You are on page 1of 2

TOSAI

Makanan Tradisional di Malaysia


Asihwiniy A/P Francisco Pendidikan Seni Visual Sem 4

Latar Belakang TOSAI


Makanan tradisional ini berasal dari India. Makanan tradisional Tosai ini lebih popular dalam kalangan kaum India kerana ia makanan tradisional bagi kaum India. Tosai boleh didapati di mana-mana gerai atau kedai mamak dan juga di restoran india. Tosai dimakan sebagai sarapan pagi atau makan malam. Tosai amat kaya dengan karbohidrat dan protein. Makanan Tradisional Tosai ini mempunyai istilah yang berbeza-beza. Tosai juga dikenali sebagai dosa, dosay, dose, dosai, dhosa, thosai ataupun chakuli. Terdapat banyak jenis Tosai di Malaysi antaranya tosai telur, cili, bawang dan sebagainya. Tosai dimakan dengan pelbagai jenis lauk sampingan. Contohnya, sambar, sambal dari buah-buahan, acar india, kari ayam atau daging kambing dan lain-lain. Di dalam tosai, ia diisi dengan kentang dan bawang yang telah di goreng sehingga ranggup.

Cara Penghasilan TOSAI


Bahan-bahan (10 keping Tosai): 1 cawan beras -rendam 8 jam 1 cawan uluthu - rendam 8 jam 1 kepal nasi sedikit garam minyak masak 1/2 labu bawang besar Cara Penyediaan : 1. Kisar semua bahan dengan pengisar sehingga halus. Masukkan sedikit air semasa mengisar. Air agak-agak padan dengan bahan-bahan yang hendak di kisar. Kadar kecairan adunan seperti apam tapai. 2. Masukkan garam dan kacau rata. Peram adunan kira-kira 8 jam supaya adunan naik. 3. Celup bawang dengan minyak dan sapu atas kuali rata. Kacau adunan tadi. Ambil lebih kurang 1 senduk adunan dan ratakan atas kuali anda. Masak dengan api perlahan atau sederhana.

Perkembangan dan Perubahan Masa Kini


Walaupun Tosai agak popular dalam kalangan India, tetapi ramai warga Malaysia yang tertarik dengan makanan ini yang tidak berkolestrol. Tosai yang disediakan sekarang di restoran adalah dalam pelbagai saiz dan bentuk untuk menarik minat para pemakan. Selain itu, mengikut perkembangan dunia, Tosai juga diperkenalkan dalam perasa yang berbeza.

Usaha Mengekalkan Warisan Budaya


Semua rakyat Malaysia perlu berganding bahu untuk mengekalkan warisan budaya Malaysia sesama sendiri selain kaum India. Membiasakan diri untuk mengambil makanan tradisi di samping memakan makanan barat supaya makanan tradisional seperti Tosai tidak dilupakan oleh generasi akan datang. Ia adalah tanggungjawab kita untuk mengekalkan warisan budaya Malaysia untuk berterusan.

Rumusan
Makanan tradisional Tosai merupakan makanan tradisi kaum India sebagai sarapan atau makan malam.

Sekian, terima kasih

You might also like