SEJARAH BOLA BALINGBola Baling berasal dari Eropah. Permainan ini merupakan satu permainan yang telahdiubahsuai dari permainan-permainan seperti Czeska Hasenka di Czhoslovakia,Handbold di Denmark dan Korball serta Raffbold di Jerman. Permainan ini telahdiasaskan oleh Heizer di Jerman.Pada tahun 1926, Kesatuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) telah menubuhkansatu jawatankuasa khas untuk menyelaras permainan ini. Pada tahun ini juga,Kesatuan Bola Baling Amatur Antarabangsa (IAHF) telah ditubuhkan oleh Avery Brudgedi Amsterdam. Seterusnya pada tahun 1936, bola baling buat pertama kalinyadipertandingkan dalam sukan Olimpik yang diadakan di Berlin. Pada tahun 1946,(IAHF) telah ditukar kepada Kesatuan Bola Baling Antarabangsa (IHF).Negara-negara yang menguasai permainan bola baling ini adalah Jerman, Yugoslavia,Rusia, Romania, Czechoslovakia, Hungary dan juga Poland. Di Asia pula ialah Jepun,China dan Korea adalah antara negara yang terkuat.Pada hari ini, sebanyak 68 buah negara telah mendaftar dengan IMF. Sementara itu,Kesatuan Bola Baling Asia pula telah ditubuhkan pada tahun 1974 semasa Sukan Asiadi Tehran. Ibu pejabat kesatuan ini ialah di Kuwait.PERMAINAN BOLA BALING DI MALAYSIAPermainan Bola Baling di Malaysia dianggap satu permainan yang baru. Ia muladiperkenalkan pada tahun 1976 oleh Lim Hock Han. Persatuan Bola Baling OlimpikSelangor dan Wilayah Persekutuan secara rasminya telah didaftarkan pada 11September 1985. Pada tahun 1986, persekutuan ini telah menjadi ahli gabunganKesatuan Bola Baling Asia. Kejohanan Bola Baling Terbuka Selangor dan WilayahPersekutuan yang pertama telah diadakan pada 2 Jun 1982. Kejohanan Bola BalingKebangsaan pula telah diadakan pada 7 Dis. 1985 dimana 11 pasukan telah mengambilbahagian.Mulai tahun 1987, permainan Bola Baling telah diterima sebagai satu permainan yangdipertandingkan kebangsaan di bawah kelolaan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia(MSSM). Di peringkat sekolah, MSSM telah menganjurkan dua kursus iaitu di KompleksTUDM, Lumut tahun 1985 dan di Sekolah Menengah Sains Selangor pada tahun 1986untuk melatih guru dari semua negeri dalam aspek kejurulatihan dan pengadilan. Dimaktab perguruan pula, permainan ini telah disenaraikan dalam kegiatan kokurikulumpelajarnya dan menjadi salah satu permainan yang dipertandingkan antara maktab-maktab perguruan dalam Pestarama Maktab mulai tahun 1985.PERALATAN DAN GELANGGANGPermainan bola baling mempunyai beberapa peralatan tersendiri daripada kebanyakansukan-sukan lain. Peralatan yang disediakan adalah bersesuaian dengan bentuk danjenis permainan. Bola baling dimainkan di dalam dewan atau kawasan yang tertutup.Permainan ini dimainkan oleh dua pasukan yang mengandungi tujuh orang dalam satupasukan. Permainan bola baling hanya sekadar memerlukan sebuah padang ataugelanggang yang dipasang gol pada kedua-dua hujung padang.