You are on page 1of 26

TH30203 SEJARAH MALAYSIA PERKEMBANGAN POLITIK (1957-1990)

1.0 PENGENALAN
Nama negeri sabah merupakan nama yang di berikan oleh Kesultanan Brunei kepada wilayah yang menjadi sebahagian daripada jajahan kesultanan tersebut di utara Pilau Borneo pada akhir ke 16. Namun begitu banyak tanggapan tentang asal usul penggunaan nama negeri sabah ini. Antara yang biasa di sebut di kalangan penduduk Sabah ialah perkataan Sabah iaitu dikaitkan dengan nama sejenis pisang yang dikenali sebagai Pisang Sabah. Asal usul nama negeri Sabah ini lebih senang dikaitkan dan amat popular di kalangan penduduk di Sabah. Tetapi dari segi makna dan penggunaan perkataan Sabah adalah merujuk dari perkataan Saba yang terdapat dalam bahasa masyarakat peribumi, iaitu bahasa kaum Dusun , Brunei dan Bisaya yang bermaksud hilir atau kawasan di hilir. Sabah merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia dengan nkeluasan 73, 711 kilometer menghadap Laut Cina Sekatan di sebelah barat dan utara, manakala sebelah timur pula menghadap Laut Sulu dan Laut Sulawesi. Sabah bersempadan dengan Sarawak, Brunei dan juga wilayah Kalimantan, Indonesia. Sabah merupakan negeri yang kaya dengan sumber buminya dan tidak hairanlah jika kekayaan sumber ekonomi sabah mampu menarik minat kuasa lain untuk menguasai Sabah. Kaya dengan hasil hutan seperti kayu balak merupakan antara harta termahal negeri Sabah. Kaya dengan emas, antimony, bauksit dan sebagainya mencukupkan lagi Sabah sebagai negeri yang cukup sempurna. Sebelum kedatangan kuasa-kuasa barat, tidak ada konsep negeri bagi wilayah ini kerana sejak sebelum abad ke -16, system pentadbiran di wilayah ini terpisah-pisah dan dapat di bahagikan kepada tiga bentuk pentadbiran, iaitu pentadbiran sistem politik kesukuan, sistem pentadbiran kesultanan yang merujuk kepada Kesultanan Brunei dan Sulu di wilayah kekuasaan mereka dan sistem pentadbiran ketua-ketua bebas. Selepas memasuki Malaysia, pentadbiran Sabah menjadi lebih sistematik. Pembangunan demi pembangunan dijalankan saban hari untuk memastikan penduduk di Sabah menerima pembagunan yang sewajarnya. Kemasukan Sabah ke Malaysia memberikan implikasi ke atas Sabah, samada baik ataupun buruk Sabah

TH30203 SEJARAH MALAYSIA PERKEMBANGAN POLITIK (1957-1990)

semakin maju hari demi hari dan hak-hak peribumi masyarakat Sabah turut terjaga seiring dengan perlembagaan Malaysia.

1.1

SISTEM POLITK PERIBUMI SABAH

Sistem politik peribumi sabah dapat dibahagikan kepada tiga kategori iaitu sistem politik kesukuan, sistem politik kesultanan dan Ketua Bebas (Sabihah 1985,12). Sistem politik kesukuan diamalkan oleh Suku Dusun, Murut, Orang Sungai dan sebagainya yang tinggal di daerah pendalaman. Mereka ini hidup dalam kelompok-keleompok kecil dan terpisah dari kumpulan lain oleh bentuk alam keliling seperti banjaran gunung, sungai dan lembah-lembah. Susunan politik mereka ini adalah berdasarkan ikatan keluarga dan sanak saudara. Adapt memotong kepada dan peperangan antara kampung sering menyebabkan mereka terpaksa tinggal dalam sebuah rumah panjang; satu struktur yang dapat menjamin keselamatan mereka. Orang yang paling tua dalam komuniti itu, digelar Orang Tua, dipilih sebagai Ketua Kampung. Selalunya Ketua Kampung adalah peneroka kampung tersebut. Sifat-siafat lain yang harus di miliki seseorang Ketua Kampung termasuklah kualiti keberanian, kebijaksanaan kesaksamaan; mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang adapt, tradisi lisan dan salasilah mengenai kumpulan etnik mereka serta gagah dan berkaliber. Dalam masyarakat Dusun di mana adapt memainkan peranan penting dalam kehidupan mereka, Ketua Kampung bertanggungjawab dalam semua aktiviti perkahwinan, harta pesaka, jenayah hingga kepada aktiviti ekonomi. Segala peraturan adapt mesti diketahui secara lisan dan Ketua Kampung mestilah pakar dalam hal ini. Selain Ketua-ketua Kampung, wujud satu lagi institusi secara rasmi dipanggil Majlis Kampung. Majlis ini dianggotai oelh orang-orang tua, mereka bukan sahaja bertanggungjawab memilih Ketua Kampung tetapi juga berperanan menasihatinya dalam semua hal berkaitan hal-ehwal kampung masjlis ini bolehlah dianggap sebagai sebuah gedung budaya dan tradisi, terutama bagai masyarakat

TH30203 SEJARAH MALAYSIA PERKEMBANGAN POLITIK (1957-1990)

Dusun yang belum mengenal tulisan. Dalam menyelesaikan sesuatu masalah kampung. Majlis ini selalu memetik case law sebagai teladan dan panduan. Sekiranya berlaku jenayah yang besar dalam sesebuah kampung, Ketua Kampung akan mengadakan perbincangan secara rasmi di hadapan Majlis Kampung. Selain daripada dua institusi tersebut terdapat satu lagi kumpulan yang berpengaruh terhadap masyarakat Dusun pada zaman dahulu, iaitu golongan agam. Golongan ini terdiri daripada pendeta(bobohizan) yang berpengaruh bukan sahaja sebagai pakar dalam upacara-upacara keagamaan tetapi juga ahli dalam memandu anggota masyarakat berkelakuan dan bertindak mengikut lunas-lunas adat masyarakat. Institusi Ketua Kampung . Majlis Kampung dan Golongan Pendeta Agama adalah ciri-ciri institusi yang biasanya terdapat dalam masyarakat peribumi bukan islam di sabah. Wa;au bagaimanapun dalam sesetengah masyarakat Dusun Tambunan yang mementingkan asas keturunan, ketua kumpulan keturunan di anggap lebih berwibawa daripada ketua-ketua lain. Sistem politik kesukuan komuniti bukan islam ini hidup berkekalan di daerah pendalaman, walaupun Sabah diperintah oleh kesultanan-kesultanan Brunei dan Sulu. Penerusan sistem politik kesukuan ini berkait rapat dengan faktor alam semulajadi, sejarah dan ekonomi. Sebenarnya mereka bebas mengamalkan struktur politik yang baru. Sistem politik Kesultanan pula wujud di bahagian pesisiran pantai barat dan pantai timur Sabah. Daerah persisiran pantai timur kaya dengan hasilhasil seperti rotan, gam dan sarang burung, ditadbir oleh Datu-datu Sulu. Sementara daerah pantai barat pula, terletakdi tangan wakil Kesultanan Brunei. Dibawah pentadbiran sistem Brunei, sungai-sungai dan penduduk dibahagikan kepada tiga kategori. Pertama, sungai dan penduduknya yang disifatkan sebagai sungai kerajaan dan hamba kerajaan menjadi hak milik sultan. Kategori kedua dipunyai oleh empat Wazir negeri dan di gelar sungai kuripan. Kategori ketiga dipanggil sungai tulen yang dimiliki sultan, wazir atau Pangiran sebagai harta perseorangan. Dari segi teorinya tujuan sistem ini diadakan adalah untuk memudahkan kerajaan Brunei mengekalkan kewibawaannya memungut cukai di Sabah. Kategori ketiga dalam sistem politik peribumi Sabah ialah Ketua Bebas ( Independent Chiefdom). Mereka ini biasanya mempunyai pertalian keluarga dengan sultan BruneI, Sulu ataupun 3

TH30203 SEJARAH MALAYSIA PERKEMBANGAN POLITIK (1957-1990)

daripada keturunan Arab Sharif. Ketua bebas lahir daripada keberanian, kepiwaraan dan ketangkasan serorang tokoh yang dapat mencabar kewibawaan Sultan di daerah-daerah di pesisiran pantai. Pemimpin golongan ini menggalakan kekuasaan dan kewibawaan melalui undang-undang mereka sendiri serta tidak mengiktiraf kedaulatan kuasa lain Antara contoh Ketua Bebas ini termasuklah Ketua lanun Sharif Osman yang memerintah daerah Marudu antara tahun 1830-an.

