You are on page 1of 13

Monday, 7 May 2012

TARIAN
1.0 PENDAHULUAN Potensi pergerakan kanak-kanak boleh dirangsang melalui ritma dan pelbagai bentuk tari. Kanak-kanak mempunyai keiginan untuk bergerak dan sentiasa aktif. Salah satu satu cara untuk memuaskan keiginan untuk begerak ialah menerusi tarian. Kanak-kanak dapat menikmati kepuasan melalui gerak-tari yang berentak dan berirama dalam tarian. Aktiviti tarian sesuai untuk pertumbuhan fizikal dan kreativiti kanak-kanak. Seni tari sebagai gerakan berirama, merupakan mengucapan jiwa manusia melalui gerak tari berirama yang indah. Terdapat pelbagai jenis tarian sama ada tarian asli atau tarian yang dipengaruhi unsur-unsur moden. Tarian merupakan gerak tubuh. Melalui gerak tubuh, kanak-kanak mampu untuk mengungkapkan idea-idea, perasaan dan pengalaman penari kepada oraang lain. Tarian mengandungi segala gerakan tubuh badan yang mempunyai unsur-unsur keindahan. Seni tari dapat dilihat pada pergerakan tangan, kaki, badan, mata dan anggota tubuh badan yang lain. Dalam seni tarian gabungan muzik dan gerakan adalah penting dan diperlukan bagi menambah keindahan seni tarian. Seringkali kita lihat apabila muzik dimainkan secara semula jadi kanak-kanak akan menggerakkan aggota badan mereka. Melalui tarian inilah kanak-kanak dilatih untuk membuat gerakan mengikut rentak dan alunan muzik. Seni merupakan intipati kepada ekspresi kreativiti seseorang kanak-kanak. Kanak-kanak yang kreatif adalah kanak-kanak yang bijak dalam menyelesaikan sesuatu masalah dan mudah untuk menerima pembelajaran terutama dalam bidang seni tarian. Kanak-kanak mempunyai naluri rentak dan irama, penghargaan nilai terhadap pergerakan berirama dan mempunyai kemampuan kreativiti yang semulajadi.

2.0

DEFINISI KREATIVITI Terdapat pelbagai takrifan tentang kreativiti. Pandangan dan pengertian yang berbeza ini adalah berpunca daripada istilah kreativiti dalam pelbagai bentuk sesuai dengan kajian dan pandangan tokoh-tokoh akademik dalam bidang dan disiplin tertentu. Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu creare yang membawa maksud membuat. Manakala daripada perkataan Greek pula creare bermaksud memenuhi. Kamus Dewan, (2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan (kebolehan) mencipta daya kreatif, kekreatifan manakala kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. Dalam konteks ini , ia merujuk kepada kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Ada juga pendapat yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang tidak ada sebelumnya. Individu yang mempunyai kebolehan kreatif biasanya mempunyai perasaan istimewa dan eksklusif kerana individu ini dianggap mempunyai kualiti sejati yang jarang ditemui (Md Nasir Ibrahim & Iberahim Hassan, 2003) DEFINISI SENI

3.0

Menurut Kamus Dewan Seni didefinisikan sebagai karya (sajak, lukisan, muzik, dll) yang dicipta dengan bakat (kecekapan), hasil daripada sesuatu ciptaan. Manakala kesenian bermaksud perihal seni, yang berkaitan dengan seni, keindahan (kehalusan). Kesenian ini menjadi tunjang kepada kebudayaan masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi. Dengan adanya kesenian seperti ini identiti masyarakat Melayu lebih terserlah dan dikenali ramai. Kementerian Kebudanyaan dan Kesenian telah mengambil pebagai inisiatif bagi memantapkan dan memperkembangkan lagi kebudayaan masyarakat Melayu. Kesenian bangsa Melayu telah diakui dunia sebagai unik dan menarik. Istilah seni mempunyai konotasi yang amat rapat dengan kemampuan dan penguasaan sesuatu medium dalam menyampaikan maksud-maksud tertentu. Menentukan maksud yang ingin disampaikan,medium dan cara berkesan untuk menyampaikan maksud tersebut; memerlukan asas kritis yang baik dalam membuat penilaian. 4.0 DEFINISI TARIAN Seorang ahli sejarah tarian dan muzik Jerman bernama C. Sachs telah memberikan definisi seni tari sebagai gerakan yang berirama. Seni tari adalah pengucapan jiwa manusia melalui gerak-geri berirama yang indah. Dalam kebudayaan melayu terdapat berbagai-bagai jenis tarian , sama ada tarian asli ataupun tarian yang telah dipengaruhi oleh unsur - unsur moden. Menurut Jaafar Mampak, tarian melayu asli terbahagi kepada dua jenis. Pertama , tarian yang bercorak lemah lembut seperti tarian Mak Inang dan Siti Payung. Kedua , tarian rancak yang merupakan hasil daripada pengaruh tarian Portugis seperti tarian Ronggeng , Serampang Laut dan Singapura Dua. 5.0 LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN Seni dalam pendidikan meletakkan Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard Gardner sebagai asas pemupukan minda murid untuk mencapai kecemerlangan. Teori ini amat jelas menyokong seni yang mengambil peranan penting dalam kurikulum. Oleh itu guru perlu menggalakkan murid untuk mengenal dan menggunakan kelebihan diri mereka. Selain itu guru perlu merancang aktiviti pembelajaran yang pelbagai untuk memenuhi keperluan murid yang mempunyai gaya belajar, mencuba idea, pendekatan dan teknik yang baru serta persekitaran yang memberi inspirasi. Teori kecerdasan manusia. Howerd Gardner mengenegahkan otak kanan dan otak kiri sebagai subjek teori pembelajaran. Hermann(1991) menghasilkan Quadrant Concept yang membentuk peranan otak kanan dan kiri yang sama. Eistein juga sebenarnya mengenegahkan teori yang sama di mana perananotak seharusnya dimantapkan untuk pembentukan sahsiah diri.

