You are on page 1of 9

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

MANUAL AM PENTADBIRAN INSTRUMEN LITERASI 2011 SARINGAN 1 LINUS PENDIDIKAN KHAS

Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2010

Page 1

1.0

PENDAHULUAN 1.1 Y.A.B Menteri Pelajaran, Tan Sri Dato Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin telah membentangkan Bidang Keberhasilan Utama [National Key Result Areas (NKRAs)] Kementerian Pelajaran Malaysia pada bulan Ogos 2009. Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah diamanahkan untuk mengawas, melaksana dan menyelaras Ministry Key Performance Indicator (NKPI) 3.2 KPM iaitu semua murid yang tiada masalah pembelajaran berupaya menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira selepas mengikuti pendidikan tiga tahun di peringkat rendah pada akhir tahun 2012. Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) pula dipertanggungjawabkan untuk menerajui projek ini dengan kerjasama semua bahagian dalam KPM. Sehubungan dengan itu, satu program alternatif telah dirangka untuk murid Tahun 1, 2 dan 3 (Tahap I) yang belum menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi. Projek ini dinamai Program Literasi dan Numerasi (LINUS) yang merupakan penambahbaikan daripada program Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) untuk murid Tahun 1 yang dilaksanakan mulai tahun 2006. Pada 20 Ogos 2010 Ahli Jawatankuasa Kerja LINUS-NKRA Bil 13/2010 bermesyuarat yang dipengerusikan oleh En Mohd Zanal Bin Dirin Timbalan Pengarah (Sains & Teknologi), Bahagian Pembangunan Kurikulum dan bersetuju Bahagian Pendidikan Khas (BPKhas) pula dipertanggungjawabkan untuk menerajui dengan kerjasama semua bahagian dalam KPM. Sehubungan dengan itu satu program alternatif dirangka untuk murid berkeperluan khas sekolah rendah yang dikenali sebagai program literasi numerasi (LINUS) NKRA Pendidikan Khas.

1.2

1.3

1.4

Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2010

Page 2

2.0 FASA PELAKSANAAN UNTUK TAHUN 2011 Saringan LINUS Pendidikan Khas mulai 27 Jun hingga 8 Julai 2011.

3.0 PENTADBIRAN 3.1 Instrumen literasi mengandungi 12 konstruk. 3.2 Instrumen ini ditadbir dengan bantuan guru mengikut tarikh yang telah tetapkan. 3.3 Instrumen literasi membaca ditadbir secara individu. 3.4 Instrumen literasi menulis pula ditadbir secara kumpulan/individu. 3.5 Instrumen ini ditadbir mengikut urutan konstruk. 3.6 Jika kesemua konstruk telah ditaksir, pentaksir boleh kembali mentaksir manamana konstruk yang belum dikuasai oleh murid. 3.7 Dicadangkan guru duduk bersebelahan dengan murid ketika pentaksiran literasi membaca dilaksanakan. 3.8 Murid ditaksir tanpa dipengaruhi oleh sebarang sentimen perkauman dan tahap kecerdasan murid. 3.9 Pentadbiran instrumen ini haruslah dilakukan secara telus dan jujur. 4.0 KAEDAH PELAKSANAAN Program LINUS Pendidikan Khas adalah wajib dilaksanakan di peringkat sekolah rendah di semua Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). 4.1 Penentuan Murid. 4.1.1 Semua murid berkeperluan khas sekolah rendah akan menduduki Saringan 1 (menggunakan instrumen LINUS aliran perdana saringan ke 2/2010) bermula pada bulan Jun 2011 setelah bersekolah setahun atau lebih bagi murid SKPK. Bagi program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran, murid telah berada di tahun yang kedua persekolahan sahaja. Murid yang dikenal pasti masih belum menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi akan diajar secara intensif oleh guru Pendidikan Khas. Murid yang mengikuti program ini akan menduduki Saringan Domain LINUS Pendidikan Khas pada bulan Oktober 2011. Guru yang menjalankan Saringan ini terdiri daripada guru Pendidikan Khas di SKPK dan PPKI yang mengajar Bahasa Malaysia atau Matematik.

Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2010

Page 3

5.0 STRATEGI PELAKSANAAN PROGRAM LINUS PK. 5.1 Carta Alir

Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2010

Page 4

6.0 PROSES PEMANTAUAN Pegawai-pegawai dari Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia, JPN dan PPD akan menjalankan pemantauan pelaksanaan proses saringan dan Program LINUS Pendidikan Khas di sekolah dari semasa ke semasa.

