You are on page 1of 63

1.0 KONSEP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK.

Setiap benda yang hidup pasti akan mengalami perubahan diri dan cara hidup dengan melalui proses pertumbuhan dan perkembangan mereka. Perkembangan pada manusia ialah perubahan yang bersifat kualitatif. Sifat perubahan ini tidak dapat diukur, tetapi jelas kelihatan berubah mengikut peredaran masa.

Perkembangan berlaku daripada peringkat permulaan percambahan sel sehingga akhir hayat organism. Menurut Crow dan Crow (1980), perkembangan merupakan perubahan secara kualitatif. Ia juga cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan social. Atan Long (1980), turut menyatakan perkembangan pada manusia ialah perubahan yang bersifat kualitatif. Tetapi sifat perubahan ini tidak dapat diukur, malahan jelas berlaku jika dibandingkan dengan peringkat yang lebih awal. Tegasnya perkembangan sentiasa berlaku terus-menerus dari awal sehingga ke akhir hayat sesuatu organism. Menurut Paul Eggan dan Don Kauchak pula, mereka berpendapat perkembangan adalah perubahan yang berurutan dan kekal dalam diri seseorang hasil daripada pembelajaran, pengalaman dan kematangan. Selain itu, Slavin (1997) berpendapat perkembangan adalah berkaitan dengan mengapa dan bagaimana individu berkembang dan membesar, menyesuaikan diri kepada persekitaran dan berubah melalui peredaran masa. Menurut Karl E. Garisson pula, perkembangan jasmani dan pembelajaran merupakan satu tindakan yang saling berkaitan. Semua perkembangan, sama ada berbentuk struktur, kemahiran satu siri tingkah laku adalah mengikut beberapa aturan semulajadi dan bersifat sejagat. D. S. Wright dan Ann Taylor mentakrifkan perkembangan sebagai perubahan yang berlaku dalam warisan hayat (baka) dan organisasi kepada struktur organism dalam keadaan saling berkait serta berhubung dengan pertambahan umur. Selain itu, menurut Santrock (2008) mentafsirkan perkembangan sebagai agen perubahan dalam cara biologi, kognitif dan sosioemosi individu yang bermula daripada percambahan sehingga ke akhir hayat. Perkembangan ialah perubahan kualitif yang tidak dapat diukur tetapi dapat dilihat daripada sifat baru yang berlainan daripada sifat yang lebih awal.

2.0 PRINSIP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK Proses perkembangan kanak-kanak berlaku mengikut arah tertentu mengikut aturan dan dapat diramalkan seperti dari arah kepala ke kaki (cephalocaudal), mengikut struktur dan fungsi iaitu bermula daripada kepala dan seterusnya ke badan dan kaki. Arah tengah ke tepi (proximodistal), daripada tengah mengahala ke tepi badan iaitu tangan bergerak dahulu dan diikuti oleh jari. Untuk melihat perkembangn kognitif dan bahasa mereka, ia bermula daripada perkembangan konkrit kepada abstrak. Selain itu, prinsip yang kedua pula ialah proses perkembangan mengikut susunan dan serupa bagi semua ahli. Contohnya, ada yang dahulu dan ada yang kemudian, tetapi turutan tetap tidak berubah. Pada kebiasaannya bayi akan berdiri dahulu sebelum berjalan. Proses perkembangan bayi adalah sama dalam semua peringkat melainkan bayi yang lahir awal, mungkin mereka akan lambat dalam beberapa aspek. Prinsip yang ketiga pula, proses perkembangan kanak-kanak bermula daripada keadaan menyeluruh kepada keadaan tertentu iaitu mulanya umumkepada yang lebih spesifik . Otot-otot besar akan berkembang dahulu berbanding otot-otot yang kecil. Contohnya, seorang bayi boleh mengenggam objek dengan tangan sebelum belajar menggunakan jari tangan. Seterusnya, prinsip yang keempat menyatakan bahawa perkembangan kanak-kanak berlaku secara berterusan iaitu perkembangan berlaku berterusan bermula daripada lahir sehinggalah mati. Kemahiran yang dimiliki kanak-kanak akan bertambah dan sentiasa menerima kemahiran yang baru mengikut peringkat. Disamping itu, perkembangan kanak-kanak berlaku mengikut corak dan aturan perkembangan adalah hamper sama tetapi kadar perkembangan manusia berbeza untuk setiap individu. Tidak semua kanak-kanak mancapai tahap perkembangan yang sama. Perkembangan yang lambat akan menganggu perkembangan yang lain sebagai contoh sesetengan kanak-kanak boleh berjalan pada umur 10 bulan tetapi ada juga kanak-kanak yang boleh berjalan pada umur 18 bulan, ini akan menjejaskan perkembangan emosi dan social kanak-kanak
2

tersebut. Perkara ini juga merupakan salah satu faktor yang membawa kepada perbezaan di antara manusia yang dapat dilihat di dalam sebuah bilik darjah. Prinsip perkembangan seterusnya adalah proses perkembangan merupakan hasil interaksi di antara kematangan dan pembelajaran. Kematangan adalah kemunculan potensi yang sedia ada dalam seseorang individu, misalnya merangkak, duduk, berjalan, dn kemudian berlari. Ia dipengaruhi oleh faktorfaktor genetik. Pembelajaran adalah hasil latihan, proses peniruan atau indentifikasi dan memerlukan usaha.

3.0 ASPEK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

3.1 ASPEK JASMANI Perkembangan bermula daripada kepala dan beransur ke kaki. Selepas kelahiran, saiz kepala seorang bayi berkembang dan diikuti dengan perkembangan badan, kaki dan tangan. Seorang kanak-kanak dapat mengawal pergerakan kepalanya terlebih dahulu kemudian diikuti dengan lengan dan seterusnya kaki. Seseorang dapat mengawal pergerakan kepala dan ekspresi muka dalam masa dua bulan selepas lahir. Dalam beberapa bulan selepas itu, bayi boleh meniarap dan mengangkat badannya menggunakan lengan. Pada usia 6 hingga 12 bulan, bayi tersebut boleh mengawal kakinya, dapat merangkak berdiri dan seterusnya berjalan. Arah perkembangan berlaku daripada tengah badan dan berterusan ke luar. Perkembangan bermula pada tulang berlakang dan menuju kea rah luar badan. Pada peringkat pre natal, jantung dan organ-organ terbentuk dahulu sebelum kaki dan tangan. Otot halus pada jari tangan dan kaki merupakan bahagian akhir perkembangan fizikal badan. Seorang bayi lepas kelahiran akan cuba mencapai objek yang dilihatnya tetapi gagal kerana masih tidak dapat mengawal otot-otot tangannya.selepas beberapa bulan, bayi boleh menggunakan kedua-dua tangan untuk mengenggan objek dengan sebelah tangan menggunakan jari tangan kerana otot sudah berkembang.

Kebolehan bayi bertambah jelas dan spesifik. Sekiranya kepala bayi terhantuk sesuatu, bayi akan menangis kuat. Selepas beberapa bulan, jika insiden sama berlaku, bayi masih akan menangis tetapi boleh menunjukkan kepada kepalanya yang sakit. Seterusnya, apabila bayi menguasai kebolehan berbahasa, bayi akan dapat memberitahu kepalanya sakit. Aspek berbeza berkembang pada tahap berbeza. Kaki dan tangan mencapai tahap perkembangan maksimum semasa peringkat remaja tetapi bahagian bahu mengambil masa lebih lama. Kreativiti misalnya berkembang dengan cepat dan mencapai tahap maksimum pada peringkat remaja tetapi kebolehan menaakul berkembang dengan perlahan.

3.1.1 PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN FIZIKAL PRENATAL Perkembangan organism bermula pada masa persenyawaan, iaitu apabila sperma bapa bersatu dengan ovum atau telur ibu. Seorang wanita dilahirkan dengan simpanan telur di dalam kedua-dua ovarinya. Selepas seorang wanita mencapai akil baligh, satu ovum mencapai tahap kematangan setiap 28 hari di dalam ovary. Ovum tersebut kemudiannya akan memasuki tiub falopia. Proses ini dipanggil ovulasi. Selepas ovulasi, ovum tersebut akan bergerak ke tiub falopia. Persenyawaan berlaku apabila ovum ibu bergabung dengan sperma di bahagian atas tiub falopia bersebelahan dengan ovary. Sekiranya ovum tersebut tidak disenyawakan dalam masa 48 jam selepas ovulasi akan dikeluarkan sebagai haid. Manakala ovum yang disenyawakan oleh sperma dinamakan sebagai zigot. Kadangkala seorang wanita akan menghasilkan lebih daripada satu telur, sama ada secara semulajadi ataupun dengan rangsangan dadah. Persenyawaan dua ovum oleh dua sperma berbeza mengahasilkan kembar dwizigot atau lebih dikenali sebagai kembar bersaudara.

Jika ovum yang disenyawakan oleh sperma bercerai kepada dua bahagian, iaitu zigot membahagi dua dan setiap bahagian melalui pembahgian sel dan berkembang menjadi dua individu yang serupa maka kembar monozigot atau serupa terhasil. Kembar monozigot terhasil daripada zigot yang sama, oleh itu ia mewarisi gen yang sama daripada ibu bapa. Peringkat prenatal ialah selama Sembilan bulan dan terbahagi kepada tiga fasa, iaitu pembenihan (germinal stage), embrio dan fetal. a) Fasa Pembenihan Fasa ini bermula daripada proses persenyawaan sehingga zigot melekat pada dinding rahim. Tempoh fasa ini biasanya selam dua minggu. Selepas persenyawaan, zigot akan bergerak ke rahim. Zigot mempunyai 23 kromosom daripada sperma bapa dan 23 kromosom daripada sperma ibu. Kromosom-kromosom ini akan berpasangan. Setiap pasangan kromosom mempunyai gen-gen yang mengandungi cetakan trait dan cirri-ciri kebakaan ibu bapa. Zigot seterusnya akan mengalami proses pembahagian sel atau mitosis. Sel-sel baru yang terbentuk akan menjadi bahagian-bahagian system saraf, otak, organ dan bahagian badan lain. Sel baru ini akan menerima salinan gen-gen yang diperturunkan daripada ibu bapa. Gen-gen ini mengandungi DNA. Aturan-aturan struktur DNA yang banyak akan menyebabkan trait dan baka berbeza yakni tidak ada dua individu yang mempunyai baka yang sama kecuali kembar serupa yang berasal daripada zigotyang sama

b) Fasa Embrio Selepas pembenihan pada dinding rahim, fasa kedua perkembangan prenatal bermula. Fasa ini bermula daripada minggu ketiga sehingga minggu ketiga sehingga minggu kelapan selepas persenyawaan. Pada fasa ini, organism yang terbentuk dipanggil embrio. Pada minggu keemoat perkembangan otak bermula, mata, telinga, dan mulut mula terbentuk. Pada minggu kelapan, embrio mempunyai sistem organ yang asas, rupa, muka,jari tangan dan kaki. Embrio menerima makanan, khasiat dan oksigen daripada tali pusat. Tali pusat ini membawa karbon dioksida dan bahan kumuh daripada embrio kepada
5

ibu untuk dikumuhkan. Peranan tali pusat ini sangat penting tetapi ia juga bertanggungjawab keatas kecacatan yang mungkin berlaku kerana ia boleh membawa bahan-bahan seperti dadah yang telah diambil oleh ibu. Perkembangan yang agak pesat berlaku pada fasa ini. Struktur-struktur dan sistem-sistem asas badan dibentuk pada fasa ini.

c) Fasa Fetal Fasa ini bermula pada bulan ketiga selepas persenyawaan sehingga kelahiran bayi. Pada fasa ini ia dipanggil fetus dan pada peringkat ini organ utama betambah saiz, otot dan system saraf sudah mula terbentuk dan isyarat daripada oatak serta beberapa pergerakan sudah boleh dikesan. Perkembangan antara bulan ketiga sehingga bulan keenam agak pesat. Pergerakan bayi dapat dirasai oleh ibu dan deriaderia penglihatan dan pendengaran bayi sudah mula berfungsi. Pada bulan ketujuh sekiranya bayi lahir; ia mempunyai peluang untuk hidup tetapi akan mengalami masalah pernafasan. Dengan teknologi kini, pelaung hidup bayi agak tinggi. Pada peringkat ini juga, berat badan dan panjang bayi bertambah. Fetus mengubah arah kedudukan sebelum lahir dengan kepalanya dasar rahim.

BAYI (lahir hingga 2 tahun) Secara purata, berat bayi semasa kelahiran lebih kurang 3.5 kg. Pada dua tahun yang pertama, pertumbuhan dan perkembangan bayi berlaku pada kadar yang pesat. Berat badan bertambah lebih kurang 10kg dan ketinggian bayi bertambah sebanyak 40cm. Saiz dan kompleksiti otak bertamah. Sel-sel neuron dalam otak berkembang namun organisasinya memerlukan pengalaman selepas lahir. Gigi susu pada gusi bawah mula kelihatan apabila bayi berumur antara enam hingga lapan bulan. Pertumbuhan gigi ini diperngaruhi oleh kesihatan bayi, baka, khasiat yang diterimanya sebelum dan selepas kelahiran. Sekuen pertumbuhan gigi penting dan pada umumnya, pertumbuhan gigi bermula pada gusi bawah dahulu
6

kemudian diikuti dengan pertumbuhan gigi pada gusi atas. Sekuen yang sebaliknya akan mengakibatkan posisi rahang tidak tepat dan kejajaran alignmen gigi yang kurag sempurna. Bayi mula menunjukkan autonomi dan kekuatan melalui pergerakkan seperti memusingkan badan, merangkak dan berjalan hasil perkembangan psikomotor yang melibatkan otot-otot besar (leher, tangan dan kaki). Pergerakan tersebut mempunyai interaksi bayi dengan ibubapa dan persekitarannya. Dalam masa yang sama, perkembangan otot-otot halus jari yang membolehkan bayi mencapai, menggengam dan koordinasi antara mata dan tangan mula kelihatan. Diakhir tahun kedua, bayi sudah boleh melakukan aktiviti yang kompleks yang melibatkan beberapa langkah seperti memegang pensil krayon dan melukis.

AWAL KANAK-KANAK (2-6 tahun) Biasanya bermula daripada dua hingga enam tahun. Pada peringkat ini, kadar pertumbuhan fizikal perlahan jika dibandingkan dengan pertumbuhan pada tahun pertama kanak-kanak tersebut. Ketinggian kanak-kanak pada peringkat ini dua kali ketinggiannya semasa lahir dan berat badannya mungkin empat kali ganda. Otot-otot besar sudah berkembang tetapi otot-otot halus belum berkembang dengan sempurna. Kajian menunjukkan perkembangn kanak-kanak perempuan pada peringkat ini lebih cepat daripada lelaki. Perubahan dalam kebolehan psikomotor ini mengikut aturan.

