You are on page 1of 43

MODEL ASSURE

OLEH : KHAIRUL AMIN BIN MOHD SHAM ROSALINA ZAFIRAH BINTI ROZALI SHUTHA A/P AVADIYAN VORONIA ANAK DAIP

Model ASSURE
Model ini dicipta oleh Heinich, Molenda dan Russel (1993) untuk membantu guru merancang pengajaran-pembelajaran dengan baik dan berkesan.

Ia mengandungi 6 langkah iaitu:


A S S U Analisis Murid (Analyse Learner)

Nyatakan Objektif (State Objectives)


Pilih kaedah, media dan bahan (Select method, media and materials) Gunakan media dan bahan (Utilise media dan materials) Dorong penglibatan murid (Require learner participation) Nilai dan semak (Evaluate and revise)

R
E

Analisis Murid (Analyse Learner)


Analisis murid penting bagi menentukan

kesesuaian di antara media dan bahan sumber yang dipilih bagi mendatangkan proses pembelajaran yang berkesan. Namun begitu, proses ini agak sukar untuk dilaksanakan.

Murid-murid dianalisis berdasarkan aspek seperti:

Gaya Pembelajaran murid

Ciri-ciri umum murid

Pengetahuan / pengalaman sedia ada

Ini membantu guru mengetahui tahap pengetahuan sedia ada murid yang dimiliki oleh sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran.

Nyatakan Objektif (State Objectives)


Objektif pembelajaran merupakan tahap tentang apakah yang sepatutnya dipelajari oleh murid daripada pengajaran yang dijalankan. Objektif yang jelas mampu membantu guru fokus kepada perkara yang sepatutnya dipelajari dan dikuasai oleh murid. Penggunaan kaedah dan bahan yang bersesuaian mudah dipilih oleh guru kerana guru telah menetapkan objektif terhadap pengetahuan dan kemahiran baru yang perlu dikuasai oleh murid.

Penyataan objektif yang baik mengandungi :


a) Siapakah yang hendak capai (kumpulan sasaran) ? b) Apa yang hendak dicapai (bentuk perlakuan baru) ? c) Bagaimana hendak dicapai (apa syarat perlakuan) ? d) Adakah tahap pencapaian minimum (standard pencapaian yang sudah dikuasai) ?

Pilih kaedah, media dan bahan (Select method, media and materials)
Langkah dalam pemilihan seperti berikut:
Menentukan kaedah yang sesuai dengan tugasan pembelajaran: penting dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti set induksi, pengenalan kepada konsep dan lain-lain supaya dapat menarik minat murid terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.
Memilih media yang sesuai untuk melaksanakan kaedah yag dipilih: penting bagi membolehkan maklumat dapat disampaikan dengan berkesan. Media yang sesuai seperti tayangan CD, televisyen, komputer dan lain-lain.

Memilih kaedah
Dalam satu pengajaran, pelbagai kaedah berbeza akan diaplikasikan untuk disesuaikan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dipilih Set induksi Pengenalan untuk konsep Aktiviti berkumpulan Latihan Guru menarik perhatian pelajar dengan memulakan set induksi dan diikuti kaedah perbincangan, latihan dan latih tubi untuk mempelajari sesuatu pengetahuan yang baru

Memilih media
Pemilihan media yang sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran merupakan antara faktor yang membolehkan mesej atau maklumat disampaikan secara bermakna Media yang dipilih slaid, video, tayangan komputer multimedia Format media yang dipilih perlu sesuai dengan keupayaan pelajar

Memilih bahan
Bahan sumber pengajaran pembelajaran merujuk kepada isi pelajaran yang menjadi fokus pembelajaran Bahan yang dipilih ialah buku teks Sains, nota dan buku latihan

Gunakan media dan bahan (Utilise media dan materials)


Menjadi daya penarik dan menyediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran murid. Guru perlu mencuba peralatan serta bahan-bahan yang telah dibina terlebih dahulu untuk memastikannya dapat berfungsi dengan baik serta guru tahu menggunakannya sebelum dibawa masuk ke dalam bilik darjah. Sebagai contoh: tayangan video tentang habitat haiwan apabila mengajar topik berkaitan kehidupan haiwan.

5 Langkah bagi penggunaan media yang baik.


Semak/ pratonton/ kaji semula bahan sebelum digunakan di dalam kelas Sediakan bahan dengan betul, lengkap dan cukup Sediakan persekitaran yang sesuai untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran Sediakan pelajar untuk menerima manfaat daripada bahan Sediakan pengalaman pembelajaran bagi pelajar

Semak/ pratonton/ kaji semula bahan sebelum digunakan di dalam kelas


Guru harus menonton semula dan menilai bahan yang akan digunakan terlebih dahulu sebelum ditayangkan di dalam kelas Guru harus jelas dengan objektif tayangan video atau penggunaan bahan

Guru haruslah mengumpulkan semua material dan media yang diperlukan. Guru perlu menentukan dan menyusun urutan material dan penggunaan media dengan baik

Guru perlu memastikan bahan dan media yang digunakan sesuai untuk peringkat kognitif pelajar

Memaklumkan pelajar tentang tujuan pembelajaran Guru menerangkan perkara-perkara yang boleh dilakukan oleh pelajar bagi memaksimumkan penerimaan maklumat

Guru harus memberi peluang kepada pelajar untuk membuat pembentangan

Dorong penglibatan murid (Require learner participation)


Bagi memastikan proses pembelajaran berjalan, murid perlu terlibat aktif dalam aktiviti pembelajaran. Sesuatu pembelajaran yang melibatkan pelajar secara aktif akan menghasilkan perubahan tingkah laku yang diharapkan. Pemilihan media dan bahan sumber yang sesuai dapat membantu dan mengekalkan penglibatan pelajar

Guru perlulah memastikan suasana proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan adalah sesuai , efektif serta menarik minat pelajar. Guru boleh melaksanakan pembelajaran berpusat murid dan membuat aktiviti seperti kuiz, latih tubi, kerja berkumpulan, perbincangan, latihan dan projek. Aktiviti ini mampu mencetuskan pengalaman baru kepada murid kerana mereka mempelajari sesuatu yang baru dengan sendiri berbanding hanya menerima semua maklumat daripada guru.

