You are on page 1of 5

PANITIA MATEMATIK SK BUKIT KUCHAI 47100, PUCHONG SELANGOR

PROJEK TAMAN SAUJANA HIJAU

Oleh Panitia Matematik SKBK

PENGENALAN PROJEK

Taman sekolah merupakan salah satu instrumen yang dinilai oleh pemantau kualiti sekolah di setiap Pejabat Pelajaran Daerah. Oleh itu, Panitia Matematik SK Bukit Kuchai ingin membina taman bagi mengindahkan persekitaran sekolah, Panitia Matematik akan menjalankan satu projek pembinaan Taman Panitia Matemaik yang terletak dihadapan Kantin Sekolah. Penghasilan projek ini akan mewujudkan suasana nyaman, bersih dan menyegarkan mata memandang serta iklim yang kondusif untuk sesi pengajaran dan pembelajaran.

Di samping itu, pemandangan persekitaran juga memainkan peranan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sekolah ialah tempat kita belajar dan menimba ilmu. Lantarannya alam sekitar kawasan sekolah yang kondusif akan mempengaruhi pelajar menuntut ilmu dan menelaah pelajaran. elain itu, sekolah juga perlu menjalankan Program 3K. Program 3K bermaksud mengutamakan Kebersihan, Keindahan dan Keselamatan. Dalam program ini, pihak sekolah perlu memastikan kawasan sekolah dalam keadaan yang bersih, indah dan selamat

.
OBJEKTIF PROJEK

Menghasilkan dan menjaga tumbuhan hiasan ,memelihara ikan hiasan dan menanam sayuran

2 3 4 5

Memupuk semangat kecintaan kepada alam sekitar. Mengembangkan daya usaha, kreatif dan inovatif. Mengamalkan sikap dan budaya kerja yang baik. Mendapatkan peruntukan yang diperlukan untuk proses pemulihan dan penambahbaikan yang difikirkan perlu mengikut skema Pemantauan Pejabat Pelajaran Daerah

Mewujudkan sebuah Taman Saujana Hijau yang kemas , cantik dan teratur dari segi landskap dan susun atur tanaman yang dipamerkan.

Mendapatkan kerjasama yang erat daripada pihak pengurusan sekolah dan pihak jawatankuasa pelaksana.

Menyelaras setiap tugas dan tanggungjawab supaya tidak berlaku pertindihan tugas dan memastikan kelancaran aktiviti yang dirancang.

LOKASI

Depan Kantin sekolah

PEMANTAUAN PROJEK

Projek adalah dibawah pemantauan jawatankuasa panitia matematik SK Bukit Kuchai JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi

En.Abu Bakar B Mohd Guru Besar

Naib Pengerusi 1

En.Manikam Muniandy PK Pentadbiran

Naib Pengerusi 2

Pn.Mazura Bt Ismail PK HEM

Naib Pengerusi 3

Pn.Hjh Sabariah Bt Abd Razak PK Ko-Kurikulum

Setiausaha

Pn.Norwahidah Bt Mohd Rashid KP Matematik

Pen.Setiausaha

Pn.Julyna Bt Mahmood S/U Panitia Matematik

AJK

1. Pn.Norliza Hanim Bt Razali 2. Pn.Dorisa Mapong Anak Ujai 3. En.Ahmad Zabidi 4. Cik Latifah Bt Saad 5. En Mohd Zaidi

6. Pn.Azian Bt Abdullah 7. Pn.Rohani Bt Ahmad 8. Semua pekerja sekolah ( tukang kebun ) TEMPOH PELAKSANAAN

Sepanjang Cuti Pertengahan Penggal 1 ( 11 Mac 2013 hingga 19 Mac 2013)

TENAGA KERJA

Proses pembinaan taman ini dicadangkan oleh pekerja sekolah bersama pekerja swasta

KEKUATAN DAN KELEMAHAN

Berdasarkan pemantauan yang telah dilakukan oleh Pengerusi Panitia Matematik SK Bukit Kuchai beberapa perkara telah dikenal pasti untuk dijadikan rujukan untuk pembinaan Taman Saujana Hijau

Kekuatan : 1. 2. 3. Mempunyai tempat yang strategik dan sesuai untuk kegunaan murid. Boleh dijadikan tempat membaca buku dan tempat beriadah kepada murid -murid Mempunyai jaringan persekitaran Taman Kolam Kemahiran Hidup dan Kantin sekolah

Kelemahan : 1. 2. Kekurangan sumber kewangan Tanah yang tidak subur dan perlu digemburkan semula

ANGGARAN PERBELANJAAN

Dianggarkan sebanyak RM 8000.00 di perlukan bagi membeli bahan-bahan berikut ;

Bil.

Bahan

Anggaran

1.

Bahan-bahan pembinaan ( simen, siling, cat , mozek, pagar dan lain-lain )

RM 5000

2.

Tanaman Hiasan / Sayuran / Ikan Hiasan (pokok bunga,ikan hiasan, pasu, longkang simen dan lain-lain)

RM 3000

PENUTUP

Adalah diharapkan perancangan yang telah disusun akan berjalan lancar di samping mendapat kerjasama dan perhatiaan semua pihak. Pembinaan Taman Saujana Hijau ini diharap menjadi satu platform perubahan dalam memperkasakan lagi subjek Matematik dan subjek yang berkaitan dengannya.

Pegawai Yang Boleh Dihubungi

You might also like