KANAK-KANAK (7-12 tahun) Pertumbuhan dan perkembangan stabil dan tidak begitu pesat jika dibandingkan dengan peringkat-peringkat sebelum ini. Lebih bercorak

penambahbaikan kemahiran-kemahiran psikomotor yang sedia ada. Perumbuhan gigi kekal bermula dan gigi susu akan diganti. Ketinggian kanakkanak perempuan bertambah pada umur 8-10 tahun dan mencapai tahap kemuncak pada 12 tahun. Ketinggian kanak-kanak lelaki mula bertambah apabila umur mereka
7

10-12 tahun dan mencapai tahap kemucak semasa mereka berumur 15 tahun. Pada umumnya, kanak-kanak menjadi lebih kurus. Pada umur 11 tahun apabila kanakkanak menghampiri akil baligh, kanak-kanak kelihatan lebih kuat, cepat dan mempunyai keupayaan untuk focus kepada aktiviti dan tugas yang diberi kepada mereka. Perkembangan otot-otot halus, koordinasi mata dan tangan sudah mencukupi untuk kanak-kanak menulis dengan lebih kemas, belajar bermain alatalat muzik seperti piano dan biola, menjahit, mengait, membina model dan lain-lain lagi, kanak-kanak lebig cenderung kepada permainan lasak misalnya permainan di padang,

AWAL REMAJA (12-15 tahun) Pertumbuhan dan perkembangan adalah cepat dan pesat, sama seperti kadar perkembangan semasa bayi. Perubahan fizikal seperti ketinggian, saiz dan bentuk badan mula ke arah dewasa. Perubahan saiz bagi remaja perempuan berlaku dengan cepat bermula satu atau dua tahun sebelum mencapai akil baligh. Apabila mencapai akil baligh, bentuk badan remaja perempuan mula menunjukkan sifat kewanitaan dan bulu ketiak mula tumbuh. Remaja lelaki yang mencapai akil baligh akan melalui perubahan suaranya atau suara pecah. Tubuh badannya tegap, bulu ketiak dan misai mula kelihatan. Perubahan ketinggian dan akil baligh berlaku pada remaja perempuan terlebih dahulu sebelum remaja lelaki, namun tempoh pertumbuhan lelaki semasa mencapai akil baligh lebih lama. Petumbuhan otot lebih ketara pada remaja lelaki dan akibatnya ,ereka pada umumnya lebih kuat secara fizikal berbanding dengan remaja perempuan.

4.0 ASPEK KOGNITIF

4.1 PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN KOGNITIF

Piaget mencadangkan empat peringkat dalam Perkembangan Kognitif: I. II. III. IV. Peringkat Sensorimotor (semenjak lahir-2 tahun) Peringkat Pra Operasi (2-7 tahun) Peringkat Operasi Konkrit (7-11 tahun) Peringkat Operasi Formal (11 tahun ke atas)

PERINGKAT SENSORIMOTOR (bayi : 0-2 tahun) Peringkat permulaan dalam perkembangan kognitif. Dalam peringkat ini bayi menggunakan deria pergerakan fizikal untuk mempelajari tentang persekitarannya. Skema-skema yang terbentuk adalah hasil dari interaksi fizikal bayi dengan persekitaran. Peringkat sensorimotor adalah peringkat di mana bayi mengkoordinasi maklumat deria dengan kebolehan motor untuk membentuk skema tingkahlaku yang membolehkan mereka meneroka dan mengetahui tentang persekitaran mereka. Kanak-kanak pada peringkat ini merasa puas menggunakan mulut untuk merasa dan menghisap juga berminat dengan objek yang berada di persekitaran. Kepuasaan akan terhasil apabila mereka berupaya mengenakan tindakan terhadap objek. Kepuasaan ini akan menyebabkan mereka melakukan tindakan tersebut berulang-ulang. Kanak-kanak dalam peringkat ini juga menunjukkan permikiran logik. Aktiviti-aktiviti fizikal mereka mula mempunyai matlamat-matlamat yang mudah.kanak-kanak boleh mengulang semula proses ini ke asal secara fizikal. Misalnya, memasukkan balik objek ke dalam bekas dan menutupnya. Pada peringkat akhir sensorimotor, kanak-kanak boleh melakukan imtasi terhadap tingkahlaku yang dilihat atau diperhatikan. Pada peringkat akhir ini juga, kanakkanak akan mencapai tahap pengekalan objek untuk mengambarkan objek di dalam memori. Sebelum ini berlaku, kanak-kanak tidak akan mempunyai memori terhadap objek yang tiada di penglihatan mereka out of sight,out of mind.
9

FIZIKAL Daripada aksi reflex kepada

KOGNITIF aktiviti Mengkoordinasi maklumat deria dengan pergerakan motor Kepuasan mengenakan tidakan terhadap objek

bermatlamat Saiz dan kompleksiti otak bertambah

Gigi

susu

pada

gusi

bawah

mula Permulaan

pemikiran

logik

dengan

kelihatan (6-8 bulan)

aktiviti-aktiviti mudah

Menunjukkan autonomi dan kekuatan Mula menggunakan imtasi, memori dan pergerakan Mula perkembangan dan otot halus pemikiran : Konsep pengekalan objek

mengenggam

mengkoordinasi

antara mata dan tangan JADUAL 1 kebolehan Fizikal dan Kognitif Kanak-kanak Peringkat Sensorimotor

PERINGKAT PRA OPERASI (kanak-kanak 2-7 tahun) Pada peringkat akhir sensorimotor, kanak-kanak sudah boleh menggunakan skemaskema fizikal yang mudah. Seterusnya pada peringkat ini, kanak-kanak akan beralih ke peringkat mana mereka mula menggunakan minda untuk membentuk skemaskema baru. Kanak-kanak boleh menggambarkan dan merancang

pergerakan/aktiviti dengan menggunakan minda mereka untuk membentuk skema. Perkembangan dalam peringkat pra operasi adalah apabila kanak-kanak dapat mewakili sesuatu dengan symbol mental. Simbol yang digunakan termasuk bahasa, isyarat, gambar dan sebagainya. Symbol digunakan untuk menyatakan objek, orang atau peristiwa yang dialami oleh kanak-kanak. Kanak-kanak yang berumur 2-3 tahun boleh menceritakan pengalaman mereka dengan ayat-ayat mudah. Mereka berupaya mengingat semula peristiwa yang sudah berlaku dan boleh membanding dua peristiwa yang berlaku. Antara kebolehan lain yang diperoleh pada peringkat ini ialah permainan membayangkan sepeti mengambil watak kartun atau menjadi ayah atau doktor. Mereka juga memberi kualiti atau atau ciri benda hidup kepada benda bukan hidup.

10

Pemikiran kanak-kanak pada peringkat ini lebih bersifat intuitif iaitu pemahaman kanak-kanak mengenai objek bergantung kepada ciri-ciri yang Nampak jelas dan nyata. Mereka masih belum berupaya berfikir secara logik dan rasional. Cirri ini dikatakan sebagai centered atau pemusatan. Oleh itu, kanak -kanak pada peringkat ini juga masih tidak dapat menguasai proses transformasi, keterbalikan dan menaakul. FIZIKAL Memegang objek-objek besar dan Mula skema Mewakili sesuatu dengan symbol mental iaitu dengan bahasa,gambar atau isyarat Melompat dan berlari Menulis huruf-huruf dan Permainan membayangkan perkataan- Pemahaman kanak-kanak mengenai KOGNITIF menggambar dan merancang

memanipulasi objek-objek kecil Menunggang basikal roda tiga

perkataan mudah

objek bergantung pada cirri-ciri yang nampak jelas dan nyata

JADUAL 2 Perkembangan Fizikal & Kognitif Kanak-Kanak Peringkat Pra Operasi

PERINGKAT OPERASI KONKRIT (7-11 tahun) Mereka berkebolehan berfikir secara logic walaupun pemikiran mereka masih terikat dengan situasi konkrit. Mereka sepatutnya memahami proses tranformasi, keterbalikn dan menaakul. Menurut Piaget, kanak-kanak pada peringkat ini boleh menguasai konsep pengekalan. Dalam konsep ini, kanak-kanak perlu menguasai tiga prinsip asas: I. Prinsip Identiti. Mereka tahu sekiranya tiada bilangan yang ditambah atau dikurangkan, bilangan objek adalah sama walaupun bentuknya berubah. II. Prinsip Ganti Rugi. Mereka tahu sesuatu perubahan satu segi akan diganti oleh perubahan dalam satu aspek yang lain III. Prinsip Keterbalikan. Pelajar boleh mengulang proses yang berlaku secara mental kepada keadaan asal semula.

11

Kanak-kanak dalam peringkat ini juga sudah boleh menguasai proses pengelasan. Mereka dapat mengklasifikasikan objek ke dalam set atau kumpulan berdasarkan sesuatu ciri. Proses pengelasan berkembang apabila pelajar mula menyedari sesuatu objek dikelaskan kepada sesuatu ciri juga boleh tergolong dalam kumpulan yang lain. Proses menyusun secara bersiri seperti pemuliharaan, pengelasan dan penyusunan bersiri menunjukkan pelajar pada peringkat ini telah mencapai satu peringkat pemikiran logik. Walaubagaimanapun system pemikiran ini masih terikat dengan situasi fizikal di mana pelajar boelh menyusun, mengelas, memanipulasi dalam situasi yang berbentuk konkrit. Kanak-kanak pada peringkat operasi konkrit berubah secara beransur daripada pemikiran egonsentrik kepada pemikiran objektif. Pemikiran ini boleh membolehkan kanak-kanak memahami persepsi dan pandangan orang lain yang berlainan daripada persepsi mereka. Mereka boleh mula bersosial dan menerima pandangan rakan semasa bermain atau membuat aktiviti bersama. FIZIKAL Pertumbuhan perkembangan kemahiran-kemahiran psikomotor. harus Psikomotor cekap. Pertumbuhan bermula Kanak-kanak menghampiri akil baligh. gigi kekal Psikomotor baik. lebih dan KOGNITIF Berkebolehan berfikir secar logik

walaupun pemikiran mereka masih terikat dengan situasi konkrit Sudah boleh menguasai konsep

lebih kasar

pengekalan Kanak-kanak dalam peringkat ini juga menguasai proses pengelasan Proses menyusun secra bersiri mengikut susunan menaik dan menurun juga

merupakan pencapaian dalam peringkat ini. Mereka menerima boleh mula bersosial dan

pandangan

rakan-rakan

semasa bermain atau membuat aktiviti bersama.

12

PERINGKAT OPERASI FORMAL (11 tahun ke atas) Kanak-kanak boleh melakukan proses mental ke atas idea-idea dan membuat jangkaan atau andaian berdasarkan fakta. Pemikiran mereka tidak lai terikat kepada bahan-bahan konkrit. Mereka boleh memikirkanidea secara abstrak dan membuat hipotesis walaupun ianya bukan reality. Kanak-kanak pada peringkat ini boleh mengkaji masalah-masalah abstrak secara sistematik dan membuat generalisasi terhadap masalah tersebut. Antara ciri pemikiran formal ialah: I. Berfikir secara abstrak Kanak boleh berfikir secara abstrak seperti menyelesaikan masalah matematik di mana melibatkan pewakilan abstrak. II. III. Berfikir secara sistematik Boleh membuat hipotesis Mereka boleh membuat hipotesis dan mencari alternative penyelesaian masalah. Mereka boleh menaakul secar induktif dan deduktif. Penaakulan deduktif bermaksud pemikiran daripada yang am kepada yang khusus. Kebolehan mereka memikirkan penyelesaian-penyelesaian yang mungkin secara induktif atau deduktif memungkinkan mereka membuat kajian dan menggunakan pemikiran saintifik. Egonsentrik remaja muncul pada peringkat ini. Ianya berlainan dengan egosentrik di peringkat pra operasi. Remaja lebih tertumpu kepada idea-idea dan pemikiran mereka sendiri. Mereka susah untuk menerima pendapat orang lain. Mereka juga mempunyai perasaan seperti perbuatan mereka sentiasa diperhatikan orang lain.

13

FIZIKAL Kadar perkembangan dan

KOGNITIF Boleh melakukan proses mental ke atas idea-idea dan membuat jangkaan atau andaian

perkembangan pesat. Perubahan fizikal mula ke arah dewasa. Mencapai akil baligh Perubahan dan akil baligh berlaku pada remaja perempuan terlebih dahulu sebelum remaja lelaki, namun tempoh pertumbuhan

berdasarkan fakta Berfikir secara abstrak Berfikir secar sistematik untuk beberapa penyelesaian Boleh membuat hipotesis dan kemungkinan

lelaki semasa akil baligh lebih lama

mencari alternative penyelesaian masalah. Mereka boleh menaakul secara induktif dan deduktif. Egosentrik remaja muncul dalam peringkat ini.

JADUAL 4 Perkembangan Fizikal dan Kognitif Kanak-kanak peringkat Operasi Formal

14

5.0 ASPEK EMOSI Peringkat 1 : Asas kepercayaan lawan asas ketidakpercayaan ( Dari lahir hingga 1 tahun ) Cabaran pertama dalam peringkat ini adalah untuk membina asas kepercayaan dengan persekitaran. Pada tahap ini bayi mula membentuk perasaan percaya atau tidak percaya. Bagi seorang bayi asas kepercayaan ini akan timbul sekiranya dia mendapat jagaan yang sempurna secara berterusan oleh penjaganya teruatam ibunya. Sekiranya seorang bayi tidak diberi penjagaan yang sepatotnya atau ibubapa lambat dalam memenuhi permintaannya, tidak mencukupi dan tidak berterusan : seperti penyusuan tidak dijaga, lampin tidak bertukar atau tidak dibelai jika perlu, Erikson percaya bayi tersebut rasa tidak percaya kepada orang lain yang akan membawa kepada ketakutan dan berprasangka. Bayi tersebut akan selalu berasa bimbang dan curiga terhadap orang-orang di sekitarnya. Cara asuhan ibubapa mempengaruhi kepercayaan kanak-kanak. Walaupun begitu, ibuabapa tidak perlu member asuhan yang terlampau sempurna seperti menurut segala kehendak anak. Keadaan ini akan mnyebabkan bayi cenderung untuk sukar menyesuaikan diri dengan persekitaran dan terlalu mempercayai orang-orang di sekelilingnya. Menurut Erikson, asuhan yang seimbang dan tekal akan menanam perasaan percayakan diri sendiri dan ketahanan dalam menghadapi cabaran hidup apabila dewasa.

Peringkat 2 : Autonomi lawan keraguan ( 1 hingga 3 tahun ) Kanak-kanak cuba untuk melakukan aktiviti fizikal tanpa bantuan iaitu dia ingin mempunyai autonomi ke atas pelakuannya. Mereka sudah mula mencuba melakukan sesuatu perkara sendiri. Contoh ingin cuba makan dan minum sendiri dan sudah boleh dilatih ke bilik air. Pada tahap ini, mereka mempunyai keinginan
15

untuk melakukan sesuatu secara bebas tanpa bergantung kepada orang lain. Ini adalah permulaan pembentukan keyakinan diripada kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak yang diberi sokongan untuk berdikari dan meneroka perlakuan fizikal akan merasa mempunyai autonomi. Kanak-kanak yang tidak diberi peluang akan mula merasa ragu-ragu terhadap kebolehan diri. Kawalan yang ketat dan kerap member dendaan terhadap kesalah yang dilakukan akan menjadikan kanak-kanak tersebut takut untuk mencuba sesuatu yang baru dan mencabar.