1.2 PENTADBIRAN NEGERI SABAH


Sabah telah muncul sebagai satu unit politik tersendiri apabila mendapar piagam diraja daripada Kerajaan British pada 1 November 1881. ini berlaku pada Sabah ketika diperintah oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara British. Sebelum itu Sabah terletak di bawah jajahan kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu. Oleh kerana kedudukan kewangan yang agak lemah pada masa itu, Syarikat Berpiagam merangka satu sistem pentadbiran yang dapat mengurangkan kos pentadbiran. Ini dilakukan dengan cara menjalankan sistem pentadbiran secara tidak lansung terhadap penduduk peribumi. Antara langkah yang diambil dengan menghidupkan semula institusi politik yang berkaitan dengan hal ehwal peribumi di peringkat daerah dan kampung seperti institusi Ketua Anak Negeri dan Orang Tua. Institusi ini diserapkan sebagai jawatan pentadbiran yang paling rendah dalam perkhidmatan Kerajaan Syarikat Berpiagam. Ketua Anak Negeri dibahagikan kepada dua kategori, iaitu ketua diakui oleh pihak pemerintah dan ketua yang tidak diakui oleh pemerintah. Ketua Anak Negeri ( Native Chief) yang diakui oleh pemerintah dan diserap ke dalam pentadbiran kerajaan pula dibahagikan kepada dua golongan, iaitu golongan mendapat elaun atau mendapat upah dan golongan yang tidak menerima elaun. Ketua upahan bertanggungjawab memungut cukai, menjaga keamanan dan hal-hal yang berikait 4

TH30203 SEJARAH MALAYSIA PERKEMBANGAN POLITIK (1957-1990)

dengan keadilan di daerah masing-masing. Sementara ketua tanpa upahan pula ditugaskan memungut cukai untuk diserahkan terus kepada Pegawai Daerah atau atau melalui Ketua Upahan. Ketua Upahan menerima elaun bulanan sebanyak antara $5.00 hingga $40.00, disamping elaun tambahan sebagai Pengadil Anak Negeri. Sementara ketua tanpa upahan pula menerima upahan berdasarkan kutipan cukai. Kedudukan Ketua-ketua Anak Negeri ini kemudiannya diperteguhkan lagi melalui Pengisytiharan undang-undang Pentadbiran Kampung 1891 ( The Village Administartion Proclamation). Di bawah undang-undang ini, mereka diberi kuasa sebagai pembantu majistret ( Minor Magistrate) walau bagaimanapun, semasa E.W. Birch menjadi Gabenor Sabah (1901-1904), beliau membuat penyusunan semula sistem Ketua Anak Negeri Upahan (North Borneo Government Gazette 1903). Ini adalah kerana beliau tidak berapa yakin dengan kebolehan anak tempatan.

Demi menjaga keunggulan British E.W. Birch menambah pegawai Inggeris di daerah luar bandar serta meletakkan Ketua Anak Negeri di bawah pengawasan mereka. Untuk mengemaskan lagi pentadbiran, pada tahun 1903 Birch menyusun semula undang Pentadbiran Kampung 1891. di bawah sistem baru ini, pemberian gaji kepada Orang Tua ( Ketua Kampung) diganti dengan bayaran komisyen sebanyak sepulu peratus daripada hasil kutipan cukai kepala. Sementara ketua yang cemerlang diberi tanggungjwab sebagai Pengadil Anak Negeri, iaitu menjalankan penyeliaan didaerah-daerah. Selain itu, mereka berfungsi sebagai pengutip cukai dan sekaligus sebagai Pegawai Daerah di kawasan-kawasan terpencil. Antara Pengadil Anak Negeri yang terkenal pada masa itu ialah Panglima Undang; pentadbir daerah Teluk Darvel , Pengiran Hj. Omar, Pengiran Abbas, Orang Kaya Mohd. Arshad dan Haji Pati. Pada tahun 1912, penggubalan undang-undang berkaitan dengan Ketua Anak Negeri diinstitusikan. Ini berlkaku pada masa W. Rideway menjadi Gabenor Sabah. Dibawah undang-undang baru ini, Ketua Anak Negeri dibahagikan kepada dua kategori iaitu Ketua Anak Negeri Gred 1 dan Ketua Anak Negeri II. Pemilihan masuk ke dalam keduadua gred ii berasakan kepada pengaruh, lama masa berkhidmat

TH30203 SEJARAH MALAYSIA PERKEMBANGAN POLITIK (1957-1990)

dan rekod perkhidmatan yang lalu. Selain itu faktor kenal huruf satu lagi ciri penting yang dipertimbangkan dalam pemilihan tersebut. Pada peringkat ini Ketua Anak Negeri dan penyata cukai serta rekod

pemindahan milik tanah. Gabenor W. Ridgeway yang menjadi Pengerusi Syarikat Berpiagam, beliau menggantikan Majlis Penasihat dengan Majlis Perundangan. Majlis ini mengandungi tujuh orang ahli rasmi dan empat orang ahli tidak rasmi. Mereka ini mewakili kaum Cina dan Asia, peladang dan golongan peniaga. Tetapi yang anehnya, tidak terdapat seorang pun wakil peribumi dalam ini. Majlis ini mengandungi semua Ketua Anak Negeri Gred 1 yang dilantik oleh Gabenor dan diberi gelaran Orang Kaya-Kaya (OKK). Daripada jumplah sembilan orang ketua yang dilantik, lapan orang yang mewakili kepentingan masayaraktnya. Ketua Anak Negeri Muslim ini terdiri daripada kalangan orang-orang Sulu, Tidong, Melayu Brunei, Bugis dan Bajau. Sebenarnya orang melayu muslim dipilih menjadi Ketua asing, malah pernah mendapat pengalaman mentadbir didaerah mereka masing-masing. Antara ahli-ahli yang terkenal dalam Majlis Penasihat di antara tahun 1915-1917 ialah OKK Pengiran Mohd Abbas adalah tokoh berpengaruh di semenanjung Klias. Beliau adalah pakar dalam undang-undang peribumi sama ada Muslim atau bukan Muslim. Beliau pernah dilantik menjadi pemimpin jurucajap Ketua-Ketua Anak Negeri pada tahun 1915. sementara Pengiran Hj. Omar pula adalah ketua yang berpengaruh di daerah South Keppel dan pakar undag-undang islam. Beliau pernah menyusun undang-undang islam digunakan secara rasmi oleh mahkamah Anak Negeri. Majlis Penasihat Ketua-ketua Anak Negeri ini memberi manfaat secara tidak lansung kepada peribumi. Kerana ia memberi kesempatan latihan kepada mereka menyuarakan pandangan dan memulakan perbincangan mengenai isu-isu tersebut ialah masalah kesihatan, kemarau, cukai, penjualan tanah peribumi kepada orang asing, terjemahan undang-undang dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu, pelajaran, hutang piutang Cina dan lain-lain. Dari segi pelajaran, sambutan terhadap sekolah sangat menggalakkan sehingga Kerajaan Pusat terpaksa membina bangunan tambahan bagi menampung pelajar-pelajar yang semakin bertambah. Begitu juga dengan halnya mahkamah Anak Negeri, dalam tempoh pemerintahan Sendoman, sebanyak 200 kes berjaya 6

TH30203 SEJARAH MALAYSIA PERKEMBANGAN POLITIK (1957-1990)

diadili. Kemajuan yang sama juga berlaku di pasar, di mana berlakunya pertambahan bekalan daging dan sayur-sayuran yang bermutu.

