Professional Documents
Culture Documents
AHLI KUMPULAN
Konsep profesion
Lieberman (tokoh pendidik di AS)
Pekerjaan itu merupakan perkhidmatan yang unik dan penting. Pekerja menggunakan banyak keupayaan dan kebolehan intelek
Orang profesional mementingkan mutu perkhidmatan serta dedikasi terhadap pekerjaan tidak mementingkan pendapatan atau ganjaran kewangan. Pekerja terdiri drpd ahli-ahli satu organisasi yang berkuasa menentukan nilaitara-nilaitara untuk kemasukan, mengawal mutu perkhidmatan dan penyingkiran ahlinya. Setiap ahli mematuhi kod etika yang ditentukan. Setiap ahli bertanggungjawab terhadap semua tindakan dan keputusan yang dibuat.
Konsep perguruan
Mengikut kamus dewan (1989) di bawah konteks pendidikan guru adalah diertikan sebagai pengajaran Manakala perkataan keguruan boleh diertikan sebagai perkara yang berkaitan dengan guru, iaitu yang berkaitan dengan peranan, tugas dan kelayakan seorang guru.
AKAUNTABILITI GURU
Akauntabiliti guru bermaksud bertanggungjawab kepada seseorang atau bertanggungjawab terhadap sesuatu, jadi konteks keguruan akauntabiliti boleh dirumuskan sebagai bertanggungjawab terhadap profesionalisme keguruan
Bidang tugas
1.
2.
3.
Pekerjaan itu merupakan perkhidmatan yang unik dan penting. Banyak menggunakan keupayaan intelek. Pakar dalam bidang pekerjaannya dan mempunyai autonomi semasa menjalankan tugas. Mendapat latihan khusus.
Mementingkan mutu perkhidmatan serta dedikasi terhadap kerja. Merupakan ahli kepada autonomi yang menentukan nilaitaranya. Mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasi profesion tersebut. Bertanggungjawab terhadap semua keputusan yang dibuatnya.
CIRI-CIRI GURU
Intelek - Menanamkan sifat ingin tahu Kebolehan intelek akan kekal di dalam diri sekiranya setiap guru menanamkan sikap ingin tahu. Sifat ingin tahu akan mendorong guru mempelajari dan menyesuaikan diri dalam dunia pendidikan yang sering berubah-ubah, baik dari segi sukatan kurikulum, mahupun kaedah mengajar.
Berkualiti dari Segi Jasmani - Mempunyai penampilan dan imej diri yang baik, iaitu cara berpakaian, tingkah laku dan tutur kata. - Memiliki kesihatan tubuh badan yang baik agar dapat menjalankan tugas dengan berkesan. - Kemahiran fizikal seperti mahir dalam sesuatu aktiviti sukan dan mana-mana unit beruniform bertujuan untuk melatih pelajar melibatkan diri dalam kokurikulum yang penting untuk pembentukan jati diri pelajar.
Kegemaran membaca membolehkan guru sentiasa menambah pelbagai ilmu pengetahuan . Pembacaan yang meluas dalam pelbagai bidang memberi keyakinan kepada guru untuk menyampaikan pengajaran dengan berkesan. - Di samping itu, sikap suka membaca dapat membezakan di antara orang yang berilmu dengan orang yang jahil. Oleh itu, sifat suka membaca amat penting untuk meningkatkan kualiti profesion guru.
Kualiti Pengajaran menjadi pengukur utama kepada tahap profesionalisme guru kerana mengajar merupakan core business guru terhadap pelajar. - Oleh itu, kita semestinya menguasai pengetahuan tentang teori-teori pembelajaran yang mutakhir. Di antara teori-teori pembelajaran tersebut ialah Teori Pembelajaran behavioral, Teori Pembelajaran Sosial kognititf, Teori Pembelajaran Kognitif , Teori Pembelajaran Humanis, Dan Teori Pembelajaran Konstruktivis. - Terdapat juga model-model pengajaran terkini yang dirancang untuk menghasilkan perubahan tingkah laku pelajar seperti yang dijangkakan. Di antara model-model pengajaran yang perlu diamalkan oleh guru berkualiti ialah Model Pengajaran Expository, Model Pengajaran Pemerosesan Maklumat, Model Pegajaran Inkuiri , Model Pengajaran Projek dan Pembelajaran Masteri. Penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar untuk belajar akan mendatangkan hasil yang sangat memuaskan.
Sentiasa mengamalkan nilai-nilai keguruan dan etika profesion keguruan Menguasai kemahiran komunikasi dan interpersonal . -mampu berkomunikasi dengan baik iaitu semasa berhubung dengan pelajar, ibubapa , masyarakat dan pihak pengurusan sekolah.
Berdaya tahan dalam menghadapi cabaran profesional dari semasa ke semasa. Menyanjung tinggi dan menghargai warisan kebudayaan negara yang sesuai dengan ketamadunan dan nilai-nilai agama yang dianuti.
Melibatkan diri sebagai pengamal refleksi dan budaya penyelidikan dengan secara aktif. Cekap melaksanakan kurikulum persekolahan secara berkesan dan bermakna
Berdaya tahan dalam menghadapi cabaran profesional dari semasa ke semasa. Melibatkan diri sebagai pengamal refleksi dan budaya penyelidikan secara aktif. Menyanjung tinggi dan menghargai warisan kebudayaan negara yang sesuai dengan ketamadunan dan nilai-nilai agama yang dianuti.
Berpengetahuan dan berketerampilan dalam pedagogi dan kandungan mata pelajaran yang diajarnya, di samping menguasai pengetahuan pedagogi pelajar.
Bagaimana dan apakah ciri-ciri yang dimaksudkan dengan seorang guru yang berkesan itu? Mantan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato' Dr. Abdul Shukor Abdullah menyenaraikan ciri-ciri guru berkesan sebagaimana berikut: Bersikap profesional. Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori. Kaya ilmu. Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja. Bermoral teguh.
Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa. Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa.
Memastikan situasi 'Guru mengajar murid belajar' wujud di dalam kelas. Berupaya melahirkan 'persekolahan berwatak' supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh. Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg akademik.
Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral, berakhlak mulia, berketrampilan, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu). Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya. Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi. Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.
BERPENGETAHUAN
PEDAGOGI
CEKAP
CIRI-CIRI GURU
EMOSI STABIL
MAHIR ICT
JASMANI BERKUALLITI
AKTIF
MINAT MEMBACA
BERDAYA TAHAN
Ciri-ciri dan potensi diri guru profesional adalah penting dalam merealisasikan pendidikan cemerlang.