You are on page 1of 11

Pendidikan awal kanak-kanak ditakrifkan sebagai pendidikan kanak-kanak yang bermula daripada saat kelahirannya hingga kepada umur

lapan tahun. Pendidikan ini termasuk program-program untuk bayi, untuk kanak-kanak yang boleh berlatih, untuk sekolah asuhan kanak-kanak, dan program prasekolah termasuk kindergarten dan peringat sekolah rendah. Kadang kala, pendidikan awal kanakkanak dirujuk kepada program-program yang diperuntukan kepada kanak-kanak dibawah umur enam tahun, atau kanak-kanak sebelum memasuki kindergarten. ( Azizah Lebai Nordin, 2002) Pendidikan awal kanak-kanak sangat penting dan perlu diberikan perhatian kerana 90% daripada perkembangan otak secara optimum berlaku sebelum kanakkanak mencapai umur lima tahun. Pandangan ini sesuai dengan pendapat piaget bahawa perkembangan kognitif pesat semasa peringkat deria motor, iaitu semenjak kanak-kanak lahir hingga berumur dua tahun. Pada masa ini, kanak-kanak bnyak menggunakan deria motor seperti menghisap, menangis dan menggenggam. Pada peringkat ini juga, kanak-kanak mengembangkan pengetahuan asasnya yang berkaitan dengan empat ciri iaitu, pengetahuan tentang objek, sebab-sebab sesuatu, ruang dan masa. Froebel juga menganggap peringkat awal kanak-kanak merupakan tahap yang kritikal dan menjadi asas bag perkembangan seterusnya. Pada pendapat saya, pendidikan awal kanak-kanak ialah pendidikan peringkat awal usia kanak-kanak. Ia merupakan satu jangka masa yang penting dalam proses pembesaran kanak-kanak. Pada masa kini, kanak-kanak mula melangkah dari alam keluarga kedunia sosial. Bagi negara kita, pendidikan Awal kanak-kanak melalui kurikulum yang formal telah bermula seawal usia 6 tahun, di mana pada usia ini kanak-kanak telah memasuki taman-taman didikan atau juga dikenali sebagai pra-sekolah atau tadika yang istilah ini telah digunakan dengan meluas di Malaysia.

TOKOH BARAT: MARIA MONTESSORI Maria Montessori dilahirkan pada tahun 1870 di bandar Chiaravalle di Itali. Tokoh pendidikan di Rome. Berpengalaman mendidik kanak-kanak yang terencat akal. Pada tahun 1899, beliau menubuhkan sekolah kanak-kanak cacat di Rome. Beliau mengutamakan latihan daya penglihatan, pendengaran dan sentuhan yang bertujuan bagi membolehkan kanak-kanak mendapat pengalaman dan latihan menggunakan deria dengan cekap. Beliau menjadi wanita Itali pertama

dianugerahkan ijazah dalam bidang perubatan. Beliau telah meninggalkan dunia perubatan dan mula masuk ke dunia pendidikan. (Aisha Z. Abdullah,2001) Montessori telah meneruskan kerjayanya dengan kanak-kanak daripada budaya dan latar yang berbeza, bukan sahaja mereka yang mempunyai keperluan yang istimewa, tetapi juga kanak-kanak lain daripada keluarga serba kekurangan dan keluarga mewah. Beliau berpendapat dalam mendidik kanak-kanak mestilah menghormati kanak-kanak dan haknya. Menurut beliau, pendidikan adalah untuk menolong kanak-kanak membentuk serta membantu perkembangan intelek, fizikal, sosial dan rohani. Beliau telah mencipta satu strategi pembelajaran yang berkisar pada latihan deria fizikal dan kemahiran motor kanak-kanak dengan menggunakan bahan-bahan yang direka khas yang beliau namakan persekitaran tersedia.(Rohaya HJ. Yahya,1997). Terdapat tiga set aktiviti kurikulum yang diperkenalkan oleh Montessori antaranya ialah aktiviti yang berkaitan dengan kehidupan harian, aktiviti yang berkaitan dengan penggunaan deria dan aktiviti yang bercorak akademi. Idea utama yang dikemukan oleh montessori mengenai kelakuan kanak-kanak dan pertumbuhan kanak-kanak terdiri daripada dua prinsip iaitu kreativiti spontan merujuk kepada intisari kreatif semula jadi manusia dan perkembangan menyeluruh. Kanak-kanak secara semulajadinya akan mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan secara spontan, mengikut keinginan dan intisiatif mereka sendiri. Secara tidak sedar, mereka akan menyalurkan segala tenaga dan usaha untuk membentuk sendiri secara fizikal, peribadi dan seluruh aspe kewujudan mereka. ini adalah satu misi mereka untuk berkembang secara menyeluruh. (Aisha Z. Abdullah, 1997).