7.0 ASAS-ASAS PERTIMBANGAN PEMILIHAN INSTRUMEN SARINGAN Antara aspek penting yang dipertimbangkan dalam proses pemilihan bentuk instrumen saringan ialah: 7.1 Kesahan Kesahan skor ujian melibatkan dua perkara iaitu relevan dan cakupan. Perekaan bentuk instrumen saringan ini telah memastikan semua konstruk (perkara yang ditaksir) dijelmakan sejajar dengan definisi yang telah ditetapkan oleh pihak Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK). Item-item yang dikemukakan adalah akur dengan kurikulum dan spesifikasi ujian serta mempunyai kesesuaian dari segi kumpulan sasaran, aras kesukaran, konteks dan situasi. 7.2 Kebolehpercayaan Kebolehpercayaan skor ujian melibatkan dua perkara iaitu ketekalan dan ketepatan. Satu spesifikasi ujian direkabentuk bagi setiap instrumen saringan untuk dijadikan piawaian yang diikuti dalam pembinaan instrumen. Hal ini untuk memastikan ketepatan instrumen saringan. 7.3 Kebolehlaksanaan Instrumen saringan membaca dan menulis ini telah mengambilkira aspek-aspek yang memastikan pentadbiran pentaksiran boleh dilaksanakan. 7.4 Penjaminan Kualiti Instrumen saringan ini telah mengambil kira keperluan pentaksiran yang berperanan sebagai mekanisme bukan sahaja semua 12 konstruk dapat direalisasikan tetapi juga menepati tahap kualiti yang dihasratkan. Berasaskan perkara 7.1 hingga 7.4, pihak BPKhas memilih saringan 2 2010 di.gunakan untuk kayu ukur bagi linus Pendidikan Khas

Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2010

Page 5

8.0 DEFINISI LITERASI Keupayaan untuk membaca/mengisyarat, menulis/membraille dan memahami perkataan dan ayat serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian. 8.1 12 KONSTRUK YANG DIUKUR DALAM SARINGAN LITERASI Konstruk 1: Keupayaan membaca/mengisyarat dan menulis/membraille huruf vokal dan konsonan. Konstruk 2: Keupayaan membaca/mengisyarat dan menulis/membraille suku kata terbuka. Konstruk 3: Keupayaan membaca/mengisyarat dan menulis/membraille perkataan suku kata terbuka. Konstruk 4: Keupayaan membaca/mengisyarat dan menulis/membraille suku kata tertutup. Konstruk 5: Keupayaan membaca/mengisyarat dan menulis/membraille perkataan suku kata tertutup. Konstruk 6: Keupayaan membaca/mengisyarat dan menulis/membraille perkataan yang mengandungi suku kata tertutup ng. Konstruk 7: Keupayaan membaca/mengisyarat dan menulis/membraille perkataan yang mengandungi diftong. Konstruk 8: Keupayaan membaca/mengisyarat dan menulis/membraille perkataan yang mengandungi vokal berganding. Konsturk 9: Keupayaan menulis/mengisyarat perkataan yang mengandungi digraf dan konsonan bergabung. Konstruk 10: Keupayaan membaca/mengisyarat dan menulis/membraille perkataan yang berimbuhan awalan dan akhiran. Kosntruk 11: Keupayaan membaca/mengisyarat dan menulis/membraille ayat mudah. Konstruk 12: Keupayaan membaca/mengisyarat, memahami dan menulis/membraille ayat berdasarkan bahan rangsangan. 9.0 BORANG PELAPORAN PENGUASAAN INDIVIDU 9.1 Pentaksir hendaklah melengkapi borang pelaporan penguasaan individu dengan nama murid, kelas, kategori dan tarikh taksiran dijalankan.
Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2010

Page 6

9.2 Borang pelaporan penguasaan individu mengandungi 12 konstruk. 9.3 Murid dikatakan menguasai sesuatu konstruk jika mereka dapat menjawab item dalam Saringan Membaca/Mengisyarat dan Saringan Menulis/Membraille. 9.4 Pentaksir perlu mencatat penguasaan setiap konstruk pada ruang yang disediakan mengikut respons murid. Berikut adalah tahap penguasaan KONSTRUK SARINGAN MEMBA CA 1 a)5 5 b)8 10 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 4 5 4 5 4 5 4 5 4 5 4 5 4 5 4 5 4 5 4 5 4 5 MENULI S a)5 5 b)8 10 4 5 4 5 4 5 4 5 4 5 4 5 4 5 4 5 4 5 4 5 4 5 PENGUASAAN SARINGAN MEMBAC A MENULIS

Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2010

Page 7

9.5 Murid yang menjalani Saringan Domain: Tidak menguasai mana-mana konstruk 1 hingga konstruk 7. KONSTRUK SARINGAN
MEMBACA MENULIS

PENGUASAAN SARINGAN
KUASAI TIDAK MENGUASAI

a)5 5 b)8 10

a)5 5 b)8 10 4 5 3 5 3 5 4 5 3 5 3 5

2 3 4 5 6 7 8

4 5 3 5 3 5 4 5 3 5 3 5

3 3 5 5 Masalah Pembelajaran - Tidak menguasai mana-mana konstruk 1 - 5. Masalah Pendengaran dan Penglihatan Tidak menguasai mana-mana konstruk 1 8. 9.6 Murid yang melepasi Saringan: Masalah Pembelajaran Menguasai Konstruk 6 12. Masalah Pendengaran dan Penglihatan Menguasai Konstruk 8 12.

Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2010

Page 8

KONSTRUK

SARINGAN
MEMBACA MENULIS

PENGUASAAN SARINGAN
KUASAI TIDAK MENGUASAI

a)5 5 b)8 10

a)5 5 b)8 10 4 5 4 5 4 5 4 5 4 5 4 5 4 5 4 5 4 5 4 5 4 5

2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

4 5 4 5 4 5 4 5 4 5 4 5 4 5 4 5 4 5 4 5 4 5

Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2010

Page 9

You might also like