You are on page 1of 13

JEREBU

3.0 ARTIKEL-ARTIKEL BERKAITAN DENGAN KESAN JEREBU 3.1 Rumusan Artikel Fenomena jerebu memberi pelbagai kesan yang buruk kepada kesihatan manusia terutama golongan yang mempunyai imunisasi badan yang lemah iaitu golongan kanak-kanak. Kanak-kanak amat mudah untuk mendapat alahan semasa musim jerebu. Artikel yang berkaitan dengan alahan kanak-kanak sumber daripada utusan online ada menyatakan dua masalah kesihatan iaitu pernafasan dan alahan kulit memang sukar untuk di elak terutama bagi golongan kanak-kanak. Hal ini berlaku kerana golongan kanak-kanak tidak tahu bagaimana untuk menjaga kesihatan diri, oleh demikian ibu bapa atau penjaga kanak-kanak haruslah megambil langkahlangkah keselamatan bagi menggelak daripada menghadapi pelbagai penyakit semasa jerebu. Selain itu artikel yang seterusnya menyentuh mengenai nasihat daripada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir supaya mengambil langkah pencegahan untuk memelihara kesihatan diri dan anggota keluarga khasnya yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak. Golongan yang berisiko tinggi haruslah sentiasa mendapatkan rawatan di klinik yang berhampiran agar masalah kesihatan tidak menjadi semakin teruk. Semua pihak haruslah sentiasa prihatin terhadap isu semasa mengenai bacaan IPU supaya dapat mengambil langkah keselamatan. Seterusnya semua golongan masyarakat perlulah bekerjasama dalam menangani masalah jerebu agar tidak berleluasa. Di samping itu, semasa jerebu terdapat banyak sekolah yang terpaksa di tutup bagi menggelakkan daripada berlaku pelbagai masalah kesihatan. Menurut artikel daripada sinar harian, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ibu bapa dibenarkan tidak menghantar anak-anak ke sekolah jika bimbang kesihatan mereka berikutan jerebu yang melanda sekarang. Muhyiddin berkata walaupun sekolah-sekolah dalam kawasan jerebu kritikal dan yang bacaan Indeks Pencemaran Udara melebihi paras bahaya telah ditutup, murid-murid dinasihatkan supaya tidak mendedahkan diri di kawasan terbuka."Dalam hal ini kerjasama ibu bapa perlu supaya dapat mengawasi pergerakan anak-anak mereka sepanjang tempoh itu," katanya. Oleh

[Type text]

Page 1

JEREBU
demikian peranan ibu bapa amat penting bagi memastikan anak-anak berada dalam keadaan yang baik dan selamat daripada penyakit disebabkan jerebu. Artikel seterusnya menyentuh mengenai laporan daripada Agensi Alam Sekitar Kebangsaan Singapura, dimana keadaan jerebu yang teruk kali ini disebabkan cuaca kering yang membawa kepada peningkatan aktiviti panas terutama di tengah Sumatera manakala 138 kawasan panas yang menandakan kebakaran telah dikesan pada 16 Jun 2013 lalu. Dr Seri Najib Tun Razak, melalui laman Faceboooknya, mengumumkan keadaan jerebu akan bertambah teruk dalam beberapa hari akan datang. Beliau juga menasihatkan untuk mengurangkan aktiviti luar dan minum air sebanyak mungkin. Anak-anak haruslah di lindungi dengan memastikan anak-anak mendapat cecair dalam badan yang mencukupi seperti meminum 8 10 gelas air sehari. Secara umum, kesan jerebu terhadap kesihatan adalah ringan dan boleh dirawat dengan mudah. Bagaimanapun bagi penjagaan bayi adalah amat sukar dan harus mengikuti langkah-langkah keselamatan yang betul dan teratur. Apabila kualiti udara mencapai tahap yang kritikal, partikel halus dalam jerebu boleh menembusi masuk ke dalam paru-paru bayi anda. Jerebu boleh mengganggu hidung, tekak, saluran udara, kulit dan mata. Bayi akan mengalami nafas yang berdehit, hidung meleleh, iritasi mata, tekak kering dan batuk. Jadi artikel di bawah menunjukkan pelbagai cara bagi melindungi bayi ketika jerebu. Antanya ialah memberi penyusuan badan, elakkan daripada merokok, tidak keluar rumah dan mengamalkan kebersihan. Kesimpulannya, semua pihak haruslah bekerjasama dan memainkan peranan masing-masing bagi mengatasi masalah jerebu daripada berleluasa. Langkah-langkah selamatan dan cara penjagaan diri adalah amat penting. Kanak-kanak merupakan golongan yang tidak mengetahui apa-apa. Jadi semua pihak haruslah membantu golongan ini agar masalah kesihatan semasa jerebu dapat diselesaikan.