Peringkat 3 : Inisiatif lawan rasa bersalah ( 4 hingga 5 tahun ) Kanak-kanak pada peringkat ini terdedah kepada persekitaran. Mereka akan meneroka persekitaran dan mencuba kemahiran-kemahiran baru. Mereka mula berinteraksi dan mengambil banyak inisiatif untuk melakukan sesuati bagi memenuhi naluri ingin tahu mereka. Mereka suka bertanya dan meminta penjelasan tentang peristiwa dan situasi yang dilalui. Kanak-kanak akan cuba untuk lebih berdikari. Adakalanya mereka akan cuba melakukan sesuatu yang tidak sesuai dengan usia mereka. Contoh, ingin menolong ibu memasak di dapur. Ibubapa perlu memberikan peluang yang bersesuaian dengan kanak-kanak. Sokongan dan peluang yang diberi oleh orang dewasa akan menggalakkan inisiatif dalam diri kanak-kanak. Ibubapa perlu menghargai hasil kerja kanak-kanak. Ibubapa yang suka mengkritik atau mengenakan denda pada tingkahlaku kanakkanak yang disebabkan oleh perasaan ingin tahu akan menimbulkan perasaan bersalah pada dir kanak-kanak tersebut. Mereka akan kurang inisiatif untuk mencuba sesuatu aktiviti. Situasi ini akan menyebabkan kanak-kanak ini akan mengasingkan diri dan akan menimbulkan rasa takut serta kurang yakin untuk mencuba sesuatu kemahiran yang baru.

16

Peringkat 4 : Industri lawan rasa rendah diri ( 6 hingga 11 tahun ) Pada peringkat ini, kanak-kanak mula memasuki alam persekolahan sekolah rendah. Guru dan rakan-rakan sebaya akan mempunyai pengaruh yang besar ke atas perkembangan kanak-kanak pada peringkat ini. Pemikiran mereka mula mencapau operasi konkrit dan mereka berupaya membuat transformasi dan pertalian antara dua situasi yang berkaitan dan mula berfikir dengan logik. Tugasan utama dalam peringkat ini adalah untuk menimbulkan rasa kompetensi dan industry. Istilah industri membawa kepada kejayaan dalam melaksanakan sesuatu kemahiran dan menghasilkan sesuatu yang memuaskan hati kanak-kanak. Sekiranya, kanak-kanak diajar sesuatu kemahiran dan tugasan, mereka akan cuba melakukannya dengan penuh minat. Kemahiran yang diperoleh dalam peringkat ini berkisar kepada kemahiran yang diperoleh daripada alam persekolahan. Guru dan ibubapa perlu sentiasa membantu dan membimbing kanak-kanak dalam mencapai kemahiran-kemahiran yang mereka patut capai pada peringkat ini. Kanak-kanak yang Berjaya dalam peringkat ini akan meperoleh rasa yakin pada kebolehan diri sendiri. Mereka akan berusaha dan mampu untuk memperoleh kemahiran yang diajar. Sebaliknya, kanak-kanak akan yang sentiasa dimarahi dan dikritik pada peringkat ini akan merasa rendah diri dan tiada berkeupayaan bukan sahaja terhadap pencapaian akademik tetapi juga dalam hubungan social dengan individu di persekitaran mereka.

Peringkat 5 : Identiti lawan kekeliruan identiti ( 12 hingga 18 tahun ) Menurut Erikson, pada peringkat ini, remaja akan mencari identity diri dan cuba mencari jawapan kepada persoalan Siapa saya?. Remaja pada peringkat ini mula membina personaliti diri. Mereka ingin memahami diri sendiri dan bagaimana mereka berbeza dengan orang lain. Pada peringkat ini juga mereka harus menyeimbangi kehendak diri sendiri dengan kehendak orang di persekitaran ( ibubapa, guru dan rakan sebaya )

17

Dalam mencari identiti diri mereka identiti orang lain di persekitaran. Menurut Erikson, remaja yang berjaya melepasi krisis di pringkat ini akan berjaya membina identity diri dan mengetahui kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Mereka yang gagal akan mengalami kecelaruan identity, rasa tidak selamat dan ragu-ragu tentang peranan dan fungsi mereka dalam masyarakat.

Peringkat 6 : Keintiman lawan keasingan ( 18 hingga 35 tahun ) Krisis utama dalam peringkat ini adalah untuk membentuk hubungan intim melaui perkahwinan serta membina kehidupan berkeluarga. Mereka mula memikirkan soal teman hidup, percintaan yang akan membawa kepada perkahwinan. Individu pada peringkat ini sudah berupaya menjaga dan melindungi individu lain ( suami/isteri dan anak ) tanpa hilang identity diri. Mereka yang tidak rapat dapat membentuk keintiman akan rasa terasing dan akan menghindari perhubungan dengan orang lain.

Peringkat 7 : Generativiti lawan kekauan ( 35 hingga 65 tahun ) Individu yang berjaya pada peringkat ini dilihat sebagai seorang yang kreatif dan produktif. Mereka Berjaya membina kerjaya yang mantap di samping keluarga yang bahagia. Individu ini berupaya menjaga anak-anak dengan baik dan membina hubungan mesra dengan pasangannya. Mereka boleh member sumbangan kepada masyarakat dan generasi yang akan dating. Kehidupan mereka menjadi lebih bermakna sekiranya anak-anak mereka dapat dididik menjadi insane yang berguna dan menghormati ibubapa. Mereka yang gagal akan lebih bersikap mementingkan diri sendiri.

18

Peringkat 8 : Integriti lawan kekecewaan ( 65 tahun ke atas ) Merupakan peringkat yang paling akhir dalam kehidupan individu. Pada peringkat ini seseorang individu telah melalui pelbagai pengalaman dan cabarn dalam hidupnya. Mereka akan mula memikirkan kembali apa yang telah berlaku dalam kehidupan selama ini. Individu yang berjaya melepasi segala krisis perkembangan akan bangga dengan segala pencapaian dan kejayaan yang diperolehi. Kegagalan melepasi krisis-krisis perkembangan akan membawa kepada kedukaan dan kekecewaan di hari tua.

5.1 EMOSI Emosi boleh dedifinasikan sebagai satu perasaan afektif yang dialami oleh seseorang indiviu dalam sesuatu keadaan yang member makna kepada dirinya. Emosi dating dalam berbagai bentuk seperti emosi gembira, sedih, takut, marah dan lain-lain. Taha emosi juga pelbagai dan secara kasarnya emosi dikelaskan sebagai emosi positif seperti gembira, teruja, girang dan emosi negatif seperti marah, sedih dan kecewa. Luahan emosi memberi gambaran kepada orang lain tentang perasaan seseorang dan gambaran emosi ini member impak kepada perhubungan individu dengan orang lain. Permulaan hubugan emosi antara ibubapa dengan bayinya adalah melalui intonasi suara. Contoh : intonasi suara seorang ibu dapat menenangkan bayinya yang sedang menagis dan ibu juga dapat mengenalpasti tangisan dan emosi bayinya untuk mendapatkan perhatian ibubapa. Pada akhir tahun pertama seorang bayi, ekspresi muka ibu samada tersenyum, sedih atau tegang boleh mempengaruhi perkembangan emosi bayi. Ibubapa yang sentiasa menunjukkan emosi yang positif dapat menghasilkan anak-akan yang tenang dan patuh arahan. Terdapat dua konsep utama yang perlu dititikberatkan dalam perkembangan emosi kanak-kanak iaitu konsep regulasi dan kompetensi emosi.

19

5.2 KECERDASAN EMOSI Kecerdasan emosi meliputi cara seseorang individu mengendalikan emosi diri dan persekitaran. Mereka bersemangat, mempunyai ketekunan serta dapat

memotivasikan diri sendiri. Individu tersebut dapat menghadapi kegagalan dengan tenang dan positif. Mereka juga dapat mengawal tekanan perasaan supaya tidak menganggu tumpuan dan pemikiran. Mereka dapat menjaga perhubungan dengan orang lain dan boleh bersosial dengan baik. Daniel Goleman (1995) menyatakan 80% kejayaan seseorang bergantung kepada kecerdasan emosi ( EQ ) manakala lebih kurang 20% sahaja kejayaan yang disebabkan oleh kecerdasan mental ( IQ ). Menurut Meyer dan Solevey (1993), kepintaran emosi membolehkan individu berfikir lebih kreatif dan dapat

menggunakan emosi individu berfikir lebih kreatif dan dapat menggunakan emosi untuk menyelesaikan masalah. Selain itu, Goleman menjelaskan terdapat lima elemen yang perlu diberi perhatian dalam kecerdasan emosi : i. Memahami emosi sendiri Seseorang individu perlu memahami emosi sendiri dalam sesuatu keadaan. Kita perlu melatih diri semenjak kanak-kanak supaya berupaya mentafsir keadaan emosi kita dalam sesuatu situasi. Individu juga harus berupaya membezakan emosi yang terlibat dalam sesuatu keadaan. ii. Kebolehan mengendalikan emosi Kebolehan mengendalikan emosi adalah sesuatu yang agak sukar. Pengendalian emosi memerlukan latihan dalam zaman kanak-kanak. Individu juga harus berupaya membezakan emosi yang terlibat dalam sesuatu keadaan. iii. Memotivasikan diri Kecerdasan emosi akan dapat dipertingkatkan apabila seseorang individu dapat mendorong dan memotivasikan dirinya untuk membina emosi yang stabil dan seimbang. Orang lain hanya dapat member nasihat dan dorongan tetapi semuanya bergantung kepada individu untuk membuat pilihan.

20

iv.

Menyedari emosi orang lain Emosi setiap individu berbeza berdasarkan pelbagai faktor. Kadangkadang dalam satu situasi yang sama,, individu yang berlain mempunyai emosi yang berlainan. Oleh itu, kita perlu peka dengan emosi yang berlainan. Oleh itu, kita perlu peka dengan emosi individu lain yang berada di persekitaran dan berkaitan dengan kita.

v.

Mengendalikan hubungan dengan orang lain. Kita sedar setiap individu mempunyai pelbagai emosi yang dibentuk hasil daripada interaksi dengan diri sendiri dan persekitaran. Oleh itu, bagi memperoleh kesan yang positif dalam hubungan dengan individu lain secara formal atau informal, individu tersebut haruslah bijak

mengendalikan emosi orang lain. Menurut Carolyn Saarni (Santrock,2007) untuk menghasilkan individu yang mempunyai kecerdasan emosi, beberapa kemahiran personal dan social harus dipraktikan. Antaranya :

21

Kemahiran 1. Kesedaran emosi diri sendiri.

Contoh Boleh membezakan emosi diri dalam pelbagai keadaan.

2. Mengenalpasti emosi orang lain 3. Menggunakan menggambarkan relevan dihadapi. dengan perkataan emosi situasi

Memahami keadaan emosi orang lain. perkataan yang

yang Menggunakan

yang menggambarkan emosi dalam situasi yang tertentu dengan tepat dan sesuai.

4. Berempati dan simpati dengan Sensitif terhadap perasaan orang lain keadaan yang dialami oleh orang yang sedang kecewa atau berduka. lain. 5. Menyedari bahawa emosi Seseorang yang sedang marah tidak menunjukkan kemarahan

dalaman tidak semestinya diluah semestinya secara luaran. secara fizikal.

6. Mengawal emosi negatif dengan Mengawal marah dengan meniggalkan meregulasikan emosi tersebut. situasi yang menyebabkan emosi

tersebut atau fikirkan perkara-perkara yang boleh meredakan perasaan marah. 7. Sedar tentang keupayaan emosi Menunjukkan yang dapat mempengaruhi seseorang kemarahan rakan mungkin kepada boleh

sesuatu hubungan.

menjejaskan persahabatan.

5.3 REGULASI EMOSI Regulasi emosi melibatkan cara yang berkesan untuk mengawal ledakan emosi supaya individu boleh mengawal diri dalam sesuatu keadaan : Cara untuk meregulasikan emosi : i. Bermula dari punca luaran kepada punca dalaman, Bayi bergantung kepada punca luaran seperti ibubapa dan penjaga untuk menenangkan emosi mereka. Latihan harus diberikan kepada anak-anak supaya dapat meregulasikan emosi mereka sendiri secara dalaman bukan melalui orang lain.

22

ii.

Strategi kognitif Menggunakan strategi kognitif untuk meregulasikan emosi. Contoh, anggap cabaran sebagai sesuatu yang positif atau jangan fokuskan fikiran ke arah situasi yang membangkitkan emosi negatif.

iii.

Ledakan emosi Ledakan emosi berlaku apabila seseorang individu tidak dapat mengawal emosinya. Apabila emosi tidak dapat dikawal, individu akan melakukan perbuatan-perbuatan di luar batasan seperti tidak dapat bersabar apabila inginkan sesuatu, terlalu marah atau tidak dapat megawal rasa sedih. Dengan kematangan dan sokongan daripada ibubapa dan guru kanakkanak harus dibimbing suapay dapat mengawal ledakan emosi.

iv.

Memilih dan mengawal situasi dan perhubungan Semakin meningkat usia kanak-kanak, mereka sepatotnya beruapay memilih situasi dan hubungan yang boleh mengurangkan emosi negatif. Bantu kanak-kanak untuk memilih situasi yang mendatangkan faedah dan emosi yang positif kepada perkembangan mereka.

v.

Menangani stress Kanak-kanak patut didedahkan dengan strategi mengawal dan menangani stress. Pendedahan awal tentang cara untuk meregulasikan stress dan emosi dapat membantu kanak-kanak menyesuaikan diri dengan

persekitaran. Ibubapa harus peka pada keadaan yang boleh membawa kepada stress kanak-kanak dan membantu kanak-kanak menanganinya.

5.4 PERKEMBANGAN EMOSI Perkembangan emosi beserta dengan pengalaman-pengalaman emosi yang dilalui dari peringkat bayi sehingga remaja. Bayi Terdapat dua kategori emosi pada bayi : a) Emosi utama Bermula pada enam bulan pertama seorang bayi. Antara emosi utama yang timbul ialah terkejut, gembira, marah, sedih, takut, benci dan berminat.
23

b) Emosi kesedaran diri Emosi yang tercetus oleh sebab-sebab tertentu seperti perasaan empati, cemburu, malu (timbul pada usia sekitar 1 tahun). Perasaan bangga, rasa bersalah (timbul pada usia sekitar 2 tahun).

Emosi utama menolong bayi berkomunikasi dengan persekitaran. Menangis dan tersenyum adalah antara ekspresi emosi yang pertama ditunjukkan bayi apabila berkomunikasi dengan penjaganya.

Menangis Bentuk komunikasi utama untuk bayi berhubung dengan persekitaran. Tangisan bayi yang pertama memberi makna paru-paru bayi sudah dipenuhi oleh udara. Kebanyakan ibubapa dapat mengenal tangisan bayi masing-masing samada ianya tangisan marah, sakit atau lapar. Mary Ainsworth (Santrock,2007) menekankan respons yang cepat dan

menenangkan bayi akan membina hubungan yang lebih erat antara ibubapa dengan bayinya. Ini disokong oleh pakar perkembangan kanak-kanak. Ibubapa atau penjaga patut member respons terhadapt tangisan bayi supaya menimbulkan rasa percaya bayi tersebut terhadap penjaganya seterusnya akan membuat dia rasa lebih selamat.

Senyuman Dua jenis senyuman : a) Senyuman reflektif. Tingkahlaku secara sendiri tanpa ransangan luar. Seperti bayi yang tersenyum sewaktu tidur. b) Senyuman bersosial. Tindakbalas dari ransangan luar yang bermula pada umur 2-3 bulan. John Bowlby (Santrock,2007) menegaskan, senyuman social bayi menunjukkan rasa selesa, selamat dan disayangi.