i) ii) iii)

Seni Muzik Tokoh-tokoh seni muzik seperti Emile Jacques Dalcroze, Carl Offf, Shinuchi Suzuki, Zoltan Kodaly dan Erwin Gordon juga mengenegahkan teori pembelajaran berasaskan otak kanan dan otak kiri. Walaupun setiap pengkaedahan muzik mempunyai latar belakang yang berbeza tetapi setiap daripada mereka banyak memberi perhatian kepada penghayatan kepada murid. Secara yang tersirat, pengertian ini menunjukkan bahawa murid-murid akan belajar menggunakan kemaahiran berfikir dan penghayatan secara berperingkat.

i)

ii)

iii)

Seni Pergerakan Einstein mengatakan bahawa setiap pergerakan mendapat kawalan yang dipantau oleh otak kiri dan otaak kanan melalui proses mengimaginasi. Pergerakan-pergerakan kreatif sebenarnya berlaku melalui proses menaakul dan pertimbangan-pertimbangan rasional mengenai apa yang ingin kita lakukan. Gadner berpendapat bahawa otak yang kreaatif seringkali menghasilkan pergerakanpergerakan yang menarik dan seterusnya dapat membina kamahiran-kemahiran yang berbagai. Torrance (1969) menyatakan bahawa otaak yang kreatif seringkali mempamerkan kebolehan murid mengatasi pelbagai masalahnya. 6.0 MATLAMAT SENI TARIAN DALAM PENDIDIKAN Matlamat seni tari dalam pendidikan di sekolah rendah adalah untuk membentuk keperibadian Generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Kandungan kurikulum mampu berupaya membantu kanak-kanak meningkatkan rasa kesyukuran terhadap tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahaan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembagunan diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Seni tarian dalam pendidikan sekolah rendah yang mengintegrasikan tiga komponan akan melengkapkan pembinaan otak kanan dan otak kiri. Bertitik tolak daripada pengintegrasian inilah perkembagan menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek akan berlaku. 7.0 TARIAN PERGERAKAN KREATIF KANAK-KANAK Kehendak untuk bergerak mengikut irama muzik merupakan kreativiti semula jadi bagi kanak-kanak. Aktiviti tarian dan pergerakan kreatif memberi peluang kepada kanak-kanak untuk bergerak mengikut rentak dan irama muzik. Aktiviti-aktiviti gerakan yang dilaksanakan oleh guru mewujudkan bentuk pengalaman yang kreatif kepada kanak-kanak dan melatih mereka untuk menilai estetika gerak dalam persembahan tarian dan pergerakan kreatif. Aktiviti pergerakan kreatif dapat meningkatkan imaginasi, kreativiti dan estetika kanak-kanak dengan berimaginasi semasa aktiviti gerakan, menginterpretasikan idea dan mengapreasiasi estetika. Aktiviti-aktiviti pergerakan kreatif dapat melatih kanak-kanak mengenal bahagian-bahagian tubuh badan sendiri, meningkatkan kekuatan fizikal dan daya ketahanan, mengeksplorasi dan menggunakan ruang dengan bijak, menghargai dan membahagikan masa mengikut keutamaan. Aktiviti pergerakan kreatif menggabungkan elemen-elemen pergerakan seperti tubuh badan, ruang, masa dan daya. 7.1 Elemen Tubuh Badan

Elemen tubuh badan merangkumi bahagian luaran tubuh seperti kepala, bahu, kaki dan tangan. Kanak-kanak boleh menggunakan imaginasi dan keativiti masing-masing untuk mereka cipta gerak geri dengan menggunakan elemen tubuh badan. Contoh gerak geri pusing kepala, turun naik bahu, berjalan dan melambai tangan. Daripada gerak geri yang dihasilkan, kanak-kanak boleh meneka maksud gerakan menilai estetika

yang ada pada gerakan. Penggunaan tubuh badan adalah melatih kanak-kanak menjelajahi ruang persembahan secara kreatif. 7.2 Elemen ruang

Elemen ruang dalam pergerakan kreatif merangkumi ruang diri, aras dan arah. Ruang am dalam pergerakan kreatif untuk kanak-kanak merujuk kepada ruang pentas, padang atau bilik untuk melakukan aktiviti pergerakan. Ruang diri dalam pergerakan kreatif merujuk kepada ruang yang digunakan oleh kanak-kanak untuk melakukan aktiviti pergerakan. Aras dalam pergerakan kreatif merangkumi aras rendah, sederhana dan tinggi. Arah dalam pergerakan kreatif merangkumi arah ke depan, ke belakang, ke sisi, ke bawah dan ke atas. Proses pergerakan kreatif yang menggunakan elemen ruang dapat melatih imaginasi dan kreativiti kanak-kanak terhadap elemen ruang dalam pergerakan dan mencipta gambaran mental dan mengamati dunia visual secara kreatif. 7.3 Elemen masa

