SKPW 2093-Proses dan Pengurusan Kerja Sosial (ms 3)
Menurut Varni et. al. (2006) kualiti hidup (QOL) boleh ditakrifkan sebagai“
as amultidimensional construct that reflects one’s self-perceptions of enjoyment and satisfaction with life
”.Mengikut World Health Organization (1993), kualiti hidup didefinisikan sebagaitanggapan individu mengenai posisi kehidupan mereka dalam konteks budaya dan sistemdi mana ia berhubung rapat dengan matlamat, jangkaan, tahap danbeban. Lehman (1983)melihat kualiti hidup sebagai deria terhadap pengalaman terbaik yang dialami olehindividu di bawah pengaruh kehidupan masing-masing. Menurut Bigelow et al. (1982),kualiti hidup ialah titik pemisahan di mana ia menyatukan semua faktor dalam kehidupandi mana kita akan mendapati bahawa terdapat kekurangan dan kelebihan dalam keinginandan kepuasan.Renwick (2006) mengatakan kesejahteraan hidup merupakan sesuatu perkarayang menyebabkan seseorang merasa seronok, bahagia dan merasakan hidupnya amat bermakna. Muhamad Fadhil (2003) dalam bukunya pula menghuraikan kesejahteraanhidup pada hakikatnya adalah usaha untuk mengatasi masalah dan meningkatkan kualitihidup manusia sehingga berada dalam keadaan hidup yang selamat, sihat dan selesa baik secara fizikal, sosial mahupun psikologi.Berdasarkan satu laporan yang dikeluarkan oleh
U. S Deparment of Health and Human Services
(1992), kualiti hidup merupakan nilai yang didasarkan kepada jangkamasa kehidupan yang dimodifikasikan atau diubah oleh kerosakan, keadaan berfungsi, persepsi dan peluang sosial yang dipengaruhi oleh penyakit, kecederaan, rawatan dan polisi. Mereka juga mencadangkan bahawa penilaian umumnya menyumbang ke arahkualiti hidup. Contohnya kefungsian fizikal, kefungsian emosi atau psikologikal,kefungsian sosial, rungutan fisiologi dan somatikserta laporan global tentang kualitihidup.