You are on page 1of 49

BAB 5

PEMBANGUNAN POLITIK DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

Pembangunan Politik
3 Proses Utama : Perbezaan Struktur Politik - perubahan daripada struktur politik yang bersifat feudal atau autoritarian kepada sistem politik yang berpegang kepada prinsip trias politica yang membahagikan kuasa pemerintahan kepada 3 badan yang terpisah iaitu kehakiman, perundangan dan eksekutif. Sekularisasi budaya politik - perubahan budaya politik daripada budaya politik feudal yang tidak memisahkan antara agama dan negara kepada budaya politik yang memisahkan kedua-dua unsur tersebut. Penyertaan politik yang besar oleh rakyat - rakyat berhak memilih dan menentukan pemimpin mereka.

Komponen-komponen Sistem Politik

Parti-parti politik Majlis Perwakilan rakyat dan parlimen Perlembagaan Negara Pilihan raya

Kewujudan keempat-empat unsur tersebut menjadi ukuran sama ada suatu negara sudah atau belum mengamalkan amalan demokrasi. Pembinaan negara bangsa dan perubahan dalam aspek struktural dan budaya saling mempengaruhi dalam menentukan tercapainya pembangunan politik di dalam sesebuah negara.

Kemajmukan etnik dalam proses politik di Malaysia

Aspek demografi di Malaysia bukan sahaja menggambarkan komposisi etnik, malah; i) mewarnai sosiobudaya ii) demografi politik; iii) proses politik.

Etnik
Melayu (Kelantan, Trengganu & Perlis Cina India Lain-lain JUMLAH PENDUDUK MALAYSIA

2006
55 %

25 % 7.5 % 1.5 %

26.6 JUTA

Latar Belakang Demografi Penduduk Sem. Malaysia


(i) Masyarakat Melayu (kelompok majoriti yg beragama Islam) Petempatan - Sebahagian besar luar bandar Ekonomi ; Luar Bandar pekerjaan tradisi manakala Bandar- pelbagai sektor(perkhidmatan awam & perniagaan) (ii) Masyarakat Cina (etnik ke-2 terbesar) Penganut agama Buddha, Konfucius, Kristian, Tao & Islam. Petempatan bandar-bandar utama khasnya Lembah Klang Ekonomi perdagangan dan perkhidmatan

Latar Belakang Demografi Penduduk Sem. Malaysia


(iii) Masyarakat India (etnik ke-3 terbesar ) Penganut agama Hindu, Sikhisme & Islam Sub-etnik spt Sikh, Tamil, Malayalam & Singhala Petempatan Perubahan drpd tinggal di estet ke bandar. Pekerjaan buruh(estet) dan perdagangan, perkhidmatan(bandar) (iv) Orang Asli (etnik terkecil ) Penganut agama Islam, Kristian, animisme. 3 kumpulan utama; Negrito, Senoi dan Melayu Asli.

Latar Belakang Demografi Penduduk Sem. Malaysia


(v) Kelompok-kelompok kecil

* Msykt Baba-Nyonya * Msykt Portugis (Melaka ) * Msykt Thai di beb.negeri di utara

Baba Nyonya

Orang Asli

4. Kemajmukan etnik dlm proses politik di Msia Demografi penduduk ~


SARAWAK 2004 (%)

Sarawak

Etnik Dayak
Melayu Melanau Cina

44.3
23.3 5.7 26.5

India JUMLAH

0.2 100%

Etnik di Sarawak
Orang Dayak Penganut kepercayaan tradisional dan Islam. Merupakan penduduk luar bandar. Aktiviti utama ialah pertanian. Sebilangan kecil telah berjaya menerokai sektor perdagangan atau komersial di bandar-bandar utama. Orang Melayu Penghuni luar bandar dan perkampungan terutama di pinggir Kuching, Kota Samarahan dan Sibu. Aktiviti utama di luar bandar pertanian, di bandar pula sektor perkhidmatan awam.