2.0 FAKTOR-FAKTOR SABAH MENYERTAI MALAYSIA.


Terdapat beberapa faktor utama Sabah menyertai penubuhan Malaysia pada 1963. Dua faktor penting Sabah menyertai Malaysia adalah kerana elemen pertahanan dan perkauman. Soal ancaman komunis menjadi faktor yang paling penting. Aktiviti-aktiviti dari Parti Komunis Malaya (PKM), Parti Komunis Indonesia (PKI) dan Parti Komunis Cina menyebabkan negeri-negeri kecil dan lemah tidak dapat berdiri sendiri. Ancaman komunis sedang merebak di Asia Tenggara. Peperangan menentang Komunis di Vietnam, Loas dan Kemboja masih belum tamat lagi. Pembentukan Malaysia akan dapat menjadi benteng pertahanan yang kukuh kepada ancaman komunis tersebut. Soal perkauman menjadi kedua terpenting Sabah menyertai Malaysia. Pada tahun 1946, apabila rancangan Malayan Union telah ditubuhkan, Singapura telah

TH30203 SEJARAH MALAYSIA PERKEMBANGAN POLITIK (1957-1990)

diasingkan daripada Tanah Melayu kerana bilangan penduduk iaitu kaum Cina yang terlalu ramai. Singapura adalah penting kepada Inggeris dari segi ekonomi dan pertahanan Britain. Pada tahun 1948, Singapura sekali lagi dipisahkan daripada Persekutuan Tanah Melayu. Pemimpin-pemimpin Singapura seperti Lee Kuan Yew, Goh Keng Swee, S. Rajartnam dan lain-lain tokoh Parti Tindakan Rakyat (P.A.P) semakin lantang menyuarakan pencantuman mereka untuk bercantum dengan Persekutuan Tanah Melayu. Tetapi pemimpin-pemimpin Tanah Melayu tidak berminat dengan pencantuman itu kerana bilangan penduduk Cina di Singapura akan mengatasi bilangan penduduk Melayu di Tanah Melayu pada masa itu. Apabila hal ini berlaku, maka akan timbullah monopoli oleh kaum Cina terhadap dasar ekonomi dan pentadbiran di Tanah Melayu. Maka penggabungan Sabah dan Sarawak akan dapat mengimbangkan jumlah penduduk di Melayu daripada ditindas oleh kaum-kaum migrasi yang lain. Selain itu faktor yang lain ialah, bumiputera di Sabah dan Sarawak terbiar. Nasib penduduk di Sabah dan Sarawak terbiar di bawah pemerintahan penjajahan British dahulu. Golongan bumiputera di kedua-dua negeri tersebut tidak mendapat layanan yang sepatutnya dan setimpal sebagai penduduk peribumi oleh kerajaan British. Oleh yang demikian, orang-orang luar yang datang ke Sabah dan Sarawak yang lebih tinggi pencapaian akademik mereka telah membolot sebahagian besar jawatan-jawatan penting dalam pentadbiran. Walaupun jawatan-jawatan besar dan penting dipegang oleh British tetapi jawatan-jawatan lain juga dipegang oleh orang luar. Situasi pada masa itu dapat dilihat berlaku penindasan terhadap golongan bumiputera daripada memegang jawatan dalam pemerintahan British. Golongan bumiputera sangat sedikit yang mempunyai pendidikan dan tidak layak menjawat apa-apa jawatan dalam pentadbiran British. Tafsiran dibuat, sekiranya kedua-dua tanah jajahan British itu dapat Tanah

dimasukkan ke dalam Malaysia, maka kemungkinan layanan istimewa dapat diberikan kepada penduduk di Sabah dan Sarawak adalah lebih besar. Kedudukan istimewa memang telah pun dilaksanakan di Tanah Melayu atas dasar kebumiputeraan dan dasar ini boleh diperluaskan kepada wilayah Sabah dan Sarawak. Menerusi penubuhan Malaysia juga, Sabah dan Sarawak akan dapat mencapai kemerdekaan dengan lebih cepat lagi. Menurut rancangan Tanah Melayu pada masa itu, Malaysia hendaklah ditubuhkan dalam tempoh masa lebih kurang 8

TH30203 SEJARAH MALAYSIA PERKEMBANGAN POLITIK (1957-1990)

dua tahun. Sekiranya Sabah dan Sarawak cuba mencapai kemerdekaan secara berasingan, maka kemungkinan besar kemerdekaan itu tidak dapat dicapai biarpun dalam tempoh masa lima tahun. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa penyertaan Sabah dan juga Sarawak dalam Malaysia akan mempercepatkan lagi pembebasan kedua-dua negeri itu daripada penjajah. Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu menganggap bahawa penubuhan Malaysia merupakan satu jalan keluar bagi Sabah. Perti ini berpendapat bahawa keselamatan Asia Tenggara akan lebih terjamin jika Malaysia dibentuk. Menerusi penubuhan Malaysia, satu masyarakat berbilang bangsa yang aman dan damai akan dapat diwujudkan. Parti ini juga berpendapat jika Malaysia tidak ditubuhkan, maka ada besar kemungkinan kuasa-kuasa lain akan cuba mengambil dan memerintah Sabah. Melalui aspek pendidikan, Sabah akan mendapat faedah daripada kemudahan-kemudahan pendidikan yang lebih maju dan tenaga mahir dari Semenanjung Malaysia. Antara syarat penyertaan Sabah menyertai Malaysia berdasarkan beberapa pengecualian yang dipersetujui oleh jawatankuasa antara kerajaan Malaysai pada 24 Februari 1963. Salah satu syarat pengecualian yang berkaitan dengan pendidikan ialah walaupun pendidikan (item 13A di dalam senarai persekutuan fasal 9) adalah tanggungjawab persekutuan, dasar yang sedang dijalankan termasuk sistem pentadbiran pendidikan di Borneo Utara dan Sarawak jangan diubah dan kekal di bawah Kerajaan Negeri masing-masing sehingga Kerajaan Negeri bersetuju sebaliknya. Khususnya dasar mengenai bahasa Inggeris di negeri-negeri Borneo patut diteruskan. Pengetahuan tentang bahasa Melayu sebagai kelayakan untuk peluang-peluang pendidikan tidak dijadikan sebagai satu syarat sehingga Kerajaan Negeri yang berkenaan berpuas hati tentang persediaan-persediaan yang telah dilakukan untuk mengajar bahasa Melayu di ke semua sekolah di dalam negeri berkenaan. Kerajaan Persekutuan tidak boleh menguatkuasakan apa-apa syarat mengenai pendidikan agama. Peraturan-peraturan negeri terhadap kedudukan istimewa bumiputera di Sabah dan Sarawak patut diteruskan. Pengarah-pengarah pendidikan di negeri-negeri Borneo haruslah terdiri daripada pegawai-pegawai yang berkhidmat di bawah jawatan persekutuan dan bertanggungjawab kepada Menteri 9

