You are on page 1of 8

SEKOLAH KEBANGSAAN SALOR 15100 KOTA BHARU KELANTAN LAPORAN PROGRAM GOSOK GIGI PERDANA 2013

LAPORAN PROGRAM GOSOK GIGI PERDANA

PENGENALAN Program memfokuskan ini merupakan kesihatan suatu program kesihatan yang melalui

kepada

pergigian

murid-murid

pendedahan terhadap pencegahan kerosakan gigi dan demonstrasi kaedah menggosok gigi dengan betul yang akan disampaikan oleh jururawat pergigian dari Klinik Pergigian Wakaf Che Yeh. Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada murid tentang peri pentingnya penjagaan kesihatan gigi bagi setiap individu. Melalui tayangan video dan ceramah yang disampaikan, murid akan mendapat input berguna dan membina pengetahuan baru tentang kepentingan penjagaan kesihatan gigi. Selain itu, program ini juga dapat membantu murid-murid untuk membina gaya hidup yang sihat berkaitan dengan cara penjagaan gigi yang betul. Murid-murid dapat mengamalkan tabiat amalan hidup sihat dan menjaga kesihatan gigi mereka dengan baik. Murid-murid boleh membina semangat kerjasama sesama mereka dan saling membantu rakan-rakan untuk menggosok gigi dengan cara yang betul sewaktu demonstrasi menggosok gigi berlangsung. Di samping itu, program ini juga dapat memberi pengalaman yang baru kepada guru-guru pelatih tentang cara untuk mengendalikan sesuatu program serta memberikan pendedahan awal kepada guru pelatih tentang suasana di sekolah.

OBJEKTIF PROGRAM Program ini mensasarkan beberapa objektif yang ingin dicapai: Memberi pendedahan tentang cara penjagaan gigi yang betul kepada murid. Memberi kesedaran kepada murid tentang kepentingan penjagaan gigi dalam kehidupan seharian. Membantu murid membina gaya hidup yang sihat. Melahirkan generasi yang sihat dan cerdas.

NAMA PENGANJUR Klinik Pergigian Wakaf Che Yeh dengan kerjasama guru guru pelatih IPG Kampus Kota Bharu, Unit Kesihatan dan Kelab Doktor Muda SK Salor. SASARAN Semua murid SK Salor. TARIKH, HARI dan MASA PROGRAM Tarikh Hari Masa TEMPAT Dewan J-Qaf SK Salor : : : 9 Julai 2013 Selasa 9.00 pagi 1.00 tengahari

AHLI JAWATANKUASA JAWATANKUASA INDUK PROGRAM GOSOK GIGI PERDANA PENGERUSI PN MAZARA BT. MANSOR (GB)

TIMBALAN PENGERUSI PN.MORLIA@ SANIAH BT YUSOF (PK HEM)

NAIB PENGERUSI (I) PN HJH ANISAH BT SULAIMAN (PKP)

NAIB PENGERUSI (II) PN SITI KHADIJAH BT YAAKOB (PK KO)

PENYELARAS ABDUL HALIM BIN MAT HANIPI

SETIAUSAHA (I) AINNATUL AMIRAH BT YAAKUB

SETIAUSAHA (II) NOR SUHADA BT KAMARUDIN

BENDAHARI ABDUL FATAH BIN SHAARI

URUSETIA SEMUA GURU PELATIH

JAWATANKUASA KERJA (I) (KELAB DOKTOR MUDA) PENGERUSI PN. HJH. INUN BT ISMAIL

NAIB PENGERUSI PN. NIK NATRAH BT NIK AHMAD

SETIAUSAHA PN. CHE AZIZAN BT CHE YUSOFF

BENDAHARI EN. MOHD ROSNI BIN MD.NOR

AJK MURID NUR NADIAH NUR FATIHAH AQILAH TENGKU MUHAMAD ALIF NURUL SYAMIMI NUR ANIE SHAHIRA IDA ROSZALIKHA ANIS FARISHA WAN MUHD HAFIEZ DANIEL NOR ADILAH

JAWATANKUASA KERJA (II) (UNIT KESELAMATAN, KESIHATAN DAN KEBERSIHAN (3K) SK SALOR)