[Type text]

Page 2

JEREBU
3. 2 Contoh- contoh artikel 1) Alahan Jerebu Pada Kanak-kanak http://kesihatan.info/alahan-jerebu-pada-kanak-kanak/ Sumber: Utusan Online

August 19, 2013

Apabila dikaitkan dengan pencemaran udara dan jerebu, dua masalah kesihatan iaitu pernafasan dan alahan kulit memang sukar dielak. Bagi orang dewasa yang mempunyai daya ketahanan badan atau imuniti lebih tinggi, sistem mekanisme badannya mungkin boleh menangkis penyakit bawaan jerebu itu. Namun tidak bagi kanak-kanak. Sebab itu bukan sesuatu yang menghairankan jika klinik, hospital kerajaan dan swasta menerima banyak kes di kalangan kanak-kanak berkaitan dua masalah tersebut. Pakar kanak-kanak dari Pusat Perubatan Taman Desa, Dr. Eric Lee Kim Hor berkata, memang banyak kes berkaitan masalah alahan dan pernafasan dilaporkan di kalangan kanak-kanak yang dimasukan ke wad kecemasan akibat pernafasan dan batuk setiap kali berlakunya jerebu. Malah ketika negara dilanda jerebu paling teruk sekitar tahun 1997 dulu jumlah kes berkaitan alahan pernafasan dan kulit telah meningkat lebih kurang 20 peratus. Ini kerana kedua-dua masalah tersebut amat sensitif dengan perubahan kualiti udara persekitaran mereka. Secara umum alahan sebenarnya satu subjek yang besar, umpama satu segi tiga yang ada dalamnya ialah asma, alergi rhinitis (sinus) dan ekzema.

[Type text]

Page 3

JEREBU
Penyebabnya adalah satu saja iaitu Ige sejenis imuniti yang ada dalam badan manusia. Biasanya bagi kes alahan, satu hingga tiga bayi yang baru dilahirkan akan mengalaminya. Ia mungkin akan lebih buruk kepada bayi yang tidak menyusu badan kerana sistem imuniti badan yang rendah, jelasnya yang ditemui di kliniknya barubaru ini. Menurut Dr. Eric, ibu bapa perlu dari semasa ke semasa memantau keadaan anak mereka apatah lagi dalam keadaan udara yang tercemar seperti jerebu. Anak-anak perlu dibawa berjumpa doktor untuk mengenal pasti sama ada mereka mempunyai penyakit asma atau ekzema dan resdung kerana tiga penyakit itu amat berkaitan. Jika dilihat, alahan yang berlaku pada kanak-kanak sebenarnya bersifat sementara. Memang banyak kes alahan di kalangan kanak-kanak yang pulih dalam masa dua hingga tiga bulan sahaja. Mungkin yang akan kekal ialah resdung sahaja. Dalam kes yang teruk mungkin alahan akan bertukar kepada lelah, katanya. Dr. Eric mengingatkan bahawa ibu bapa perlu peka dengan keadaan anak, kerana lelah dan batuk adalah dua perkara yang berbeza. Salah satu cara untuk mengenal pasti sama ada anak lelah atau tidak ialah dengan mendengar pernafasan mereka iaitu pernafasan mereka berbunyi. Katakan jika sudah diberi ubat pun masih batuk, mungkin anak anda sudah dijangkiti virus. Biasanya apabila anak mencecah umur tiga tahun imunisasi mereka akan meningkat dan sekali gus mengurangkan risiko untuk terkena penyakit tersebut dengan lebih kerap lagi, ujarnya. Bagi masalah ekzema pula, kata Dr. Eric, alahan itu tidak boleh dipulihkan namun boleh dikawal. Kawalannya pula bergantung kepada apa yang menjadi penyebab masalah tersebut. Jika rumah, maka kena pastikan semuanya bersih supaya anak tidak mendapat serangan kegatalan kulit yang kronik Memang ruam adalah satu perkara yang biasa, bintik-bintik merah di muka, namun bila bayi tidak menyusu badan, agak susah untuk sistem imunitinya sendiri bertindak, jadi ibu bapa perlu prihatin dengan memberikan susu yang sesuai yang bersifat hipo allergenic ataupun susu soya, jelasnya. Justeru, ibu dan bapa perlu sedar bahawa bayi baru lahir mempunyai sistem imunisasi yang rendah, jadi setiap kelainan pada bayi perlu diberi perhatian, jelasnya.