Elemen masa dalam pergerakan kreatif marangkumi tempo, rentak, pola beritma, aksen dan jangka masa. Tempo merujuk kepada kalajuan muzik atau pergerakan yang perlahan atau cepat; rentak merujuk kepada ukuran masa tanpa mengira masa dalam pergerakan kreatif; pola ritma merujuk kepada kronologi pergerakan atau bunyi dalam jangka masa yang berubah; aksen merujuk kepada suatu pergerakan yang lebih kuat daripada pergerakan sebelum atau selepasnya manakala jangka masa merujuk kepada pendek atau panjang setiap rentak pergerakan. Pengiraan rentak dan tempo dalam pergerakan kreatif kanak-kanak dapat mempertingkatkan kecerdasan logikal kanak-kanak. Kanak-kanak dapat memahami kiraan rentak dan tempo dan seterusnya dapat membilang nombor dengan betul. 7.4 Elemen daya

Elemen daya atau tenaga dalam pergerakan kreatif merangkumi pergerakan perkusif, pergerakan pendular, pergerakan staccato, pergerakan bergetar, pergerak meruntuh dan pergerakan kawal-lambat. Pergerakan perkusif dalam pergerakan kreatif merujuk kepada pergerakan yang bertenaga kuat dilepaskan dalam satu tempoh yang singkat; pergerakan pendular dalam pergerakan kreatif merujuk kepada pergerakan secara berayun; pergerakan staccato merujuk kepada pergerakan yang bersifat terputus-putus, cepat dan ringan; pergerakan bergetar dalam pergerakan kreatif merujuk kepada pergerakan yang menggigil; pergerakan meruntuh dalam pergerakan kreatif merujuk kepada pergerakan yang lemah dan tidak bertenaga manakala pergerakan kawal-lambat merujuk kepada pergerakan yang dikekalkan dalam tempo yang panjang dalam aktiviti pergerakan kreatif. Berdasarkan imaginasi dan kreativiti kanak-kanak, guru boleh membimbing kanak-kanak menggunakan pelbagai pergerakan dalam elemen daya untuk mereka cipta persembahan pergerakan kreatif yang unik. 8.0 RANGSANGAN DALAM AKTIVITI PERGERAKAN KREATIF

Muzik dan props dapat memberi rangsangan kepada kanak-kanak dalam pergerakan kreatif. Muzik dapat memberi mood dan emosi seperti gembira, sedih, marah dan takut emasa aktiviti pergerakan kreatif manakala props yang boleh digunakan dalam aktiviti pergerakan

kreatif seperti reben, bola, kipas,lilin, dan gelung dapat membantu kanak-kanak memahami hubungan antara objek, ruang dan diri sendiri. 8.1 Muzik Muzik dapat menimbulkan suasana dan mood yang pelbagai kepada kanak-kanak dalam aktiviti pergerakan kreatif. Irama dan rentak muzik yang pelbagai dapat menarik perhatian kanak-kanak untuk melakukan aktiviti pergerakan kreatif. Kanak-kanak perlu diberi peluang membuat pergerakan secara bebas dan kreatif dengan bimbingan pendidik. Aktiviti -aktiviti pergerakan kreatif untuk kanak-kanak merangkumi pergerakan asas bersama muzik, pergerakan mengikut lirik lagu dan pergerakan bebas bersama muzik . 8.2 Props

Props yang boleh digunakan dalam aktiviti pergerakan kreatif seperti reben, bola, kipas, lilin dan gelung melatih kanak-kanak prihatin dan membentuk pola-pola pergerakan yang kreatif. Props yang bahaya tidak boleh digunakan dalam aktiviti pergerakan kreatif dan pendidik perlu memberi arahan menggunakan props dengan cara yang betul dan selamat serta melatih kanak-kanak mematuhi peraturan-peraturan dalam aktiviti pergerakan kreatif.

9.0 SUMBANGAN SENI TARIAN KEPADA PERKEMBANGAN PENDIDIKAN KANAKKANAK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. 9.1 Ekspresi Seni tarian menyarankan pelbagai aktiviti melalui perasaan, pernyataan, emosi, idea dan manifestasikan pemikiran. Aktiviti tarian dapat memberi peluang untuk kanak-kanak membina keyakinan menajamkan persepsi, menigkatkan kreativiti dan meningkatkan nilai estetika. Terdapat enam bentuk ekspresi iaitu bentuk imaginasi, penglibatan diri, emosi, bentuk ruang, muzik, dan kinestetik. Melalui tarian kanak-kanak dapat membina kreativiti tersendiri. Setiap penari mempunyai keistimewaan dan apa yang mereka tonjolkan itu merupakan satu kreativiti. Melalui tarian dapat meningkatkan keupayaan pemikiran kanak-kanak. Kanak-kanak perlu membuat perbandingan, perbezaan menganalisa dan menilai karya. Kesemua ini membantu murid menggerakkan daya pemikiran mereka.

i)