Etnik di Sarawak
Orang Melanau Penduduk pantai Sarawak yang menganut agama Islam, Kristian dan kepercayaan tradisional. Di luar bandar bekerja sebagai nelayan, petani dan pengusaha sagu. Orang Cina Menetap di bandar Kegiatan ekonomi utama aktiviti perdagangan di bandar.

Punan

Kenyah

Kelabit

Dayak

Demografi penduduk ~ Sabah


SABAH Kadazan Dusun Pribumi lain Bajau Melayu Lain-lain JUMLAH 2004 (%) 24.8 20.6 18.5 18.5 17.6 100%

Etnik di Sabah

Bumiputera Kadasandusun menganut agama asal masyarakat berkenaan dan Kristian. Etnik Bajau, Murut dan peribumi lain menganut agama Islam disamping yang beragama asal dan Kristian. Purata bilangan penduduk menganut agama Islam dan Kristian dalam kalangan etnik Bumiputera ini hampir sama bilangannya. Kebanyakan mereka merupakan penduduk luar bandar dan terlibat dalam pertanian sara diri dan mencari hasil hutan. Di bandar-bandar, mereka terlibat dengan sektor perkhidmatan awam.

Etnik di Sabah

Tidak terdapat kelompok yang terbesar, kerana empat kelompok peribumi dan Melayu tidak jauh berbeza dari segi peratusan. Perangkaan 2004 : Kadazan Dusun (24.8%) merupakan etnik terbesar, diikuti kategori peribumi lain (20.6%), Bajau (18.5%) dan Melayu (18.5%). Kadazan Dusun, Bajau, Murut dan peribumi lain merupakan penduduk luar bandar dan persisiran. Kebanyakan etnik Cina menduduki bandar-bandar utama di negeri berkenaan.

Murut

Kadazan

Bajau Horseman

Aspek demografi politik

Aspek demografi turut mempengaruhi pengaruh terhadap demografi politik dan proses politik negara, kerana dalam aspek tertentu, politik ditentukan oleh bilangan, misalnya jumlah pengundi di kawasan tertentu dan jumlah penduduk yang menganggotai sesuatu parti politik. Di Semenanjung, Sabah dan Sarawak, etnik Melayu mempunyai 125 kerusi, dan etnik Melayu merupakan pengundi majoriti di kawasan parlimen berkenaan. Di Sabah dan Sarawak terdapat 31 kerusi majoriti peribumi. Keseluruhannya, kerusi Melayu atau Bumiputera dalam politik negara adalah 156 kerusi (71.2%).

4. Kemajmukan etnik dlm proses politik di Msia


Kerusi Parlimen berasaskan etnik dalam politik negara(2004)

%
71.2

Etnik Melayu & Bumiputera (majoriti) Etnik Cina Etnik India Plural Jumlah (219)

13.7 15.1 100

Kerjasama Politik dan Hubungan Etnik

LATAR BELAKANG Idea tentang negara bangsa dan proses politik moden diperkenalkan oleh penjajah British secara berperingkat-peringkat dalam usaha menguasai sektor ekonomi. Penjajah British telah berjaya menguasai proses politik dan pentadbiran di Tanah Melayu, setelah Kuasa Sultan telah dibataskan kepada hal-hal yang berkaitan dengan agama dan adat istiadat Melayu, manakala urusan ekonomi, politik dan pentadbiran diambil alih penjajah British.

Latar belakang

Dalam Era penjajahan, penglibatan rakyat tempatan dalam proses politik dan pentadbiran terhad. Hanya sebilangan kecil rakyat dilibatkan dalam proses politik dan pentadbiran di peringkat paling bawah, iaitu selepas terbukanya sistem pendidikan Inggeris kepada anak-anak pembesar tempatan. Penglibatan rakyat tempatan ke dalam proses politik secara meluas dapat dilihat semasa pihak Inggeris cuba memperkenalkan Malayan Union setelah berakhirnya pemerintahan Jepun di Tanah Melayu. Pengalaman penjajahan Jepun menyedarkan penduduk Tanah Melayu betapa pentingnya kerjasama antara golongan etnik untuk mencapai objektif politik.