24

Ketakutan Bermula sekitar umur 6-18 bulan. Selalunya ia melibatkan keresahan dan ketakutan bila berdepan dengan orang yang tidak dikenali. Bayi menunjukkan ketakutan bila berdepan dengan orang yang tidak dikenali. Bayi menunjukkan ketakutan yang pelbagai terhadap orang yang tidak dikenali. Ada bayi yang menunjukkan rasa kurang takut. Kebanyakkan bayi akan rasa kurang takut pada orang asing/tidak dikenali sekiranya dia berada dalam situasi yang biasa baginya atau ketika berada bersama dengan orang yang dikenali (ibubapa/panjaga).

Awal kanak-kanak Lebih kepada emosi yang berbentuk kesedaran kendiri seperti rasa bangga, malu dan rasa bersalah. Ia bermula sekitar umur 2 tahun. i. Bangga : eksperis kanak-kanak apabila berada dalam keadaan gembira di atas kejayaan melakukan sesuatu. ii. Malu : timbul apabila kanak-kanak merasakan mereka tidak dapat mencapai matlamat/kemahiran yang mereka inginkan. iii. Rasa bersalah : apabila kanak-kanak mendapati apa yang mereka lakukan berakhir dengan kegagalan.

Ciri-ciri kanak-kanak pada peringkat ini yang mula memahami emosi : i. ii. iii. Mempunyai peningkatan dalam perbendaharaan emosi. Boleh melabel emosi dengan tepat terhadap dirinya dan emosi orang lain. Boleh bercakap tentang akibat sesuatu emosi dan boleh mengenal pasti kaitan emosi dengan situasi tertentu. iv. Menggunakan bahasa emosi semasa bermain.

Ibubapa, guru dan orang dewasa boleh menolong kanak-kanak memahami dan engawal emosi. Bercakap dan berkomunikasi dengan kanak-kanak boleh menolong mereka menangani perasaan amlu, bersalah, sedih dan marah. Kanak-kanak patut diberi pendedahan tentang cara mengawal emosi. Contoh : mengawal perasaan marah apabila kanak-kanak lain ingin berkongsi alat permainan.

25

Peringkat pertengahan dan akhir kanak-kanak Perubahan-perubahan dalam perkembangan emosi pada peringkat ini : Lebih berkebolehan untuk memahami emosi-emosi yang lebih kompleks seperti bangga diri dan malu. Kanak-kanak pada peringkat ini sudah boleh mengadaptasi emosi-emosi tersebut pada situasi-situasi yang relevan. Memahami bahawa lebih daripada satu emosi boleh timbul dalam sesuatu keadaan. Lebih menitikberatkan situasi-situasi yang membangkitkan emosi.

Memahami situasi-situasi yang memerlukan perhatian. Lebih berjaya mengawal emosi-emosi negatif. Mempunyai keupayaan untuk mengawal tingkahlaku akibat daripada emosi negatif. Mempunyai initiatif untuk menukar emosi-emosi tertentu kepada bentuk yang lebih bermanfaat.

Ciri-ciri kefahaman emosi pada peringkat ini ialah : a) Boleh berkomunikasi tentang emosi yang dialami dan boleh

memahami hubungan emosi dengan situasi yang dialami. b) Memahami bahawa sesuatu situasi boleh mengakibatkan emosi yang berlainan pada individu yang berlainan. c) Menyedari bahawa emosi terhadap sesuatu perkara boleh kekal lama selepas perkara itu berlalu. d) Menunjukkan kesedaran tentang cara mengawal dan mengurus emosi berdasarkan keperluan social.

Remaja Alam remaja memang terdedah kepada pergolakan emosi. Ketidakstabilan emosi sering meningkat di peringkat remaja.mereka boleh menunjukkan kegembiraan pada satu ketika dan tiba-tiba boleh menjadi moody. Mereka selalu merajuk dan tidak tahu bagaimana untuk meluahkan emosi mereka. Selalunya mereka akan melepaskan emosi negative kepada ibubapa atau orang yang terdekat sebagai satu helah bela diri iaitu mengalihkan sesuatu perasaan kepada orang lain. Perubahan emosi secara mendadak ini mungkin disebabkan perubahan hormone kematangan.
26

Orang dewasa harus memahami perubahan yang dialami oleh remaja. Berbincang dengan remaja cara-cara yang boleh digunakan untuk mengawal emosi dan sentiasa meluangkan masa untuk mendengar luahan perasaan mereka. PERLEKATAN ATTACHMENT Perlekatan atau Attachment merupakan satu hubungan yang yang rapat dan mesra dengan orang-orang istimewa dalam kehidupan kita. Kita gembira berinteraksi dengan orang-orang ini. Mereka berupaya menenangkan kita apabila kita berada dalam keadaan stress. Seawal usia enam bulan, seorang bayi sudah mula menunjukkan attachment kepada individu-individu yang menjaga keperluan asas mereka. Mereka sudah mula mengenal individu tersebut, sudah boleh memilih untuk bersama dengan individu ini dan mula mencuri perhatian mereka supaya didekati. Contoh : Bayi apabila melihat ibunya memasuki bilik akan tersenyum dan meminta untuk diangkat. Apabila diangkat mereka akan berpaut rapat dengan ibunya. John Bowlby (Berk,2003), antara yang pertama mengaplikasikan idea hubungan antara bayi dengan penjaga. Menurut kajian, beliau mendapati terdapat implikasi yang jelas daripada hubungan ini terhadap perasaan selamat dan kepercayaan seorang kanak-kanak. Menurut Bowlby, hubungan antara bayi dengan penjaga mempunyai tarikan semulajadi. Hubungan ini akan bertambah mesra, berkembang selaras dengan perkembangan emosi dan kognitif kanak-kanak. Perlekatan dilihat mempunyai empat fasa : i. Fasa 1 (dari lahir hingga 6 minggu) Peringkat membina hubungan. Bayi membina hubungan dengan senyuman, gapaian, tangisan atau renungan kepada individu-individu yang menjaga atau yang berada dekat dengannya. Hubungan penjaga seperti dakapan, pelukan, berada dekat dengan bayi akan menimbulkan perasaan selesa dan selamat pada bayi tersebut. Pada tahap ini, bayi sudah dapat mengenal bau ibu/penjaganya. Walaubagaimanapun perlekatan atau attachment masih belum dibentuk, oleh itu mereka tidak kisah sekiranya ditinggalkan dengan orang yang tidak dikenali.

27

ii.

Fasa II (6-8 bulan hingga 18 bulan-2 tahun) Mula memberi tindakbalas yang berbeza terhadap penjaga berbanding dengan orang yang tidak dikenali. Contoh : Mereka lebih senang dipujuk, tersenyum dan ketawa apabila berada dengan penjaganya. Mereka mula belajar bahawa tindakan yang mereka lakukan boleh memberi kesan kepada orang di persekitaran. Contoh : Apabila mereka menangis penjaga akan mengangkat dan memberi susu. Dari sini akan timbul rasa kepercayaan dan jangkaan terhadap penjaga mereka. Walaupun mereka mula mengenali penjaga mereka, bayi pada peringkat ini maish tidak protes apabila dipisahkan daripada penjaga.

iii.

Fasa III (6-8 bulan hingga 18 bulan-2 tahun) Perlekatan sudah terbentuk dalam fasa ini. Bayi menunjukkan kebimbingan apabila dipisahkan. Keresahan ini juga bergantung kepada keadaan, tabiat dan tingkahlaku orang disekeliling. Selain itu, daripada memprotes apabila ditinggalkan mereka juga menunjukkan tingkahlaku ingin rapat dengan penjaga seperti mengekor penjaga, ingin didukung dan berpaut dengan penjaganya. Selalunya dengan kehadiran penjaga mereka akan merasa selamat untuk bermain dan meninjau persekitaran.

iv.

Fasa IV (18bulan hingga 2 tahun ke atas) Pada akhir ini, dengan penguasaan kemahiran berbahasa menolong kanakkanak memahami situasi antara mereka dengan penjaga. Mereka mula memahami mengapa mereka perlu ditinggalkan sementara. Mereka sudah pandai bertolak ansur dengan penjaga apabila ingin ditinggalkan. Contoh : Minta untuk dibawa bersiar-siar sebelum ibu keluar bekerja.

Menurut Bowbly, selepas melalui empat fasa ini, kanak-kanak mula membentuk satu hubungan mesra dengan penjaga. Hubungan ini akan memberi mereka asas perlindungan dan harapan apabila ketiadaan penjaga tersebut. Imej penjaga ini akan menjadi sebagai model, pendorong kepada hubungan-hubungan yang akan datang.

28

Kualiti perlekatan berbeza antara kanak-kanak. Walaupun perlekatan berlaku antara kanak-kanak dengan penjaga, terdapat pelbagai reaksi kanak-kanak akibat dari hubungan ini. Ada kanak-kanak yang merasa yakin dan selamat terhadap perlekatan dengan penjaga. Tetapi ada juga kanak-kanak yang merasa resah dan tidak pasti terhadap hubungan yang dibentuk. Mary Ainsworth mendefinisikan perlekatan sebagai kemesraan yang terjalin antara ibubapa atau penjaga dengan bayi. Beliau kemudian membuat kajian untuk mengukur kekuatan perlekatan antara ibu dengan bayi. Untuk ini, beliau telah merangka satu eksperimen yang digelar Strange Situation di mana dalam situasi ini bayi diletak dalam keadaan yang boleh menimbulkan stress kepada bayi tersebut. Eksprimen ini sesuai untuk kanak-kanak yang berusia antara 11 bulan hingga 2 tahun yang sudah memahami tentang erti takut atau stress apabila ditinggalkan oleh ibu atau penjaga. Kanak-kanak akan dibiarkan mengalami keresahan akibat ditinggal manakala kelakuan mereka apabila berjumpa semula dengan ibu diperhatikan. Hasil daripada pemerhatian ini akan mencirikan jenis perlekatan yang dialami oleh kanak-kanak tersebut. Menurut Mary Ainsworth (Berk,2003), sekiranya perkembangan perlekatan berlaku dengan baik, bayi dan kanak-kanak akan menjadikan ibubapa atau penjaganya sebagai asas untuk merasa selamat dan yakindalam situasi. Mereka akan merasa lebih selesa dengan ibubapa atau penjaga berbanding dengan orang yang beru dikenali. Seperti yang diringkaskan dalam jadual 3 di bawah, strange situation dijalankan melalui lapan episod penden yang melibatkan perpisahan sementara dan pertemuan semula antara bayi dan penjaga, juga tindakbalas bayi terhadap orang yang tidak dikenali.

29

Perkembangan Sosial Emosi Perlakuan attachment yang diperhatikan 1 Pengkaji memperkenalkan penjaga dan bayi kepada bilik permainan. 2 Penjaga duduk dan membiarkan bayi Penjaga bermain dengan alat permainan 3 sebagai asas

Episod

Situasi

untuk berasa selamat. terhadap orang

Orang yang tidak dikenali masuk, Reaksi duduk penjaga. dan bercakap

dengan yang tidak dikenali.

Penjaga keluar. Orang yang tidak Kebimbingan akibat tidak dikenali memberi respon kepada bayi dikenali. dan cuba menenangkan bila perlu.

Penjaga masuk, menyapa bayi dan Reaksi

apabila

penjaga

sekiranya perlu memujuk bayi. Orang masuk semula. yang tidak dikenali keluar. 6 Penjaga keluar. Bayi ditinggalkan Kebimbingan bersendirian. 7 ditinggalkan. akibat

Penjaga masuk semula, menyapa Reaksi terhadap pertemuan bayi, menenangkan sekiranya perlu semula dengan penjaga. dan memujuk bayi untuk bermain semula.

Tindakbalas daripada eksperimen ini menunjukkan empat variasi perlekatan. Satu hubungan perlekatan membawa kepada rasa selamat dan tiga hubungan yang membawa kepada rasa tidak selamat dan tidak yakin.

i.

Perlekatan yang membawa kepada rasa selamat dan yakin (Secure attachment). Bayi dalam kategori ini menggunakan ibubapa/penjaga sebagai asas untuk rasa selamat. Apabila ditinggalkan, mereka mungkin menangis atau mungkin tidak menangis. Sekiranya menangis ini adalah akibat perpisahan dengan
30

penjaga kerana pilihan mereka lebih kepada penjaga berbanding dengan orang yang tidak dikenali. Apabila penjaga masuk semula, dengan segera mereka mendapatkan penjaga dan keresahan dan tangisan mereka akan berkurangan. Ibubapa kepada kanak-kanak yang mempunyai perlekatan ini selalunya meluangkan lebih banyak masa dengan anak-anak. Mereka bertindakbalas dengan cepat terhadap keperluan anak-anak. Kajian menunjukkan kanakkanak yang mempunyai perlekatan yang selamat lebih mempunyai rasa empati, kurang agresif dan lebih matang berbanding dengan kanak-kanak dalam jenis perlekatan yang lain.

Jadual 4 : Ciri-ciri individu yang mempunyai perlekatan selamat dan yakin Kanak-kanak Boleh dipisahkan daripada ibubapa Dewasa Beruapaya menjalin hubungan yang berkekalan dan boleh dipercayai Ibubapa sebagai asas untuk merasa Mempunyai konsep kendiri yang baik selamat apabila melalui pengalaman yang menakutkan Menunujukkan apabila ibubapa Menunjukkan kecendurungan kepada Memerlukan sokongan sosial ibubapa berbanding dengan orang luar emosi yang positif Boleh berkongsi perasaan engan semula dengan rakan dan teman

bertemu

ii.

Perlekatan penghindaran (Avoiding attachment) Bayi dalam kategori ini menunjukkan kurang tindakbalas dengan penjaga. Apabila ditinggalkan oleh penjaga, mereka selalunya tidak resah dan mereka menunjukkan tindakbalas yang hamper sama antara penjaga dengan orang yang tidak dikenali. Apabila penjaga masuk semula, mereka kadang-kadang menghindari penjaga atau mengambil masa yang perlahan untuk mebina semula hubungan dengan penjaga.

31

Kanak-kanak

yang

mempunyai

perlekatan

ini

selalunya

akan

cuba

menghindari ibubapanya. Kelakuan ini berlaku mungkin disebabkan mereka diabaikan atau ditinggalkan dalam jangkamasa yang lama. Mereka tidak menunjukkan kecenderungan untuk bersama dengan ibubapa atau orang luar. Jadual 5 : Ciri-ciri individu yang mempunyai perlekatan menghindari Kanak-kanak Dewasa

Mungkin akan mengelak daripada Akan mempunyai masalah dalam ibubapa hubungan mesra menunjukkan hubungan perasaan atau

Tidak cenderung untuk rapat atau Kurang mesra dengan ibubapa dalam

social

hubungan intim Tidak membezakan antara orang luar Tidak dengan ibubapa boleh atau tidak mahu

berkongsi perasaan dengan orang lain.

iii.

Perlekatan penolakan (Resistant attachment) Sebelum eksperimen, bayi menunjukkan hubungan yang rapat dengan penjaga dan tidak mahu bermain. Bila penjaga masuk kembali selepas ditinggalkan, bayi/kanak-kanak menunjukkan rasa marah, tingkahlaku yang agresif seperti menolak dan memukul penjaga. Mereka juga akan terus menangis dan berpaut rapat dengan penjaga dan susah untuk dipujuk. Kanak-kanak daripada perlekatan ini mempunyai perasaan cemas yang sangat tinggi terhadap orang luar. Corak perlekatan jenis ini dikaitkan dengan kurang keupayaan ibu menunjukkan perasaan keibuan terhadap anak. Apabila di sekolah, guru akan mendapati kanak-kanak jenis ini menjadi terlampau bergantung dan tidak boleh berdikari.