Montessori mendapati walaupun kanak-kanak bertindak secara spontan dalam pelbagai kegiatan, selalunya mereka bertindak dalam corak yang berulang. Contohnya, apabila kanak-kanak belajar menaiki tangga. Kegiatan spontan yang berulang-ulang boleh menyumbangkan kepada perkembangan mereka. Satu lagi contoh kegiatan spontan yang dapat dilakukan oleh kanak-kanak menurut montessori ialah peralihan beransur-ansur sesuatu yang biasa kepada sesuatu yang ganjil yang menyokong perkembangan kanak-kanak. Sebelum kanak-kanak melakukan sesuatu yang rumit, kanak-kanak lebih seronok mengendalikan objekobjek yang biasa mereka lakukan setiap hari seperti memakai butang baju, menuang minuman kedalam cawan dan membuka pintu. Melakukan tugas-tugas ini membolehkan mereka mengasah kemahiran asas yang diperlukan untuk menjaga diri sendiri. Kanak-kanak juga gemar kepada bahan dan kegiatan melatih deria. Dengan cara melihat, menyentuh,mendengar, menghidu dan merasa sesuatu, mereka telah belajar cara untuk membezakan dan merumuskan ciri dan bilangan sesuatu benda. Kanak-kanak pada peringkat perkembangan intelektual akan memahami konsep yag kurang nyata seperti matematik dan bahasa. Oleh itu, pendekatan Montessori membantu kanak-kanak memenuhi semua keinginan semulajadi mereka untuk menyempurnakan diri mereka dengan memudahkan usaha mereka menuju perkembangan menyeluruh. Kaedah montessori dikenali sebagai pendidikan langsung sebab cara ini tidak memaksa atau membiarkan kanak-kanak berseorangan semasa permainan bebas. Sebaliknya cara ini menyediakan persekitaran terancang dan disusun rapi bagi membolehkan kanak-kanak membesar dan mempelajari sesuatu dibawah keadaan semulajadi. Terdapat enam kompenan asas persekitaran tersedia iaitu kebebasan, kenyataan, kenyataan dan Alam Semulajadi, kesedaran sosial, susunan, keindahan dan bahan untuk kaedah montessori.( Rohaya Haji Yahya,1996) Montessori tidak pernah melihat pendekatan pengajaran beliau sebagai kaedah. Beliau telah menulis di dalam buku The secret of childhood.tidak ada satu kaedah pun yang boleh dilihat, apa lagi yang terlihat pada seorang kanakkanak.(Aisha Z.Abdullah,1997)

Teori-teori utama Montessori mengenai pembelajaran kanak-kanak ialah minda mula menyerap, jangka masa peka dan proses Normalisasi. Sumber kreatif terdiri daripada kebolehan semulajadi untuk mempelajari sesuatu yang dipanggil minda yang menyerap dan beberapa tahap perkembangan khusus yang dipanggil Jangka masa peka. Kedua-dua kuasa ini melengkapi antara satu sama lain dalam kehidupan dalaman kanak-kanak. Montessori membahagikan tahap minda yang menyerap kepada dua bahagian iaitu secara sedar dan tidak sedar. Montessori mentakrifkan jangka masa peka sebagai tempoh masa sementara dimana kanak-kanak memperoleh

pengetahuan dan keupayaan khusus. Montessori memerhatikan bahawa kepekaan khusus tidak muncul berasingan tetapi muncul berpasang-pasangan antara satu sama lain. Secara umumnya, terdapat enam Jangka Masa Peka yang muncul berurutan. Pertama kepekaan terhadap aturan, kepekaan Deria, kepekaan terhadap bahasa, kepekaan untuk berjalan, kepekaan terhadap objek kecil. Matlamat paling utama dalam pendidikan montessori adalah untuk

mempersiapkan kanak-kanak dengan kehidupan sepanjang hayat. Pendidikan Montessori menekankan dua faktor iaitu pendidikan sejak lahir dan pendidikan dalam tahun-tahun awal. Pendidikan sejak lahir inilah waktu bayi mula menyerap