[Type text]

Page 4

JEREBU
2) Jerebu: Penduduk Perak dinasihat jaga kesihatan diri, keluarga Zambry http://www.bharian.com.my/articles/Jerebu_PendudukPerakdinasihatjagakesih atandiri_keluarga-Zambry/Article/

2013/06/25 - 11:55:35 AM IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menasihatkan penduduk negeri, terutama di beberapa tempat yang merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang semakin buruk, supaya mengambil langkah pencegahan untuk memelihara kesihatan diri dan anggota keluarga khasnya yang berisiko tinggi. Beliau mengeluarkan nasihat itu berikutan rekod IPU pada sebelah pagi menunjukkan kemerosotan tahap kualiti udara dengan peningkatan bacaan IPU pada tahap tidak sihat. "Orang ramai juga diminta bekerjasama untuk tidak membuat pembakaran terbuka serta melaporkan kes pembakaran terbuka atau kebakaran kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat atau Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mengikut laman web Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, kawasan Jalan Tasek, Ipoh merekodkan kualiti udara pada tahap tidak sihat dengan bacaan 139 pada pukul 7 pagi, manakala Kampung Air Putih, Taiping (142), Jalan Pegoh, Ipoh (182), Seri Manjung (288) dan Tanjung Malim (175). Katanya, jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu kanak-kanak, orang tua dan mereka yang mengalami penyakit seperti asma, bronkitis, radang paru-paru serta penyakit paru-paru kronik. Zambry turut menasihatkan mereka yang mengalami kesan akibat terdedah secara berterusan kepada jerebu seperti batuk, sesak nafas, hidung dan mata mengalami pedih serta berair supaya segera mendapatkan rawatan doktor.
[Type text] Page 5

JEREBU
"Golongan berisiko tinggi termasuk kanak-kanak, orang tua dan mereka yang berpenyakit dinasihatkan supaya mengehadkan aktiviti di luar rumah. Orang ramai juga dinasihatkan mengurangkan aktiviti sukan, riadah dan kegiatan di luar rumah," katanya. Semua penunggang motosikal, pekerja di luar bangunan atau di tempat yang terdedah secara berterusan kepada udara serta golongan berisiko tinggi juga dinasihat mengenakan topeng penutup mulut dan hidung, katanya. Beliau menggesa rakyat di Perak supaya melaporkan kes pembakaran terbuka atau kebakaran kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat di talian kecemasan 999 atau JAS di talian bebas tol 1-800-88-2727 atau Bilik Kawalan JAS Perak di talian 05-2542744. - BERNAMA

[Type text]

Page 6

JEREBU
3) Jerebu: Jangan hantar anak-anak ke sekolah http://www.sinarharian.com.my/semasa/jerebu-jangan-hantar-anak-ke-sekolah1.175097