9.2 Emosi Emosi merupakan perasaan jiwa yang kuat seperti sedih, gembira, takut, kecewa, marah,dan geli. Emosi yang mempengaruhi ingatan boleh digolongkan dalam dua jenis iaitu: seronok dan tenang Tarian merupkan salah satu cara untuk menyediakan suasana riang terhadap kanak-kanak. Irama dan rentak muzik yang ceria dapat menarik perhatian kanak-kanak menghidupkan suasana aktif pembelajaran. Tarian menggalakkan interaksi di antara murid dan guru menyebabkan pembelajaran lebih menyeronokkan. kurang seronok dan cemas. Tarian memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meluahkan perasaan dan emosi yang tidak menyenangkan. Di samping itu dengan mendengar dan terlibat dalam aktiviti tarian dapat menenangkan perasaan kanak-kanak. Kanak-kanak rasa sungguh terhibur dan

ii)

mengurangkan tekanan ketika belajar. Apabila kanak-kanak menari, mereka akan berasa lega dan perasaan bimbang serta cemas akan berkurangan kerana alunan muzik dan lenggok tarian tersebut mampu memberi ketenangan menghiburkan. 9.3 Imaginasi Kanak-kanak sememangnya suka berimaginasi. Proses kreativiti dan imaginasi boleh melibatkan: perasaan dalaman kanak-kanak , imaginasi, dan kreativiti pengalaman kanak-kanak melalui interaksi dan tindakan yang diambil kebolehan kanak-kanak meluahkan perasaannya secara lahiriah Melalui aktiviti tarian, daya estetik kanak-kanak dapat dipertingkatkan. Sebagai contoh, kanak-kanak menarikan tarian kuda kepang. Semasa menarikan tarian Kuda Kepang kanakkanak akan bergerak mengikut irama seperti kuda yang sedang berlari atau berjalan. Kemudian kanak-kanak cuba mengayakan seperti kuda berjalan dengan terhenjut-henjut. Kanak-kanak cuba untuk mengimaginasikan pergerakan seekor kuda. Semasa menari kanak-kanak membina konsep kendiri dalam kumpulan rakan sebaya. Kebolehan kanak-kanak adalah selari dengan perkembangan diri mereka. Untuk mencipta sesuatu yang baru kanak-kanak akan bergantung kepada pengalaman dan kreativiti dalam memanipulasikan alatan dan bahan yang mereka gunakan. 9.4 Kognitif Dari segi kognitif, kanak-kanak dapat meningkatkan daya ingatan, dan pendengaran mereka. Selain itu, kanak-kanak juga dapat membezakan nada tinggi, rendah, rentak laju atau perlahan. Melalui aktiviti tarian juga, kanak-kanak dapat menghidupkan suasana aktif pembelajaran, meningkatkan kefahaman terhadap imej dan bahasa visual, serta dapat membantu murid mempelajari seni tarian pelbagai budaya di Malaysia. Melalui tarian juga kanak-kanak dapat menyemai kefahaman di antara satu sama lain dan murid memahami bahawa setiap seni tarian yang dihasilkan mempunyai makna yang berbeza. Semasa melakukan aktiviti tarian dengan menggunakan muzik latar kanak-kanak dapat membina keyakinan diri. Mereka dikehendaki mengingat setiap langkah dengan betul bersama iringan muzik atau lagu. Disinilah mereka perlu ada keyakinan pada diri sendiri tanpa bergantung dengan orang lain. 9.5 Fizikal Tarian juga menggunakan muzik latar dan pergerakan anggota tubuh badan setiap kanakkanak. Kanak-kanak perlu membuat pergerakan mengikut rentak muzik yang dimainkan. Setiap rentak muzik mempunyai lenggok tarian yang tersendiri. Melalui tarian juga kanakkanak dapat meningkatkan kemahiran moto serta menggalakkan koordinasi tubuh badan seperti kaki, tangan, mata, bahu dan jari. Tubuh badan kanak-kanak yang aktif dalam tarian biasanya akan menjadi lebih sihat berbanding kanak-kanak yang tidak aktif. 9.6 Sosial Melalui tarian pelbagai budaya yang terdapat di Malaysia kanak-kanak dapat mengenali rakan mereka yang berlainan bangsa. Aktiviti ini akan memberi ruang kepada kanak-kanak untuk berinteraksi dan mengenali di antara satu sama lain. Secara tidak langsung tarian boleh mengeratkan perpaduan dan persahabatan di antara kanak-kanak. Proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan lebih mudah kerana tiada perbezaan warna

i) ii) iii)