TH30203 SEJARAH MALAYSIA PERKEMBANGAN POLITIK (1957-1990)

Pelajaran Persekutuan melalui Kementerian Pelajaran. Mereka patut menjalankan tugas-tugas yang biasanya mereka lakukan sekarang melalui perundingan dengan Kerajaan Negeri. Hal ini akan membolehkan sebarang keputusan yang dibuat berdasarkan kehendak-kehendak tempatan. Pengarah-pengarah pendidikan di kedua-dua negeri tersebut juga masih dinasihati oleh lembaga-lembaga pelajaran dan jawatankuasa tempatan. Apabila perkembangan pendidikan tinggi dirancangkan oleh Kerajaan

Malaysia, kehendak-kehendak negeri-negeri Borneo hendaklah diberi perhatian yang istimewa. Kerajaan pusat juga hendaklah mengambil perhatian apabila menempatkan institusi-institusi pengajian tinggi di negeri-negeri Borneo. Berdasarkan usul di atas, dapat ditafsikan, sekiranya Sabah menyertai gabungan Tanah Melayu dan Borneo dalam penubuhan Malaysia, maka Sabah akan mendapat keistimewaan dari dasar pendidikan yang dirancang dan dibuat. Pendidikan di Sabah akan menjadi lebih sistematik dan efektif. Pelbagai program baru dirancang untuk membaiki taraf pendidikan di Sabah. Terutamanya orentasi pendidikan untuk disesuaikan dengan pendidikan di Semanjung Malaysia. Oleh itu, jurang atau perbezaan antara kedua-dua wilayah atau bahagian tersebut tidak begitu ketara. Sabah juga tidak akan ketinggalan dari aspek infrastuktur dan kemudahan pendidikan sekiranya menyertai Malaysia. Hal ini kerana kerajaan Pusat akan memberikan perhatian dan pembangunan terhadap penduduk di Sabah khususnya. Pembinaan sekolah-sekolah baru akan mudah dilakukan. Terutamanya di kawasan luar bandar dan pinggir bandar. Berbeza dengan pentadbiran British yang banyak mengutamakan pendidikan di kawasan luar bandar sahaja. Selain itu juga, rakyat Sabah sedar, sekiranya mereka menyertai gabungan Malaysia, nasib pendidikan mereka akan berubah. Hal ini kerana dasar pendidikan yang akan dilaksanakan akan member peluang kepada semua golongan mendapat kemudahan pendidikan yang taraf tanpa mengira dan menilai suku kaum, taraf ekonomi, anutan agama dan kebudayaan serta kawasan kediaman masing-masing.

10

TH30203 SEJARAH MALAYSIA PERKEMBANGAN POLITIK (1957-1990)

Rakyat Sabah juga sedar, taraf kehidupan ekonomi mereka akan berubah dan menjadi lebih baik lagi menerusi pentadbiran pusat. Sabah yang dikenali sebagai bumi yang kaya dengan hasil-hasil pertanian, perladangan dan hasil galian berupaya menjadi negeri yang pesat membangun. Hasil-hasil pembalakkan dan pertanian serta perladangan dari Sabah mampu membangunkan ekonomi penduduk tempatan dan setempat. Pengurusan sistemakti dari Kerajaan Pusat akan membuatkan hasil-hasil tersebut dieksport ke luar negara dan dapat meningkatkan pendapatan perkapita penduduk. Sistem pentadbiran dan pemerintahan negeri juga akan menjadi lebih tersusun dan berjalan lancar. Hal ini kerana semua program pembangunan yang dirancang akan selaras dengan pembangunan negeri di kawasan Sabah dan Sarawak.

11

TH30203 SEJARAH MALAYSIA PERKEMBANGAN POLITIK (1957-1990)

3.0 IMPLIKASI PEMBENTUKAN MALAYSIA TERHADAP NEGERI SABAH


3.1 POLITIK
Semenjak pembentukan Malaysia sehingga kepada pembubaran parti UPKO dalam bulan Disember 1967, parti-parti politik di Sabah menjalankan politik perkauman. Satu peristiwa yang penting di antara tahun-tahun itu ialah perselisihan di antara dua buah parti politik bumiputera yang penting iaitu UPKO dan USNO. Perpecahan berlaku disebabkan oleh dua orang tokoh politik yangs sedang muncul pada satu masa yang sama, masing-masing cuba meluaskan pengaruh mereka. Mereka ialah Donald Stephens dan Datu Mustapha bin Datu Harun. UPKO dipimpin oleh Donald Stephens dan ia adalah gabungan dari dua parti politik bumiputera yang kuat iaitu UNKO dan PASOK-MOMUGUN. UPKO menjadi anggota Parti Perikatan Sabah, bersama-sama dengan partiparti USNO dan SCA. UPKO yang mewakili suara bumiputera Sabah hanya mementingkan negeri Sabah dan kaum Kadazan sahaja iaitu ia lebih bersifat kenegerian. Sementara itu, USNO yang juga mewakili suara orang-orang bumiputera Islam ingin bekerjasama dengan Kerajaan Pusat dan Parti Perikatan Tanah Melayu. Donald Stephens dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah yang pertama selepas pilihanraya negeri. Datu Mustapha pula dilantik oleh Kerajaan Pusat sebagai Yang Dipertua Negari Sabah. Kedua-dua orang pemimpin itu sentiasa tidak bersefahaman. Donald Stephens telah melantik John B. Dusing sebagai Setiausaha Negeri Sabah. Perlantikan itu mendapat tentangan daripada Datu Mustapha kerana ia tidak diberitahu dahulu. Donald Stephens telah mengkritik Datu Mustapha kerana melibatkan dirinya dalam soal politik. Perbalahan tersebut berlanjutan sehingga masing-masing cuba mengadakan undi tidak percaya dalam Dewan Negeri Sabah. Kerajaan Pusat di bawah pimpinan Tengku Abdul Rahman telah campurtangan dalam soal ini dengan menyebelahi Datu Mustapha. Tengku Abdul Rahman 12

TH30203 SEJARAH MALAYSIA PERKEMBANGAN POLITIK (1957-1990)

