumpulan saya diberitahu bahawa kami tidak mengisi borang tempahan makanan dan mendapatkan sebutan harga makanan dan minuman dan borang Invoice daripada pengurus kantin. Borang tersebut perlu diletakan dalam kertas kerja tetapi kami tidak mengetahui proses tersebut. Saya berasa sangat tertekan dan panik. Saya menghubungi tutor saya, Cik Teo Lai Yong dan kemudian membincangkan masalah tersebut dengan tutor bersama ahli kumpulan saya. Saya berasa malu dan sedih kerana tidak melaksanakan peranan saya sebagai AJK Makanan dengan sempurna. Oleh sebab kesuntukan masa, saya pula mencari pengurus kantin dengan segera untuk mendapatkan sebutan harga dan borang Invoice. Akhirnya, masalah ini dapat diselesaikan dengan lancar dan menyerahkan kepada pengerusi saya untuk menyerahkan kepada pihak pentadbiran untuk mengesahkan borang tersebut. Saya telah mengetahui proses ini perlu memohon sebelum satu minggu untuk mendapatkan pengesahan. Oleh itu, saya mempelajari pengetahuan dan pengalaman yang baru. Saya juga mengingatkan sendiri saya kejadian ini tidak boleh berlaku berulang lagi pada masa depan dan saya perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk melaksanakan tugas saya.

Semasa Pada 5 Ogos 2011 iaitu hari Jumaat, saya telah menyertai program BIG bersama rakan-rakan saya selama 7 jam. Sebelum bermula program tersebut, saya telah berkumpul awal 10 minit di tempat yang telah ditetapkan oleh pengerusi saya. Kemudian, saya bertanggungjawab untuk mengecat batu-bata di

persekitaran gimnasium di IPG KTB bersama rakan-rakan saya. Saya bekerjasama bersama mereka secara harmoni dan menolong mereka sekiranya mereka mengalami masalah seperti mengangkat cat, air dan membuka tong cat. Saya sangat gembira untuk melaksanakan tugas bersama mereka semasa program ini dijalankan. Saya juga sangat seronok dan gembira kerana boleh belajar teknik untuk mengecat sesuatu bahan. Apabila 10.30 pagi, saya bersama ahli kumpulan saya meminta kebenaran daripada pengerusi untuk meninggalkan awal supaya pergi ke kantin menguruskan persediaan makanan dan minuman kepada mereka. Kami menjaga makanan dan minuman supaya tidak dihinggapi oleh lalat sehingga rakan-rakan saya sampai ke kantin. Setelah mereka sampai ke kantin, saya bersama Lim Yee Sian bertanggungjawab untuk mengedahkan makanan dan minuman kepada mereka. Saya juga meminta pendapat mereka tentang makanan dan minuman yang disediakan oleh kami supaya membaiki kelemahan saya dan juga ahli kumpulan saya. Mereka agak memuaskan terhadap makanan dan minuman yang telah disediakan. Saya pun berasa lega dan gembira kerana saya bimbang bahawa mereka tidak suka kepada makanan dan minuman yang telah disediakan oleh kami. Setelah mereka habis makan dan minum, saya dan Lim Yee Sian menyemak kebersihan di atas meja supaya tidak meninggalkan sisa makanan di atas meja kantin. Seterunya, saya pulang ke gimnasium bersama mereka untuk meneruskan tugasan membersihkan gymnasium. Pada masa itu, saya mengalami masalah yang serius iaitu saya diketahui oleh tutor, Cik Teo Lai Yong