kulit di antara mereka. Kanak-kanak di asuh agar dapat bergaul dan bekerjasama dalam apa jua aktiviti yang dilakukan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. 10.0 TARIAN MENINGKATKAN KESEDARAN KANAK-KANAK TERHADAP KEPELBAGAIAN BUDAYA DI MALAYSIA Malaysia merupakan negara berbilang kaum dan mempunyai masyarakat majmuk iaitu terdiri daripada masyarakat Melayu, Cina, India, Iban dan Semazau bagi penduduk negeri Sabah dan Sarawak. Setiap kaum di Malaysia mempunyai budaya dan adat resam yang tersendiri dan budaya tersebut biasanya menjadi warisan turun temurun dan sudah dikenalpasti pengamalnya. Pelbagai adat dan budaya kaum di Malaysia dapat dipelajari melalui seni tarian. Kekayaan seni budaya dalam tarian di Malaysia sudah dikenali ramai malahan hingga ke peringkat antarabangsa. Tarian bukan sahaja ditarikan oleh orang dewasa, malahan kini tarian sudah menjadi satu bentuk aktiviti seni kreatif bagi kanak-kanak di sekolah. Kanak-kanak perlu sedar bahawa melalui tarian mereka dapat: i) Mengenali budaya setempat Melalui tarian kanak-kanak dapat mengenali budaya bagi setiap bangsa di Malaysia. Penduduk Malaysia yang berbilang kaum mengamalkan pelbagai adat dan seni warisan turun temurun. Melalui tarian juga kanak-kanak mampu mengenali sesuatu kaum dan pengamalnya. Sebagai contoh, apabila di sebut tarian Singa secara automatik kanak-kanak tahu bahawa itu adalah tarian kaum cina. Begitu juga bila disebut tentang tarian joget kanakkanak boleh mengintepritasikan itu adalah tarian kaum melayu. ii) Menghormati budaya bangsa lain Tarian juga mampu mendidik kanak-kanak agar menghormati budaya bangsa lain yang ada di Malaysia. Ini bukan bermakna setiap bangsa hanya mengenali bangsa itu sendiri. iii) Warisan Tarian tradisional setiap kaum biasanya adalah tarian turun temurun yang diwarisi oleh nenek moyang mereka. Sekiranya tarian ini tidak diamalkan sudah pasti generasi akan datang tidak mengenali budaya bangsa mereka. Biarpun masa kini tarian sudah mengalami perkembangan yang begitu pesat namun, tarian-tarian klasik setiap kaum tidak harus dilupakan. iv) Bahasa Terdapat pelbagai jenis bahasa yang terdapt di Malaysia seperti bahasa Melayu, bahasa Mandarin, Bahasa Tamil, bahasa Iban dan banyak lagi. Tarian setiap kaum menunjukkan bahasa bagi kaum tersebut. Sebagai contoh tarian Kuda Kepang yang pada asalnya ditarikan oleh orang Jawa. Tarian Singa yang ditarikan oleh kaum cina manakala tarian Khatak ditarikan oleh kaum India. Biarpun kanak-kanak tidak dapat memahami bahasa tersebut, tetapi mereka belajar untuk mengenali jenis bahasa yang dituturkan oleh penyanyi. Aktiviti menyanyi sambil menari adalah satu cara bagaimana kanak-kanak memperkembangkan penguasaan bahasa mereka. Melalui aktiviti tarian juga dapat memperkenalkan pelbagai konsep dan bahasa dapat ditingkatkan kerana ia mudah diingati dan difahami oleh kanak-kanak. Peningkatan perkembangan bahasa dapat berkembang melalui sebutan semasa kanak-kanak menyanyi sambil menari. Jenis-jenis tarian mengikut kaum di Malaysia adalah seperti berikut: 10.1 TARIAN KAUM MELAYU Seni tari boleh dikategorikan dalam berbagai-bagai jenis. Antara pembahagian yang boleh dibuat terhadap seni tari melayu adalah seperti berikut :

Tarian tarian yang bercorak seni tari istana yang dipersembahkan pada waktu perkahwinan , pertabalan , istiadat menyembah dan sebagainya. Tarian tarian ini termasuklah tarian Siti Payung , Mak Inang , Asyik , Gamelan dan sebagainya.
1.

Tarian - tarian yang memperlihatkan wujudnya pengaruh Arab dan Parsi seperti tarian rodat , hadrah dan sebagainya.
2. 3. 4.

Tarian rakyat seperti dondang sayang , ronggeng , joget dan sebagainya.

Tarian yang khusus ditarikan oleh kaum lelaki sahaja seperti tarian kuda kepang , tarian labi -labi , tarian berdayung dan sebagainya. 10.1.1 Tarian Asli Tarian ini dicipta berdasarkan lagu-lagu melayu asli dengan mengikuti irama lagu-lagu melayu asli yang tertentu. Seni tari jenis ini ialah tarian yang dicipta daripada lagu Makan Sirih , Gunung Banang , Sapu Tangan , Asli Selendang , Bentan , Telani , Asli Abadi dan sebagainya. 10.1.2 Tarian Asyik Tarian ini adalah sejenis tarian klasik dari daerah daerah di Kelantan yang ditarikan di istana raja raja Kelantan dan Patani. Asyik bererti kekasih , oleh itu tarian ini bersesuaian dengan gerak geri bersifat lemah lembut dan penuh dengan ketertiban. Tarian ini dimulai dengan sepuluh orang penari masuk ke dewan tarian terlebih dahulu , lalu duduk bersimpuh dengan tertibnya. Kemudian tampillah Puteri Asyik dan mereka pun mula menari.Tarian asyik ini ditarikan dalam upacara perkahwinan dan pada malam berinai. Tiga alat muzik penting yang digunakan ialah rebab , gambang dan gedombak. 10.1.3 Tarian Ayam Didik Tarian ini dikatakan berasal daripada gerakan berlaga ayam, iaitu sejenis sukan yang diminati oleh orang Melayu pada masa lampau. Tarian ini dicipta oleh ahli tarian dinegeri Perlis. Tarian ini diringi dengan nyanyian lagu ayam didik. 10.1.4 Tarian Balai Tarian ini berasal dari daerah-daerah dinegeri Terengganu. Tarian ini ditarikan oleh gadisgadis kampung dalam bentuk simbolik seperti melakukan pekerjaan sawah. Penari-penari akan menari mengelilingi balai, iaitu sejenis payung panjang berwarna-warni yang diletakan dibawah gelanggang. 10.1.5 Tarian Canggung Kata tanggung berasal dari bahasa Thai yang bererti menari. Tarian Canggung berasal dari negeri Perlis dan menjadi popular di negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. Tarian ini dicipta oleh seorang ahli tarian dari Kangar selepas perang dunia kedua. Penari-penari akan menyanyi sambil menari . Nyanyian dalam tariaan ini adalah berbentuk berbalas pantun. Selain dipersembahkan di majliss kenduri kahwin, tarian ini seringkali ditaaikan selepas sahaja selesai musim menuai. Pantun-pantun yang dinyanyikan oleh mereka adalah berbentu berjenaka, usik-mengusik ,menyindir dan banyak lagi. Mereka akan menari secara berpasangan di antara lelaki dan wanita dewasa. 10.1.6 Tarian Siti Wau Bulan Tarian ini berasal dari negeri Kelantan, ditarikan pada musim menuai sempena dengan temasya dan permainan wau. Penari tarian ini adalah terdiri daripada anak-anak muda lelaki dan wanita. Tarian ini telah diberi nama Tarian Siti Wau bulan adalah bertujuan untuk