menyatakan bahawa Sabah merupakan suatu perkara istimewa di mana ketua negeri ialah ketua parti, oleh itu ketua negeri boleh mengambil bahagian dalam politik. Perbalahan itu telah dapat diselesaikan dengan melantik Donald Stephens sebagai Menteri Hal Ehwal Sabah dan Pertahan Awam dalam Kabinet Kerajaan Pusat. Jawatan Ketua Menteri telah diambil alih oleh Peter Lo dari SCA pada 1 Januari 1965. Perselisihan yang kedua mengenai bilangan calon yang akan dikemukakan dalam pilihanraya peringkat negeri. Dalam pilihanraya peringkat kebangsaan, sebanyak 16 kerusi telah dipertandingkan dan USNO berjaya mendapat majoriti. Tetapi dalam pilihanraya untuk Dewan Negeri Sabah pada bulan April 1967, kesulitan telah timbul mengenai bilangan calon-calon yang akan diletakkan oleh parti masing-masing untuk Parti Perikatan Sabah, untuk merebut 32 buah kerusi. USNO telah mencadangkan sebanyak 18 kerusi untuknya, 8 untuk UPKO dan 6 untuk SCA. Tetapi UPKO berkehendakkan 13 kerusi masing-masing untuk UPKO dan USNO dan 6 kerusi untuk SCA. Perselisishan ini tidak dapat diatasi dan masingmasing parti telah mengemukakan calon masing-masing untuk bertanding. Keputusan pilihanraya itu ialah USNO memenangi 14 kerusi, UPKO 13 dan SCA 4 kerusi. Pembentukan Kabinet Sabah juga menimbulkan masalah. UPKO mengisytiharkan partinya sebagai parti pembangkang dan Kabinet Sabah pun dibentuk dengan mengandungi 3 orang dari USNO dan 2 orang dari SCA. Apabila Singapura berpisah dengan Malaysia dalam tahun 1965, Donald Stephens dari parti UPKO telah meminta supaya kemasukan Sabah dalam Malaysia dikaji semula. UPKO telah mencabar Kerajaan Pusat untuk mengadakan satu pungutan suara di Sabah bagi menentukan sama ada kolonialisme masih lagi wujud di Sabah. Permintaan Donald Stephens itu bukan sahaja tidak mendapat sokongan dan layanan daripada anggota-anggota Kabinet Malaysia tetapi telah mendapat amaran daripada Tengku Abdul Rahman. Politik UPKO itu boleh mengancam keselamatan negara dan amat membahayakan. Donald Stephens meletakkan jawatannya sebagai anggota Kabinet Persekutuan. Donald Stephens tidak mendapat sokongan daripada Kerajaan Pusat dan juga Kerajaan Sabah. UPKO menjadi semakin lemah kerana segala rancangannya tidak berjaya. Dengan perletakan jawatan Setiausaha Agungnya, Peter Mojuntin, UPKO menjadi 13

TH30203 SEJARAH MALAYSIA PERKEMBANGAN POLITIK (1957-1990)

bertambah lemah. Datu Mustapha juga meletakkan jawatannya sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah dengan tujuan untuk bergiat semula dalam bidang politik. Ini memberi tentangan yang kuat kepada UPKO. Parti-parti politik Cina telah bersatu dan menjadi bertambah kuat. Oleh itu, masanya sudah tiba bagi UPKO dan USNO untuk menamatkan perselisishan mereka. Pada bulan Disember 1967, UPKO dengan rasminya dibubarkan dan ahli-ahlinya diseru supaya memasuki USNO. Tun Datu Mustapha juga telah menawarkan beberapa jawatan dalam Kabinet sabah untuk ahli-ahli UPKO yang memasuki USNO. Donald Stephens mengaku tunduk kepada Datu Mustapha. Selain itu, politik Sabah telah berkembang maju dan sistematik pada tahun 1976 hingga 1985. Semasa pentadbiran Datuk Harris, beliau telah memberi saluran baru kepada masyarakat Kadazandusun untuk bersuara dan aktif dalam kegiatankegiatan politik dan sosial. Sebagai Ketua Menteri Sabah, Datuk Harris Salleh turut memberi kebebasan kepada orang Kadazandusun dan Kristian bergerak untuk bergerak persatuan-persatuan agama Kristian (Hairi Abdullah et al, 1986). Malahan beliau juga telah mempertimbangkan peruntukan bagi membina beberapa buah gereja seperti Sacred Heard Cathedral. Datuk Harris membuat dasar sedemikian kerana beliau sedar bahawa kepentingan sokongan kuat masyarakat Kadazandusun bagi menjamin keutuhan dan kemantapan parti BERJAYA, selain menilai apa yang telah berlaku terhadap parti USNO. Pembangunan memperuntukan RM agama 12 Islam juta tidak dilupakan, Majlis kerajaan Islam negeri Sabah telah (MUIS)

kepada

Ugama

melaksanakan projek-projek yang akan memberi faedah kepada umat dan agama Islam. Bagi menjaga perpaduan orang Islam di Sabah, Datuk Harris telah membiarkan United Sabah Islamic Association (USIA) dipimpin oleh individu yang kebanyakannya adalah merupakan penyokong parti USNO (Mohd Fauzi Patel, 2004). Beliau juga telah menggalakkan MUIS menjalankan kegiatan dakwah secara lebih sistematik. Beberapa buah masjid telah dibina di Keningau, Sandakan, Labuan dan Beaufort. Kemuncak kepada pelaksanaan dasar ini ialah pembinaan ibu pejabat MUIS yang menelan belanja RM 150 juta di mana RM 50 juta adalah sumbangan parti BERJAYA. Bangunan MUIS telah siap dibina pada tahun 1986.

14

TH30203 SEJARAH MALAYSIA PERKEMBANGAN POLITIK (1957-1990)

Bagi mewujudkan integrasi kaum, kerajaan BERJAYA telah menubuhkan Kementerian Kebajikan dan Perpaduan Negara (Hairi Abdullah et al, 1986). Tujuan penubuhan menggalakan Kementerian dan Kebajikan dan Perpaduan rakyat Negara dan ialah untuk memperbaiki kesejahteraan untuk mencapai

perpaduan selaras dengan matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB). Pemuda-pemuda daripada parti BERJAYA dijadikan agen perpaduan. Tugas mereka ialah memberi penerangan kepada masyarakat mengenai keadaan negeri serta dasar dan perancangan pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan BERJAYA. Oleh yang demikian kerajaan Sabah cuba melaksanakan dasar untuk menyebarkan agama Islam dan merasmikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan lebih awal daripada masa yang ditetapkan. Justeru itu adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menyelaraskan dasar Kerajaan Persekutuan dengan mengiktirafkan agama Islam sebagai agama rasmi dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Sabah. Bahasa Melayu dianggap sebagai bahasa yang dapat menyatupadukan penduduk yang terdiri daripada berbagai-bagai kaum. Tujuan ini amat bijaksana kerana orang-orang Sabah, baik dari keturunan apa pun, boleh bertutur dalam bahasa Melayu, iaitu bahasa yang sudah lama menjadi bahasa perantaraan di Sabah. Dari segi penyebaran agama Islam, Ketua Menteri berpendapat bahawa agama Islam boleh dijadikan satu alat penting bagi menyatupadukan bumiputera Sabah. Walapun USNO bukan sebuah parti Islam tetapi ia merasa amat bertanggungjawab untuk mengukuhkan kedudukan agama Islam dan meluaskan pengaruh Islam di Sabah sehinggakan agama itu diiktiraf sebagai agama rasmi. Dalam hal ini, USNO berjaya mempengaruhi Dewan Undangan Negeri Sabah yang akhirnya mempersetujui pindahan Perlembangaan Negeri No.8 tahun 1973 Artikel 5 (A) yang menyebut bahawa Islam adalah agama rasmi negeri Sabah tetapi agama-agama yang lain boleh diamalkan dalam suasana aman dan harmoni di mana-mana jua di negeri Sabah. Kontroversi 20 Perkara merupakan isu yang telah lama dibangkitkan sewaktu Singapura disingkirkan dari Malaysia pada tahun 1965. Isu ini adalah isu yang menarik untuk dibincangkan kerana isu ini adalah satu tuntutan yang dibuat sewaktu Parti Bersatu Sabah (PBS) memerintah negeri Sabah yang mana meminta kerajaan Pusat untuk mematuhi syarat-syarat penyertaan Sabah ke dalam Malaysia 15