24 Jun 2013 KUALA LUMPUR - Ibu bapa dibenar tidak menghantar anak-anak ke sekolah jika bimbang kesihatan mereka berikutan jerebu yang melanda sekarang, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Bagaimanapun, pihak sekolah hendaklah dimaklumkan terlebih dahulu. "Ibu bapa diminta merujuk kepada pihak sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berkaitan status sekolah anak-naka mereka terutama di kawasan yang terlibat," kata Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan dalam kenyataan di sini hari ini. Sekolah-sekolah diarahkan tutup hari ini iaitu di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka serta daerah Muar, Ledang dan Segamat di Johor, Port Dickson di Negeri Sembilan dan Kuantan di Pahang. Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G.Palanivel memberitahu pemberita di lobi Parlimen hari ini bahawa sekolah-sekolah di Selangor dan Kuala Lumpur dijangka ditutup esok memandangkan keadaan jerebu bertambah buruk. Muhyiddin berkata walaupun sekolah-sekolah dalam kawasan jerebu kritikal dan yang bacaan Indeks Pencemaran Udara melebihi paras bahaya telah ditutup, muridmurid dinasihatkan supaya tidak mendedahkan diri di kawasan terbuka. "Dalam hal ini kerjasama ibu bapa perlu supaya dapat mengawasi pergerakan anakanak mereka sepanjang tempoh itu," katanya.

[Type text]

Page 7

JEREBU
Murid-murid juga dinasihatkan sentiasa memakai penutup hidung dan minum banyak air, manakala pihak sekolah hendaklah merujuk pelajar yang tidak sihat ke klinik atau hospital berhampiran, katanya.Selain itu timbalan perdana menteri mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah sentiasa memantau dan mengikuti perkembangan semasa jerebu untuk mengetahui status terkini jerebu di kawasan masing-masing. Katanya semua pengarah pelajaran negeri hendaklah sentiasa mendapatkan pandangan dan nasihat daripada pihak berkuasa di peringkat masing-masing mengenai keperluan penutupan sekolah serta pelaksanaan sebarang aktiviti melibatkan murid. Muhyiddin juga meminta pihak sekolah mematuhi arahan surat siaran dari semasa ke semasa sama ada untuk menutup sekolah dengan serta merta, menghentikan semua aktiviti di luar bilik darjah atau menghentikan semua aktiviti kokurikulum dengan kadar segera bagi menjamin kesihatan murid. Bernama

[Type text]

Page 8

JEREBU

4) Lindungi anak-anak daripada kesan jerebu http://my.theasianparent.com/lindungi-anak-anak-daripada-kesan-jerebu/ Jerebu melanda lagi! Ketahui kesan jerebu terhadap kesihatan dan beberapa panduan bagi mengatasi dan mencegah kesan jerebu dalam perbincangan kali ini. June 26, 2013

Jerebu melanda lagi Semananjung Malaysia dan Singpura. Kali ini ia dilaporkan mencapai tahap paling teruk dalam masa 16 tahun. Tidak lain disebabkan oleh pembakaran hutan di Kepulauan Sumatera, Indonesia. Di Singapura, bangunan pencakar langitnya diselaputi kabus tebal dengan kiraan Indeks Piawai Pencemaran atau Pollutant Standard Index (PSI) mencapai tahap berbahaya, yang tertinggi sejak September 1997. Di Malaysia, Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencapai tahap berbahaya dan merupakan bacaan tertinggi sejak tahun 2005 di mana kerajaan mengisytiharkan darurat di Muar dan Ledang. Peningkatan jerebu Dr Seri Najib Tun Razak, melalui laman Faceboooknya, mengumumkan keadaan jerebu akan bertambah teruk dalam beberapa hari akan datang. Beliau juga menasihatkan untuk mengurangkan aktiviti luar dan minum air sebanyak mungkin.

[Type text]

