You are on page 1of 3

PERINCIAN TUGASAN KURSUS QGJ3053 SUKAN INDIVIDU SEM 1 SESI 2013/2014 Anda sebagai guru berperanan dalam merealisasikan

dasar 1 Murid 1 Sukan di sekolah anda. Melalui sukan individu dasar ini dapat membantu anda mencapai matlamat tersebut.

Soalan 1 (20 markah) Tuliskan kertas konsep berkenaan pelaksanaan dasar ini bagi membudayakan sukan di sekolah. Kertas Konsep berkenaan harus mengandungi perancangan aktiviti sepanjang tahun yang boleh dilaksanakan sekolah. Nyatakan contohcontoh sukan yang dipilih serta huraian yang tepat dan jelas berkaitan pelaksanaannya. Penulisan anda haruslah disokong dengan teori, kajian atau pandangan dan pendapat dari pakar.

Format penulisan

1. Pengenalan 2. Falsafah sukan dan permainan. 3. Kepentingan sukan individu dalam pembangunan domain psikomotor, kognitif dan afektif murid. 4. Dasar 1 Murid 1 Sukan. 5. Pelaksanan dasar 1 Murid 1 Sukan di sekolah. 6. Rujukan. ARAHAN: 1. Kertas Konsep ini hendaklah ditulis dengan font Time New Roman saiz 12 atau font Arial saiz 11 serta langkauan baris 1.5. 2. Panjang penulisan TIDAK KURANG daripada 10 muka surat. 3. Kelewatan penghantaran menyebabkan markah anda dipotong dan gagal sekiranya tidak meghantar tugasan lansung dalam masa yang ditetapkan. 4. Markah yang diperuntukkan ialah 20%.

Soalan 2 (20 markah)

Berpandukan prinsip latihan dalam modul dan bahan-bahan bacaan tambahan, jelaskan bagaimana anda boleh mengaplikasikan prinsip-prinsip latihan untuk melatih atlet olahraga sekolah anda. Perbicangan mestilah disokong dengan contoh-contoh yang sesuai berserta rujukan. ARAHAN: 1. Penulisan ini hendaklah ditulis dengan font Time New Roman saiz 12 atau font Arial saiz 11 serta langkauan baris 1.5. 2. Panjang penulisan TIDAK KURANG daripada 10 muka surat. 3. Kelewatan penghantaran menyebabkan markah anda dipotong dan gagal sekiranya tidak meghantar tugasan lansung dalam masa yang ditetapkan. 4. Markah yang diperuntukkan ialah 20%.

Maklumat penghantaran tugasan adalah seperti berikut:

a. Tugasan ini hendaklah dihantar kepada PENSYARAH E-LEARNING KUMPULAN MASING-MASING SAHAJA! Jangan hantar tugasan ini kepada tenaga pengajar tutorial kerana mereka mungkin bukan pensyarah e-learning anda, atau sesiapa sahaja yang bukan menjadi pensyarah e-learning kumpulan anda. b. Mekanisme penghantaran tugasan ini adalah melalui TAPAK YANG DISEDIAKAN DALAM TUGASAN MYGURU3 SAHAJA! Jangan hantar tugasan melalui emel atau pos. Pensyarah E-Learning anda TIDAK AKAN MELAYAN tugasan yang dihantar melalui pos atau emel kecuali atas kes-kes tertentu yang dipersetujui oleh pensyarah e-learning. c. SILA HANTAR TUGASAN INI SEBELUM TARIKH TUTUP IAITU PADA 24 NOVEMBER 2013 (MINGGU KE 10)! Tarikh tutup tapak penghantaran tugasan adalah muktamad dan tidak akan dibuka lagi selepas itu. d. Oleh yang demikian, pastikan anda mengikuti langkah-langkah sepatutnya dalam proses upload tugasan bagi memastikan pensyarah e-learning berjaya membuka tapak penghantaran tugasan anda. e. Merujuk kepada pengalaman semester lepas, pensyarah e-learning tidak ada masalah dalam membuka tapak tugasan pelajar kecualilah jika pelajar sendiri tidak melakukan proses upload dengan betul menyebabkan tugasan diterima tapi tidak boleh dibuka. 5. Skema Pemarkahan adalah seperti berikut: Soalan 1

BI L 1

ELEMEN DAN KRITERIA PEMARKAHAN

Pengenalan Dapat menunjukkan tujuan Kertas Kerja itu dibuat. Falsafah sukan dan permainan. Dapat menjelaskan secara tepat dan terperinci Kepentingan sukan individu dalam pembangunan domain psikomotor, kognitif dan afektif murid Dapat memberi beberapa huraian yang terkini, jelas dan tepat mengikut domain. Dasar 1 Murid 1 Sukan. Dapat menyatakan dengan jelas dan tepat dasar ini dan kepentingannya ke atas individu. Pelaksanan dasar 1 Murid 1 Sukan di sekolah. Dapat merancang sekurang-kurangnya tiga aktiviti yang berkaitan dengan dasar 1 Murid 1 Sukan. Aktiviti atau program mestilah realistik dan mampu dilaksanakan di sekolah Rujukan. Penulisan rujukan menggunakan gaya APA

WAJARA N MARKA H 2

MARKAH YANG DIBERI

JUMLAH MARKAH KESELURUHAN


Soalan 2 BI L 1 ELEMEN DAN KRITERIA PEMARKAHAN

20

Pengenalan Dapat menjelaskan definisi prinsip latihan dengan tepat dan jelas. Prinsip-prinsip latihan. Dapat menjelaskan aplikasi setiap prinsip latihan secara tepat dan terperinci dalam latihan sukan berserta contoh-contoh yang sesuai. Rujukan. Penulisan rujukan menggunakan gaya APA

WAJARA N MARKA H 2

MARKAH YANG DIBERI

16

JUMLAH MARKAH KESELURUHAN

20

You might also like