menarik serta mendapatkan sabmbutan mayarakat terhadap aktiviti permainan wau pada musim menuai. Tarian ini lebih kepada mengisahkan tentang bagaimana cara anak muda bermain wau dengan kegembiraan serta liak lintuk jari-jemari ketika menari. Alat muzik yang digunakan ketika menarikan lagu ini ialah serunai, rebab,endang, gong,kesi dan banyak lagi. 10.1.7 Tarian Cinta Sayang Tarian Cinta Sayang merupakan tarian yang terkenal di negeri Kedah. Tarian ini berasal dari yang menggambarkan keluarga nelayan. Tarian ini menunjukan bagaimana keluarga nelayan mengucapkan selamat jalan kepada para nelayan sebelum turun ke laut. Tarian Cinta Sayang merupakan tarian untuk bersukaria dan penarinya terdiri daripada lelaki dan wanita yang berpasang-pasangan. Pakaian yang dikenakan oleh penari lelaki adalah baju melayu manakala penari wanita memakai baju kurung dan mengenakan selendang panjang diletakkan di atas bahu. 10.1.8 Tarian Dabus Tarian ini berasal dari negeri Perak dan mengandungi unsur keagamaan yang berkait dengan kepahlwanan Sayidina Ali. Dikatakan ketua bagi kumpulan tarian ini dipanggil khalifah. Kebiasaannya penari bagi tarian ini adalah seramai 11 orang manakala alat muzik yang digunakan dalam persembahan tarian ini ialah gong, rebana besar dan rebana kecil. Sebelum tarian bermula, para pemuzik akan membawa lagu daripada buku-buku berzanji. Kemudian barulah tarian bermula serta diiringi dengan nyanyian. Apabila sampai kepada kemuncak tarian, para penari mula tidak sedarkan diri. Tanpa ada unsur paksaan mereka akan mencucuk-cucuk lengan mereka menggunakan batu atau apa sahaja benda tajam. 10.1.9 Tarian Inai Tarian ini adalah tarian istana yang ditarikan semasa majlis berkhatan anak pembesarpembesar istana. Ianya dipersembahkan kepada kanak-kanak ini semasa mereka hendak dikhatankan dan duduk diatas pelamin. Namun kini, Tarian Inai sudah tidak ditarikan di istana sahaja malahan tarian ini mula ditarikan di hadapan mempelai ketika bersanding. 10.1.10 Tarian Joget Tarian Joget merupakan sejenis tarian melayu tradisional. Tarian ini dipengaruhi oleh kebudayaan portugis iaitu Branyo, satu cabang daripada tarian Coridinho. Joget telah dijadikan sebagai tarian sosial serta diterima oleh berbagai-bagai kaum di Malaysia Ia juga biasanya ditarikan secara berpasangan lelaki dan wanita. Pada masa kini terdapat pelbagai jenis lagu-lagu yang dihasilkan seperti Joget Serampang Laut, Joget 106, Joget Johore Sport Club dan lain-lain. Joget juga popular ditarikan secara beramai-ramai dalam pesta keramaian dan dikenali sebagai joget lambak. 10.1.11 Tarian Kuda Kepang Tarian ini ialah tarian warisan budaya Jawa yang terpengaruh dengan islam. Ciri kejawaan itu jelas pada pakaian penari-penari dan unsur islam jelas semasa cerita itu ditarikan iaitu mengisahkan peperangan Rasulullah dan para sahabat. Tarian ini turut mengandungi pengaruh Islam. Pakaian penari-penarinya diadaptasikan daripada kebudayaan Jawa. Unsur Islam terserlah jelas pada jalan cerita tarian ini kerana ia mengisahkan situasi peperangan pada zaman Nabi Muhaammad s.a.w dan para sahabat baginda. Diwarisi dari tarian diperkenalkan oleh pendakwah Islam untuk menarik perhatian penduduk setempat datang beramai-ramai untuk menyaksikan persembahan mereka. Pendakwah akan berdakwah sebelum atau selepas persembahan tarian kuda kepang.