Page 9

JEREBU
Agensi Alam Sekitar Kebangsaan Singapura pula melaporkan, keadaan jerebu yang teruk kali ini disebabkan cuaca kering yang membawa kepada peningkatan aktiviti panas terutama di tengah Sumatera manakala 138 kawasan panas yang menandakan kebakaran telah dikesan pada 16 Jun lalu. Kesan jerebu Antara kesan kesihatan yang boleh disebabkan oleh jerebu termasuklah: Sukar bernafas Serangan jantung Gatal tekak Gatal mata dan/atau berair Gatal kulit Hidung berair, hidung tersumbat dan/atau bersin Sakit dan/atau pening kepala Jangkitan pada bahagian atas saluran pernafasan, mengurangkan fungsi paru-paru dan/atau sakit dada Tahap kesan kesihatan ini pula bergantung kepada faktor-faktor seperti jangka masa dan intensiti aktiviti luar, tabiat merokok, umur dan status kesihatan seserang. Sementara semua orang berisiko untuk mendapat kesan daripada jerebu, sesetengah kumpulan lebih tinggi berisikonya berbanding yang lain. Mereka termasuk kanakkanak, warga emas, pengidap asma dan bronkitis, pengidap sakit jantung dan alahan serta perokok. Kesan terhadap bayi Bagi bayi, jerebu mudah menyebabkan iritasi kepada hidung, tekak, saluran penafasan, kulit dan mata serta ruam kulit. Bayi akan mula bersin, berair hidung dan batuk. Pada tahap jerebu yang kritikal, partikel halus pada jerebu boleh memasuki bahagian dalam paru-paru bayi. Menurut Dr Jasmine Mohd, seorang pakar O & G di Thompson Medical Centre, Singapura, terdapat juga kajian yang menunjukkan kaitan antara pendedahan kepada pencemaran udara dengan kematian akibat kegagalan sistem pernafasan dalam beberapa bulan pertama bayi. Hasil kajian juga menunjukkan pencemaran udara menyebabkan berat bayi yang rendah ketika lahir serta memungkinkan kelahiran pra-matang dan kecacatan ketika lahir. Namun kajian selajutnya diperlukan bagi menyokong kajian ini. Mengatasi kesan jerebu Beberapa panduan untuk melindungi anda dan anak-anak daripada kesan jerebu termasuk:

[Type text]

Page 10

JEREBU
Jauhi asap rokok dan perokok Asap rokokakan memburukkan lagi keadaan. Jauhi asap rokok dan perokok. Jika ada ahli keluarga yang merokok, ini masa terbaik untuk berhenti. Minimakan aktiviti di luar Kurangkan aktiviti luar. Isi masa di rumah dengan aktiviti lain sehingga keadaan jerebu berkurang atau hilang sepenuhnya. Jika anda memilih untuk menutup tingkap dan menggunakan penghawa dingin, pastikan penghawa dingin berada dalam keadaan baik dan telah diselenggara bagi mengelakkan habuk terkumpul. Juga kurangkan asap daripada sumber dalam rumah seperti membakar lilin atau menggunakan dapur gas. Jika terpaksa keluar, pastikan anda dan anak-anak memakai penutup mulut. Kebersihan Dalam apa juga keadaan, amalan kebersihan yang baik sangat membantu mengurangkan risiko. Justeru, pastikan rumah sentiasa bersih dan galakkan penghuni rumah untuk membasuh tangan terutama setelah keluar rumah. Minum air Pastikan anda dan anak-anak mendapat cecair dalam badan yang mencukupi. Minum 8 10 gelas air sehari. Vitamin C Vitamin C dapat membantu membina sel dalam badan. Pastikan tubuh badan mendapat Vitamin C sama ada melalui pengambilan makanan tambahan atau secara semulajadi melalui sayuran dan buah-buahan. Kopi dan alkohol Hindari alkohol dan kopi kerana kedua-dua minuman ini mengeringkan tubuh dan mengeluarkan nutrien dari badan. Rehat Mendapat rehat secukupnya membantu memperbaik dan menyegarkan tubuh semula. Tidur yang cukup juga dapat memperkukuhkan sistem imunisasi dan mengelakkan sakit ketika jerebu. Teruskan menyusu Susu ibu amat baik untuk meningkat imunisasi bayi. Jadi jika anda menyusukan bayi, teruskan dan pastikan bayi mendapat susu secukupnya.

[Type text]

Page 11

JEREBU
5) Jerebu: Melindungi bayi anda http://www.babycenter.com.my/a1037919/jerebu-melindungi-bayi-anda All contents copyright BabyCenter, L.L.C. 2013.

Setiap tahun, antara bulan Mei ke Oktober, jerebu yang tebal menyelubungi Malaysia dan seluruh Asia Tenggara dan menjejaskan kualiti udara. Sekiranya anda bimbang tentang bayi anda semasa musim jerebu, artikel ini membantu menjawab beberapa kemusykilan anda. Memang ada langkah beringat-ingat yang boleh anda ambil untuk melindungi bayi anda.