bahawa makanan dan minuman adalah tidak mencapai budget yang telah ditetapkan sebelumnya. Saya berasa takut dan bimbang kerana hal ini akan membazirkan kewangan kita. Oleh itu, saya bersama tutor saya mencari pengurus kantin untuk membincangkan semula makanan dan minuman kali kedua iaitu minum petang. Sekali lagi, saya telah memberikan masalah kepada tutor saya. Walau bagaimanapun, saya belajar dari kesilapan dan mengubah sikap saya menjadi positif dan melaksanakan tugas saya menjadi lebih baik pada masa depan supaya tidak mengecewakan tutor saya. Akhirnya, masalah tersebut dapat diselesaikan melalui perbincangan dengan menyediakan bihun goreng dan air mineral untuk minum petang. Setelah masalah diselesaikan, saya berasa lega sedikit dan pulang semula ke gimnasium untuk meneruskan tugas saya bersama rakan-rakan saya. Saya bertugas untuk menyapu lantai di dalam gimnasium. Apabila sampai masa, saya pula menolong rakan-rakan saya mengemaskan peralatan-peralatan yang telah digunakan oleh kami sebelum memasuki sesi refleksi. Apabila sampai sesi refleksi, semua rakan saya membuat refleksi mereka sendiri secara lisan yang berkaitan dengan perasaan mereka semasa menjalankan program ini dan juga ilmu yang telah mereka mempelajari dalam program ini. Saya juga membuat refleksi terhadap sendiri. Pada masa itu, saya berasa sedih dan takut untuk mengahadapi rakan-rakan saya kerana menimbulkan masalah kepada mereka dan juga tutor saya. Saya berkongsi pengalaman bersama mereka iaitu menjelaskan prosedur untuk mengisi borang yang diperlukan dalam kertas kerja sebelum menempah makanan dan minuman, perkara-perkara yang perlu diambil perhatian. Saya juga meminta maaf kepada semua rakan saya kerana tidak melaksanakan tugas saya sebagai AJK Makanan dengan sempurna. Setelah tamat sesi refleksi, saya bersama rakan-rakan menyemak dan menyimpan semua peralatan ke stor supaya tidak tertinggal di kawasan gimnasium. Saya juga bersama Lim Yee Sian menyediakan makanan dan

minuman di kantin kepada merekan setelah menyimpan peralatan-peralatan ke dalam stor.

Selepas Saya berasa gembira dan lega setelah menyertai Program Khidmat Masyarakat Bina Insan Guru Fasa 2 tetapi saya juga berasa letih. Hal ini demikian kerana saya mengalami pelbagai masalah sebelum dan semasa melaksanakan program BIG kali ini. Saya berasa gembira pula kerana program ini telah dijalankan dengan lancar dan saya juga menemui pengalaman yang baru dalam kehidupan saya dan mempelajari ilmu dalam sepanjang proses program ini sedang dijalankan. Dalam proses tersebut, saya mempelajari cara untuk menguruskan dan menyediakan tempahan makanan dan minuman dengan perisian borang yang diperlukan seperti borang sebutan harga dan borang Invoice. Cara untuk berkomunikasi dengan orang lain juga merupakan salah satu yang saya telah dipelajari semasa saya berkomunikasi dengan ahli kumpulan saya dan juga pihak pengurus kantin dan pentadbiran. Selain itu, saya menyedari jika ingin menjadi seorang bakal guru pada masa depan, saya perlu membuat sambil belajar untuk menuntut ilmu dan pengalaman supaya saya dapat melengkapkan sendiri saya dari segi kognitif dan ilmu pengetahuan. Hal ini demikian kerana setelah menjadi seorang bakal guru, saya akan menghadapi masalah yang seperti dinyatakan di atas dan saya tidak mengulangkan kesalahan tersebut lagi kerana saya sudah mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang dapat membantu saya untuk menyelesaikan masalah itu. Saya juga berlatih untuk menjadi seorang guru yang bertanggungjawab, tabah, tidak mudah putus asa dan kecekapan untuk menguruskan pelbagai aktiviti sebelum saya menjadi seorang bakal guru di sekolah rendah pada masa depan. Selain itu, saya berasa kesyukuran kerana tutor dan rakan-rakan saya telah banyak membimbing dan membantu saya semasa saya mengalami masalah dalam perlaksanaan tugasan saya.

You might also like