You are on page 1of 2

ARAS DALAM PEMBINAAN SOALAN Terdapat dua model yang biasanya digunakan dalam pembinaan soalan dan juga

pembelajaran iaitu Taksonomi Bloom dan Taksonomi Solo (Structure of Observed Learning Outcomes). Di Malaysia kita menggunakan Taksonomi Bloom dalam membina aras-aras dalam ujian. Berikut adalah kata kunci yang boleh dijadikan panduan oleh guru-guru dalam pembinaan soalan berdasarkan Taksonomi Bloom.

Pengetahuan Mengingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi, teori, hukum, tarikh, peristiwa dan lain-lain daripada pembelajaran. Contohnya Bacakan, Catatkan, Daftarkan, Kenal pasti, Labelkan, Namakan, Nyatakan, Padankan,Pasangkan, Perihalkan, Pilihkan, Sebutkan, Senaraikan, Tandakan Kefahaman Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep dan menterjemah draf. Contohnya Anggarkan, Bandingkan, Bezakan, Hitungkan, Huraikan, Jelaskan, Kategorikan, Kemukakan, Parafrasa, Perluaskan, Ramalkan, Rangkumkan, Simpulkan, Terangkan, Terjemahkan Aplikasi Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori dan formula. Contohnya Binakan, Carikan, Gambarkan, Gunakan, Kaitkan, Kemukakan, Kirakan, Laksanakan, Organisasi, Ramalkan, Selesaikan, Simulasikan, Suaikan, Tentukan, Terapkan, Tunjukkan Sesuatu yang kompleks akan dipecahkan kepada yang kecil, membezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal antara bahagian tertentu dan mengenali struktur organisasi. Contohnya Bandingkan, Beri sebab, Bezakan, Buat analisis, Inferensi, Buktikan, Cerakinkan, Diagnosis, Diskriminasi, Ilustrasi, Kategorikan, Kesan, Kritik, Modelkan, Perincikan Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, berusaha tersendiri menyelesaikan masalah, membuat ramalan dan membuat klasifikasi. Contohnya Bentukkan, Buktikan, Cadangkan, Ciptakan, Gabungkan, Gubal, Jana, Perincikan, Perjelaskan, Putuskan, Rancangkan, Rumuskan, Sediakan,

Analisis

Sintesis

Simpulkan, Tafsirkan Penilaian Membuat pertimbangan, termasuk memberi rasional berdasarkan alasan dalaman atau luaran, mentafsir dan mengkritik. Contohnya Bahaskan, Pertahankan , Bandingkan, Beri hujah, Justifikasi, Pendapat, Bincangkan, Anggarkan, Menghakim, Meramal, Buat Rumusan, Buat Verifikasi, Buktikan, Nilaikan

You might also like