maklumat dan menyesuaikan diri dengan persekitaran. Pendidikan Montessori menggalakkan keadaan yang membantu perkembangan kanak-kanak secara semulajadi seperti kasih sayang dan kemesraan. Walaupun pendidikan berlangsung sepanjang hayat, Montessori menganggap enam tahun pertama itu sebagai jangka masa yang paling penting dalam perkembangan kanak-kanak. Satu ciri utama kaedah Montessori adalah bermatlamat untuk mencapai perkembangan holistik. Kurikulum tersedia pula harus meliputi setiap aspek kemanusiaan dengan menyediakan bimbingan secara beransur-ansur dan sokongan jangka panjang agar kanak-kanak dapat berkembang secara fizikal, mental, emosi dan rohani. Kaedah yang diperkenalkan oleh Montessori ini memberi dengan penekanan pada perkembangan kognitif dan deria. Montessori yakin bahawa kanak-kanak belajar dengan lebih berkesan dalam persekitaran yang disediakan. Persekitaran ini termasuklah bilik darjah, di rumah, di taman asuhan kanak-kanak atau di padang permainan. Matlamat penyedian persekitaran ini adalah untuk membolehkan kanak-kanak berdikari dan tidak bergantung dengan orang lain. (Azizah Lebai Nordin, 2002)

Di dalam buku The Discovery of the Child, Montessori memperihalkan persekitaran tersedia sebagai sesuatu yang direka bentuk untuk memenuhi keperluan kanak-kanak untuk membentuk diri sendiri dan untuk menjelmakan keperibadian dan pertumbuhan. Persekitaran seperti ini membolehkan kanak-kanak berkelakuan secara semula jadi dan merangsangkan pemerolehan pemahaman mereka. Montessori menekankan kepentingan melibatkan pendidikan alam semula jadi seperti geografi, sejarah, sains, seni dan muzik kedalam kurikulum dengan tujuan am ialah untuk perkembangan menyeluruh kanak-kanak. Bahan deria dapat

meningkatkan kesedaran kanak-kanak dan membantunya membentuk konsep bunyi dengan menggunakan bahasa tertentu. Peralatan matematik dapat memberi kefahaman kepada peraturan asas. Bahan bahasa dapat membantu mengasah kemahiran bahasa kanak-kanak seperti mendengar, bercakap, membaca dan menulis. Pertama, melalaui huruf. Kanak-kanak akan belajar bunyi dan bentuk huruf. Selepas itu, dia akan mempelajari bunyi dalam satu perkataan dan akan cuba membina perkataan dengan huruf Montessori yang mudah digerak. Tambahan pula, semasa kanak-kanak mula menyerap bahasa ibundanya, kaedah Montessori akan mendedahkan kepada permainan dan aktiviti yang akan mengenalkannya kepada penggunaan tatabahasa yang betul. Pendekatan ini menjadi asas kukuh untuk masa depannya. (Rohaya Haji Yahya,1996). Apabila seseorang kanak-kanak menjejakkan kaki ke prasekolah Montessori pada umur dua setengah tahun, beliau akan bermula dengan latihan kehidupan amali. Kanak-kanak itu akan maju dengan latihan deria. Ini dapat mendedahkan mereka kepada pengalaman konkrit, yang membina tapak untuk perkembangan abstrak. Kurikulum prasekolah Montessori pada tahap asas memberi perhatian dan keupayaan menyerap kanak-kanak. Dimana semasa peralihan mereka, kanak-

kanak dikenalkan kepada latihan Bahasa dan Matematik. Geografi, sejarah, sains, botani dan ziologi juga terdapat dalam kurikulum prasekolah Montessori. Kurikulum prasekolah Montessori bertumpu pada pembentukan kerangka yang akan

membimbing setiap kanak-kanak dalam membina keperibadian dan merealisasikan potensinya. Kurikulum Montessori bertujuan untuk membawa perkembangan kepada tubuh badan, kemahiran amali kehidupan, intelek, pengalaman deria, percakapan dan bahasa.