Nilai dan semak (Evaluate and revise)


Menilai ialah satu proses untuk melihat keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di dalam bilik darjah. Setelah tamat proses P&P, penilaian dilakukan untuk melihat kekuatan dan kelemahan serta keberkesanan bahan dan media yang dipilih agar penambahbaikan dapat dijalankan supaya penggunaan media dapat dilaksanakan secara maksimum dalam pembelajaran yang seterusnya.

Penilaian ialah proses membuat pertimbangan nilai tentang sesuatu perkara.Penilaian melibatkan aspek : Menilai pencapaian pelajar Pembelajaran yang dihasilkan Menilai media dan kaedah Kualiti media Penggunaan guru Penggunaan murid. Pencapaian pelajar dibahagikan kepada 3 Prestasi pelajar berdasarkan rujukan kriteria Prestasi pelajar dalam aspek kemahiran Sikap pelajar

MENILAI KAEDAH DAN MEDIA Antara garis panduan ketika menilai media: Amat kreatif dan berkaitan dengan isi pelajaran yang menarik minat pelajar. Menyokong pemikiran tinggi(sokratik) Memperkembangakan kemahiran berfikir. Menyampai kandungan secara mendalam Meransang naluri ingin tahu pelajar Dapat melibatkan murid secara aktif Menghubungkaitkan bidang pelajaran Meningkatkan nilai murni

Keputusan penilaian akan mempengaruhi keputusan yang diambil terhadap perkara yang dinilai. Secara umum, pencapaian pelajar dibahagikan kepada 3 iaitu 1. Prestasi pelajar berdasarkan rujukan kriteria (penilaian pelajar berdasarkan suatu set objektif yang telah ditentukan) 2. Prestasi pelajar dalam aspek kemahiran 3. Sikap

Pelajar akan dinilai dengan soalan betul atau salah untuk melihat pemahaman mereka. Selain itu, pelajar juga menjawab soalan struktur

Formal Pembelajaran Informal Penilaian Penilaian sepanjang proses pengajaran (formatif)

Pengajaran
Sesi refleksi bersama pelajar

Tujuan penilaian
Penilaian terhadap pencapaian pelajar Penilaian terhadap penggunaan media bahan dan kaedah Penilaian terhadap proses pengajaran

SOALAN

1. Pilih susunan langkah yang tepat dalam MODEL ASSURE. A. objektif kumpulan sasaran pemilihan media penggunaan media aktiviti pelajar penilaian B. kumpulan sasaran objektif pemilihan media penggunaan media penglibatan pelajar penilaian pengajaran C. Penilaian pembelajaran penentuan objektif pemilihan media aplikasi pengajaran kumpulan sasaran penilaian pengajaran D. Penilaian pelajar penentuan objektif pemilihan sumber aplikasi pengajaran penilaian pengajaran aktiviti pembelajaran

JAWAPAN : B

2. Dalam usaha untuk memastikan media dapat digunakan dengan berkesan, guru perlu A. Menguji media sebelum aplikasi dalam kelas B. Menyediakan persekitaran yang merangsangkan C. Menyediakan bahan yang sejajar dengan peringkat pelajar D. Menyediakan minda pelajar untuk mengikuti pembelajaran

JAWAPAN : C

3. Pembelajaran akan menjadi berkesan jika pelajar terlibat dalam proses pembelajaran. Bagaimanakah guru boleh merancang penglibatan pelajar? A. Pilih aktiviti pembelajaran yang secocok dengan pelajar B. Sesuaikan media dengan aktiviti pembelajaran C. Sediakan aktiviti yang memerlukan pelajar membuat perbincangan. D. Aplikasi teknik penyelesaian masalah yang mencabar

JAWAPAN : A

4. Pilih kemahiran guru yang sesuai untuk mendapatkan perhatian pelajar. I. Lontar suara dengan intonasi yang sesuai ketika menerangkan II. Guna visual yang jelas dari segi gambar dan tulisannya III. Pastikan pelajar bersedia sebelum mula mengajar IV. Masukkan tangan ke dalam poket bagi menambahkan keyakinan

A. B. C. D.

I, II dan III I, II dan IV II, IV dan V III dan IV

JAWAPAN : A

5. Penilaian pembelajaran melibatkan dua aspek penilaian. Aspek-aspek tersebut ialah penilaian A. B. C. D. Formal dan informal Sumatif dan formatif Objektif dan penilaian kendiri Pembelajaran dan penilaian pengajaran

JAWAPAN : A

1. Senaraikan langkah-langkah yang terdapat dalam MODEL ASSURE


i. ii. iii. iv. v. vi.

2. Lima langkah bagi penggunaan media yang baik adalah :


i. ii. iii. iv. v.

SEKIAN, TERIMA KASIH

You might also like