TH30203 SEJARAH MALAYSIA PERKEMBANGAN POLITIK (1957-1990)

pada 1963. Perkara ini terkandung dalam laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan mengenai 20 perkara yang banyak menyentuh soal-soal hak dan kepentingan rakyat negeri Sabah. Parti Bersatu Sabah menyuarakan tuntutan ini kerana berpendapat pihak Persekutuan banyak mencemari perjanjian yang telah dibuat, penyelewengan sewaktu pemerintahan USNO dan BERJAYA serta berbagai perubahan yang dibuat mungkin atas arahan dan pujukan Kuala Lumpur dengan menjanjikan pengekalan kuasa terutamanya kepada pemimpin-pemimpin sewaktu era pemerintahan USNO dan BERJAYA. Dikatakan juga bahawa Dr. Mahathir dan pemimpin Kerajaan Persekutuan pada masa itu tidak memperdulikan rayuan-rayuan oleh Kerajaan Sabah bagi membetulkan Perkara 20 dan sudah tentulah Kerajaan Negeri Sabah atau Kerajaan Negeri tidak berpuas hati dengan tindakan Kerajaan Persekutuan yang tidak wajar tersebut. Peneraju Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Pairin Kitingan pada masa itu juga merupakan penyokong kuat kepada Dr Mahathir yang mana Datuk Pairin pernah memberi sokongan kepadanya selepas UMNO (lama) diistiharkan haram oleh Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur pada 1987. Malah bagi Datuk Pairin dan Kerajaan Negeri terus berikrar untuk terus menyokong Dr Mahathir untuk menjadi Perdana Menteri dan menerajui tampuk pemerintahan. Sungguhpun sokongan yang kuat ditunjukkan oleh Datuk Pairin serta pemimpin-pemimpin lain kepada Dr Mahathir namun tuntutan-tuntutan yang diutarakan oleh pemimpinpemimpin di Sabah masih lagi diketepikan sedangkan tuntutan PBS tersebut adalah untuk rakyat Sabah yang mempunyai hak ke atas perkara-perkara 20 dan bukannya atas kepentingan parti ataupun orang perseorangan. Antara tuntutan PBS ialah mengembalikan Labuan kepada Sabah, menaikkan peratus royaliti minyak, menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan untuk menyasat pemberian kad pengenalan biru kepada rakyat asing dan pelarian, melantik lebih banyak senator dari negeri Sabah, Sabah, menambah peruntukan hospital pembangunan dan sekolah, infrastruktur kepada menambah bilangan

membetulkan penyelewengan dalam 20 Perkara, mendirikan sebuah stesen Radio dan Televisyen di Sabah, memberikan keutamaan kepada anak watan Sabah menerajui perkhidmatan awam Persekutuan di Sabah (Borneonisasi), menambah bilangan anggota kabinet kerajaan sabah dan menambah bilangan angghota kabinet Persekutuan dari Sabah. 16

TH30203 SEJARAH MALAYSIA PERKEMBANGAN POLITIK (1957-1990)

3.2 EKONOMI
Kerajaan BERJAYA berusaha untuk meningkatkan struktur ekonomi rakyat Sabah. Dalam hal ini, kemajuan ekonomi ditekankan untuk membasmi kemiskinan di kalangan rakyat khususnya di kawasan luar bandar. Untuk itu, pelbagai projek pembangunan telah dijalankan dengan bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan pusat. Antaranya, rancangan ekonomi rakyat yang bertujuan mempercepatkan pembangunan yang dapat memberi pendapatan kepada penduduk luar bandar. Melalui rancangan ini, kerajaan akan mengadakan sekurang-kurangnya satu projek di tiap-tiap kampung sama ada dalam bidang pertanian, kraftangan dan sebagainya. Projek-projek seperti itu dapat menyumbangkan sumber pendapatan penduduk. Di samping itu, kerajaan BERJAYA juga sentiasa memberi bantuan kepada para petani bagi membuka dan mengusahakan tanah-tanah yang terbiar. Untuk itu, kerajaan telah menubuhkan Lembaga Pembangunan Tanah Sabah (Sabah Land Development Board/SLDB) yang lebih sistematik bagi menggalakkan petani-petani

17

TH30203 SEJARAH MALAYSIA PERKEMBANGAN POLITIK (1957-1990)

mengusahakan tanah mereka sendiri. Untuk itu, bantuan kewangan, bantuan teknikal dan kemudahan pasaran kepada petani luar bandar telah disediakan bagi menggalakkan mereka melibatkan diri dalam kegiatan pertanian yang lebih produktif dan moden. Sasaran Lembaga Pembangunan Tanah Sabah ialah antara 1,000 hingga 2,000 keluarga petani setiap tahun. Usaha ini dapat membantu meningkatkan keadaan hidup penduduk dan kawasan luar bandar yang kurang produktif. Selaras dengan Rancangan Malaysia Ketiga, kerajaan BERJAYA menggalakkan penglibatan penduduk Bumiputera dalam sektor perniagaan, perindustrian dan pertanian dengan kerjasama dan daripada ceramah kaum bukan Bumiputera. Kerajaan serta menganjurkan seminar berkaitan pengurusan modal

mendapatkan kerjasama daripada pemodal-pemodal tempatan dan luar negeri untuk membangunkan sektor-sektor ekonomi di Sabah. Kerajaan BERJAYA telah mengubah struktur ekonomi Sabah dari pengeluaran bahan mentah kepada pengeluaran bahan-bahan industri. Ini selaras dengan objektif untuk meningkatkan status sosioekonomi penduduk Bumiputera. Dengan itu, kerajaan negeri telah menubuhkan badan-badan seperti Koperasi Pembangunan Desa (KPD), Koperasi Pembangunan Perikanan (Ko-Nelayan), Koperasi Jelata Sabah (KOJASA), dan Sabah Forestry Development Authority (SAFODA). Koperasi Pembangunan Desa (KPD) ditubuhkan pada tahun 1976 untuk mempercepatkan pembangunan luar bandar terutamanya pembangunan tanah, penubuhan pusat memproses dan mewujudkan usahasama dengan syarikat kerjasama pembangunan tanah. Melalui KPD dan projek yang berupa pembangunan luar bandar, kerajaan dapat mendidik dan mengubah cara berfikir penduduk desa terutama para petani untuk menerima teknologi moden bagi meningkatkan hasil pengeluaran pertanian mereka. Ia juga merupakan satu langkah yang bijak untuk memberi pekerjaan kepada belia-belia di kampung dan membendung perpindahan mereka dari desa ke kota bagi mencari pekerjaan. Manakala, Koperasi Pembangunan Perikanan (Ko-Nelayan) yang ditubuhkan pada tahun 1976 bertujuan mengumpulkan semua nelayan bagi memaksimakan penggunaan bot dan perkakas serta pemasaran dengan dibantu oleh kerajaan. KoNelayan juga memberi bantuan subsidi dan pinjaman kewangan, menyediakan 18

TH30203 SEJARAH MALAYSIA PERKEMBANGAN POLITIK (1957-1990)

kemudahan peralatan dan sebagainya bagi meningkatkan taraf sosioekonomi nelayan. Selain Ko-Nelayan, juga terdapat penyertaan Jabatan Perikanan dalam mengembangkan dan memajukan sektor perikanan di Sabah. Selain itu, rancangan perikanan air tawar bermula pada tahun 1979 hasil dari usaha Ko-Nelayan untuk memperbaiki sumber perikanan dan meningkatkan pendapatan nelayan. Dalam hal ini, Ko-Nelayan telah mengenalpasti lebih kurang 40,000 hektar kawasan tanah yang sesuai untuk kegiatan perikanan air tawar di Sabah. Penubuhan KOJASA selain dari membantu kaum Bumiputera berniaga, ianya juga berhasrat untuk menstabilkan harga barang-barang harian kepada rakyat. Antara rancangan yang dilaksanakan ialah menubuhkan kedai-kedai rakyat di setiap pekan dan daerah untuk menjalankan perniagaan kedai runcit dan borong. Penubuhan KOJASA ini secara tidak langsung telah menggalakkan penduduk tempatan melibatkan diri dalam perniagaan runcit. Sementara itu, Sabah Forestry Development Authority (SAFODA) ditubuhkan sebagai satu langkah ke arah kawalan pengeluaran dan perlindungan sumbersumber perhutanan serta badan bagi mengurus sumber perhutanan. Datuk Harris Salleh melancarkan Skim ABC bertujuan untuk memberi kawasan balak kepada para pemimpin masyarakat di seluruh Sabah. Di bawah skim ABC, Datuk Harris Salleh memilih 1,200 pemimpin untuk menjadi ahli koperatif yang diberi kawasan balak. Datuk Harris Salleh menerangkan skim ini kepada penduduk luar bandar bahawa mereka boleh bertemu dengan pemimpin untuk mendapat sebarang bentuk bantuan daripada pemimpin kawasan masing-masing.

