You are on page 1of 7

ARUS TERUS DAN ARUS ULANG ALIK

1. ARUS TERUS (AT) Arus elektrik ialah suatu pergerakan cas-cas. Kejadian ini boleh ditunjukkan dengan menyambung satu mentol kepada kutub positif dan negatif satu bateri melalui wayar kuprum. Arus akan mengalir melalui wayar dan filamen mentol menyebabkan mentol menyala. Arus yang terhasil daripada bateri ini mengalir dalam satu arah sahaja dan dinamakan arus terus (AT).

Bentuk gelombang arus terus

2. ARUS ULANG-ALIK Bekalan elektrik daripada stesen janakuasa ke rumah, sekolah, kilang dan sebagainya mempunyai ciri aliran arus yang berlainan. Arah arus ini sentiasa bertukar fasa dari positif ke negatif dan sebaliknya berulang-ulang. Perubahan arah aliran arus ulang alik disebabkan oleh perubahan kekutuban punca voltan secara berselang-seli.

Arus Ulang Alik

Arus Terus

Kesan Pemanasan

Menghasilkan kesan pemanasan melalui perintang

Menghasilkan kesan pemanasan apabila melalui perintang

Arah arus

Berubah-ubah mengikut frekuensi

Arus mengalir pada arah tertentu

Kesan Magnet

Menghasilkan

Menghasilkan

elektromagnet dengan kutub berubah- elektromagnet dengan kutub yang ubah tetap

Kesan Transformer

Voltan boleh dinaikkan atau diturunkan oleh transformer

Voltan tidak boleh dinaikkan atau diturunkan oleh transformer

Alat Pengukur

Hanya boleh diukur oleh meter dawai panas dan meter besi bergerak

Boleh diukur oleh meter dawai panas, meter besi bergerak dan meter gegelung bergerak

Pertukaran bentuk arus

Boleh ditukar kepada a.t dengan menggunakan diod

Lebih sukar ditukar menjadi a.u melalui litar elektrik.

Nilai diukur

Diukur berdasarkan nilai p.m.k.d

Diukur berdasarkan nilai mantapnya

You might also like