32

Jadual 6 : Ciri-ciri individu yang mempunyai perlekatan menolak Kanak-kanak Takut dengan orang luar Dewasa Menolak untuk rapat dengan orang lain Menjadi sangat resah apabila Mempunyai perasaan bombing dan takut tidak disayangi oleh pasangan dipujuk walaupun Menjadi sangat murung apabila

ditinggalkan Sukar untuk

dengan kehadiran ibubapa

sesuatu hubungan berakhir.

iv.

Perlekatan yang kucar kacir (Disorganized/disoriented attachment) Corak perlekatan ini menunjukkan tahap perasaan yang tidak selamat pada peringkat yang paling tinggi. Apabila penjaga masuk semula, bayi menunjukkan tingkahlaku yang mengelirukan dan berlwanan. Mereka mungkin akan memandang ke tempat lain apabila diangkat oleh penjaga atau mendekati penjaga dengan emosi yang tertekan atau hambar. Mimic muka mereka kelihatan keliru da nada juga yang tidak menunjukkan apa-apa reaksi. Kanak-kanak yang mempunyai perlekatan yang kucar-kacir selalunya menunjukkan tingkahlaku yang berbeza-beza. Menurut kajian, tingkahlaku ini terhasil terhasil akibat daripada jagaan dan tingkahlaku yang tidak konsisten yang ditunjukkan ibubapa. Sebagai contoh : kadang-kadang kanak-kanak ini disayangi tetapi ada masa mereka dimarah atau didera. Oleh itu, mereka keliru dengan peranan ibubapa itu sendiri.

Jadual 7 : Ciri-ciri yang mepunyai perlekatan kucar kacir Awal kanak-kanak Menunjukkan tingkahlaku penghindaran Kelihatan keliru, cemas dan bingung Mereka yang menjaga ibubapa campuran penolakan Akhir kanak-kanak antara Mengambil alih tugas ibubapa dan

33

Faktor-faktor yang mempengaruhi

1. Peluang untuk perlekatan. Kehadiran penjaga yang tetap dan memberi sepenuh perhatian memberi kesan yang baik terhadap perlekatan. Sebaliknya sekiranya penjaga tidak memberi perhatian atau kerap bertukar penjaga peluang untuk perlekatan akan berkurangan.

2. Kualiti asuhan Mengikut kajian, bayi yang dijaga oleh ibu yang prihatin, dengan jagaan yang konsisten dan sesuai dengan keperluan bayi serta selalu mendakap bayi dengan mesra boleh membawa kepada perasaan selamat dan yakin diri (perlekatan yang selamat attachment security) berbanding dengan ibu yang jarang memeluk, bersikap negatif, pemarah akan menghasilkan kanak-kanak yang mempunyai rasa tidak selamat dan tidak yakin diri (perlekatan yang tidak selamat insecurely attachment)

3. Kelakuan bayi Bayi pramatang, mempunyai masalah kesihatan dan memerlukan penjagaan rapi boleh mengakibatkan pelekatan atau attachment sukar dijalinkan. Tetapi sekiranya ibubapa memahami keadaan bayi, mempunyai masa dan kesabaran, melayan abyi dengan penuh kasih sayang dan tidak membezakan bayi, perlekatan yang selamat atau attachment security dapat dihasilkan.

4. Situasi keluarga Keluarga yang berpendapat rendah dan tertekan boleh membawa kepada rasa tidak selamat bayi (attachment insecurity). Keluarga yang bermasalah, penceraian, dibunag kerja, ibubapa yang mengalami masalah emosi akan memberi tekanan dan kesan kepada bayi. Emosi ibubapa yang marah, kecewa dan stress akibat masalah keluarga akan menimbulkan rasa tidak selamat pada diri bayi. Ia akan membawa kesan yang lebih buruk terhadap anak-anak sekiranya ibubapa melepaskan emosinya ke atas anak-anak.

34

5. Pengalaman ibubapa Pengalaman/sejarah perkembangan ibubapa mempengaruhi hubungan

ibubapa dengan bayi. Ibubapa yang mempunyai sejarah perkembangan yang baik dan mempunyai hubungan yang baik dengan ibubapa mereka sendiri akan memberi layanan yang sama kepada bayi mereka. Pada zaman kanakkanak ibubapa ini mempunyai perlekatan yang selamat, oleh itu mereka juga akan menunjukkan hubungan yang sama dengan bayi mereka. Bayi mereka akan merasa selamat dan terjamin (attachment security). Ibubapa yang kurang menghargai hubungan dengan ibubapa masing-masing atau mempunyai perasaan dendam terhadap ibubapa masing-masing atau yang berhadapan dengan masalah emosi yang tidak sesuai (kehilangan orang yang disayangi) akan memberi impak kepada bayi. Ibubapa ini kurang boleh menjalinkan hubungan mesra dengan bayi mereka. Hasilnya bayi tersebut akan merasa kurang yakin dan tidak selamat (attachment insecurity)

PERKEMBANGAN MORAL Perkembangan moral melibatkan perubahan pemikiran, perasaan dan tingkahlaku terhadap nilai kebenaran atau kesilapan. Ia mempunyai dimensi intrapersonal yang melibatkan regulasi dalaman seseorang individu dan dimensi intrapersonal yang melibatkan interaksi social dengan orang di persekitaran. Pemikiran, tingkahlaku, perasaan dan personality seseorang saling berkait dalam penilaian moral seseorang individu.

Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan moral.

Institusi kekeluargaan Pada peringkat permulaan perkembangan, kanak-kanak mencuba untuk memahami konsep moral. Cubaan ini perlu dibantu dengan tunjukajar daripada orang dewasa (ibubapa dsb) dalam sesebuah institusi kekeluargaan supaya kanak-kanak dapat menunjukkan dan menaakul perlakuan moral yang seimbang. Ibubapa bertanggungjawab memberi asuhan yang baik dan membimbing anak-anak untuk menjadi individu yang harmonis. Kanak-kanak bertanggungjawab mematuhi nilai-nilai yang baik yang diajar oleh ibubapa serta menjalin hubungan yang positif dengan ibubapa. Saling menyedari dan mematuhi tanggungjawab ini boleh
35

menyumbang kepada perkembangan moral kanak-kanak yang positif. Daripada segi kualiti hubungan, perlekatan yang selamat secure attachment memainkan peranan yang penting dalam perkembangan moral kanak-kanak. Melalui perlekatan yang selamat kanak-kanak dapat memahami dan

mengaplikasikan kehendak atau etika-etika moral yang diterapkan oleh ibubapa. Cara ibubapa mendisplinkan anak-anak juga memainkan peranan penting dalam perkembangan moral kanak-kanak. Terdapat beberapa corak mendisplinkan anakanak yang boleh digunakan oleh ibubapa :

i.

Menjarakkan kasih saying (Love withdrawal) Satu teknik dimana ibubapa menjarakkan perhatian atau kasih sayang terhadap anaknya seperti tidak bercakap atau menyatakan rasa tidak gemar/tidak suka terhadap perbuatannya.

ii.

Menunjukkan kuasa Ibubapa menunjukkan kuasanya sebagai ibubapa dalam mengawal perlakuan atau mengambil tindakan ke atas perlakuan anaknya.

iii.

Dorongan Ibubapa mendorong kanak-kanak memikirkan sebab dan menerangkan akibat dari perbuatannya.

Martin Hoffman (Berk,2003) menegaskan teknik menjarakkan kasih saying dan menggunakan kuasa akan membangkitkan ketegangan emosi kanak-kanak. Menjarakkan kasih sayang boleh menimbulkan keresahan kepada kanak-kanak dan penggunaan kuasa akan membangkitkan rasa benci dan permusuhan dengan ibubapa. Dalam kedua-dua keadaan di atas, penerangan atau nasihat ibubapa tentang perlakuan anaknya tidak akan mendatangkan kesan kepada kanak-kanak terutama dalam teknik penggunaan kuasa di mana ibubapa mungkin tidak dapat mengawal emosi. Teknik penggunaan kuasa ini juga tidak begitu digalakkan kerana ia seolaholah menjadi model kepada kanak-kanak untuk menggunakan kekerasan/ugutan bagi menyelesaikan masalah. Sebaliknya teknik dorongan dilihat kuran membangkitkan ketegangan emosi kanakkanak. Dengan teknik ini, kanak-kanaklebih difokuskan kepada akibat yang akan dialami daripada perbuatannya bukannya focus ke atas kesalahan yang dilakukan.

36

Teknik ini juga menggalakkan kanak-kanak menaakul dan berfikir tentang perlakuannya. Secara keseluruhan, teknik dorongan lebih membawa kepada perkembangan moral yang positif di kalangan kanak-kanak. Strategi proaktif juga boleh digunakan oleh ibubapa untuk mengelak dari tingkahlaku bermasalah berlaku. Dengan kanak-kanak yang masih kecil, strategi proaktif digunakan untuk mengalih perhatian kanak-kanak daripada situasi yang bermasalah atau mengalih perhatian mereka kepada aktiviti alternatif yang lain. Dengan kanak-kanak yang lebih berusia, ibubapa boleh menerangkan atau berbincang dengan mereka tentang tingkahlaku tersebut.

Ciri-ciri ibubapa yang boleh membantu perkembangan moral kanak-kanak. a) Menunjukkan kemesraan dan memberi sokongan bukannya hukuman. Berikan sebab mengapa sesuatu perkara tidak patut dilakukan dan beri sokongan kepada setiap perlakuan yang baik yang ditunjukkan oleh kanakkanak. b) Menggunakan teknik dorongan dalam mendisplin anak-anak. Memberi dorongan kepada anak-anak untuk memberi sebab dan akibat daripada perbuatan yang dilakukan. c) Memberi peluang kepada kanak-kanak belajar tentang perasaan daripada perspektif orang lain. Asuh anak-anak untuk menilai perasaan orang lain. Nilai empati perlu ditanamkan semenjak kecil. d) Melibatkan kanak-kanak dalam proses membuat keputusan tentang

perlakuan moral yang dipersetujui. Tanya pendapat anak-anak semasa membuat sesuatu keputusan dan rujuk kepada keputusan yang telah dipersetuji bersama semasa mengambil sesuatu tindakan. e) Menunjukkan contoh perlakuan moral yang baik. Ibubapa menunjukkan contoh dan teladan yang patut anak ikuti. f) Memberi maklumat tentang perlakuan moral yang diingini dan yang tidak diingini. Menyatakan dengan jelas apa yang perlu dan tidak harus dilakukan oleh anak-anak. g) Mengembangkan kesedaran moral secara intrinsic.

37

Sekolah Perkembangan dalam perkembangan kanak-kanak.

a) Kurikulum tersembunyi. Kurikulum persekolahan kebangsaan, KBSR dan KBSM telah

mengaplikasikan penerapan nilai-nilai murni merentasi kurikulum. Walaupun nilai-nilai ini diajar dalam subjek pendidikan Agama Islam dan Moral, nilai-nilai murni ini juga merupakan kurikulum tersembunyi untuk subjek-subjek lain. Setiap guru yang mengajar mana-mana subjek harus menerapkan nilai-nilai murni secara tersembunyi (implisit) dalam strategi dan isi kandungan pengajaran dan pembelajaran mereka. b) Pembinaan Modal Insan. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk menghasilkan insan yang harmonis dan seimbang dalam semua sudut, pembinaan modal insan ini menjadi antara agenda utama dalam

merealisasikan hasrat ini. Banyak aktiviti-aktiviti yang diimplementasikan di sekolah untuk pembinaan modal insan selain daripada melengkapi kanakkanak dengan ilmu pengetahuan akademik. Seperti aktiviti ko-kurikulum, khemah-khemah ibadat dan motivasi, bulan moral dan nilai-nilai murni, bengkel-bengkel kemahiran berfikir, mengawal emosi dan sebagainya. c) Sekolah Penyayang Budaya sekolah penyayang diterapkan di mana kesemua murid sekolah adalah penting dan perlu diberi layanan yang sama rata. Hubungan gurumurid bukan hanya setakat pemberi ilmu tetapi juga mengambil peranan ibubapa. Guru menjadi pembimbing dan pendengar yang baik. Memberi nasihat dan megatur strategi yang sesuai apabila berhadapan dengan murid yang bermasalah. d) Iklim sekolah Lebih kepada amalan demokrasi di mana pandangan dan saranan murid diambil kira. Murid-murid juga perlu diberi peluang menerangkan sebab salahlaku. Guru-guru sentiasa membincangkan sebab-sebab dan akibat yang akan mereka hadapi sekiranya melanggar etika bilik darjah atau sekolah dan bukannya terus memberi hukuman. Persekitaran sekolah yang tenang tanpa ugutan boleh membangkitkan rasa selamat di kalangan murid-murid.
38

e) Khidmat sukarela Mengadakan program-program seperti pembimbing rakan sebaya, program lawatan ke rumah-rumah kebajikan, menjadi pembantu sukarela di rumahrumah anak yatim, orang tua, hospital atau membantu secara sukarela membersihkan kawasan soekolah. Peranan khidmat sukarela sebegini membantu pelajar supaya tidak mementingkan diri sendiri dan memberi kesedaran kepada mereka bahawa ramai lagi golongan yang tidak bernasib yang memerlukan bantuan. Murid-murid yang terlibat dalam program sebegini selalunya mempunyai kesedaran kendiri yang tinggi, menunjukkan rasa tanggungjawab dan menunjukkan kemahiran bersosial yang baik.

6.0 TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN IMPLIKASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 6.1 TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET Jean piaget ialah ahli psikologi Switzerland yang telah cuba menjelaskan tentang kaedah manusia mempersepsi ilmu dan membina hipotesis. Dia juga menjelaskan bagaimana minda manusia skemata dan menlaksanakan proses asmilasi dan akomodasi dalam membina ilmu. Beliau mengasaskan teori perkembangan kognitif manusia melalui peringkat-peringkat perkembangan. Menurut Piaget, proses pemikiran kita berubah secara menyeluruh bermula selepas lahir sehinga kita mancapai kematangan. Setiap individu akan sentiasa mencuba untuk memahami dan mengadaptasi perubahan-perubahan yang berlaku di persekitaran mereka. Piaget mengenalpasti empat faktor yang saling berkait yang boleh mempengaruhi proses pemikiran individu. I. Kematangan biologi Proses pemikiran yang sipengaruhi oleh faktor baka atau genetik II. Interaksi individu dengan persekitaran

39

Individu berinteraksi dengan persekitaran untuk memahami perkara-perkara yang berlaku. Mereka akan meneroka, menguji, memerhati dan menyususn maklumat yang didapati III. Pengalaman sosial Perkembangan kognitif yang dipengaruhi oleh pergaulan individu dengan orang-orang di persekitaran : ibu bapa, adik beradik, rakan-rakan dan sebagainya. IV. Keseimbangan Proses keseimbangan adalah merupakan salah satu cara yang digunakan oleh individu untuk mengadaptasi dengan situasi-situasi yang baru dialami.

