You are on page 1of 3

REFLEKSI BAGI AKTIVITI KEMBARA ORIENTERING Pada 20 haribulan 3, bersamaan dengan hari kedua program BIG siri kedua,

kami telah mengadakan satu aktiviti pada sebelah petang iaitu Kembara Orientering. Aktiviti Kembara Orientering ini telah diadakan pada waktu petang selepas aktiviti air yang diadakan pada sebelah pagi. Kami diarahkan untuk berkumpul di tapak astaka mengikut kumpulan kami masing-masing. Seperti biasa, wakil daripada ketua kumpulan akan tampil ke hadapan yang ditugaskan untuk memeriksa kehadiran bagi setiap ahli kumpulan dan melaporkan kehadiran kepada En. Khairul Albar b. Masror Aktiviti ini telah diterangkan oleh En. Khairul tentang teknik-teknik Orientering terutamanya apabila berada di hutan. Beliau telah memperkenalkan apakah itu kompas dan cara-cara penggunaan kompas Orienteering. Terdapat pelbagai pengetahuan yang telah diberikan kepada kami oleh beliau tentang teknik Orientering ini. Menurut beliau, terdapat langkah-langkah yang berguna apabila menggunakan kompas Orientering. Yang pertama, pengguna perlulah mencari arah utara untuk menggunakan kompas. Selepas itu, kenal pasti tempat atau benda yang kita hendak tujui. Seterusnya, cari darjah bagi tempat itu yang bermula dari arah utara. Tujuan Kembara Orientering ini diadakan bagi memberikan peserta BIG siri kedua ini pendedahan tentang kembara Orientering supaya dapat dijadikan pengalaman untuk kegunaan pada masa akan datang. Selain itu, kami akan mengadakan kem kembara pada esok hari dan di sana kami akan diberikan tugas dalam aktiviti Orientering. Selepas selesainya penerangan daripada beliau, kami ditugaskan untuk membuat beberapa tugasan kumpulan iaitu menyenaraikan tempat-tempat yang berada di bahagian utara, selatan, barat dan timur mengikut tugasan kumpulan yang telah diberikan. Setiap tugasan adalah berlainan bagi mengelakkan kumpulan lain untuk meniru hasil dari kumpulan itu. Walaupun kami telah diberi masa yang agak singkat untuk menyiapkan tugasan itu, kami tidak jadikan itu sebagai halangan. Semasa melaksanakan tugasan ini, saya mendapati setiap ahli kumpulan masingmasing memberikan semangat kerjasama yang tinggi untuk kumpulan mereka.

Apabila tamat masa yang diberikan, kami diarahkan berkumpul dalam kumpulan masing-masing. Mengikut wakil kumpulan, kami diarahkan untuk mempersembahkan hasil kami di hadapan dan membuat refleksi tentang kembara Orienteering. Kami melihat, semua kumpulan menjalankan tugas mereka dengan sebaik mungkin. Akhir sekali, kembara Orientering ini sangatlah berguna kepada kami sebagai bakal guru untuk digunakan pada masa akan datang. Segala ilmu yang diberikan akan kami jadikan pedoman dalam hidup. Sekian.terima kasih.

GAMBAR

You might also like