Bahagian kehidupan amali kurikulum Montessori bertujuan untuk membantu kanak-kanak mengembangkan kemahiran motor kasar dan halus mereka. Ia terdiri daripada latihan koordinasi tangan dan mata yang melatih pergerakan fizikal asas yang kita lakukan setiap hari. Kanak-kanak yang baru datang ke sebuah prasekolah Montessori belajar untuk menggosok gigi dan membasuh tangan mereka, memakai butang baju dan mengikat tali kasut, mengangkat pinggan dari almari ke meja, menuang air kedalam bekas dan menggunakan sudu garpu. Sebenarnya, latihan kehidupan amali yang begitu penting untuk setiap kanak-kanak mencapai kemandirian. Kanak-kanak prasekolah akan mengulanginya setiap hari untuk mengingat kembali dan menghalusi kemahiran motor mereka yang baru

dikembangkan. Pengulangan ini bukan satu usaha yang membuang masa, kerana setiap kali mereka mengulangi sesuatu latihan, mereka akan mendapat faedah yang baru. Latihan kehidupan amali dalam kurikulum Montessori tertumpu pada pergerakan manusia yang paling asas. Pertama sekali yang terkandung adalah peraturan adab kelakuan yang mudah. Kanak-kanak akan belajar apakah kelakuan yang sesuai di dalam dan luar bilik darjah. Selaras dengan prinsip dari mudah ke rumit, fokus latihan kehidupan amali sebelum ini adalah kemahiran motor kasar akan beralih kepada motor halus dan koordinasi tangan-mata. Kurikulum Montessori banyak menyumbang kepada perkembangan mental, memandangkan setiap latihan yang di lakukan menggerakkan minda dan juga tubuh badan. Sebagai contoh, mengikat tali kasut buat kali pertama kanak-kanak memerlukan tumpuan yang sangat kuat untuk mengingat dan menggabungkan langkah-langkah untuk mengkoordinasi pergerakan tangan dan mata mengikut urutan. Disini latihan yang nampak mudah sebenarnya menggerakan kuasa minda untuk menumpukan perhatia. Dengan melatih kemahiran motor deria dan bahanbahan sensori membolehkan kanak-kanak unuk melihat dunia fizikal dengan ilmu pengetahuan dan membuat rumusan yang tepat mengenai cirinya yang berbagai. Contohnya, mereka dapat merumuskan samaada sebuah periuk di atas dapur terlalu panas untuk disentuh. Alat-alat deria ini dapat membantu pembentukan asas konkrit untuk perkembangan intelek kanak-kanak. Matlamat asas latihan deria ialah perkembangan intelektual dan cara untuk mencapainya adalah dengan penghalusan deria. Sambil kanak-kanak itu melihat, menyentuh, mendengar dan merasa kanak-kanak itu membina kategori mental untuk

meletakkan persepsi baru yang diperoleh deria

ke dalam struktur yang teratur.

Kanak-kanak akan bermula dengan alat asas. Menara merah jambu ialah set sepuluh kiub merah jambu yang berlainan saiz, disusunkan meninggi yang terbesar dibawah dan yang paling kecil di atas. Apabila menyusun blok dalam urutan yang tepat kanak-kanak dapat mempelajari cara mengawal jari mereka untuk

memanipulasikan dan mengerakkan objek. Silinder bertombol pula melatih cengkaman menyepit. Hal ini menyebabkan kanak-kanak menyiapkan otot-otot tangan untuk tugas menulis. Dengan in, kanak-kanak dilatih dengan alat deria pada dua tahap iaitu tahap motor deria dan intelektual. Kurikulum Montessori menggunakan bahasa phonik untuk memperkenalkan kanak-kanak prasekolah kepada bahasa. Huruf setiap abjad dipaparkan dalam bentuk dan bunyi. kanak-kanak dengan itu menyerap kaitan visual-lisan untuk setiap huruf iaitu rupa dan bunyi c atau m atau z. Kemudian, mereka digalakkan untuk meningkatkan kebolehan linguistik mereka dengan bercakap apabila membuat persembahan dan bercerita kepada rakan sebaya. Dengan ini, program Bahasa mengikut kelancaran perkembangan semulajadi kanak-kanak, membenarkan untuk belajar menulis, membaca dalam masa dan cara sendiri. Apabila memasuki prasekolah Montessori, kanak-kanak akan mula menyediakan diri untuk pelajaran bahasa dan matematik. Sebaik sahaja mereka menjejakkan kaki di dalam persekitaran tersedia, mereka dikelilingi bahan-bahan yang direkabentuk khas untuk membantu pembelajaran abstrak melalui pengalaman deria. Kurikulum muzik cuba untuk merangsang minat semula jadi kanak-kanak di dalam seni dan muzik. Muzik merupakan satu bahagian yang besar yang membentuk kurikulum Montessori. Loceng berbunyi dapat membantu kanak-kanak menghalusi deria pendengaran mereka. Program Muzik ini juga mendedahkan kanak-kanak kepada corak ritma dengan latihan fizikal yang mengikut tempoh, seperti berjalan mengikut garisan mengkut rentak muzik. Kurikulum Montessori bertujuan untuk mempersiapkan kanak-kanak

sepanjang hayat. Sistem deria motor merupakan sumber pertama yang diperlukan untuk kehidupan asas. Perkembangan ini diteguhkan oleh persekitaran tersedia prasekolah.