PROSES MENCAPAI KESEIMBANGAN Menurut Piaget, setiap individu cenderung untuk memahami persekitaran mereka. Individu sentiasa cenderung untuk memahami sesuatu situasi, menyelesaikan sesuatu kekusutan. Kita akan berasa kurang selesa sekiranya berdepan dengan keadaa yang tidak menentu atau keadaan yang tidak dapat dijangka. Ketidakselesaan ini akan mendorong individu mencari penyelesaian atau

keseimbangan. Setiap kali individu memperolehi sesuatu pengalaman, mereka akan menyusun pengalaman-pengalaman tersebut dalam dalam minda masing-masing dalam membentuk satu system yang dipanggil skema. Proses penyusunan dan pembentukan skema ini dipanggil organisasi. Skema-skema ini akan digunakan oleh individu apabila mereka berdepan dengan sesuatu situasi yang memerlukan penyelesaian. Pembentukan skema bermula sebaik sahaja seseorang individu dilahirkan. Ia bermula dengan pembentukan skema yang mudah kemudian beransur kepada skema yang kompleks.

40

6.2 IMPLIKASI TERHADAP PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MENGAJAR KANAK-KANAK PERINGKAT OPERASI (2-7 tahun) a) Menggunakan bahan bantu mengajar yang konkrit b) Arahan yang diberikan haruslah pendek dan disertai dengan contoh. c) Kanak-kanak pada peringkat ini susah memahami sesuatu perkara daripada sudut pandangan orang lain d) Berhati-hati dengan pengguinaan perkataan pada peringkat ini. Kadang sesuatu perkataan membawa makna yang lain atau sesuatu perkataan boleh membawa pelbagai makna. Berbincang dengan ibu bapa atau penjaganya tentang frasa-frasa yang selalu digunakan di rumah. e) Beri peluang kepada kanak-kanak melakukan hands-on terhadapa sesuatu kemahiran. Peluang ini dapat meningkatkan keyakinan kanak-kanak untuk berdikari dna menguasai kemahiran. f) Sediakan pengalaman pembelajaran yang pelbagai. Selain dalam lingkunagn bilik darjah atau taska, bawa kanak-kanak untuk merasa pengalaman di luar bilik darjah. Pengenalan kepada flora, fauna, dan tempat-tempat sebenar akan memperkayakan ingatan dan fikiran kanak-kanak.

MENGAJAR KANAK-KANAK PERINGKAT OPERASI KONKRIT (7-11 tahun) a) Teruskan penggunaan bahan yang konkrit terutama untuk mempelajari kemahiran yang baru. Baha-bahan konkrit ini mestilah mempunyai ciri-ciri yang boleh menarik perhatian kanak-kanak. Penggunaan bahan-bahan yang ada di persekitaran kanak-kanak juga boleh membantu kanak-kanak mengaitkannya dengan perngetahuan sedia ada mereka. b) Beri peluang kepada pelajar untuk memanipulasi dan menguji objek-objek yang diajar. Bombing kanak-kanak untuk berfikir secara kreatif dan kritis. Biarkan mereka mencuba sendiri kemahiran yang dipelajari. c) Pastikan pembentangan dan pembacaan adalah ringkas dan tersusun. Pembentangan dan pembacaan juga boleh meningkatkan keupayaan berbahasa. Beri pelunag kepada kanak-kanak meluahkan idea. d) Gunakan contoh-contoh yang sesuai dan berkaitan dengan pengalaman pelajar untuk mengajar perkara-perkara yang lebih kompleks. Kaitkan
41

pengalaman mereka seperti program televisyen yang mereka gemar atau pengalaman seharian mereka denga pengajaran. Pengalaman membantu kanak-kanak untuk memahami perkara yang lebih kompleks. e) Perkenalkan soalan-soalan berbentuk penyelesaian masalah yang

memerlukan pemikiran logic dan analitik. Tunjukkan jalan penyelesaian mengikut langkah-langkah yang mudah dan sistematik.

MENGAJAR PERINGKAT OPERASI FORMAL (11 tahun ke atas) a) Gunakan bahan yang konkrit untuk mengillustrasikan konsep yang lebih kompleks b) Beri peluang kepada pelajar untuk meneroka alternatif penyelesaian dan membuat hipotesis. Dengan pendedahan yang diberikan pada peringkat sebelum ini, beri lebih banyak peluang untuk pelajar menyelasaikan masalah dengan sendiri. Bimbing pelajar untuk membuat andaian-andaian

penyelesaian. Galakkan pemikiran secara kritis dan kreatif c) Beri peluang kepada pelajar untuk menyelesaikan masalah serta memberi sebab kepada penyelesaian yang dikemukakan. Suruh pelajar bentangkan idea dan kritik idea yang dikemukakan d) Kemukakan konep yang luas dan tidak hanya terikat dengan fakta-fakta. Biarkan pelajar meneroka dan mengkaji sendiri konsep tersebut. Terima pendapat pelajar dan bombing pelajar untuk belajar menerima pendapat orang lain.

6.3 TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF LEV VYGOTSKY Lev Semenovich Vygotsky merupakan ahli psikologi Russia. Beliau mendalami bidang ilmu perubatan dan kemudian beralih kepada pengajian undang-undang dan pada masa yang sama mendalami bidang kesusasteraan. Penerbitan dan kajian beliau yang medapat perhatian bertajuk The Psychology of Art. Vygotsky percaya bahawa perkembangan kognitif individu berlaku dalam

persekitaran sosio budaya yang mempengaruhi tingkahlaku dan pemikiran individu.

42

Piaget melihat perkembangan kanak-kanak sebagai perkembangan kendiri di mana mereka meneroka, membentuk idea dan mengujinya secara individu. Lev Vygotsky memberi alternatif kepada idea Piaget tentang perkembang kognitif kanak-kanak di mana dia menekankan peranan sosial dan budaya dalam perkembangan minda kanak-kanak. Kebanyakan daripada pemikiran kognitif kanak-kanak, terhasil daripada interaksi social kanak-kanak dengan ibu bapa, guru, orang dewasa yang lain dan rakan sebayanya. Perkembang mental kanak-kanak terhad disebabkan oleh system biologi yang belum berkembang dan matang. Walaupun begitu persekitaran dan system lingkungan budaya kanak-kanak membantu mereka mengadaptasi perkembangn kognitif. Setiap budaya menerapkan cara hidup dan cara berfikir kepada kanakkanak. Menurut Vygotsky, dua faktor utama dalam perkembangan kognitif kanak-kanak ialah interaksi sosial dan kemahiran berbahasa. Pemikiran kanak-kanak

berkembang dari pergaulan dengan orang lain. Pergaulan dan interaksi yang bermakna ini selalunya berlaku antara kanak-kanak dengan individu yang lebih berpengetahuan daripadanya. Bagi Vygotsky, kanak-kanak tidak dapat membina pengetahuannya sendiri tentang persekitaran. Ia harus dibina melalui interaksi sosial dengan individu-individu yang berada di persekitarannya. Mereka akan bertindak memberi arahan, maklumbalas, dan membimbing kamunikasi kanak-kanak. Kanak-kanak kemudiannya akan menggunakan maklumat-maklumat ini dalam interaksi-interaksi yang lain iaitu mungkin sentiasa bermain atau apabila berdepan dengan situasi yang hampir sama di masa akan datang. Menurut Vygotsky, perkembangan kognitif individu berlaku dalam dua peringkat: i. Peringkat Sosial Maklumat atau pengetahuan individu diperolehi melalui interaksi individu dengan individu lain yang ada di persekitaran seperti ibu bapa, adik beradik, guru, rakan sebaya, keluarga terdekat, jiran. ii. Peringkat individu (peribadi)

43

Kebolehan individu menukar maklumat dan pengetahuan yang diperolehi daripada interaksi social kepada kefahaman individu. Maklumat yang diperolehi ini boleh menukar skemata individu.

Zon Perkembangan Proksimal Kepentingan interaksi dalam perkembangan kognitif kanak-kanak digambarkan oleh Vygotsky dalam konsep Zon Perkembangan Proksimal. Ia adalah sedih yang digunakan oleh Vytgotsky untuk menerangkan bagaimana kemahiran-kemahiran yang sukar untuk dilakukan oleh kanak-kanak boleh dijayakan dengan bantuan dan bimbingan orang dewasa atau rakan sebaya yang lebih mahir. a) Perancah (scaffolding) Konsep scaffolding berkait rapat dengan idea berkait rapat dengan Zon Perkembangan Proksimal. Scaffolding bermaksud mengubahsuai tahap sokongan yang diberikan. Semasa proses pengajaran berlaku, individu yang lebih

berkemahiran akan mengubahsuai tahap atau bantuan yang diberikan mengikut keupayaan pelajar. Apabila seseorang pelajar mempelajari kemahiran baru atau kemahiran yang sukar, guru mungkin akan memberi bimbingan penuh tetapi apabila pelajar sudah mula memahami, bimbingan yang diberi dikurangkan sehingga pelajar boleh menguasai kemahiran tersebut. (Santrock,2007) Perbualan dan interaksi adalah alat yang penting semasa proses perancah. Perbualan akan membantu pelajar menyusun konsep-konsep baru secara lebih sistematik dan bermakna dengan bantuan individu yang lebih mahir Menurut Vytgotsky, selain daripada komunikasi dengan orang lain untuk mempelajari kemahiran baru atau kemahiran yang lebih sukar, kanak-kanak juga berkomunikasi dengan diri mereka sendiri. Bercakap sendiri ini menolong kanak-kanak tersebut merancang dan mengawal tingkahlaku mereka sendiri. Bercakap sendiri ini cenderung berlaku pada kanak-

44

kanak berusia 3-7 tahun yang seterusnya akan berkembang di mana bercakap sendiri akan bertuksar menjadi komunikasi sendiri tanpa verbal. Akhirnya ia berubah menjadi suara hati atau dorongan pemikiran apabila dewasa kelak. Vytgotsky percaya kanak-kanak yang banyak bercakap sendiri mempunyai kemahiran sosial berbanding kanak-kanak yang kurang bercakap sendiri. Apabila kanak-kanak bercakap sendiri mereka menggunakan bahasa untuk mengawal tingkahlaku dan membimbing pemikiran mereka.

6.3.1IMPLIKASI PEMBELAJARAN

TEORI

VYTGOTSKY

KE

ATAS

PENGAJARAN

DAN

a) penilaian harus difokuskan untuk menentukan Zon Perkembangan Proksimal setiap kanak-kanak. Guru perlu memberi latihan yang berbeza kesukaran untuk menentukan tahap bimbingan yang sepatutnya diberi. Daripada hasil penilaian yang diberi rangka bimbingan yang sepatutnya diberikan kepada kanak-kanak. b) Gunakan Zon Perkembangn Proksimal di dalam pengajaran. Pada had atas tetapkan objektif untuk kanak-kanak capai. Objektif perlu pada tahp kesukaran yang lebih tinggi daripada pencapaian pelajar ketika itu. Guru memberi bantuan pada peringkat permulaan, kurangkan bantuan apabila kanak-kanak sudah mula menguasai kemahiran atau objektif yang hendak dicapai. Beri galakan dan semangat untuk kanak-kanak mencuba dan mengaplikasikan kemahiran supaya mencapai objektif. c) Menggalakkan bantuan daripada rakan sebaya yang sudah mahir. Guru menggunakan strategi pengajaran koperatif dan kolaboratif serta pengajaran secara berkumpulan. Bentukkan kumpulan heterogenus di mana kanak-kanak dengan tahap kemahiran yang pelbagai diletakkan dalam satu kumpulan. Kanak-kanak boleh mendapatkan bantuan dan sokongan daripada rakan-rakan yang sudah memahami konsep yang diajar. d) Kawal dan galakkan sesuatu kanak-kanak masalah.
45

bercakap Bimbing

sendiri

semasa untuk

menyelesaikan

kanak-kanak

merealisasi idea semasa bercakap sendiri ke dalam situasi yang memerlukan penyelesaian. e) Beri arahan yang bermakna. Seboleh-bolehnya kaitkan pengajaran dengan kehidupan seharian. Kurangkan penghafalan, bombing pelajar mengaplikasi pengetahuan kepada pengalaman sebenar

7.0 TEORI PERKEMBANGAN BAHASA DAN IMPLIKASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 7.1 TEORI DALAM KEMAHIRAN BAHASA Perspektif Behavioris Mengikut mazhab behavioris, peneguhan penting dalam perkembangan bahasa. Skinner menyatakan ibu bapa memainkan peranan penting dalam menyediakan perbendaharaan kata yang betul kepada anak-anaknya. Ibu bapa atau pejaga kanak-kanak boleh membantu perkembangan bahasa kanak-kanak dengan memberi peneguhan yang sesuai setiap kali kanak-kanak menyebut perkataan atau ayat dengan betul dan difahami. Setiap gerak balas, atau tingkahlaku yang menggunakan bahasa diteguhkan. Kanak-kanak akan lebih gemar bercakap apabila ibubapanya seringkali memuji dan meeguhkan percakapan beliau. Ibubapa boleh memberi tindakbalas dengan melakukan gerak balas selaras dengan percakapan kanak-kanak, memuji apabila dapat menyebut sesuatu dengan betul atau berinteraksi dengan kanak-kanak menggunakan laras bahasa dengan betul. Perspektif Kognitif Teori sosio kognitif menekankan peranan pemodelan. Vytgotsky melihat bahasa sebagai alat utama untuk interaksi sosial, pemindahan budaya dan menjana pemikiran individu. Kanak-kanak mempelajari bahasa secara berinteraksi setiap hari dengan orang-orang di persekitaran. Orang-orang dewasa akan mengubahsuai pertuturan mereka supaya sesuai dengan kefahaman kanak-kanak. Percakapan
46

seperti bayi dan kanak-kanak kecil dengan ayat-ayat mudah dan pendek disertai dengan intonasi yang pelbagai memberi bantuan kepada kanak-kanak untuk mempelajari bahasa. Ini memudahkan perkembangan bahasa berlaku. Kanak-kanak menggunakan bahasa untuk meluahkan kehendak dan keperluan. Orang dewasa perlu menggunakan bahasa yang sesuai dengan kebolehan kanakkanak dan tahapnya akan semakin meningkat sesuai dengan peningkatan umur kanak-kanak. Guru dan orang-orang dewasa boleh meluaskan penggunaan dan kemahiran berbahasa dikalangan kanak-kanak melalui interaksi dan maklumbalas yang membantu mereka mmbetulkan, mencantum dan meluaskan penggunaan bahasa tersebut. Perspektif Nativis Berasaskan kepada teori perkembangan otak yang lebih cenderung melihat perkembangan bahasa berlaku secara dalaman dan diwarisi. Teori ini dipelopori oleh Naom Chomsky yang menyatakan proses perkembangan bahasa seseorang individu lebih kompleks daripada peneguhan kepada gerakbalas yang betul oleh Perpekstif Behavioris atau mempelajari daripada orang dewasa melalui peniruan seperti yang ditegaskan oleh peerpekstif Sosio Kognitif. Naom Chomsky mula mngembangkan tatabahasa generatif yang mempengaruhi perkembangan linguistik. Beliau mengemukakan hirarki Chomsky yang

mengklasikasikan bahasa formal mengikut susunan generatif.beliau mengkritik teori Behaviors dalam perkembangan bahasa dan menyumbang kepada revolusi perkembangan kognitif bahasa. Beliau juga aktif berpollitik dan dikatakan sebagai ahli pendidikan yang paling banyak dijadikan sumber rujukan. Chomsky mencadangkan perkembangan bahasa individu adalah merupakan proses dalaman dan dipengaruhi oleh individu itu sendiri. Ini bermaksud individu dilahirkan dengan keupayaan berbahasa yang tersendiri yang mana Chomsky melabelkan sebagai Tatabahasa Universal. Tatabahasa universal adalah asas kepada semua bahasa yang ada.

