You are on page 1of 2

Soalan-Soalan Tugasan Individu TH20303 Sejarah Konflik Asia Barat Selepas Perang Dunia Kedua Arahan: (Jawab satu

soalan sahaja) Tarikh Hantar: 16 Disember 2012 Font Size : Tahoma 11 Spacing : 1.5 lines Bab 1 Latar Belakang Konflik Rantau Asia Barat 1. Nyatakan faktor-faktor penyumbang dan proses peristiwa konflik rantau Asia Barat. Jelaskan impaknya ke atas ini. Muka Surat: 10-15

Bab 2 Penubuhan Negara Israel, 1948 1. Perihalkan susur galur peristiwa penubuhan negara Israel, 1948. 2. Beri penilaian anda kepada peranan Pertubuhan Zionis Antarabangsa, peranan kuasa-kuasa Barat seperti Britain dan Amerika Syarikat dalam penubuhan negara Israel, 1948. 3. Justifikasikan pengiktirafan Perhimpinan Agung Bangsa-bangsa Bersatu, 1947 dalam hal penubuhan negara Israel. Bab 3 Konflik Arab-Israel (I) Perang Arab-Israel, 1948 1. Bincangkan faktor-faktor berlakunya peperangan Perang Arab-Israel, 1948 dan kesan peperangan tersebut. 2. Beri pendapat anda tentang peranan kuasa Barat dan PBB dalam Perang Arab-Israel, 1948. Bab 4 Konflik Arab-Israel (II) Perang Suez, 1956 1. Perihalkan pergolakan Arab-Yahudi sehingga berlakunya Perang Suez, 1956. Nyatakan kesan peperangan tersebut. 2. Hubungkaitkan peranan Mesir, 1956 dalam Konflik Arab-Israel dengan Perang Suez 1956.

Bab 5 Konflik Arab-Israel (III) Perang Enam Hari, 1967 1. Bincangkan perkembangan pergolakan Arab-Yahudi sehingga berlakunya Perang Enam Hari, 1967. Jelaskan kesan peperangan tersebut. 2. Beri penilaian anda tentang pembabitan Mesir, Syria dan Israel dalam Perang Enam Hari, 1967.

Soalan-Soalan Tugasan Berkumpulan TH20303 Sejarah Konflik Asia Barat Selepas Perang Dunia Kedua Arahan: (Jawab satu soalan sahaja) Tarikh Hantar: 14 Disember 2012 Saiz Font : Tahoma 11 Spacing : 1.5 lines Bab 6 Revolusi Mesir, 1952 1. Perihalkan kejatuhan sistem feudal Mesir di bawah pemerintahan Raja Faruq dalam Revolusi 1952. 2. Sejauhmana peranan golongan tentera pimpinan Jeneral Muhammad Naquib berjaya mengadakan Revolusi Mesir, 1952? Tafsirkan usaha pembaharuan Mesir dan peranan Presiden Gamal Abdul Nasir dalam hal ini. Muka Surat: 15-20

Bab 7 Perang Saudara Lubnan, 1982 1. Bagaimana ketegangan hubungan antara warga Islam Palestin dan warga Kristian di Lubnan berlaku. 2. Hubungkaitkan peranan Syria, PLO, Pergerakan Kebangsaan Jumblatt dan Pergerakan Kristian Maronite dalam Perang Saudara, 1982. Bab 8 Revolusi Iran, 1979 1. Perihalkan susur galur peristiwa tercetusnya Revolusi Iran, 1979. Beri penilaian anda tentang peranan Ayatullah Khomeini dalam hal ini. 2. Hubungkaitkan Revolusi Iran, 1979 dengan pembentukan Republik Islam Iran menggantikan Dinasti Pahlavi. 3. Bincangkan peranan Amerika Starikat dan kuasa Barat untuk menggagalkan Revolusi Iran, 1979. Huraikan keberkesanan Revolusi Iran 1979. Bab 9 Perang Iraq Iran, 1980-1988 1. Justifikasikan peristiwa tercetusnya Perang Iraq-Iran, 1980-1988, yakni peperangan dari sudut politik, ekonomi dan agama. Bahaskan peperangan ideologi di antara Ayatullah Khomeini dan Saddam Husyain. 2. Hubungkaitkan masalah sempadan dan campur tangan kuasa Barat (Amerika Syarikat, Perancis dan Soviet Union) dengan persoalan minoriti Kurdis. Huraikan peranan golongan Syiah di Iraq dalam Perang Iraq-Iran, 1980-1988. Bab 10 Perang Teluk, 1990-1991 1. Nyatakan punca serangan Iraq ke atas Kuwait. Tafsirkan peranan kuasa Barat yang diketuai oleh Amerika Syarikat dalam operasi Desert Storm (Perang Teluk, 1990-1991). Bincangkan kesankesan pasca Perang Teluk, 1990-1991. Bab 11 Intifada Rakyat Palestin, 1987-1991 1. Huraikan keberkesanan kebangkitan rakyat Palestin menuntut keadilan hak terhadap Israel, 1987-1991. 2. Hubungkaitkan dasar agresif Parti Likud mengenai hak wilayah Gaza, West Bank dan pelbagai perkara asas lain dengan peranan Gabungan Pemimpin Kebangsaan (UNL) dalam pergerakan Intifada Rakyat Palestin, 1987-1991. 3. Beri pendapat anda tentang usaha pihak PLO dan Amerika Syarikat dalam mendamaikan Intifada Rakyat Palestin, 1987-1991.

You might also like