Malayan Union

Ciri-ciri penting : Pemusatan kuasa di tangan kerajaan pusat. Raja-Raja Melayu hilang kuasa, kecuali ke atas hal berkaitan agama dan Adat Istiadat Melayu. Hak kerakyatan yang bebas berdasarkan prinsip jus soli.

Malayan Union

Malayan Union merupakan suatu bentuk pemerintahan yang berasaskan idea negara bangsa yang bersifat unitary dan memberi pen gakuan kesaksamaan kepada semua penduduk sebagai rakyat atau bangsa berdasarkan prinsip jus soli. Malayan Union telah mendapat tentangan hebat daripada orang Melayu di bawah pimpinan Dato Onn bin Jaafar. Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) telah ditubuhkan pada 11 Mei 1946 hasil daripada gabungan pelbagai persatuan dan pertubuhan Melayu. Tentangan orang Melayu terhadap Malayan Union disalurkan melalu parti ini yang juga mendapat sokongan bekas pegawai British. Tujuan utama perjuangan UMNO ialah untuk memelihara kepentingan orang Melayu serta mengukuhkan kuasa politik mereka.

PARTI-PARTI POLITIK

BARISAN NASIONAL

UMNO

SUPP

MCA

MIC

GERAKAN

Parti-Parti Politik

UMNO

Parti-parti politik

PAS

PARTI KEADILAN

DAP

Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) telah ditubuhkan pada 11 Mei 1946 hasil daripada gabungan pelbagai persatuan dan pertubuhan Melayu. Tujuan utama perjuangan UMNO ialah untuk memelihara kepentingan orang Melayu serta mengukuhkan kuasa politik mereka.

Parti-Parti Politik
MIC (Malayan Indian Congress) Ditubuhkan pada bulan Ogos 1946 John Thivy sebagai presiden Tujuan penubuhan menjaga kepentingan dan kebajikan orang India di Tanah Melayu. MCA (Persatuan Cina Malaya) Ditubuhkan pada Februari 1949 Tan Cheng Lock sebagai presiden Tujuan penubuhan melindungi kepentingan dan kebajikan orang Cina di Tanah Melayu.

Kerjasama Politik & Hubungan Etnik

Kerjasama etnik yang erat antara UMNO, MCA dan MIC membawa kejayaan besar dalam proses politik awal di Persekutuan Tanah Melayu. Semasa pilihan raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur oada 1952, pakatan diasaskan UMNO dan MCA telah memenangi 9 daripada 12 kerusi yang dipertandingkan. Dalam Pilihan raya persekutuan 1955, Parti Perikatan (UMNO-MCA-MIC) berjaya memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Tunku Abdul Rahman yang mengetuai UMNO dan Perikatan telah menunjukkan kepada British telah wujudnya kerjasama erat antara etnik di Tanah Melayu yang selaigus menunjukkan kesediaan untuk memperoleh kemerdekaan.

Untuk terus memupuk kerjasama dan perpaduan Etnik, DatoOnn Jaafar telah keluar daripada UMNO dan cuba menubuhkan parti multi etnik iaitu Parti Kemerdekaan Malaya (Independence of Malaya Party IMP). Sejak Tanah Melayu merdeka pada 1957 hinggalah selepas penubuhan Malaysia pada tahun 1963, kerjasama antara etnik terus diperluas. Parti Perikatan yang diketuai UMNO diperbesar bilangan anggotanya pada 1972 dengan kemasukan ahli komponen baru iaitu Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Gerakan dan Sarawak United Peoples Party (SUPP). Parti Perikatan ditukar namanya kepada Barisan Nasional (BN). Sejak Pilihan raya 1974 hingga kini BN pada peringkat parlimen terus menerus dipilih rakyat untuk menerajui negara.