47

Kanak-kanak dilahirkan dengan keupayaan menggunakan tatabahasa universal ini. Mereka akan memerhati dan memadankan cara-cara penyusunan ayat dengan bahasa yang digunakan di persekitaran mereka. Akhirnya mereka akan

menyesuaikan pembentukan ayat tadi dengan gaya bahasa yang terdapat di persekitaran mereka. Kemahiran ini tidak dipelajari secara langsung daripada orangorang dewasa di sekitar kanak-kanak ini tetapi tetap dikuasai secara tidak langsung oleh kanak-kanak itu sendiri. Kemahiran ini disifatkan Chomsky sebagai satu alat pembelajaran bahasa yang ada pada setiap individu semenjak dilahirkan. Ia adalah bersifat semulajadi dan diwarisi. Alat ini dikenali sebagai Alat Penguasaan Bahasa untuk menyokong pendapatnya. a) Kanak-kanak pada amnya hanya mempunyai sedikit pendedahan kepada formasi bahasa. Semasa zaman kanak-kanak, mereka tidak diajar untuk membentuk ayat secara formal. Tambahan pula, apabila individu yang lebih dewasa berinteraksi, pembentukan ayat mereka sentiasa berubah-ubah, sering membuat kesilapan atau menukar fikiran apabila berinteraksi. Tetapi apabila kanak-kanak mencapai kematangan mereka boleh menguasai kemahiran berbahasa dengan cara tersendiri. b) Kanak-kanak bukan hanya sekadar meniru bahasa-bahasa yang digunakan di sekitar mereka tetapi mereka membuat deduksi secara tidak sedar tentang peraturan-peraturan yang didengar. Oleh sebab itu, mereka boleh merangka ayat dan frasa yang tersndiri dan bukan hanya ditiru daripada persekitaran. Mereka juga tidak mempelajari atau menyimpan frasa-frasa bahasa yang didengar sebagai rangsangan seperti didakwa oleh ahli behaviors tetapi mereka membentuk sendiri peraturan-peraturan bahasa untuk menghasilkan ayat-ayat dan frasa-frasa baru.

7.2 IMPLIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN a) Kaitkan kemahiran bahasa dengan pengalaman yang konkrit. Contoh: apabila melakukan aktiviti, ceritakan kembali bagaimana melakukan dan semasa sesi membaca tumpukan kepada perkataan yang susah. b) Gunakan strategi pengajaran pelbagai
48

Contoh:

menggunakan

strategi

bercerita,

simulasi,

sumbangsaran,

pembelajaran koperatif yang menonjolkan kemahiran berbahasa c) Beri peluang kepada kanak-kanak untuk menggunakan bahasa Contoh: galakkan pembentangan di dalam kelas. Beri peluang kepada kanakkanak memberi maklumbalas terhadap aktiviti yang dilakukan.

8.0 TEORI PERKEMBANGAN PSIKOSOSIAL DAN IMPLIKASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

8.1 TEORI ERIK ERIKSON Erik H.Erikson (1902-1994) dilahirkan di Frankfurt, Jerman. Beliau pernak bekerja dengan Sigmnund Freud dalam kajian terhadap kanak-kanak. Erikson telah mengemukan Teori Perkembangan psikososial melalui bukunya, Childhood and Society yang telah mendapat pengiktirafan daripada Konferen kanak-kanak White House (1950). Pada tahun 1955 beliau ditawarkan sebagai fellow di Jabatan Psikososial Perkembangan di Universiti Harvard. Beliau kemudiannya mendapat pengiktirafan sebagai professor daripada Universiti Harvard pada tahun 1994. Teori Perkembangan Psikososial Erikson menekankan kepentingan hubungan social dengan individu-individu di persekitaran kanak-kanak. Menurut Erikson, personality seseorang kanak-kanak dibentuk hasil daripada perkembangan psikososial ini. Dalam teori ini, Erikson memperkenalkan lapan peringkat perkembangan

psikososial. Setiap peringkat saling berkualiti antara satu sama lain. Erikson mencadangkan individu perlu berhadapan dengan krisis perkembangan dalam setiap peringkat yang mana pada setiap peringkat mempunyai matlamat untuk dicapai. Kejayaan atau kegagalan mencapai matlamat atau menyelesaikan krisis perkembangan akan membawa akibat kepada imej kendiri seseorang individu.

Teori Psikososial Erikson adalah berdasarkan lima prinsip utama : i. ii. Setiap individu mempunyai keperluan asas yang sama. Perkembangan individu bergantung kepada tindakbalas individu terhadap keperluan-keperluan asasnya. iii. Perkembangan individu mengikut tahap-tahap tertentu.
49

iv.

Setiap individu mempunyai konflik dan konflik ini mesti diatasi supaya individu dapat berfungsi dengan baik dalam tahap berikutnya.

v.

Kegagalan mengatasi konflik pada sesuatu tahap akan menjejaskan perkembangan tahap yang berikutnya.

Jadual berikut menunjukkan secara ringkas lapan peringkat perkembangan psikososial Erikson.

Peringkat 1. Asas kepercayaan lawan ketidakpercayaan

Tahap umur

Huraian

Dari lahir hingga Bayi perlu mempunyai hubungan yang 1 tahun erat, mendapat kasih kepercayaan Sekiranya timbul. daripada saying dan penjaga.

gagal,

ketidakpercayaan

2. Autonomi keraguan

lawan 1 tahun hingga Perkembangan 3 tahun. tahap ini

kanak-kanak tertumpu fizikal. menerima

pada kepada

perkembangan berjaya dan

Sekiranya sokongan

menimbulkan rasa percaya kepada keupayaan mereka diri sekiranya ragu-ragu gagal

mula

terhadap

keupayaan diri.

3. Inisiatif

lawan 4 tahun hingga Kanak-kanak cuba untuk berdikari, 5 tahun ada inisiatif untuk melakukan sesuatu sendiri, sekiranya gagal boleh

rasa bersalah

membawa rasa bersaah. 4. Industri lawan 6 hingga 11 Kanak-kanak perlu menguasai tertentu di

rasa rendah diri

tahun

kegembiraan-kemahiran

alam persekolahan, kegagalan akan membawa rasa rendah diri dan tiada keupayaan.

50

5. Identiti

lawan 12 tahun hingga Mencari identiti diri bagi golongan 18 tahun remaja dalam pekerjaan, kemahiran, jantina dan bersosial.

kekeliruan identiti

6. Keintiman keasingan

lawan Awal dewasa. 18 hingga

Mula membentuk keintiman dalam 35 perhubungan, menuju ke arah

tahun

perkahwinan dan membina kerjaya. Kegagalan membawa kepada

perasaan terasing dan tersisih. 7. Generativiti lawan Pertengahan kekakuan dewasa. Kehidupan berkelurga yang baik. Kegagalan dan kerjaya membawa

35 tahun hingga kepada perasaan mementingkan diri 65 tahun 8. Integriti lawan Lanjut usia. 65 atas. tahun sendiri. Kerjayaan dalam hidup berkeluarga ke dan karier. Kegagalan membawa kepada

kekecewaan

kesedihan dan kecewaan.

8.2 Implikasi terhadap proses pengajaran dan pembelajaran

Peringkat 1 : Asas kepercayaan lawan asas ketidakpercayaan (dari lahir hingga 1 tahun) Apabila berdepan dengan kanak-kanak yang mempunyai masalah

ketidakpercayaan semenjak kecil, guru harus menetapkan rutin bilik darjah yang berkala dan tetap supaya timbul rasa kepercayaan ke atas sesuatu rutin yang tetap dan tidak berubah-ubah. Kanak-kanak ini perlu dilayan dngan mesra dengan mesra dan guruharus mengambil berat terhadap kanak-kanak ini. Kanak-kanak yang menghadapi masalah ini perlu diberi peluang untuk merasai kasih saying dan perhatian yang berterusan. Kanak-kanak ini boleh diletakkan di dalam system rakan sebaya di mana seorang rakan yang sesuai bertindak membantu kanak-kanak ini semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pilih rakan sebaya yang boleh membantu kanak-kanak ini mempunyai rasa dipunya.
51

Peringkat 2 : Autonomi lawan keraguan (1 hingga 3 tahun) Beri peluang dan sokongan kepada kanak-kanak untuk mencuba kemahirankemahiran baru. Pendedahan kepada kemahiran-kemahiran perlu

pengawasan penjaga. Kemahiran yang diberikan harus bersesuaian dengan kebolehan dan kematangan kanak-kanak daripada segi mental dan fizikal. Pendedahan kepada kemahiran yang sukar untuk diperoleh atau kanakkanak belum bersedia untuk kemahiran tersebut akan menimbulkan keraguan dalam diri kanak-kanak. Jangan menghukum kanak-kanak apabila tersalah langkah dalam proses ini. Hukuman dan dendam akan membawa kepada pengurangan rasa autonomi dan menimbulkan keraguan. Beritahu kanak-kanak dengan ayat yang mudah difahami aspek-aspek keselamatan atau cara-cara yang betul untuk melalukan sesuatu. Tetapkan peraturan yang ringkas dan boleh difahami dengan konsisten. Ini adalah untuk membentuk displin kendiri kanak-kanak. Pembentukan displin harus tetap dan berkala.

Peringkat 3 : Inisiatif lawan rasa bersalah (4 hingga 5 tahun) Beri pujian kepada kanak-kanak yang menunjukkan inisiatif mencuba kemahiran-kemahiran baru. Pujian yang diberi haruslah konsisten dan bersesuaian dengan tingkahlaku yang ditunjukkan. Elakkan datipada memarahi atau menghukum kanak-kanak yang membuat kesalahan. Beritahu kanak-kanak dengan jelas kesalahan yang dibuat dan bantu mereka untuk mendapatkan kemahiran tersebut. Laksanakan kurikulum pembelajaran yang boleh membentuk kanak-kanak untuk mencapai kemahiran-kemahiran ini. Beri peluang kanak-kanak mencuba kemahiran-kemahiran baru melalui kaedah bermain. Kaedah bermain adalah strategi yang baik untuk mengaplikasikan kemahirankemahiran baru. Kemahiran akademik seperti membaca, mengira, menulis direapkan elemen-elemen permainan semasa pengajaran. Galakkan mereka bertanya soalan tentang perkara-perkara yang baru dipelajari. Beri maklumbalas yang ringkas dan mudah difahami kanak-kanak.

52

Peringkat 4 : Industri lawan rasa rendah diri (6 hingga 11 tahun) Berikan aktiviti-aktiviti yang mencabar tetapi sesuai dengan kebolehan kanakkanak. Pastikan kanak-kanak mempunyai kemahiran dan keupayaan yang mencukupi untuk melakukan aktiviti-aktiviti ini. Memberi aktiviti yang di luar kemampuan kanak-kanak akan membuat kanak-kanak sukar menjayakan aktiviti tersebut. Ini akan menyebabkan kanak-kanak rasa rendah diri dan tidak percaya kepada kebolehan diri. Beri pujian dan penghargaan kepada setiap usaha yang dilakukan atau kejayaan yang diperoleh walaupun kecil. Maklumbalas boleh diberikan secara verbal atau bertulis. Maklumbalas perlu diberi sebaik sahaja tingkahlaku yang dikehendaki ditunjukkan. Beri peluang kepada kanak-kanak untuk berkongsi kejayaan yang mereka lakukan. Mereka boleh mebuat pembentangan/tunjukcara tentang usaha mereka untuk menghasilkan sesuatu. Galakan kanak-kanak lain untuk berkongsi kejayaan dan menerima pendapat rakan. Galakkan kanak-kanak untuk bersaing dengan keupayaan diri mereka sendiri dan bukan dengan orang lain. Elakkan daripada membandingkan kanakkanak dengan rakan sebaya merka yang lain. Mengenalpasti pelbagai kebolehan kanak-kanak dan jenis kecerdasan mereka. Menurut Howard Gardner, kecerdasan bukan hanya dalam akademik, ia boleh merangkumi bidang lain seperti muzik, spatial, kinesterik, intersonal dan intrapersonal.

Peringkat 5 : Identiti lawan kekeliruan identiti (12 hingga 18 tahun) Beri peluang kepada remaja untuk meneroka kebolehan diri sendiri dengan mencuba pelbagai aktiviti yang sesuai dengan minat remaja tersebut. Kaji minat remaja dan libatkan mereka dalam aktiviti yang boleh meningkatkan minda mereka dan berfaedah. Dedahkan pelbagai jenis peluang pekerjaan yang sesuai dengan minat dan kebolehan remaja. Beri penjelasan yang realistik tentang pekerjaan yang sesuai dengan pencapaian dan bakat mereka. Jemput [ersonaliti-personaliti yang berjaya dalam bidang masing-masing dan mempunyai lingkungan latar belakang yang sama dengan remaja. Guru boleh
53

menjemput personaliti yang pernah belajar di sekolah yang sama dengan remaja. Gerak kerja berkumpulan boleh menolong remaja bekerjasama dan berkongsi minat. Tanamkan sikap setiakawan dan boleh bekerja dalam kumpulan. Kemahiran berkomunikasi dan mendengar perlu didedahkan kepada remaja. Remaja perlu didedahkan dengan cara berkomunikasi (kemahiran bersosial) yang baik supaya mereka boleh menyesuaikan diri kea lam dewasa dan pekerjaan.

Peringkat bayi sehingga remaja 1. Bina asas kepercayaan di dalam bilik darjah. Memberi layanan samarata terhadap semua murid. Elakkan daripada membandingkan antara murid tetapi tumpukan kepada pencapaian individu. Elakkan daripada memberi layanan/hukuman berdasarkan khabar angin. 2. Bantu murid menyedari emosi dan meluahkan perasaan. Perkenalkan perbendaharaan kata emosi dan bincangkan frasa-frasa emosi dalam penceritaan. Galakkan murid menulis jurnal untuk luahan emosi. Simpan rahsia pelajar dalam jurnal tersebut (membina asas kepercayaan). Jelaskan dan ceritakan emosi anda sendiri dalam situasi-situasi tertentu. 3. Bantu pelajar mengenali emosi orang lain. Suruh pelajar meneka emosi rakan pada sesuati situasi. Dalam aktiviti kumpulan atau semasa rakan sebaya mengalami emosi tertentu, minta pelajar lain meneka dan membayangkan emosi mereka sekiranya berhadapan dengan situasi tersebut. Semasa murid membaca petikan cerita, menonton filem atau membuat simulasi, minta mereka kenalpasti emosi karektor-karektor dalam situasi tersebut.

54

4. Bincangkan strategi-strategi mengawal emosi Bincangkan atau beri alternatif-alternatif yang boleh digunakan untuk mengawal emosi seperti berhenti sejenak, tinggalkan tempat kejadian atau membuat rasionalisasi. Menjadi model kepada pelajar. Ceritakan pengalaman anda sendiri bagaimana anda mengawal perasaan marah, kecewa dan gelisah. Berkongsi pengalaman pelajar dan cuba fahami emosi yang dialami. 5. Bantu pelajar mengenal perbezaan budaya dalam ekspresi emosi. Beri peluang kepada pelajar membincangkan emosi-emosi yang terdapat dalam keluarga masing-masing. Beri kesedaran kepada pelajar supaya peka terhadap emosi orang lain kerana perbezaan emosi antara individu wujud dalam satu situasi yang sama.

