You are on page 1of 20

Penyalahgunaan bahan adalah merujuk kepada penggunaan dadah yang bertentangan dengan kepentingan rawatannya.

Ianya merangkumi alkohol, tembakau, kokain, marijuana (ganja), dadah-dadah perangsang, Lysergic Acid Diathylamide (LSD) dan inhalan ( bahan yang disedut ).

Perkataan bahan adalah lebih sesuai digunakan berbanding dengan penggunaan perkataan dadah kerana dadah merupakan bahan kimia pembuatan. Manakala kebanyakan bahan yang disalahgunakan itu dihasilkan secara semulajadi (seperti candu) yang tidak boleh digunakan oleh manusia (seperti menghidu gam).

Sebarang dadah boleh digunakan secara sah dari segi perubatan sekiranya ia dipreskripsikan atau diberikan oleh doktor. Penggunaan steroid anabolik di kalangan atlit dalam jangka masa yang panjang boleh mendatangkan kesan yang merbahaya. Kesan-kesan sampingan yang mungkin berlaku termasuklah kemalangan atau kecederaan, pitam, keganasan, pembunuhan dan juga bunuh diri.

Perkataan doping daIam sukan merujuk kepada penggunaan dadah/ubat yang diharamkan oleh International Olympic Council (IOC), bagi tujuan mendapatkan kelebihan daIam prestasi atlit. Banyak kes-kes kematian teIah berlaku akibat penggunaan dadah secara langsung atau tidak langsung.

Pengharaman dadah dalam sukan mempunyai dua justifikasi:

1. ia memberi kelebihan kepada atlit yang menggunanya serta melanggar segala peraturan dalam pertandingan 2. cara pengambilan dan jumlah yang digunakan memudaratkan seseorang individu.

Telah digunakan sejak awaI 1970an. Tujuan penggunaan stimulant begitu nyata kerana bahan seperti amfetamin memberi tenaga serta ketahanan yang amat baik terutama dalam pertandingan seperti lumba basikal, Iarian jarak jauh, acara renang, semuanya yang memerIukan daya tahan.

Kini, ianya telah meningkat kepada 70 jenis dadah perangsang. Bahan seperti kafein, ephedrine, pseudoephedrin menyulitkan lagi kawalan kerana bahan ini terdapat dalam pelbagal minuman dan makanan dan juga ubat-ubatan over-the counter untuk pelbagai rawatan. Jumlah kafein melebihi 12 mg/mI di dalam urin misalnya akan dirumuskan sebagal positif.

Bahan-bahan narkotik pula menjadi ubat yang berkesan bagi meneruskan pertandingan tanpa menghirau kecederaan yang diaIami atlit. Pengharaman narkotik adalah di atas dasar kesihatan kerana tindakan seperti ini memudaratkan lagi keadaan atlit. Kanabis juga diharamkan atas dasar bahan ini membawa ketenangan dan meningkatkan keyakinan diri dalam menghadapi pertandingan.

Steroid anabolik merangkumi Iebih 50% daripada dadah yang dikesan oleh makmal-makmal doping seIuruh dunia. Pengesanan hormon steroid seperti testosterone, DHT(dihydrotestosterone) dan DHEA (Dehydroepiandrosterone) memerlukan interpretasi yang begitu cermat kerana mereka juga merupakan hormon yang terdapat semuIajadi dalam badan manusia.

Perubahan fizikal begitu ketara pada pengguna steroid anabolik. Bagi lelaki, perubahan otot yang bertambah, kehiIangan rambut, pertumbuhan buah dada dan masalah akne begitu ketara Manakala bagi wanita, terdapat tumbuhan rambut di beberapa bahagian badan termasuk muka serta perubahan suara yang semakin kasar.

Steroid anabolik adalah bahan yang digunakan di luar masa pertandingan oleh kerana manafaatnya serta perubahan yang diingini pengguna didapati semasa latihan. Sukan OIimpik di Atlanta merupakan kali yang pertama pengesanan menggunakan HRMS dilakukan supaya threshhold pengesanan yang begitu rendah dapat dilaksanakan. (alat mahal)

Menjadi pilihan atlit dalam usaha menghapuskan kesan-kesan dadah steroid menjelang pertandingan sukan. Paras steroid dapat dikurangkan di bawah paras threshold pengesanan. Ini semakin penting bagi atlit oleh kerana makmal doping seluruh dunia kini lengkap dengan alat yang dapat mengesan dalam tahap ppb (parts per billion).

Ubat darah tinggi yang disalahgunakan oleh atlit dalam acara-acara sukan seperti memanah, menembak, dan bidang sukan yang memerlukan penumpuan seseorang. Objektif pengunaan adalah untuk mengurangkan tremor dan kegugupan yang mungkin berlaku.

Merangkumi hCG (human chorionic gonadotropin), eritropoietin (EPO) dan hormon pertumbuhan (hGH). hCG dapat dikesan di dalam urin, manakala EPO dan hGH hanya dapat dlkesan di dalam serum darah. EPO dan hGH belum dapat dinilai.

Ianya tidak melibatkan bahan asing tetapi merupakan manipulasi untuk meningkatkan prestasi melalui doping darah atau penipuan untuk mengelakkan daripada dikesan di dalam urin.

Melalui kaedah ini seorang atlit akan mengeluarkan Iebih kurang 200-250 ml darah dan dikembaIikan semula sel darah merah ke dalam sistem badannya 4-6 minggu kemudian sebelum bermulanya pertandingan. Cara ini meningkatkan hematokrit dan tidak secara langsung bekalan oksigen juga ditingkatkan untuk tujuan mendapatkan tenaga maksimum dan memperlanjutkan ketahanan.

ERLI NOR ASILA BT ALIAS FAIEZOL SUBHI BIN YUSOFF MOHAMAD SYAFIQ BIN ROSLAN ( 5PISMP RBT 3 )

You might also like