You are on page 1of 34

DEFINISI SINTAKSIS

-Menurut Tatabahasa Dewan, sintaksis merupakan satu bidang ilmu yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. - Kita juga dapat memahami bidang sintaksis sebagai kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa.

DEFINISI FRASA

-Frasa nerupakan unit yang terdiri daripada sekurang-kurangnya satu perkataan, dan berpotensi untuk diperluaskan menjadi dua perkataan atau lebih. - Dalam Bahasa Melayu, terdapat 4 jenis frasa iaitu: i. Frasa Nama ii. Frasa Kerja iii. Frasa Adjektif iv. Frasa Sendi Nama
Tiga daripada frasa-frasa ini bersifat endosentrik, iaitu frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif. Frasa endosentrik merupakan frasa yang mempunyai satu unsur inti yan dapat mewakili keseluruhan frasanya.

-Unsur inti frasa nama ialah kata nama, unsur inti frasa kerja ialah frasa kerja dan unsur inti frasa adjektif ialah kata adjektif. - Frasa sendi nama pula bersifat eksosentrik iaitu frasa yang tidak mempunyai unsur inti yang dapat mewakili keseluruhan frasanya. - Frasa sendi nama mengandungi dua unsur wajib iaitu kata sendi nama diikuti oleh kata nama atau frasa nama.

FRASA NAMA

- Frasa nama ialah frasa yang kata intinya terdiri daripada kata nama, kata terbitan atau kata ganti nama.

Cth:

Ahmad sedang tidur. Sungguh cantik pemandangan itu. Mereka belum tiba lagi.

-Frasa nama boleh terdiri daripada kata inti yang didahului oleh beberapa unsur lain iaitu kata bilangan, penjodoh bilangan, gelaran, kata penentu, kata penerang dan kata inti.

BINAAN KATA NAMA INTI


-Terdapat dua jenis hubungan antara deretan kata nama yang hadir sebagai unsur inti frasa nama. i. Unsur inti yang diikuti oleh penerang, misalnya tali pinggang, tali keledar. ii. Kedua-dua kata nama dalam deretan itu sama-sama mendukung makna iaitu binaan inti + inti. * tidak ada unsur penerang dalam binaan ini. * contohnya, tubuh badan, sawah ladang. * contoh lain: rakan taulan (maksud yang sama) , saudara saudari (lawan erti). -

UNSUR PENERANG INTI BUKAN NAMA - Frasa nama juga boleh terbentuk daripada unsur int yang menerima penerang bukan daripada jenis kata nama. Antaranya: i. Penerang kata adjektif Cth: bulan terang, rumah panjang ii. Penerang frasa sendi nama Cth: rumah di kampung iii. Penerang bilangan ordinal Cth: tempat pertama, bab ketiga

HUKUM D-M
-D bermaksud diterangkan manakala M bermaksud menerankan.

- Unsur yang diterangkan (D) merupakan unsur inti yang hadir pada kedudukan pertama dan unsur menerangkan (M) ialah unsur penerang yang hadir pada kedudukan yang kedua. -Cth: guru bahasa baju kemeja
- Terdapat beberapa kekecualian dalam hukum D-M. Antaranya: 1. Kelkecualian akibat kebiasaan - Dalam mana-mana jawatan tertentu, berlaku kekecualian terhadap hukum D-M, iaitu yang berupa M-D dan bukan D-M. - Cth: perdana menteri, naib presiden

2. Kata Bilangan -Dalam Bahasa Melayu, kata bilangan dan penjodoh bilangan hadir di hadapan kata inti dan tidak sebaliknya. -Cth: semua pasukan, dua orang calon 3. Nama panggilan dan gelaran -Bagi kata nama orang dan haiwan, nama pangglan atau gelaran hadir sebelum kata inti sebagai unsur penerang. -Cth: Puan Fatimah, Si Belang

PERATURAN KEDUDUKAN PENERANG


-Terdapat beberapa deretan perkataan yang hadir selepas kata nama inti, yang tidak semuanya kata nama. 1. Bagi kata adjektif yangf menerangkan kata inti - Kata adjektif yang menerangan kata inti harus hadir sesudah kata inti, diikuti oleh penerang lain, dan seterusnya kata penentu, yang merupakan unsur terakhir dalam frasa nama.
Frasa Nama Inti pejabat Penerang kata adjektif lama Penerang kata nama persatuan Kata penentu itu

-Sekiranya kata adjektif yang bertugas sebagai penerang kepada kata inti yang berbentuk ata majmuk, maka kata adjektif it harus hadir selepas kata majmuk.
Kata Inti Majmuk pasaran sekuriti zon ekonomi Penerang adjektif lengkap eksklusif

2. Bagi unsur penerang yang juga merupakan binaan frasa tersendiri. - Mempunyai unsur-unsur inti dan penerang tersendiri. - Unsur penerang itu menerangkan unsur inti yang ada pada frasa penerang, dan bukan menerangkan unsur inti bagi frasa nama.