Bagaimanakah jerebu boleh menjejaskan kesihatan bayi saya? Jerebu boleh mengganggu hidung, tekak, saluran udara, kulit dan mata. Bayi anda akan mengalami nafas yang berdehit, hidung meleleh, iritasi mata, dan tekak kering dan batuk. Apabila kualiti udara mencapai tahap yang kritikal, partikel halus dalam jerebu boleh menembusi masuk ke dalam paru-paru bayi anda. Jika bayi anda mempunyai sejarah masalah respiratori, sinusitis dan masalah alergi kulit, kesihatannya menjadi lebih terancam semasa musim jerebu. Sekiranya bayi anda mempunyai asma, simptomnya adalah lebih teruk.

Bagaimanakah saya melindungi bayi saya? Secara umum, kesan jerebu terhadap kesihatan adalah ringan dan boleh dirawat dengan mudah. Berikut diberikan beberapa panduan yang anda boleh ikuti untuk merawat masalah kesihatan akibat jerebu.

ritasi mata Titikkan beberapa titik larutan garam (diperolehi dengan mudah di kebanyakan farmasi) untuk membantu melegakan iritasi. Sesetengah ibu percaya yang beberapa titik susu ibu juga berkesan. Nafas yang berdehit ringan, hidung meleleh, tekak kering, dan batuk yang tidak berkahak Kanak-kanak dibawah satu tahun tidak seharusnya diberi ubat selesema atau ubat
Page 12

[Type text]

JEREBU
batuk. Tanyalah pakar pediatrik anda untuk mengetahui apa yang sesuai untuk bayi anda, mengikut umur (dan kadangkala, beratnya). Pastikan bayi anda memperolehi banyak rehat dan cecair (tambah jumlah buah atau jus yang kaya dengan vitamin C). Sekiranya dia terasa seakan-akan demam, beri dia suspensi paracetamol di bawah arahan doktor.

Sesak nafas atau asmaAsthma Asma dalam kebanyakan kanak-kanak adalah reaksi kepada sesuatu picu, dan jerebu boleh disalahkan. Jerebu boleh menjadikan asma seseorang itu lebih teruk, jadi, jika bayi anda berdehit atau sesak nafas, berjumpalah doktor dengan segera. Apa lagi yang saya harus lakukan? Terdapat beberapa langkah beringat-ingat yang terus dan mudah yang boleh diambil untuk melindungi bayi anda dari jerebu.

Penyusuan badanBreastfeeding Penyusuan badan adalah satu cara yang amat terbaik untuk melindungi kesihatan bayi anda. Selagi dia menyusu badan dia akan memperolehi antibodi dan keimunan semulajadi anda. Walaupun ini bukan cara yang seratus peratus mujarab untuk melindungi kesihatan bayi anda, bayi yang menyusu badan selalunya mempunyai simptom yang lebih ringan apabila diserang penyakit biasa seperti selesema dan flu. Elakkan merokok atau perokok Pastikan anda dan bayi anda menjauhkan diri dari perokok. Sekiranya anda atau suami anda merupakan perokok, inilah masa yang paling baik untuk berhenti merokok. Berikut adalah beberapa tip tentang berhenti merokok. Jangan keluar rumah seberapa boleh Elakkan aktiviti di luar rumah atau di alam bebas. Kami ada idea-idea yang bagus untuk permainan-permainan yang hebat bagi anda dan bayi atau anak tatih anda supaya mereka semua leka di rumah. Mengamalkan kebersihan Pastikan semua orang membasuh tangan dan muka mereka sebaik saja mereka memasukki rumah.

Melindungi anda dan kanak-kanak anda yang lebih tua

Jika anda atau suami anda, atau kanak-kanak yang lebih tua memakai kanta sentuh, adalah baik jika anda berhenti memakainya semasa jerebu berada di tahap yang teruk. Simptom seperti berdehit, hidung meleleh, tekak kering dan batuk boleh dilegakan dengan pil selesema atau ubat batuk. Anda boleh membeli ubat-ubat ini di farmasi. Pakailah topeng apabila jerebu menjadi teruk. Pada masa-masa Indeks Pencemar Udara melebihi 150 (dalam julat Tidak Sihat), fikirkanlah pemakaian topeng. Cari topeng yang disahkan gred N95.

[Type text]

Page 13

You might also like