PENGERUSI PN.MORLIA@ SANIAH BT YUSOF (PK HEM)

NAIB PENGERUSI (I) PN. HJH. INUN BT ISMAIL

NAIB PENGERUSI (II) PN. NORLIZA BT MUSTAPHA

NAIB PENGERUSI (III) EN. AZIZI BIN ABDULLAH

SETIAUSAHA (I) NOR SUHADA BT KAMARUDIN

SETIAUSAHA (II) AINNATUL AMIRAH BT YAAKUB

PENYELARAS ABDUL FATAH BIN SHAARI AHLI JAWATANKUASA Peralatan Guru bertugas mingguan Jurufoto Abdul Halim bin Hanipi Dokumentasi Ainnatul Amirah bt Yaakub Nor Suhada bt Kamarudin Buku Program Mohd Amir Hafiz bin Ghani Siar Raya En. Mohammad Norisham Kawalan murid dan Keselamatan Abdul Fatah bin Shaari

TENTATIF PROGRAM SESI 1 Tahap 1 ( Tahun 1, 2, 3 ) MASA 8.45 9.00 9.00 9.30 9.15 9.45 9.45 10.15 AKTIVITI Murid bergerak ke Dewan J-QAF Ceramah Kesihatan Pergigian Tayangan Video kesihatan Pergigian Demonstrasi cara menggosok gigi

SESI 2 Tahap 2 ( Tahun 4, 5, 6 ) MASA 11.00 11.15 11.15- 11.45 11.45 12.15 12.15- 12.45 AKTIVITI Murid bergerak ke Dewan J-QAF Ceramah Kesihatan Pergigian Tayangan Video kesihatan Pergigian Demonstrasi cara menggosok gigi

LAPORAN AKTIVITI Program gosok gigi perdana yang telah dijalankan pada 9 Julai 2013 telah berlangsung dengan baik seperti yang telah dirancang. Aktiviti ini telah dijalankan di Bilik J-QAF. Program ini telah dibahagikan kepada 2 sesi iaitu sesi pertama yang bermula pada pukul 9 pagi iaitu murid tahun 1. 2. dan 3. Program ini merupakan hasil kerjasama daripada Kelab Doktor Muda Sekolah Kebangsaan Salor. Murid tahap 1 bergerak ke Bilik J-QAF dan telah dikawalselia oleh petugas Kelab Doktor Muda. Program pertama yang telah dijalankan ialah ceramah kesihatan pergigian dan telah disampaikan oleh jururawat pergigian daripada Klinik Pergigian Wakaf Che Yeh. Tajuk ceramah yang disampaikan adalah mengenai kesihatan pergigian yang meliputi cara penjagaan gigi yang baik, kaedah menggosok gigi yang betul serta kerosakan-kerosakan pada gigi yang sememangnya tidak diketahui oleh murid-murid. Aktiviti yang kedua ialah tayangan video mengenai kesihatan pergigian. Murid-murid telah dipertontonkan tayangan video mengenai contoh-contoh kerosakan gigi, cara penjagaan gigi dan maklumat-maklumat mengenai pergigian. Murid kelihatan sangat teruja dan menumpukan perhatian terhadap video yang ditayangkan. Selepas murid melihat video, kuiz mengenai pergigian telah dilakukan. Murid berlumba-lumba menjawab soalan yang telah diberikan bagi mendapatkan hadiah. Hal ini menunjukkan bahawa murid mendapat input yang jelas mengenai ceramah dan video yang telah mereka lihat. Secara tidak langsung, ilmu yang diperoleh dapat digunakan dalam kehidupan mereka seharian. Aktiviti yang terakhir ialah demonstrasi cara menggosok gigi. Murid telah dibekalkan dengan berus gigi dan ubat gigi. Jururawat pergigian telah mendemonstrasikan cara menggosok gigi dengan betul. Dengan demontrasi yang telah diberikan diharapkan dapat membantu murid menjaga gigi dengan baik dalam menjalani gaya hidup yang sihat. Aktiviti-aktiviti ini telah diulangi dengan fasa 2 iaitu murid tahun 4, 5 dan 6.

You might also like