Barisan Nasional

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) Persatuan Cina Malaysia (MCA) Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) Kongres India Se-Malaysia (MIC) Parti Progresif Rakyat (PPP) Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Parti Bersatu Sabah (PBS) Parti Liberal Demokratik Sabah (LDP) Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Parti Progresif Demokrasi Sarawak (SPDP) Parti Rakyat Sarawak (PRS)

Parti-Parti Politik di Sarawak


Etnik Melayu Etnik Dayak SNAP PESAKA SPDP PBB Etnik Cina SCA DAP SUPP

& Melanau BERJASA


PANAS

PBDS PRS
Parti yang gabung dalam perikatan.

Parti politik di Sarawak


Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) Parti terawal ditubuhkan di Sarawak pada 1959 Mendapat galakan daripada pentadbiran kolonial kerana merupakan persediaan ke arah pemerintahan sendiri. Pemimpin utama : Ong Kee Hui dan Stephen Yong Parti multietnik Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) Ditubuhkan pada April 1961 Dipimpin oleh Stephen Kalong Ningkan Menjaga hak dan kepentingan etnik Dayak khasnya di Kawasan Skrang-Saribas.

Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA) Ditubuhkan oleh Temenggung Jugah Anak Bareing pada Ogos 1962. Ditubuhkan untuk menyatupadukan etnik Dayak terutama di Lembah Rajang bagi menjamin kepentingan mereka dalam perlembagaan. Parti Negara Sarawak (PANAS) Ditubuhkan oleh Abang Haji Mustapha pada 1960 Kebanyakan ahli adalah Melayu dan Melanau

Barisan Rakyat Jati Sarawak (BERJASA) Ditubuhkan oleh Datu Hj Bujang bin Tuanku Othman, Abdul Taib bin Mahmud dan Abdul Rahman Yaakub. Berjuang meningkatkan taraf hidup rakyat khususnya etnik Melayu dan Melanau di Lembah Rejang. Persatuan Cina Sarawak (SCA) Ditubuhkan pada Julai 1962 oleh Ling Beng Siew Memelihara kepentingan peniaga Cina.

Kerjasama politik & Hubungan Etnik di Sarawak

Sebelum Malaysia ditubuhkan semua parti-parti kecuali SUPP bergabung membentuk Parti Perikatan untuk menubuhkan kerajaan pertama di bawah seliaan pentadbiran kolonial British. Persaingan hebat tetap mencirikan persaingan politik antara etnik dan parti komponen Perikatan. Bagi etnik Dayak, mereka berpecah antara SNAP dan PESAKA. Etnik Melayu dan Melanau berpecah antara BERJASA dan PANAS. Etnik Cina majoriti menyokong SUPP berbanding SCA.

Kerjasama politik & Hubungan Etnik di Sarawak


Selepas 1970, berlaku perubahan dalam pola proses politik di Sarawak. Dalam konteks etnik Cina, penerimaan terhadap SUPP semakin meningkat. SUPP juga menjadi pilihan etnik Melayu dan Melanau untuk menubuhkan kerajaan campuran selepas pilihan raya umum tahun 1969/71. Sokongan terhadap SCA semakin menurun dan kemudian hilang daripada senario politik negeri. Kemunculan Democratic Action Party (DAP) pada akhir 1970an menjadi saingan kepada SUPP untuk mendapatkan sokongan orang Cina.

Kerjasama politik & Hubungan Etnik di Sarawak


Bagi etnik Melayu dan Melanau, perpaduan politik semakin kukuh setelah penggabungan BERJASA dan PANAS dalam Parti Bumiputera. Parti Bumiputera dipimpin oleh Abdul Rahman Yaakub dan Abdul Taib Mahmud pada tahun 1966. Parti Bumiputera ini berjaya menyatupadukan Melayu dan Melanau dan mendominasi politik dan kerajaan semenjak tahun 1970. Kekuatan politik Melayu dan Melanau meningkat apabila Temenggung Jugah membawa PESAKA bergabung dengan Parti Bumiputera untuk membentuk Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pada tahun 1973. Kepimpinan PBB di bawah Abdul Rahman Yaakub dan Abdul Taib Mahmud sering menghadapi cabaran khasnya daripada golongan Melayu yang mendakwa kepentingan mereka diketepikan.

