You are on page 1of 2

Terdapat dua model yang biasanya digunakan dalam pembinaan soalan dan juga pembelajaran iaitu Taksonomi Bloom

dan Taksonomi Solo (Structure of Observed Learning Outcomes). Di Malaysia kita menggunakan Taksonomi Bloom dalam membina aras-aras dalam ujian. Berikut adalah kata kunci yang boleh dijadikan panduan oleh guru-guru dalam pembinaan soalan berdasarkan Taksonomi Bloom.

Pengetahuan

Mengingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi, teori, hukum, tarikh, peristiwa dan lain-lain daripada pembelajaran. Contohnya Bacakan, Catatkan, Daftarkan, Kenal pasti, Labelkan, Namakan, Nyatakan, Padankan,Pasangkan, Perihalkan, Pilihkan, Sebutkan, Senaraikan, Tandakan

Kefahaman

Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain, menyatakan ideaidea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep dan menterjemah draf. Contohnya Anggarkan, Bandingkan, Bezakan, Hitungkan, Huraikan, Jelaskan, Kategorikan, Kemukakan, Parafrasa, Perluaskan, Ramalkan, Rangkumkan, Simpulkan, Terangkan, Terjemahkan

Aplikasi

Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori dan formula. Contohnya Binakan, Carikan, Gambarkan, Gunakan, Kaitkan, Kemukakan, Kirakan, Laksanakan, Organisasi, Ramalkan, Selesaikan, Simulasikan, Suaikan, Tentukan, Terapkan, Tunjukkan

Analisis

Sesuatu yang kompleks akan dipecahkan kepada yang kecil, membezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal antara bahagian tertentu dan mengenali struktur organisasi. Contohnya Bandingkan, Beri sebab, Bezakan, Buat analisis, Inferensi, Buktikan, Cerakinkan, Diagnosis, Diskriminasi, Ilustrasi, Kategorikan, Kesan, Kritik, Modelkan, Perincikan

Sintesis

Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, berusaha tersendiri menyelesaikan masalah, membuat ramalan dan membuat klasifikasi. Contohnya Bentukkan, Buktikan, Cadangkan, Ciptakan, Gabungkan, Gubal, Jana, Perincikan, Perjelaskan, Putuskan, Rancangkan, Rumuskan, Sediakan, Simpulkan, Tafsirkan

Penilaian

Membuat pertimbangan, termasuk memberi rasional berdasarkan alasan dalaman atau luaran, mentafsir dan mengkritik. Contohnya Bahaskan, Pertahankan , Bandingkan, Beri hujah, Justifikasi, Pendapat, Bincangkan, Anggarkan, Menghakim, Meramal, Buat Rumusan, Buat Verifikasi, Buktikan, Nilaikan

You might also like