You are on page 1of 11

KESAHAN DALAMAN & KESAHAN LUARAN

KESAHAN
dari perkataan Latin validus yang bermaksud kuat (strong) Kamus The New Collins (1997),-mengesahkan sesuatu secara rasmi Dalam konteks penyelidikan: merujuk kepada mengukur apa yang sepatutnya di ukur (Kerlinger,1986) Secara amnya, penyelidikan yang mempunyai kesahan yang tinggi bererti dapatan yang diperoleh adalah berdasarkan fakta@bukti dan mampu memberi justifikasi yang tepat
Berasal

JENIS-JENIS KESAHAN DALAM PENYELIDIKAN KUANTITATIF


Kesahan luaran - Merujuk kepada generalisasi iaitu sejauhmana sesuatu dapatan @kesimpulan penyelidikan boleh digunakan kepada sample lain ditempat lain@pada masa yang berbeza. - Ditentukan oleh pensampelan - Cthnya: dalam penyelidikan tinjauan, sample rawak yang bersaiz besar akan memberikan kesahan luar yang tinggi dan penyelidikan itu boleh digeneralisasikan.

Kesan

luaran merupakan elemen yang penting dalam eksperimen. Secara amnya, bagi memastikan kesahan luaran yang tinggi, penyelidik harus memberi perhatian terhadap ancaman-ancaman yang berikut: 1) Sample penyelidikan kurang mewakili populasi yang disasarkan 2) Kesan Hawthorne atau kesan tikus putih 3) Penyelidikan yang melibatkan isu @ maklumat yang sensitif 4) Kegagalan menerangkan pemboleh ubah bebas secara eksplisit

Sample penyelidikan kurang mewakili populasi yang disasarkan - Pemilihan peserta daripada populasi tidak dilakukan secara rawak menyebabklan sebarang dapatan penyelidikan tidak dapat digeneralisasikan kepada populasi yang berkaitan ekoran tiada kesahan luaran. Kesan Hawthorne atau kesan tikus putih - Sample mungkin menunjukkan t.laku yang berbeza daripada kebiasaan kerana wujud kesedaran akan peranan yang dimainkan dalam penyelidikan berkaitan. Cth:sample menunjukkan usaha yg lebih kerana terpilih. Perlakuan ini boleh mencemari rawatan eksperimen

Penyelidikan

yang melibatkan isu @ maklumat

yang sensitif - sample mungkin keberatan untuk memberi maklumat yang berbaur isu @ maklumat sensitif seperti gaji bulanan atau jenis pekerjaan. Kegagalan menerangkan pemboleh ubah bebas secara eksplisit - Kegagalan ini akan menjejaskan kesahan luaran. Replikasi masa depan syarat-syarat eksperimen juga akan menjadi suatu yang mustahil melainkan pemboleh ubah bebas diterangkan dengan jelas oleh penyelidik.

KESAHAN DALAMAN
Adalah

suatu anggaran induktif tentang hubungan sebab-akibat yang dapat dibina berasaskan alat ukur, keadaan penyelidikan dan reka bentuk keseluruhan penyelidikan. itu, ia hanya relevan kepada penyelidikan yg cuba membina hubungan sebab-akibat dan sangat dititikberatkan dalam penyelidikan eksperimental

Oleh

Kesahan

dalaman menentukan sejauhmanakah dapatan itu dapat diinteprestasikan dengan tepat. Untuk meningkatkan kesahan dalaman, penyelidik harus mengawal semua pemboleh ubah yang berupaya mempengaruhi fenomena berkaitan. Bg penyelidikan yg bersifat tinjauan,kesahan dalaman dapat ditingkatkan dengan mengawal pemboleh ubah yang boleh mempengaruhi fenomena yang diselidik secara langsung(endogenus) mahupun secara tidak langsung (eksogenus). Cthnya: untuk menyelidik faktor yang mempengaruhi pencapaian matematik pelajar, faktor endogenus adalah seperti sikap pelajar terhadap mata pelajaran matematik yang mengajar pula merupakan contoh faktor eksogenus.

Terdapat

beberapa faktor atau penyebab yang boleh mengancam kesahan dalaman: 1)sejarah: peristiwa spesifik yang berlaku antara pengukuran pertama (misalnya ujian pra) dan pengukuran kedua (cthnya ujian pasca) mungkin mempengaruhi keputusan. 2) Permatangan: proses yang dilalui peserta dan berubah mengikut peredaran masa, misalnya meningkat tua, semakin letih atau bertambah lapar dan sebagainya.

3)

Kesan Ujian: Ujian pertama yang diberi kepada peserta pada permulaan penyelidikan mungkin membri kesan ke atas skor ujian kedua yakni perbezaan abtara skor ujian pertama dan skor ujian keduamungkin disebabkan oleh rawatan eksperimen sepenuhnya tetapi disebabkan kesedaran peserta akan tujuan sebenar rawatan 4) Instrumentasi: sebarang perubahan dalam skala alat ukur ataupun pertukaran pemerhati atau pemberi skor mungkin menyebabkan perbezaan dalam ukuran.

5)

pemilihan: pemilihan peserta bagi kumpulan perbandingan yang berat sebelah atau cenderung kepada pihak tertentu keciciran peserta: kehilangan peserta disebabkan keciciran yang sering berlaku dalam penyelidikan atau eksperimen yang memakan masa yang panjang.

6)

You might also like