You are on page 1of 3

wani 2011

ULANGKAJI BMM 3104 ESEI


1. Jenis-jenis penulisan Terkawal Karangan yang disediakan oleh guru. Penggunaan bahasa dan isi yang terdapat dalam Karangan Terkawal ditentukan oleh guru, Bertujuan untuk mengurangkan kesilapan dalam penulisan. Karangan ini dapat membantu murid mengeluatkan idea tanpa diganggu oleh kesilapan penggunaan bahasa. Contoh : Mengisi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai dalam karangan yang disediakan. Menyusun ayat-ayat yang disediakan mengikut urutan supaya menjadi sebuah karangan lengkap. Separa Terkawal Karangan Separa Terkawal ialah karangan yang disediakan oleh guru, Tetapi murid diberi peluang untuk menggunakan daya pemikiran mereka bagi membuat pemilihan perkataan sesuai dengan tajuk yang disediakan. Contoh : Menggantikan beberapa perkataan yang telah dipadamkan dengan perkataan perkataan lain yang telah disediakan. Berpandu Karangan berpandu ialah satu penulisan karangan berdasarkan panduan guru. Contoh: Menulis semula cerita/petikan yang dibaca. Menulis karanagn berdasarkan soalan-soalan berurutan mengenai sesuatu tajuk. Menulis karangan dengan memindahkan bentuk daripada dialog kepada karangan penceritaan atau sebaliknya. Separa Berpandu Karangan ini merupakan satu penulisan karangan yang mendapat sedikit maklumat atau panduan guru. Contoh : Menulis semula cerita yang diperdengarkan. Menyudahkan cerita. Menulis karangan berdasarkan gambar bersiri atau tunggal. Menulis karangan daripada perenggan atau isi-isi yang disediakan. Menulis karangan berdasarkan ayat atau frasa yang diberikan. Bebas Jenis karangan ini memberi kebebasan kepada murid untuk melahirkan idea tentang sesuatu tajuk yang disediakan dengan menggunakan perkataan sendiri. Bentuk karangan bebas seperti berikut : Naratif: cerita, berita, laporan, rencana, ulasan. Argumentatif: bahas, perbincangan, kritikan. Deskriptif: gambaran, peristiwa, benda, perwatakan. Kreatif: puisi, cerpen, drama Imaginatif: pengalaman.

wani 2011
2. Pengalaman Bahasa (LEA) membantu tahap penguasaan dalam karangan Guru meransang perbincangan berkaitan dengan tajuk yang dipilih. Murid-murid digalakkan memberi sumbangan untuk membina cerita Perkataan-perkataan tertentu yang akan digunakan dalam petikan disebut dalam perbincangan oleh guru Murid-murid diminta membina ayat berdasarkan berdasarkan idea yang mereka berikan Setelah selesai, guru membimbing murid memberi tajuk cerita Guru menulis ayat-ayat untuk membina cerita bertulis Setelah cerita selesai Guru membaca secara nyaring, murid mendengar Murid menyalin teks yang telah ditulis oleh guru Murid menggariskan perkataan yang mereka tahu Guru meminta murid-murid menggunakan perkataan yang mereka tahu dalam situasi (Berikan satu contoh situasi kemudian huraikan. Boleh gunakan teknik-teknik penulisan)

3. Jelaskan teknik yang boleh digunakan dalam p&p Kemahiran Bertutur. Latih tubi - Pengulangan fakta-fakta yang telah dipelajari. Tujuannya adalah untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran tersebut dan di samping itu, untuk menjamin kekekalannya Bercerita - Guru memilih cerita yang sesuai dengan kanak-kanak dan isi pengajaran yang hendak disampaikan. Guru bercerita dalam keadaan yang selesa dan berikan penekanan kepada aspek-aspek bahasa yang hendap diajarkan. Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dikalangan pelajar. Bersoal jawab - Teknik yang kerap digunakan oleh guru. Ia mewujudkan interaksi antara guru dengan kanak-kanak. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru bertanyakan soalan dan kanak-kanak akan menjawab soalan tersebut. Mempunyai aras kesukaran soalan. Perbincangan - Teknik pengajaran yang berbentuk perbualan dan ia dilakukan di kalangan kanak-kanak di bawah penyeliaan dan kawalan guru. Melibatkan aktiviti perbincangan antara pelajar secara bekerjasama dalam mengeluarkan pandangan masing-masing mengenai sesuatu perkara atau topik yang diberi. Misalnya bermesyuarat, forum, seminar, bengkel, bahas dan debat Main Peranan - Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa yang dianggap penting Teknik yang melibatkan gambaran-gambaran murid terhadap sesuatu situasi atau keadaan dan melakonkannya tanpa sebarang bantuan skrip. Pengalaman secara spontan.

wani 2011
Tunjuk Cara - Sesuai digunakan terutama dalam proses pengajaran yang memerlukan kanak-kanak bertutur dengan menggunakan ayat-ayat yang betul dan sempurna. Di samping menunjuk cara, kanak-kanak diminta untuk menerangkannya melalui bahasa yang baik. Sebelum kanak-kanak menunjuk cara, guru perlulah menerangkan maksud tunjuk cara tersebut dan perkara-perkara yang harus dicakapkan. Permainan Bahasa - Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik permainan. Guru membentuk satu situasi yang memerlukan kanak-kanak menggunakan bahasa yang ada pada mereka untuk menyelesaikan tugastugas permainan yang diberi Penyelesaian masalah - Teknik pembelajaran yang dilaksanakan di bawah penyeliyaan guru. Kanak-kanak diberi masalah dan cuba menyelesaikan masalah tersebut Sumbang saran - Teknik yang berbentuk perbincangan.Dikenali juga sebagai percambahan fikiran (brainstorming) Kanak-kanak digalakkan berfikir secara kreatif dan aktif untuk menghuraikan pendapatnya. Drama @ lakonan - Sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual.Tujuan utama adalah untuk melatih pelajar menggunakan unsur bahasa, unsur paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala dan dll) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan. Simulasi Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula. Dalam proses ini pelajar digalakan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan. Memberi peluang kepada pelajar mengalami sendiri situasi dan masalah. Perbahasan/debat - Bahas ialah pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian dengan alasan yang logik dan idea yang tersusun. Teknik perbahasan ini sesuai diajar untuk semua peringkat pelajar di sekolah menengah. Dialog/perbualan/wawancara - Merupakan satu sesi perbincangan yang melibatkan beberapa ahli panel untuk mencanai fikiran dan mengemukan pendapat tentang sesuatu tajuk, dimana ia dijalankan secara formal.Teknik ini merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai, di mana pelajar akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara langsung untuk meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas, objektif, kreatif dan rasional Melapor berita Pengajaran Puisi

You might also like