You are on page 1of 17

HAK ASASI KANAK-KANAK

LATAR BELAKANG..
Konvensyen mengenai hak kanak-kanak [CRC] telah dibentangkan dalam perhimpunan Pertubuhan Bangsabangsa Bersatu [PBB] pada 20 November 1989. Konvensyen Hak Kanak-kanak 1989 merupakan satu dokumen yang memberikan perlindungan kepada kanak-kanak dari segi:

Pengabaian Penderaan Eksploitasi Jaminan kanak-kanak mendapat haknya

MENGAPA KONVENSYEN INI PERLU ????


Banyak negara yang tidak mempunyai struktur perundangan bagi kanak-kanak. Menjamin perkembangan yang sihat untuk kanakkanak. Kanak-kanak lemah berbanding orang dewasa. Kanak-kanak mudah terjejas oleh apa jua yang dilakukan atau tidak dilakukan. Kanak-kanak tidak berhak mengundi dan tidak mempunyai pengaruh politik dan ekonomi.

PRINSIP-PRINSIP KONVENSYEN
Kanak-kanak tidak seharusnya didiskriminasikan. Kanak-kanak mempunyai hak kepada kehidupan dan perkembangan. Kepentingan terbaik kanak-kanak mesti diberi keutamaan. Kanak-kanak harus diberi peluang melibatkan diri secara aktif dalam semua perkara yang menyentuh kehidupan mereka dan diberi kebebasan untuk menyuarakan pendapat mereka.

TIGA PRINSIP UTAMA KONVENSYEN HAK KANAK-KANAK


Kanak-kanak ialah seseorang yang berumur di bawah 18 tahun. Semua hak meliputi semua kanak-kanak tanpa kecualian dan tiada diskriminasi. Semua tindakan yang diambil mestilah dilakukan berdasarkan prinsip demi kepentingan terbaik bagi kanak-kanak (the best interest of the child)

HAK KANAK-KANAK
1)

Hak kehidupan.

Keperluan asas seperti makanan, tempat tinggal, air minuman bersih dan jagaan kesihatan.

2)

Hak perlindungan.

Perlindungan dari segi diskriminasi, penderaan dan pengabaian, kanak-kanak tanpa keluarga dan pelarian, penderitaan seksual, fizikal dan eksploitasi dan penyalahgunaan dadah.

HAK KANAK-KANAK
3)

Hak perkembangan.

Semua jenis pendidikan (formal dan nonformal) serta merangkumi persekitaran yang selamat, pendidikan, kemudahan dan kebebasan daripada diskriminasi.

4)

Hak penyertaan.
Berjumpa dgn kanak-kanak lain & berkawan. Menyertai kelab atau persatuan. Memberikan pandangan mereka. Konvensyen ini mengiktiraf kanak-kanak sebagai individu dgn hak utk berkembang secara mental, fizikal dan sosial.

HAK ASASI KANAK-KANAK


Menurut Hak Asasi Manusia, setiap warganegara layak mendapat peluang pendidikan. Semua kanak-kanak berhak untuk belajar bersama-sama. Kanak-kanak tidak seharusnya diperkecil atau didiskriminasi. Orang dewasa yang kurang upaya, menggambarkan diri mereka sendiri sebagai orang-orang yang terselamat di sekolah khas, mendesak untuk mengakhirkan pengasingan. Tiada sebab-sebab perundangan untuk memisahkan kanak-kanak daripada pendidikan mereka.

ANTARA HAK SETIAP KANAK-KANAK ADALAH SEPERTI BERIKUT:Untuk dilahirkan, mempunyai nama dan kewarganegaraan. Untuk mempunyai keluarga yang akan menjaga dan menyayangi. Untuk tinggal di dalam komuniti dan persekitaran yang aman dan damai. Untuk mempunyai makanan yang mencukupi dan tubuh badan yang aktif dan sihat. Untuk mendapatkan pendidikan yang baik dan membentuk potensi diri. Untuk diberi peluang untuk bermain dan beriadah.

Untuk dilindungi daripada penderaan, eksploitasi, kecuaian, keganasan dan bahaya. Untuk dipertahankan dan diberi bantuan oleh kerajaan. Untuk berupaya mengekspresi pandangan sendiri.

KONVENSYEN MENGENAI HAK KANAK-KANAK


1)

2)
3) 4) 5) 6) 7) 8) 9) 10) 11)

Perkara 2: Tiada diskriminasi. Perkara 3: Diberi pelindungan. Perkara 6: Hak untuk hidup. Perkara 13: Kebebasan bersuara. Perkara 19: Diberi peruntukan undang-undang. Perkara 23: Menikmati kehidupan Perkara 28: Hak pendidikan Perkara 29: Halatuju pendidikan Perkara 30: Hak dalam komuniti Perkara 32: Dilindungi dari segi ekonomi Perkara 34: Tiada eksploitasi

HAK KANAK-KANAK: SEKSYEN 17


Dilindungi dari segi fizikal. Tiada penganiayaan. Pergaulan yang sihat. Hak kesihatan. Kemudahan bekalan makanan. Elak penderaan emosi.

HAK KANAK-KANAK
1)

DI MALAYSIA

2)

3)

4)

Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991 (Akta 468). Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 (Akta 308). Pengambilan Anak Angkat (Akta Pengangkatan Anak Angkat 1952). Akta Kanak-kanak 2001 (Pindaan 2002)

AKTA PERLINDUNGAN KANAK-KANAK 1991 (AKTA 468)

Kanak-kanak memerlukan perlindungan jika telah atau besar kemungkinan akan dicederakan atau dianiayai oleh penjaganya dari segi fizikal, emosi atau seks.

Kanak-kanak tidak mempunyai penjaga atau telah ditinggalkan oleh penjaganya dan selepas siasatan, penjaganya itu tidak dijumpai dan tiada orang lain yang sesuai sanggup dan berupaya memelihara kanak-kanak itu.

AKTA TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK 1984 (AKTA 308)


Merupakan peruntukan yang berkaitan dengan pendaftaran, pengawalan dan pemeriksaan tamantaman asuhan kanak-kanak. Bertujuan memberikan perlindungan kepada kanakkanak yang berusia di bawah 4 tahun. Dengan adanya pendaftaran maka mudahlah kawalan dan pengawasan dapat dilakukan misalnya daripada pejabat kesihatan, pihak berkuasa tempatan dan sebagainya. Pemeriksaan yang dilakukan dapat memastikan bahawa daftar, rekod, jadual waktu dan menu diselenggarakan dengan sempurna.

PENGAMBILAN ANAK ANGKAT (AKTA PENGANGKATAN ANAK ANGKAT 1952)

Bertujuan mengawal selia kes-kes permohonan mengambil anak angkat. Juga untuk memastikan kebajikan dan masa depan anak angkat terjamin.

AKTA KANAK-KANAK 2001 (PINDAAN 2002)

Untuk memastikan perlindungan, pemuliharaan dan pembangunan diberi perhatian serius oleh kerajaan bagi menjaga kebajikan dan kepentingan kanakkanak.

Akta ini mewajibkan pengamal perubatan, ahli keluarga dan penyedia perkhidmatan penjagaan kanak-kanak membuat laporan sekiranya berlaku kes penderaan kanak-kanak.

You might also like