3. Bagi dua frasa nama yang hadir serentak. -Wujud serentak, iaitu dengan usur yang pertama dankedua merujuk kepada benda yang serupa. Cth: Sebuah jentera kecil, alat pendingin udara terpasang pada dinding itu.

KEDUDUKAN FRASA NAMA DALAM AYAT


-Frasa nama dapat menduduki tiga tempat dalam ayat iaitu: 1. Sebagai subjek ayat Cth: Puan Siti sedang mengajar. 2. Sebagai predikat ayat Cth: Ayahnya pengurus syarikat itu. 3. Sebagai unsur dalam frasa sendi nama, di dalam subjek dan juga pedikat ayat. Cth: (dalam subjek) - Pemandangan di kawasan pergunungan itu sungguh cantik. (dalam predikat) - Pelajar itu tiba dengan kereta api laju.

FRASA KERJA

-Frasa kerja ialah binaan yang boleh terdiri daripada atu perkataan atau lebih yang kata inti atau kata utamanya terdiri daripada kata kerja. - Cth: Anak kecil itu menangis. - Terdapat dua jenis frasa kerja iaitu: i. Frasa kerja tak transitif ii. Frasa kerja transitif

FRASA KERJA TAK TRANSITIF


-Frasa kerja yang tidak mengandungi objek iaitu kata kerjanya tidak perlu disambut dengan sesuatu frasa nama sebagai objek untuk melengkapkannya. - Cth: Kanak-kanak itu menangis. - Terdapat 3 jenis frasa kerja tak transitif iaitu: i. Frasa kerja tak transitif yang tidak diberi unsur pelengkap ii. Frasa kerja tak transitif yang menerima pelengkap sesudahnya iii. Frasa kerja adjektif yang yang dapat diikuti oleh kata nama sebagai penerang

i. -

FRASA KERJA TAK TRANSITIF YANG TIDAK DIBERI UNSUR PELENGKAP Terdiri daripada kata kerja tak transitif yang hadir bersendirian, yakni tidak memerlukan apa-apa unsur pelengkap. Cth: Pasukan sekolah kami menang. Cth lain: tumbang, pulang, terpegun, dsb.

ii. FRASA KERJA TAK TRANSITIF YANG MENERIMA UNSUR PELENGKAP SESUDAHNYA. - Frasa kerja yang mengandungi kata kerja tak transtif yang idak mempunyai makna lengkap sekiranya tidak diikuti undur pelengkap. - Cth: Keadaannya menjadi genting.

-Unsur pelengkap ini bukan objek kerana ayat ini tidak boleh dipasifkan dan hanya ayat yang menganduni kata kerja transitif (yang diikuti objek) boleh dipasifkan. - Tiga jenis unsur yang boleh menjadi pelengkap kata kerja tak transtif ialah: i. Kata adjektif ii. Frasa sendi nama iii. Kata nama

iii. FRASA KERJA TAK TRANSITIF YANG DAPAT DIIKUTI OLEH KATA NAMA SEBAGAI PENERANG. -Frasa keta tak transitif yang menerangkan kata nama bukan sebagai pelengkap, tetapi sebagai penerang kepada kata kerja. - Bezanya ialah, tidak seperti pelengkap, unsur penerang boleh ditiadakan tanpa merosakkan kesempurnaan kata kerja.

- Cth: Budak lelaki itu berseluar jean.

FRASA KERJA TRANSITIF


-Frasa kerja yang terdiri daripada kata kerja transitif sebagai kata intinya dan kata nama atau frasa nama yang mengikutinya sebagai objek atau penyambutnya. - Cth: Mereka sedang makan nasi goreng. - Ayat-ayat yang mengandungi frasa kerja transitif (yakni yang mempunyaifrasanama objek selepas kata kerja) boleh dipasifkan. - Frasa kerja transirif boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu: i. Frasa kerja dengan satu objek ii. Frasa kerja dengan dua objek

i. -

FRASA KERJA DENGAN SATU OBJEK Frasa kerja yang diikuti hanya oleh satu objek. Cth: Projek itu telah membasmi kemiskinan. Terdapat sejumlah kecil perkataan yang berbentuk kata kerja tetapi yang memawa makna adjektif Perkataan ini boleh menerima kata penguat dan frasa nama yang mengikutinya digugurkan. Cth: Peristiwa itu sengguh menyedihkan (kami).

ii. FRASA KERJA DENGAN DUA OBJEK -Frasa kerja dengan kata kerja tak transitif sebagai kata intinya boleh mengandungi dua frasa nama sebagai objek kepada kata kerja. - Kedua-dua objek tersebut mempunyai fungsi yang berbeza-beza dan disebut sebagai objek tepat dan objek sipi.