Skim ini bertujuan untuk membina kekuatan kewangan pemimpin tempatan supaya mereka mempunyai sumber kewangan yang cukup untuk menampung semua tuntutan daripada penduduk bagi memperoleh bantuan kerajaan. Di samping itu, selaras dengan Dasar Ekonomi Baru, sebuah jawatankuasa telah dibentuk di bawah pimpinan Datuk Harris Salleh untuk membantu rakyat Bumiputera menyertai sektor perniagaan dan perindustrian. Di bawah rancangan ini, tumpuan diberi kepada latihan teknik kepada belia-belia bagi menyediakan mereka kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk mendapatkan pekerjaan di sektor-sektor ekonomi penting. 19

TH30203 SEJARAH MALAYSIA PERKEMBANGAN POLITIK (1957-1990)

3.3 SOSIAL
Dalam menyediakan dan meningkatkan perkhidmatan pendidikan, kesihatan dan kebajikan kepada penduduk Sabah, kerajaan negeri bekerjasama dengan kerajaan Pusat. Dalam Rancangan Malaysia Ketiga telah diperuntukkan sebanyak $167.2 juta bagi meningkatkan taraf pendidikan dengan mendirikan lebih banyak sekolah dan maktab perguruan di Sabah. Terdapat sepuluh buah sekolah menengah yang ditubuhkan di Sabah di bawah kerajaan BERJAYA sehingga tahun 1980. Kebanyakan sekolah menengah itu didirikan di kawasan luar bandar seperti Kudat,

20

TH30203 SEJARAH MALAYSIA PERKEMBANGAN POLITIK (1957-1990)

Kota Marudu, Kundasang, Jaun Gusi, Tenghilan, Tambunan, Beluran, Membakut dan Wetson. Pembinaan maktab perguruan di Keningau juga dilakukan. Ini berikutan jumlah guru pelatih telah meningkat dari 770 orang pada tahun 1976 kepada 873 orang pada tahun 1979 dan 95% daripadanya adalah Bumiputera. Selain itu, skim bantuan pelajaran diperkenalkan oleh Yayasan Sabah bagi memberi bantuan dan peluang pendidikan kepada rakyat Sabah. Antara bantuan yang diberikan oleh Yayasan Sabah termasuklah bantuan buku teks, alat tulis, pakaian seragam dan sebagainya kepada pelajar-pelajar sekolah. Bukan itu sahaja, Yayasan Sabah turut memberi biasiswa pelajaran kepada para pelajar yang kurang berkemampuan dari segi kewangan tetapi mempunyai pencapaian akademik yang baik untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi. Kerajaan BERJAYA melaksanakan pelbagai rancangan bantuan masyarakat yang tidak terdapat di negeri lain. Antaranya, kerajaan memberi bantuan kepada orang tua yang berumur 60 tahun ke atas, pakaian-pakaian seragam sekolah dan kasut sekolah serta juga susu percuma untuk kanak-kanak sekolah. Di samping itu, kerajaan juga memberi sagu hati kepada pegawai-pegawai kerajaan sebagai menghargai sumbangan mereka dalam pembangunan negeri. Contohnya, Rancangan Bantuan Orang-orang Tua pada bulan Oktober 1979 yang dilancarkan oleh Menteri Kebajikan dan Perpaduan Negeri, Toh Puan Hajjah Rahimah Stephens. Sehingga Oktober 1980, sejumlah 23,362 orang tua telah menerima bantuan berbentuk $60 sebulan. Kerajaan BERJAYA juga menitikberatkan kemajuan kesihatan dan perubatan penduduk negeri Sabah.

Kerajaan

BERJAYA

telah

memberi

perhatian

kepada

penambahbaikan

kemudahan hospital di Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau. Pada masa yang sama, hospital baru dibina di Beaufort, Kudat dan Beluran untuk meningkatkan taraf kesihatan penduduk di kawasan itu. Perkhidmatan kesihatan luar bandar turut dijalankan bagi membolehkan lebih ramai penduduk luar bandar diberikan perkhidmatan kesihatan. Perkhidmatan doktor udara juga dijalankan dengan bantuan Yayasan Sabah. Perkhidmatan doktor udara itu adalah satu usaha kerajaan 21

TH30203 SEJARAH MALAYSIA PERKEMBANGAN POLITIK (1957-1990)

dalam menyediakan kemudahan perubatan dan kesihatan kepada penduduk yang jauh terpencil di luar bandar. Selain infrastruktur itu, kerajaan BERJAYA juga menyediakan dan banyak negara kemudahan sepanjang

kepada

pembangunan

masyarakat

penguasaannya dalam politik di negeri Sabah. Kemudahan sistem perhubungan ini amat penting untuk perkembangan dalam bidang ekonomi negeri Sabah. Dalam hal ini, dapat dilihat melalui Rancangan Malaysia Ketiga, kira-kira $1,291 juta atau 46.15% daripada perbelanjaan pembangunan diperuntukkan kepada projek-projek pembinaan jalan raya, jambatan, kemudahan di pelabuhan, usaha meningkatkan perhubungan udara dan lain-lain kemudahan. Antara projek utama adalah melibatkan pembinaan tiga batang lebuh raya yang merentasi kawasan antara Semporna ke Lahad Datu, Papar ke Beaufort dan Tamparuli ke Ranau bagi menghubungkan kawasan luar bandar dengan kawasan bandar. Seterusnya, jalan dari Kota Kinabalu ke Sandakan telah dimajukan dan membolehkan kereta motor melaluinya sepanjang tahun. Pembinaan jalan raya Kota Kinabalu-Papar-Kimanis-Keningau pula telah dapat mengurangkan masa perjalanan dari Kota Kinabalu ke wilayah pedalaman di Sabah. Di samping itu, kerja meningkatkan jalan darat dari Keningau ke Nabawan, Nabawan ke Tawau dan Sandakan ke Lahad Datu diusahakan. Sehingga tahun 1985, perjalanan darat boleh dilakukan dari Kota Kinabalu melalui Sandakan, Lahad Datu ke Tawau dan juga melalui Keningau, Nabawan ke Tawau. Pada masa yang sama, kerajaan BERJAYA telah meningkatkan perkhidmatan udara dengan memperbesarkan lapangan terbang Sandakan, menambahkan kemudahan di lapangan terbang Kota Kinabalu dan memajukan lapangan terbang di Tawau serta bandar-bandar lain. Selain itu, pembinaan kemudahan di pelabuhan utama turut dijalankan. Antaranya, di Kota Kinabalu (Teluk Sepangar), Sandakan dan Tawau. Misalnya, pelabuhan Tawau telah yang diperbesarkan semakin untuk membolehkannya mengendalikan jumlah eksport meningkat.