Kerjasama politik & Hubungan Etnik di Sarawak

Persatuan Rakyat Malaysia Sarawak (PERMAS) ditubuhkan pada 1987 yang dipimpin oleh beberapa tokoh Melayu dan Melanau seperti Abdul Rahman Yaakub, Salleh Jafaruddin, Sharifah Habsah dan Bujang Ulis. Pada pilihan raya negeri 1987, pakatan PERMAS dan Parti Bangsa Dayak Sarawak (PBDS) hampir berjaya menumbangkan kerajaan pimpinan Abdul Taib Mahmud (PBB).

Kerjasama politik & Hubungan Etnik di Sarawak


Bagi etnik Dayak, mereka berpecah antara SNAP dan PESAKA sebelum penubuhan Malaysia. Kemudiaan PESAKA yang mewakili etnik Dayak di Lembah Rajang bergabung dengan Parti Bumiputera yang didominasi Melayu dan Melanau. SNAP menjadi pilihan etnik Dayak sepanjang tempoh 19701976. Pada tahun 1983, Leo Moggie menubuhkan Parti Bangsa Dayak Sarawak (PBDS) dan berpisah haluan politik dengan SNAP. Etnik Dayak berpecah antara PBB, SNAP dan PBDS. Pada awal 1990an, perpecahan berlaku kepada PBDS sehingga ia diharamkan. Parti Rakayat Sarawak (PRS) pula ditubuhkan pada awal 2004 oleh James Masing, seorang bekas pemimpin utama PBDS. SNAP pula menghadapi masalah dalaman sehingga melahirkan parti serpihan, Sarawak Peoples Democratic Party (SPDP).

Parti Politik di Sabah


PARTI POLITIK PENGASAS TAHUN PENUBUHAN KUMPULAN ETNIK

UNKO USNO

Donalds Stephens Tun Dato Mustapha Dato Harun

Ogos 1961 Disember 1961

Kadazan Dusun Bajau & Suluk (Islam) Dusun & Murut

Posok Momogun G.S Sundang

Januari 1962

BERJAYA
Parti Perikatan Sabah

Haris Salleh
Tun Fuad Stephens dan Tun Datu Mustapha Harun Joseph Pairin Kitingan

Julai 1975
Ogos 1962

Multi etnik
Gabungan USNO & UNKO

Parti Bersatu Sabah (PBS)

Mac 1985

Multi etnik

Parti-Parti Politik di Sabah


United Kadazan National Organization (UNKO) Ditubuhkan pada Ogos 1961 Ditubuhkan oleh Donalds Stephens Ditubuhkan untuk menyatupadukan Kadazan Dusun dan Bumiputera bukan Islam. United Sabah National Organisation (USNO) Ditubuhkan oleh Tun Dato Mustapha Dato Harun pada Disember 1961. Kebanyakan ahli terdiri daripada etnik Bajau dan Suluk yang beragama Islam.

Parti-Parti Politik di Sabah


Posok Momogun Ditubuhkan pada Januari 1962 Ditubuhkan oleh G.S Sundang Ahlinya terdiri daripada etnik Dusun dan Murut Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (BERJAYA) Ditubuhkan pada Julai 1975 Parti berbilang etnik Dianggotai Bumiputera Islam dan Bukan Islam Dipimpin oleh Harris Salleh Parti Politik Etnik Cina Sabah Chinese Association (SCA) United Party (UP) Democratic Party

Parti-Parti Politik di Sabah


Parti Perikatan Sabah Ditubuhkan pada Ogos 1962 Dipimpin oleh Tun Fuad Stephens dan Tun Datu Mustapha Harun Gabungan parti USNO dan UNKO, kemudian disertai oleh Parti Perikatan Sabah Memenangi pilihan raya 1962-1963.