10.1.12 Tarian Mak Inang Tarian Mak Inang merupakan tarian Melayu asli yang wujud sejak zaman kesultanan Melayu Melaka. Tarian ini sangat popular pada zaman tersebut. Tarian ini selalu ditarikan di hadapan sultan dan pada majlis-majlis perkahwinan orang kenamaan. Penari-penari wanita memakai selendang. Tarian ini biasanya diiringi dengan lagu dan pantun. Alat-alat muzik yang digunakan terdiri daripada rebana, gendang dan biola. 10.1.13 Tarian Zapin Tarian ini dikatakan berasal dari negeri Parsi . Ianya diringi dengan alat-alat muzik seperti dabus dan marwas. Pakaian yang digunakan ialah Baju Melayu. Tarian ini sangat terkenal di negeri Johor ini dikatakan dibawa masuk dari Hadramaut, Yaman oleh para pedagang Arab pada awal abad ke-16. Zapin telah dijadikan tarian hiburan di istana. Pada masa itu, Johor telah menggantikan peranan Melaka sebagai pelabuhan enterport pada abad ke-16. Tarian ini mementingkan pergerakan kumpulan. Antara alat muzik yang mengiringi tarian zapin adalah gambus, rebana, gendang ,rebab dan marakas. 10.1.14 Tarian Gamelan Tarian gamelan mula dipersembahkan di Istana di Empayar Riau dan Lingga pada kurun ke-17. Ia mula dipersembahkan buat kali pertama kali di khalayak ramai di Pekan Pahang dalam tahun 1811 dalam upacara persandingan Tengku Hussain. Menurut Tengku Mariam, pada asalnya tarian ini terdiri daripada 77 jenis gamelan tetapi pada hari ini hanya tinggal 33 jenis Gamelan sahaja kesan daripada ketiadaan tenaga pengajar jenis tarin ini.Tarian ini dipersembahkan secara eksklusif oleh penari wanita boleh dipentaskan secara dalaman ataupun persembahan terbuka. Unsur jawa boleh dilihat dari segi seni tari tersebut. Secara estetikanya, tarian ini adalah sangat cantik dan merupakan bentuk tarian yang paling kaya dari segi jenisnya dalam kebanyakan adat tarian orang melayu. 10.1.15 Tarian Rodat Tarian Rodat merupakan salah satu tarian yang terkenal di negeri Terengganu. Menurut sejarah, Tarian Rodat ini biasa ditarikan di Istana sahaja. Namun kini tarian Rodat sudah mula ditarikan di atas pentas untuk tatapan umum. Biasanya tarian Rodat terdiri daripada 10 hingga 12 orang penari yang menari sambil membawa rebana. Terdapat dua kumpulan dalam tarian ini. Kumpulan penari yang pertama membawa alat muzik manakala kumpulan kedua akan dikenali sebagai pelenggok. Dua kumpulan ini akan berganti-ganti menarikan tarian ini. Tarian Rodat menggunakan tiga buah gendang dan sebuah gong sebagai alat muzik ketika menari.

10.2 TARIAN KAUM CINA 10.2.1 Tarian Singa Tarian ini, yang lazimnya dipersembahkan ketika perayaan hari Tahun Baru Cina, adalah merupakan persembahan yang penuh bertenaga dan menghiburkan. Menurut lagenda, singa adalah satu-satunya haiwan yang boleh menghalang Nian sejenis haiwan dongeng yang selalu menyerang negara China dan mengorbankan manusia pada hari sebelum Tahun Baru Cina. Tarian naga adalah sebuah tarian bersemangat yang sentiasa diiringi

paluan gendang tagu Cina, dan simbal, serta memerlukan keberanian dan penatan gerak tarian yang tepat diantara penari-penarinya. 10.2.2 Tarian Naga Tarian naga ialah sebentuk tarian dan persembahan tradisional dalam budaya cina. Seperti tarian Singa, tarian naga sering dipersembahkan pada musim perayaan. Orang Cina selalu menyebut keturunan Naga sebagai lambang identiti etnik. Pada fikiran orang cina, naga adalah sejenis hidupan yang menguntungkan. Naga mewakili kekuatan yang tiada bandinganyang boleh menghilangkan nasib buruk dan mencegah jenayah. Oleh sebab itu, sejak zaman nenek moyang semasa mereka merayakan Tahun Baru Cina, atau memimpin prosesi untuk menyambut seorang dewa, bahkan ketika ada bencana alam atau bencana peribadi berlaku, mereka akan mengadakan tarian naga untuk bedoa supaya mendapat berkat dari syurga. 10.2.3 Tarian Kipas

Tarian kipas merupakan satu jenis tarian yang memerlukan 9 orang ahli, di mana 7 wanita dan 2 lelaki. Jenis tarian ini menunjukkan bahawa kipas cina mempunyai erti yang sebati dalam masyarakat cina di mana dewa-dewi pada masa lalu sentiasa menjadikan kipas sebagai alat keperluan. Tambahaan laagi, angin merupakan sati tradisi masyarakat cina yang mana masyarakat cina mempercayai ung Shui iaitu suatu kepercayaan masyarakat cina umumnya tentang suatu petanda yang baik dan buruk terhadap sesuatu kehidupan di tempat mereka. Oleh itu, jenis tarian ini dimainkan supaya tarian ini boleh membawa kebaikan atau Fung Shui yang baik kepada seluruh anggota masyarakat.
10.3 TARIAN KAUM INDIA