TOKOH TIMUR: IBNU KHALDUN Beliau merupakan seorang tokoh falsafah islam yang terkenal. Nama penuh beliau ialah Abdul Al-Rahman Ibnu Muhammad Ibnu Muhammad Ibnu Abi Bakr Muhammad Ibnu Al-hasan Ibnu Khaldun, lahir pada 27 mei 1332 di Tunisia dan meninggal 17 Mac 1406 di Kaherah, Mesir. Beliau mendapat pendidikan asas daripada bapanya seorang cendiakiawan yang terkenal. Beliau juga seorang hafiz alquran dan mahir dlam ilmu nahu, fikah, hadis,retorik, falsafah dan syair. Ibn Khaldun juga memajukan konsep ekonomi, perdagangan dan kebebasan. Beliau membangunkan idea bahawa tugas kerajaan hanya terhad kepada mempertahankan rakyatnya dari keganasan, melindungi harta persendirian, menghalang penipuan dalam perdagangan, mencetak dan menguruskan

penghasilan wang, dan melaksanakan kepimpinan politik bijaksana dengan perpaduan sosial dan kuasa tanpa paksaan. Karya teragungnya

iaitu Muqaddimah bermula sebagai penulisan mengenai sejarah orang-orang Arab dan Barber, tetapi mengandungi pendekatan saintifik mengenai pemahaman sejarah, politik, dan ekonomi. Antara nasihat ibnu Khaldun dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak ialah kanak-kanak tidak harus di ajar perkara yang susah, belajar dari mudah kepada yang susah mengikut peringkat-peringkat menggunakan latih tubi dan benda-benda maujud sebagai alat bantu mengajar dan murid-murid tidak harus dibebankan dengan perkara-perkara di luar kemampuan mereka. Dari segi masa belajar Ibnu Khaldun menyatakan bahawa masa belajar tidak harus panjang kerana ia akan menjadikan mereka lupa. Pengajaran dengan waktu pendek adalah mendatangkan hasil yang lebih baik. Dari segi bahasa, beliau berpendapat bahawa bahasa adalah asas kepada semua pengajaran ilmu. Pengajaran bahasa dimulai dengan menulis dan membaca, kemudian dikaitkan dengan perkataan dengan makna. .

IMPLIKASI DALAM SISTEM PENDIDIKAN PRASEKOLAH DI MALAYSIA PENGURUSAN BILIK DARJAH Berdasarkan daripada aspek pengurusan bilik darjah yang telah dikemukakan oleh Maria Montessori ,terdapat beberapa kesan yang boleh kita lihat dalam pendidikan prasekolah di Malaysia. Jika kita lihat dari segi persekitaran bilik darjah Prasekolah di Malaysia. Prasekolah di Malaysia mengikut persekitaran prasekolah Montessori iaitu persekitaran mengikut kriteria kanak-kanak seperti saiz meja,kerusi dan ruang yang selesa, pengunaan warna-warna yang terang supaya menampakkan keceriaan kelas Prasekolah. Tetapi pendidikan prasekolah di Negara kita telah mengehadkan umur kanak-kanak yang belajar hanya dalam lingkungan umur 4 hingga 6 tahun. Pendidikan Montessori adalah lebih baik kerana bersifat individu dan memberi kesan dan manfaat kepada diri kanak-kanak itu sendiri. Selain itu, suasana persekitaran bilik darjah haruslah teratur mengikut Montessori. Di Malaysia juga, persekitaran bilik darjah teratur bagi memudahkan pergerakkan kanak-kanak. Berdasarkan daripada aspek pengurusan bilik darjah yang telah dikemukakan oleh Ibnu Khaldun terdapat kesan pengurusan bilik darjah ibn khaldun kepada prasekolah di Malaysia iaitu jadual pembelajaran. Menurut ibnu khldun jadual belajar tidak harus terlalu lama. Di Malaysia juga, kita menggunakan jadual yang tidak terlalu lama, jika kita lihat kanak-kanak yang berada diprasekolah, waktu mereka berada dalam bilik prasekolah hanya 3 jam sahaja dan setiap setengah jam mereka akan melakukan aktiviti yang berbeza. Selain itu, dalam bilik darjah beliau terdapat barang maujud yang boleh disentuh, dirasa dan dilihat. Sebagai contoh, jika guru prasekolah di Malaysia hendak memperkenalkan tubuh badan luaran manusia. Guru tersebut perlulah membawa bentuk tubuh badan ataupun mengambil salah seorang murid untuk dijadikan model bagi memudahkan proses memperkenalkan tubuh badan luaran manusia.