FRASA KERJA DENGAN KATA BANTU -Dalam frasa kerja, kata intinya, iaitu kata kerja, lazimnya didahului oleh kata bantu. - Kata bantu berfungsi untuk menerangkan kata kerja dari dua sudut makna iaitu: i. Sebagai kata bantu aspek, yang menerangkan aspek waktu bagi kata kerja. ii. Sbagai kata bantu ragam, yang menerangkan ragam perasaan bagi kata kerja.

KATA BANTU ASPEK - Kata bantu yang menerangkan waktu pada kerja yang dilakukan. -Terdapat tiga jenis aspek masa iaitu sama asa sudah, sedang dan belum.
Sudah dilakukan sudah telah pernah Sedang dilakukan sedang masih Belum dilakukan belum akan

-Cth: Saya telah membaca buku cerita itu. - Terdapat juga kata bantu yang hadir berderetan seperti belum pernah, masih belum, sudah pernah, telah pernah, masih sedang dsb.

KATA BANTU RAGAM -Kata bantu yang menerangkan suasana perasaan sesuatu perbuatan itu dilakukan. -Antara kata bantu ragam dalam Bahasa Melayu ialah hendak, boleh, mahu, dapat, harus dan mesti. -Cth: Hadi hendak meneruskan pengajiannya hingga universiti. - Kata bantu aspek boleh juga hadir bersama-sama dengan kata bantu ragam secara berderetan baik secara mendaului mahupun mengikutinya. 1. Kata bantu aspek + kata bantu ragam Cth: belum hendak, akan dapat, belum dapat, belum boleh, sedang hendak 2. Kata bantu ragam + kata bantu aspek Cth: mesti akan, harus telah, harus sudah, mesti telah, mesti sudah

FRASA KERJA DENGAN AYAT KOMPLEMEN -Frasa kerja sama ada jenis tak transitif atau transitif boleh menerima ayat komplemen. -Apabila ini berlaku, ayat yang terbentuk ialah ayat majmuk. Frasa kerja transitif dengan Ayat komplemen Cth: Polis telah melaporkan bahawa satu kecurian telah berlaku di kawasan itu. Frasa kerja tak transitif dengan ayat komplemen Cth: Pegawai itu tahu bahawa kejayaan projek itu terjamin.

UNSUR KETERANGAN DALAM FRASA KERJA -Frasa kerja boleh disertai unsur keterangan, yang fungsinya memberi keterangan lanjut tentang kata kerja. -Dalam kata kerja tak transitif, unsur keterangan hadir selepas kata kerja. -Dalam kata kerja transitif pula, unsur keterangan hadir selepas objek. - Dari segi strukturnya, unsur keterangan boleh terdiri daripada frasa sendi nama, frasa adjektif dan frasa nama. -Terdapat 8 jenis unsur keterangan yang hadir dalam frasa kerja.

1. Keterangan tempat atau arah - Binaannya frasa sendi nama dengan kata sendi nama seperti di, ke, daripada, kepada dan pada. - Fungsinya menyatakan tempat terjadinya sesuatu peristiwa atau keadaan. 2. Keterangan waktu - Terdapat dua bentuk keterangan waktu iaitu yang pertama, berbentuk frasa sendi nama yang mengandungi kata sendi nama pada, dalam, sejak dan hingga. Bentuk yang kedua pula ialah frasa nama, misalnya semalam dan dua dekad lalu.

3. Keterangan cara -Dua bentuk keterangan cara. Pertama, terdiri daipada kata adjektif. Kedua pula ialah terdiri daripada frasa sendi nama yang mengandungi kata sendi nama dengan diikuti oleh kata adjektif yang menerima kata pembenda -nya. 4. Keterangan tujuan atau harapan -Binaannya frasa sendi nama dengan kata sendi nama demi, untuk, dan bagi. -Fungsinya menerangkan maksud sesuatu perbuatan atau kejadian. 5. Keterangan alat - Binaannya frasa sendi nama dengan kata sendi nama dengan. - Fungsinya menerangkan perkakas atau benda yang digunakan.

6. Keterangan penyertaan -Binaannya frasa sendi nama dengan kata sendi nama tentang, mengenai dan terhadap. -Fungsinya menerangkan maksud ikut bersama-sama. 7. Keterangan hal -Binaannya frasa sendi nama dengan kata sendi nama seperti tentang, mengenai dan terhadap. 8. Keterangan perbandingan -Binaan frasa sendi nama dengan kata sendi nama seperti, bagai, sebagai, dan bak. - Fungsinya menerangkan keserupaan.

You might also like