10.3.1 Tarian Bhangra Banghra memaparkan tarian serta muzik masyarakat Sikh. Pada mulanya Banghra adalah sebuah tarian menyambut musim menuai, tetapi kini ianya memainkan peranan dalam pelbagai sambutan kemasyarakatan termasuk majlis perkahwinan dan sambutan Tahun Baru. Tarian ini lazimnya adalah berdasarkan tema-tema romantis, di mana nyanyian serta tarian yang diiringi paluan dholo, iaitu sejenis gendang bermuka dua, menjadikan tarian Banghra sangat menghiburkan. 10.3.2 Tarian Kathak Tarian ini merupakan salah satu tarian klasikal India yang berasal dari utara India. Perkataan Khatak berasal dari perkataan India iaitu katha yang bermaksud seni cerita dari sifat asalnya yang merupakan ekspresi menghambakan diri kepada dewa-dewa Hindu. Khatak talah berkembang ke istana-istana pemerintah. Pada kurun ke-11 dan 12, diwaktu pemerintahan era mogul di India persembahan tarian Khatak telah berpindah dari kuil ke istana-istana Mogul. Seni tarian Khatak ketika itu juga telah dicampuri tarian budaya Turki dan Parsi. Ketika era inilah teknik chakkar (pusing) diperkenalkan dipercayai dari tarian Sufi dan Turki. 10.3.3 Tarian Bharatha Natyam

Tarian klasik india ini bagaikan sebuah puisi dalam gerak tari. Tarian yang dramatik dan bersemangat ini berdasarkan kisah epik India purba, dan memaparkan lebih dari 100 gerak tarian dan gaya badan. Memandnagkan tarian ini memakan masa yang lama untuk dikusai, terdapat sesetengah penari kanak-kanak yang mula berlatih pada umur semuda lima tahun.
10.4 TARIAN DI SABAH & SARAWAK

10.4.1 Ngajat Ngajat adalah sejenis tarian pahlawan tradisional suku kaum Iban di Sarawak. Tarian ini lazimnya dipersembahkan ketika perayaan Gawai Kenyalang. Pada masa dahulu, pemburu kepala dari suku kaum ini, yang dikatakan antara yang paling bengis di Sarawak, diraikan dengan perayaan Gawai Kenyalang. Pahlawan lelaki mempertunjukkan pergerakan yang tangkas di sepanjang persembahan tarian ini, sambil memakai topi tradisional yang panjang dan memegang sebuah perisai panjang yang berukir. 10.4.2 Datun Julud

Tarian Kenyalang adalah sebuah tarian tradisional suku kaum Kenyah di Sarawak. Tarian ini dicipta oleh seorang putera Kenyah bernama Nyik Selong bagi menggambarkan kegembiraan serta kesyukuran. Pada masa dahulu tarian ini dipersembahkan sewaktu perayaan kemasyarakatan bagi menyambut kepulangan para pahlawan dari berburu, atau sewaktu perayaan tahunan yang menandakan tamatnya musim menuai. Tarian ini diiringi bunyi alat muzik sape dan dipersembahkan oleh seorang penari wanita, menggunakan kipas tangan anggun yang diperbuat daripada bulu burung kenyalang yang melambangkan sayap burung suci tersebut.

10.4.3 Tarian Buluh Tarian Buluh, satu lagi tarian tradisional yang popular serta menghiburkan, menggunakan sepasang buluh panjang yang dipegang mendatar pada paras buku lali. Kedua-dua buluh tersebut diketuk antara satu sama lain dengan rentak yang pantas. Penari perlu tangkas bergerak sambil melompat di antara kedua-dua batang buluh tersebut tanpa tersepit. 10.4.4 Tarian Sumazau

Tarian Sumazau adalah tarian kaum Kadazan yang lazimnya dipersembahkan sewaktu acara-acara keagamaan dan kemasyarakatan. Ia dipersembahkan sebagai tanda kesyukuran atas hasil tuaian padi yang banyak, untuk menghindar roh yang jahat, dan untuk mengubati penyakit. Penari lelaki dan perempuan mempersembahkan tarian yang mengasyikkan ini dengan gerak-geri yang perlahan serta pergerakan yang menggambarkan burung yang sedang terbang. 11.0 PENUTUP Seni tarian penting kepada perkembangan diri individu kanak-kanak. Aktiviti seni yang terancang membolehkan kanak-kanak mendapat pengalaman dan pemahaman serta membantu memperkembangkan potensi mereka secara menyeluruh. Melalui aktiviti seni tarian kanak-kanak telah melibatkan diri dalam seni muzik. Adakalanya seni drama, seni lukis dan kraftangan digabungkan ketika melakukan aktiviti seni tarian. Seni tarian adalah salah satu cabang seni kreatif yang boleh membina semangat cintakan negara dan dengan adanya pelbagai jenis tarian yang terdapat di Malaysia, kanak-kanak dapat mengenali budaya setempat seterusnya dapat membina perpaduan di kalangan kanak-kanak yang

berlainan bangsa. Pengalaman dalam melakukan aktiviti seni tarian secara berkesan membolehkan kanak-kanak meluahkan keinginan dan keperluan mereka. Melalui tarian juga mereka dapat membina pengalaman baru hasil daripada beberapa penerokaan dalam kehidupan seharian dan akan berasa seronok apabila dapat mencipta sesuatu yang baru.
Posted by Nor Khaizan Bt Abu Mansor at 08:54 Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

You might also like