KURIKULUM Pendekatan kurikulum yang digunakan oleh Montessori ialah kemahiran amali kehidupan. Latihan kehidupan amali di dalam kurikulum Montessori ini tertumpu pada pergerakan manusia yang paling asas. Prasekolah di Malaysia juga menggunakan pendekatan yang sama seperti pendekatan yang digunakan oleh Montessori dalam prasekolahnya iaitu kemahiran amali kehidupan. Di mana, kanakkanak prasekolah diajarkan mengenai adab kelakuan di dalam kelas. Sebagai contoh, ketika guru masuk ke kelas pelajar akan memberi salam dan ketika guru keluar kelas mereka berterimakasih. Pendekatan kurikulum yang seterusnya ialah melalui pengalaman deria. Di prasekolah Montessori, kanak-kanak akan bermula dengan alat asas seperti menara merah jambu. Tujuannya adalah supaya kanakkanak dapat mempelajari cara mengawal jari mereka untuk memanipulasikan dan menggerakkan objek. Prasekolah di Malaysia pula menggunakan kertas pasir,

manik atau kacang untuk merasa, menyentuh bentuk huruf bagi mendapat latihan dengan alat deria dan ini dapat dapat melatih kanak-kanak pada dua tahap iaitu tahap motor deria dan tahap intelektual. Prasekolah Montessori juga memberikan latihan deria yang melibatkan warna. Prasekolah yang ada di Malaysia juga memberikan pendekatan seperti yang diperkenalkan oleh Montessori dalam prasekolahnya. Kanak-kanak prasekolah di Malaysia turut mempelajari warna-warna utama. Pendekatan kurikulum lain yang diperkenalkan oleh Montessori adalah pendekatan bahasa. Kurikulum Montessori menggunakan pendekatan phonik untuk memperkenalkan kanak-kanak prasekolah kepada bahasa. Huruf setiap abjad dipaparkan dalam bunyinya. Kanak-kanak dengan itu menyerap kaitan visual-lisan untuk setiap huruf dan bunyi. Contohnya huruf m, l, n. Prasekolah yang ada di Malaysia juga menggunakan bahasa ia dapat dibuktikan melalui sukatan

pembelajaran kanak-kanak prasekolah yang terdapat di Malaysia. Kanak-kanak yang baru memasuki prasekolah terlebih dahulu diperkenalkan dengan huruf. Kanakkanak akan dibiarkan bermain dengan huruf bagi memudahkan mereka mengetahui dan memahami bentuk setiap huruf. Implikasinya terhadap pendidikan prasekolah di Malaysia adalah kanak-kanak akan lebih mudah dan cepat mengenali huruf. Kanakkanak juga akan dapat belajar untuk menulis dan membaca dalam masa dan caranya sendiri

Di dalam kurikulum Ibn Khaldun menerangkan bahawa pembacaan al quran harus diajar sebelum manghafalnya. Apabila sampai umur tertentu dan sesuai dengan daya pemikiran barulah di ajarkan tafsir,hukum dan lain-lain. Penerangan ibn khaldun tersebut membawa implikasi kepada pendidikan di Malaysia kerana di dalam kurikulum standard prasekolah dalam tunjang komunikasi turut menekan bahawa pembelajaran haruslah sesuai mengikut umur kanak-kanak yang belajar. Dari segi bahasa, beliau berpendapat bahawa bahasa adalah asas kepada semua pengajaran ilmu. Pengajaran bahasa dimulai dengan menulis dan membaca, kemudian dikaitkan dengan perkataan dengan makna.Di dalam pendidikan Malaysia juga, guru juga akan menggunakan pengajaran yang sama seperti yang di tunjukkan oleh Ibnu Khaldun,dimana murid akan mengenal huruf terlebih dahulu,menulis kemudian mengingat. Selepas itu, murid akan membina perkataan dan membacanya.

You might also like