Manakala, di Teluk Sepangar, limbungan dibina bagi mengendalikan minyak dan barangan berat. Projek pembinaan janakuasa hidroelektrik di Tenom-Pangi turut dijalankan bagi membekalkan tenaga elektrik di pusat-pusat utama di sepanjang

22

TH30203 SEJARAH MALAYSIA PERKEMBANGAN POLITIK (1957-1990)

Pantai Barat dan di kawasan pedalaman. Pembinaan projek ini sekaligus dapat memperbaiki taraf hidup rakyat di kawasan pedalaman. Selain itu, kerajaan memastikan semua panduan prinsip Rukun Negara perlu diikuti. Kerajaan BERJAYA menggalakkan pemupukan semangat cintakan bangsa dan negara serta memelihara keharmonian bangsa dan mencapai perpaduan bangsa dan negara. Pada masa yang sama, kerajaan juga menggalakkan persatuan berbagai kebudayaan bergabung di bawah satu Persatuan Kebudayaan Negeri untuk mempercepatkan proses integrasi di negeri Sabah. Untuk mewujudkan perpaduan dan integrasi kaum di Sabah, kerajaan telah menubuhkan Kementerian Kebajikan Masyarakat dan Perpaduan Negara. Penubuhan Kementerian ini bertujuan untuk menggalakkan dan memperbaiki kesejahteraan rakyat ke arah mencapai perpaduan negara.

4.0 PENILAIAN

23

TH30203 SEJARAH MALAYSIA PERKEMBANGAN POLITIK (1957-1990)

Implikasi pembentukan Malaysia sedikit sebanyak telah memberikan kesan kepada negeri Sabah. Implikasi yang diterima ada baik dan ada buruknya. Namun begitu kemasukan Sabah ke Malaysia telah menyebabkan Sabah bepeluang mentadbir negeri sendiri. Pembangunan demi pembangunan dirancang setiap hari, jalan raya, bekalan air dan eletrik kini telah dihubungkan hingga ke pedalaman. Ekonomi Sabah dapat di majukan dan diusahakan tanpa ada sebarang gangguan dari pihak luar. Sabah yang kaya dengan sumber ekonominya sendiri dapat dinikmati oleh rakyat di negeri tersebut. Banyak cabaran yang dihadapi oleh Sabah dalam memasuki malaysia. Gagasan Persekutuan Borneo yang dicadangkan sebelum perang dunia kedua dihidupkan semula oleh Malcolm Mac Donald, Pesuruhjaya Am British di Asia Tenggara pada bulan April 1953. Untuk tujuan kerjasama antara Borneo Utara, Sarawak dan Brunei, ke arah pembentukan persekutuan Borneo, satu persidangan diadakan di antara Gabenor Borneo Utara-Ralph Hone, Gabenor Sarawak-Anthony Abel, dan Sultan Brunei-Omar Ali Saifudin III. Wujudkan badan Konferensi Antara Wilayah (KAW). Beberapa mesyuarat diadakan di Kuching, Bandar Brunei dan Jesselton 2 kali setahun bagi membincangkan kerjasama wilayah. Contohnya: komunikasi dan pentadbiran. Sultan menolak sebarang usaha untuk membawa Brunei mengadakan hubungan politik dengan Sarawak dan Borneo Utara. Usaha ke arah pembentukan persekutuan itu dibangkitkan semula pada tahun 1958 secara aktif ikatan politik dipropogate Radio Sarawak dan Sabah. Majlis Perbandaran Kuching menyokong cadangan Persekutuan Borneo Utara yang dicadangkan Anthony Abell 1958 itu kecuali wakil Melayu yang mengatakan Brunei tidak mungkin bersetuju dengan cadangan itu, walaupun Sultan dicadangkan menjadi ketua negara. Pemimpin-pemimpin Borneo Utara dan Sarawak mendesak agar Sultan Brunei menimbangkan cadangan Persekutuan Borneo Utara. Walaupun bgitu, sabah telah berjaya memasuki Malaysia, Sabah dan Sarawak menjadi sebahagian daripada Malaysia pada 16 September 1963. akhirnya

24

TH30203 SEJARAH MALAYSIA PERKEMBANGAN POLITIK (1957-1990)

5.0 KESIMPULAN
Daripada keterangan di atas, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa kerajaan Syarikat Berpiagam telah berjaya menggunakan institusi politik tradisional peribumi bagi mentadbir negeri sabah secara berkesan. Dari sudut peribumi pula, menunjukkan mereka mempunyai kebolehan mengendalikan pentadbiran sekiranya diberi peluang. Atas dasar kebolehan inilah, inggeris berminat menyerapkan Ketua Anak Negeri dan Ketua Kampung ke dalam perkhidmatan kerajaan di samping mengekalkan institusi politik tradisional sepanjang pemerintahan Berpiagam. Kemunculan Sabah sebagai unit politik yang tersendiri berhubung rapat dengan situasi geopolitik di barat laut Borneo, khasnya dengan kebangkitan dan kemerosotan Keslutanan Brunei dan Sulu. Struktur politik dan corak pentadbiran yang wujud dan berkembang di Sabah kuat dipengaruhi kuasa luar Brunei, Sulu dan Dyarikat. Namun demikian, sumbagnag penduduk tempatan terhadap perkembangan politik dan pentadbiran tidak kurang penting. Institusi-institusi sosiopolitik peribumi yang berfungsi pada zaman prapenjajahan Barat terus digabungkan dalam kerajaan colonial yang diasaskan. Pergabungan tersebut berlaku kerana kuasa penjajah di Sabah menitikberatkan kebajikan penduduk peribumi lalu menyediakan saluran bagi ketua-ketua masyarakat peribumi turut serta dalam hal pentadbiran komuniti mereka sendiri. Segala kuasa eksekutif dan perundagan tetap dipegang oleh pihak syarikat. Namun demikian, syarikat sedikit sebanyak telah berjaya mencetuskan perasaan kenegaraan sungguhpun pada peringkat yang paling asas. Dengan memastikan sempadan politik yang tetap dengan jiran tetangga-Brunei, Borneo Belanda, Filipina Sepanyol-penduduk Sarawak dan Sabah buat kali pertama dalam sejarah mereka berasa mereka berada dalam satu entity politik yang lebih luas daripada lembah sungai atau bukti mereka. Meskipun begitu, hingga awal kurun ke20, identity kenegaraan tersebut masih belum muncul sebagai suatu kesedaran nasional di kalangan penduduk Sabah.

25

TH30203 SEJARAH MALAYSIA PERKEMBANGAN POLITIK (1957-1990)

BIBLIOGRAFI
Sumber Buku Mazlan Abdullah.1978. Sejarah Malaysia Timur. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sumber Jurnal Pembangunan Negeri Sabah Di Bawah Pentadbiran Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (BERJAYA), 1976-1985: Satu Tinjauan Ho Hui Ling Jabatan Sejarah Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya Dasar Kerajaan Pusat dalam Pembangunan Pendidikan di Sabah: Satu Tinjauan dan Refleksi Selepas 50 Tahun Malaysia Merdeka Shahril @ Charil Bin Hj. Marzuki Jabatan Pengurusan, Perancangan dan Dasar Pendidikan Fakulti Pendidikan Universiti Malaya Konflik perkauman di Sabah: Isu bumiputera dan pendatang asing dari perspektif sosialis Oleh Muhammad Salleh (Disember 2001)

26

You might also like