Parti Bersatu Sabah (PBS) Ditubuhkan oleh Joseph Pairin Kitingan Merupakan parti multietnik walaupun kepimpinannya dimonopoli oleh Bumiputera bukan Islam.

Kerjasama politik & Hubungan Etnik di Sabah


Kerajaan Sabah yang pertama diketuai oleh Donald Stephens (UNKO) yang menjalin pakatan antara etnik dalam Parti Perikatan. Mustapha Harun dan USNO mengetuai pemerintahan parti perikatan di Sabah kira-kira satu dasawrsa sehingga pertengahan 1970an. Parti BERJAYA memenangi pilihan raya pada tahun 1976 dan Harris Salleh memerintah Sabah. Kepimpinan Harris Salleh yang keras menyebabkan sesetengah pemimpin Sabah dan juga rakyat Sabah tidak berpuas hati. Tentangan terhadap Harris Salleh dan Berjaya melahirkan parti baharu iaitu Parti Bersatu Sabah (PBS) yang ditubuhkan oleh Joseph Pairin Kitingan.

Kerjasama politik & Hubungan Etnik di Sabah

PBS memerintah lebih kurang satu dasawarsa sebelum pemerintahan diambil oleh BN yang ditunjangi oleh UMNO (yang mulai bertapak di Sabah mulai awal 1990an) Pada pilihan raya 1994, PBS menang tipis iaitu 25 drp 48 kerusi, manakala BN mendpt 23 kerusi. 12 ADUN PBS telah keluar parti dan menubuhkan parti-parti baharu yang kemudiannya menyertai BN. Datuk Joseph Pairin Kitingan yang mengetuai Kerajaan Negeri Sabah dengan kemenangan tipis telah membubarkan kerajaan dan memberi laluan kepada BN untuk memerintah Sabah.

Kerjasama politik & Hubungan Etnik di Sabah


Kejatuhan PBS membawa perubahan besar kepada proses politik di Sabah. UMNO berjanji jawatan Ketua Menteri akan mengikut giliran antara Bumiputera Islam, Bumiputera bukan Islam dan Cina supaya semua dapat peluang memerintah. Kejatuhan PBS melahirkan beberapa parti politik baru seperti Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan Parti Demokratik Sabah (PDS) Benard Dompok mengetuai PDS dan Joseph Kurup mengetuai PBRS. Mulai 1994, atas semangat kerjasama antara etnik, jawatan Ketua Menteri disandang oleh beberapa golongan etnik yang berbeza-beza.

Kerjasama politik & Hubungan Etnik di Sabah

Proses politik di Sabah memperlihatkan kewujudan parti-parti politik yang berasaskan kepentingan kelompok etnik tertentu. Etnik Bajau, Suluk, Melayu Brunei dan Bumiputera lain yang beragama Islam berjaya disatukan di bawah UMNO yang mula bertapak pada awal 1990an. Setelah, kemasukan PBS ke dalam BN pada tahun 2003, perbezaan pandangan dalam kalangan etnik Kadazan Dusun ditampung dalam bentuk kerjasama dalam BN.

RUMUSAN

Malaysia ~ negara berbilang kaum (pluralistik) Corak sosialisasi berbeza antara S.M & Msia Timur: Semenanjung Msia ~ hubungan majoriti-minoriti Sarawak & Sabah ~ hubungan antara kelompok etnik terbesar Kestabilan politik negara memberikan kepada kemakmuran ekonomi Survival Malaysia dari segi ekonomi & politik adalah bergantung kepada integrasi nasional yg kukuh & berpanjangan

ISL

Mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber tentang kerjasama politik dengan hubungan etnik pada tempoh 1946-1955, 1956-1963 dan 1964 hingga kini. Mengenalpasti fasal-fasal dalam Perlembagaan berkaitan dengan unsur-unsur tradisi.

You might also like