You are on page 1of 12

Konsep kesepaduan, Penggabungjalinan Dalam PJ

Disediakan oleh (PISMP 4.13) : Nur Shera Nabila binti Abdul Aziz Nurul Raihana binti Kamarulhisham Nurul Waheeda binti Mohd Nouzor

Penggabungjalinan

Satu proses mengintegrasikan pelbagai bidang bagi mewujudkan satu proses pengajaran pembelajaran yang intergratif dan menyeluruh Proses penyampaian beberapa kemahiran di dalam satu mata pelajaran Beberapa kemahiran akan diperoleh pelajar secara terpadu dan serentak Merupakan gabungan beberapa kemahiran yang terdapat dalam satu mata pelajaran

Proses ini berlaku antara disiplin iaitu kemahiran-kemahiran dalam bidang-bidang berlainan Proses ini boleh berlaku secara intradisiplin Oleh sebab pelbagai kemahiran digabungkan, interaksi antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar adalah lebih mesra

Jenis-jenis penggabungjalinan
1) Pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran 2) Kemahiran sesuatu mata pelajaran ke dalam mata pelajaran lain 3) Kemahiran merentas kurikulum

Penyerapan

Proses menyatukan isi atau kandungan daripada beberapa mata pelajaran Apabila ilmu pengetahuan daripada beberapa bidang diserap menjadi satu mata pelajaran, ia merupakan penyerapan

1) Mengandungi beberapa unsur ilmu pengetahuan dari pelbagai mata pelajaran 2) Unsur-unsur ini diserap secara bersepadu 3) Bilangan mata pelajaran yang digunakan dalam proses penyerapan adalah fleksibel 4) Isi kandungan utama mata pelajaran bergantung pada rujukan utama 5) Proses penyerapan berlaku serentak dengan proses penggabungjalinan

Kesepaduan

Kesepaduan merupakan penjalinan dan pengadunan unsur-unsur ilmu pengetahuan, kemahiran, bahasa serta nilai-nilai dalam semua mata pelajaran Guru perlu menekankan kesepaduan apabila merancang strategi pengajaran dan pembelajaran Selaras dengan FPN untuk mengembangkan potensi murid secara menyeluruh Kesepaduan bermaksud bersatu, bercantum dan bersama; bukannya terpisah, terasing, tercerai atau terpencil

Disiplin ilmu yang terangkum dalam pelbagai mata pelajaran tidak lagi wujud sebagai komponen tersendiri Pada mada dahulu, pendekatan pengajaran tertumpu kepada kemahiran semata-mata, unsur nilai-nilai murni atau bahasa Melayu merentas kurikulum tidak dimasukkan Ringkasnya kesepaduan bermaksud penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran dan bahasa serta pemupukan nilai-nilai murni dilakukan secara integrasi dan menyeluruh

- Tamat -

You might also like