8.3 TEORI PERKEMBANGAN MORAL PIAGET Beliau merumuskan kanak-kanak melalui dua peringkat utama pemikiran moral : a) Umur 4 hingga 7 tahun Peringkat moral Heteronomus Peringkat pertama perkembangan moral. Kanak-kanak melihat peraturan sebagai sesuatu yang telah ditetapkan dan tidak boleh diubah. Mereka menilai sesuatu tindakan melalui akibat. b) Umur 7 hingga 10 tahun Peringkat transisi. Mempunyai ciri-ciri peringkat pertama tetapi sudah mula beralih kepada ciri-ciri peringkat seterusnya. c) 10 tahu ke atas Mula sedar bahawa peraturan dan undang-undang dicipta oleh manusia dan bukan sesuatu yang mutlak. Mula menilai sesuatu tindakan berdasarkan niat dan akibat. Boleh mempertimbangkan sesuatu perlakuan moral berdasarkan aspek-aspek lain seperti niat, perasaan, keadilan dan tingkahlaky.

55

8.4 TEORI PERKEMBANGAN LAWRENCE KOHLBERG Lawrence Kohlberg (1927-1987) adalah dinggap sebagai pelopor utama dalam teori perkembangan moral. Beliau adalah ahli Psikologi Perkembangan dan meneruskan kerjaya dalam bidang pendidikan. Beliau merupakan seorang professor pendidikan dan psikologi social Universiti Harvard. Kajian beliau merangkumi pendidikan moral dan perkembangan individu. Beliau telah mencadangkan peringkat perkembangan moral individu dan merupakan pengkaji yang masyhur dalam bidang ini. Seperti piaget, Kohlberg juga berpendapat penaakulan moral berkait dengan perkembangan kognitif seseorang individu walaupun kadang-kadang tahap

pemikiran kognitif seseorang tidak menjamin kepada peningkatan dalam tahap penaakulan moral seseorang. Perkembangan moral oleh Kohlberg dikupas dengan lebih terperinci di dalam tiga tahap utama. Setiap tahap mengandungi dua peringkat penaakulan moral.

Jadual 8 : Peringkat Perkembangan Moral Kohlberg

Tahap 1 : Pra-Konvesional Peringkat 1 : Orientasi Kepatuhan dan Hukuman Peringkat 2 : Orientasi Ganjaran Peribadi Tahap 2 : Konvesional Peringkat 3 : Orientasi Perlakuan Baik Peringkat 4 : Akur kepada system sosial dan etika peraturan Tahap 3 : Pos- Konvesional Peringkat 5 : Etika Sosial dan Hak Individu Peringkat 6 : Etika Prinsip Sejagat

Tahap 1 : Pra-Konvesional Tahap yang plaing bawah penaakulan moral. Pada tahap ini perlakuan dinilai berdasarkan ganjaran dan hukuman yang akan diterima akibat perlakuan tersebut. Dalam tahap ini terdapat dua peringkat iaitu peringkat orientasi kepatuhan dan hukuman dan peringkat orientasi jangkaan individu.

56

Peringkat 1 : Orientasi Kepatuhan dan Hukuman Pada peringkat ini, pemikiran moral kanak-kanak lebih berorientasikan egosentrik yang mementingkan diri sendiri. Mereka lebinh mementingkan kesan fizikal. Kanakkanak mematuhi atau mengikut arahan kerana takutkan hukuman yang akan diterima sekiranya melanggar perautan. Peringkat 2 : Orientasi Ganjaran Peribadi Pada peringkat ini, individu melakukan sesuatu berdasarkan keinginan untuk mendapatkan balasan. Tingkahlaku didorong untuk memuaskan kehendak sendiri. Tahap 2 : Konvesional Tahap pertengahan di dalam teori perkembangan moral Kohlberg. Dalam tahap ini, individu sudah mula mengaplikasikan peraturan berdasarkan sesuatu yang telah ditetapkan oleh ibubapa, guru dan komuniti. Tahap ini mengandungi dua peringkat iaitu orientasi perlakuan baik dan akur kepada system sosial. Peringkat 3 : Orientasi Perlakuan Baik Kanak-kanak atau remaja mengaplikasikan ukuran moral yang telah ditetapkan oleh ibubapa, guru atau orang di persekitaran. Mereka menghargai nilai kepercayaan dan kepatuhan terhadap peraturan yang ditetapkan. Mereka ingin dilihat sebagai anak yang baik dan mengikut arahan. Peringkat 4 : Akur kepada system sosial dan etika peraturan Perlakuan/penaakulan moral bedasarkan peraturan, undang-undang dan keteapan yang telah ditetapkan oleh masyarakat. Pada peringkat ini individu percaya terhadap keutuhan undang-undang. Peraturan dan undang-undang perlu dipatuhi untuk menjaga kesejahteraan komuntiti. Tahap 3 : Pos- Konvesional Tahap penaakulan moral yang plaing tinggi dalam perkembangan moral Kohlberg. Pada tahap ini individu mula meneroka pilihan, memilih alternatif-alternatif lain dalam penaakulan moral. Mereka mula mempunyai kod moral dan etika yang tersendiri.

57

Dua peringkat yang terdapat pada tahap ini ialah etika kontrak sosial dan hak individu dan etika prinsip sejagat. Peringkat 5 : Etika Sosial dan Hak Individu Pada peringkat ini, individu berhujah menggunakan nilai, hak dan prinsip. Mereka menilai undang-undang yang ditetapkan berdasarkan hak individu. Pemikiran moral pada peringkat ini adalah berkaitan dengan usaha untuk mempertahankan hak-hak asasi, nilai-nilai yang telah dipersetujui dalam sesebuah masyarakat. Mereka melihat undang-undang sebagai sesuatu yang flesibel dan mempunyai alternatif. Undangundang dipatuhi sekiranya ia menepati hak-hak individu. Peringkat 6 : Etika Prinsip Sejagat Peringkat tertinggi dalam perkembangan moral kerana ia melibatkan sola falsafah tentang moral seseorang. Pada peringkat ini, individu telah mempunyai kod-kod moral dan etika yang tersendiri yang menepati hak-hak individu sejagat. Mereka mementingkan kesamaan hak kepada semua individu dan menghormati maruah dan prinsip individu lain. 8.5 Implikasi Perkembangan Sosio-Emosi terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Faktor-faktor yang mepengaruhi perkembangan moral 1. Bantu pelajar menilai permasalahan yang mereka sedang dan akan hadapi. Bincang secara terbuka dengan murid tentang permasalahan emosi mereka seperti perasan cemburu terhadap adik-beradik dan rakan, ejekan, prejudis, pilih kasih dan terpinggir. 2. Bantu pelajar menilai berdasarkan perspektif orang lain. Minta murid terangkan perasaan/perspektif orang lain terhadap sesuatu isu/situasi. Buat simulasi atau main peranan. Pelajar membawa peranan yang lain dari watak dirinya supaya dapat memahami dan menilai perasaan orang lain.

58

3. Bantu

murid

menghubungkait

antara

nilai

yang

dinyatakan

dengan

tingkahlaku yang dibuat. Beri kesedaran kepada murid tentang ketidakseragaman antara tingkahlaku mereka dengan nilai yang mereka sebut. Suruh mereka kenalpasti ketidakseragaman ini pada orang lain dahulu kemudian kepada diri sendiri. 4. Pastikan semasa aktiviti pengajaran dan pembelajarn murid saling

mendengar antara satu sama lain. Dalam akitivti berkumpulan atau semasa pembentangan, pastikan murid-murid membentang. Beri peneguhan kepada mereka yang menjadi pendengar yang baik. lain mendengar jawapan dan hujah rakan yang

5. Pastikan kelas anda menunjukkan kesedaran dan keprihatinan terhadap isuisu moral dan nilai-nilai sejagat. Bincangkan dan buat tindakan terhadap isu-isu semasa yang melibatkan nilai-nilai moral dan emosi. Pastikan keadilan dan layanan samarata kepada semua murid dalam kelas. Pastikan murid dapat membezakan antara undang-undang yang menjaga keselamatan dengan undang-undang yang melibatkan nilainilai moral.

59

9.0 RUMUSAN Perkembangan adalah aspek perubahan yang dialami individu dan bersifat kualitif tetapi jelas berubah mengikut peredaran masa. Perubahan tingkah laku berlaku dalam keadaan yang berterusan dan menerusi peringkat-peringkat kematangan tertentu. Peringkat-peringkat perkembangan membawa perubahan yang menuju ke arah tertentu serta dijangkakan. Perkembangan dipengaruhi oleh baka dan persekitaran . baka dan menentukan had perkembangan perkembangan persekitaran akan membantu individu mencapai tahap perkembangan yang maksimum. Perkembangan satu bahagian saling berhubung dengan bahagian yang lain iaitu berhubung antara kematangan jasmani dan kematangan mental. Corak perkembangan berbeza-beza di mana semua kanak-kanak mencapai titik

perkembangan yang sama pada umur yang sama. Perkembangan berlaku mengikut peringkat iaitu peringkat belum lahir , bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan seterusnya. Selain itu, perkembangan kognitif dan bahasa amat berkait rapat dengan perkembangan minda kanak-kanak. Perkembangan kognitif dan bahasa dilihat begitu relevan dengan perkembangn akademik kanak-kanak di sekolah namun untuk mencapai keseimbangan dalam perkembangan kanak-kanak perlu diberi

perhatian sama rata.perkembangan ini memperngaruhi motivasi dan pembelajaran kanak-kanak di sekolah. Guru-guru yang memahami perkembangan sosioemosi kanak-kanak akan dapat membantu kanak-kanak menyesuaikan diri dalam alam persekolahan yang seterusnya dapat membantu mereka berkembang menjadi individu berkeupayaan dan harmonis. Sesuai dengan perkembangan semasa sekarang, kefahaman dalam perkembangan sosioemosi kanak-kanak dapat membantu kanak-kanak menangani masalah-masalah sosial dan emosi yang semakin meruncing kebelakangan ini.

60

BIBLIOGRAFI Haliza Hamzah (2009). Perkembangan Kanak-kanak. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman SDN.BHD. Abi (2009). Perkembangan Kanak-Kanak umur 5,6 dan 7 tahun. http://www.orangekid.biz/2008/index.php?option=com_content&view=article&i d=83:perkembangan-kanak-kanak-umur-5-6-dan-7-tahun&catid=49:umurtadika&Itemid=83 . tarikh layari 4 Mac 2011. Afiq Syazwan (2010). Perkembangan Sosioemosi Kanak-Kanak. http://www.docstoc.com/docs/56670348/perkembangan-kanak-kanak. Tarikh layari 4 Mac 2011) Amaljaya (2010). Pertumbuhan dan perkembangan Kanak-kanak. http://amaljaya.com/guru/2010/01/18/pertumbuhan-perkembangan-kanakkanak/. Layari pada 1 Mac 2011 Fara Idayu (2009). Perkembangan Kanak-kanak. http://www.scribd.com/doc/14682336/Perkembangan-kanakkanak. Tarikh layari 3 Mac 2011. Syaza yasmin (2008). Perkembangan fizikal dan Kognitif. http://www.scribd.com/doc/4853347/Perkembangan-Fizikal-dan-KognitifKanakkanak. Tarikh layari 3 Mac 2011. Tidak dinyatakan (2011). Kanak-kanak. http://ms.wikipedia.org/wiki/Kanak-kanak. Tarikh layari 1 Mac 2011.

61

REFLEKSI

NORFARAHIN BINTI ABD RAHMAN

Alhamdulillah, akhirnya siap jua kerja kursus ini, setelah saya berusaha mencari maklumat. Telah banyak dugaan dan cabaran semasa menyiapkan kerja kursus ini, tetapi saya bersyukur kerana dengan usaha saya yang tidak mengenal penat lelah akhirnya berbaloi kerana dapat menyiapkan kerja kursus ini. Setelah mencari pelbagai maklumat dari pelbagai sumber, banyak idea yang dapat saya luahkan melalui hasil kerja kursus ini. Melaluinya juga, banyak ilmu yang belum saya ketahui sebelum ini yang dapat saya kongsikan kepada rakan rakan yang lain. Kita juga dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang konsep dan prinsip asas perkembangan kanak-kanak. Selain itu, saya juga telah mengadakan perbincangan berkumpulan bersama rakan-rakan yang lain aspek-aspek

perkembangan kanak-kanak. Kerja khusus ini amat sesuai bagi kami semua sebagai guru pelatih kerana kami ingin menerapkannya kepada generasi generasi yang baru pula. Kerja khusus ini juga dapat menambahkan pengetahuan perkembangan kanak-kanak dari pelbagai aspek iaitu aspek jasmani, kognitif dan sosio emosi di peringkat sekolah rendah. Saya juga dapat mengetahui implikasi perkembangan kanak-kanak terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Saya bersetuju jika pembelajaran seperti ini terus kekal kerana melalui kerja kursus, pelajar akan mencari bahan dan mengkaji maklumat yang didapati memudahkan mereka memahami pelajaran yang mereka pelajari.

62

REFLEKSI NORHAYATI BINTI AHMAD Perkembangan Kanak-Kanak merupakan subjek yang perlu diambil dan dipelajari pada tahun ini setelah memasuki 1 PISMP. Untuk tugasan pada kali ini, saya dan pasangan dikehendaki mencari maklumat-maklumat mengenai konsep dan prinsip asas perkembangan kanak-kanak dan aspek-aspek perkembangannya. Pada mulanya saya dan rakan mendapati bahawa tugasan ini sangat mudah namun setelah proses membuat draf dan pencarian bahan bermula, banyak bahanbahan yang didapati tidak mencukupi dan tidak relevan dengan perkara yang saya perlukan. Namun setelah membuat perbincangan di dalam kelas bersama pensyarah pembimbing mengenai tugasan bersama rakan-rakan yang lain akhirnya saya mendapat sedikit ilmu dan mula memahami. Bagi mendapatkan bahan-bahan yang sesuai dengan tugasan yang diberi, saya dan rakan telah pergi ke Perpustakaan Zaba. Pada mulanya, kami menghadapi kesukaran untuk mencari buku-buku yang berkaitan tetapi akhirnya di sana kami telah dapat mencari buku-buku yang amat sesuai dengan tajuk tugasan yang diberi. Keadaan ini telah memudahkan lagi kerja kami. Selain itu, saya dan pasangan juga berusaha mencari bahan dengan menggunakan inisiatif lain iaitu dengan menggunakan kemudahan internet yang disediakan di asrama guru pelatih. Kesukaran yang dihadapi semasa mencari bahan menggunakan kaedah ini ialah saya tidak dapat mengakses ke semua rangkaian tetapi dengan bantuan rakan yang meminjamkan broadband, saya mudah untuk mencari perkara-perkara yang berkaitan. Akhir sekali, saya mendapati bahawa perkembangan kanak-kanak

merupakan salah satu subjek yang amat menarik untuk dipelajari kerana banyak perkara yang berkaitan dengan perkembangan kanak-kanak dapat diketahui. Perkara ini akan memudahkan saya apabila mula melangkah ke alam perguruan kelak.

63

You might also like