You are on page 1of 34

JENIS BAHAN DAN PENGIKAT

Pengenalan
Bahan yang digunakan untuk membina projek ialah kayu, papan lapis, MDF (medium density fibre board) dan mounting board

Jenis dan saiz kayu yang dijual di pasaran


Kayu Papan tebal Saiz Tebal: 38mm 100mm Lebar: 150mm ke atas Panjang: 3m 6m Muka hujung

Papan nipis

Tebal: 10mm 38mm Lebar: 76mm ke atas Panjang: 3m 4m


Tebal: 38mm 100mm Lebar: 75mm 150mm Panjang: 3m 4m Tebal: 20mm 38mm Lebar: 75mm 150mm Panjang: 3m 6m

Beroti

Jerjak

Jenis-jenis kecacatan semasa proses pembelahan dan pengeringan

menggeleding

berpiuh

berkurang

melengkung

pecah

retak

Kecacatan Kayu
ialah ketidaksempurnaan pada kayu menyebabkan kualiti kayu menurun. Dua Punca utama kecacatan: semulajadi agen-agen luaran seperti manusia, cendawan, serangga dll.

Papan Lapis
Papan lapis (plywood) diperbuat daripada lapisan kayu-kayu nipis (venir) yang dilekatkan dengan perekat (glu) secara bertindih. Setiap venir dilekatkan pada keadaan ira bersudut tepat antara satu sama lain (90) dan diselang selikan diantara lapisan tebal dan nipis. Ini adalah bagi memastikan: Papan lapis kuat dan dan stabil. Papan lapis tidak mudah pecah. Papan lapis bersifat boleh lentur. Dapat dipegang oleh paku dengan baik.

Saiz- saiz papan lapis yang teradapat di pasaran

Saiz papan lapis dan kegunaan


Saiz papan lapis adalah:
91cm x 183cm 122cm x 244cm Tebal 3mm 32mm Terdapat 2 jenis papn lapis: Kalis air Tidak kalis air Papan lapis sesuai digunakan untuk pembinaan bangunan Membuat perabot, dinding bilik dan pintu Kegunaan umum seperti membuet kotak

Kegunan papan lapis

perabot

dinding dalam

acuan konkrit

BAHAN-BAHAN BINAAN BERASASKAN KAYU YANG LAIN


i. Papan Serpihan Papan Serpihan (chipboard) digunakan untuk menggantikan kayu dan papan lapis bagi penghasilan produk-produk yang kurang mementingkan faktor kekuatan. Papan serpihan ini daihasilkan daripada partikel-partikel kayu (sisa daripada proses menggergaji) dan juga daripada kayu-kayu yang telah dikitar semula. Harganya lebih murah berbanding bahanbahan kayu yang lain dan banyak digunakan dalam penghasilan perabot. Walaubagaimanapun papan serpihan ini bersifat tidak kalis kepada lembapan dan akan mengembang jika terdedah kepada air.

Papan serpihan dan contoh kegunaannya

ii. Papan Gentian dan Medium-density Fibre Board (MDF)


Papan gentian diperbuat daripada kepingan papan (ligneselulosa) yang dilekatkan dengan damar tiruan atau perekat organik. Terdapat dua jenis papan gentian iaitu papan serau (soft board) dan juga papan gentian keras (hard board).

a. Papan serau (soft board)


Kebiasaanya dijadikan sebagai siling, dinding, serta penebat dan penyerap bunyi. Papan ini mempunyai ketebalan 12mm hingga 24mm, dan panjangnya diantara 1830mm hingga 3660mm dan lebarnya diantara 915 hingga 1220mm.

Papan serau dan contoh kegunaannya

Ceiling from soft board

b. Papan gentian keras (hard board)


Dihasilkan daripada sebatian gentian kayu yang melalui proses tekanan. Papan gentian keras ini bersifat tahan api, cuaca yang melampau serta serangan kulat. Kebiasaanya digunakan untuk dijadikan dinding sekat, lantai, pintu kalis api dan lapisan luar pada permukaan perabot.

Papan gentian keras dan contoh kegunaannya

Permukaan perabot yang dilapiskan dengan hard borad

c. Medium-density fibre board (MDF)


Papan gentian yang dihasilkan daripada proses pengeringan, mempunyai permukaan yang licin dan selalu digunakan bagi menggantikan kayu keras dan papan lapis kerana mempunyai tekstur yang halus dan fizikal yang cantik. MDF ini Banyak digunakan bagi tujuan penghasilan perabot.

MDF dan contoh kegunaannya

perabot daripada MDF

BAHAN-BAHAN PENGIKAT
Dalam kerja kayu bahan-bahan pengikat digunakan untuk menyambungkan kayu, papan lapis atau papan gentian dalam proses penghasilan sesuatu projek atau produk. Bahan-bahan pengikat ini ada yang bersifat sementara seperti skru, bolt dan nat serta ada yang bersifat kekal seperti paku, staples dan glue. Pemilihan bahan pengikat dan pencantum ini biasanya dilakukan berdasarkan faktor-faktor seperti bahan kerja yang digunakan, saiz bahan kerja dan juga kekuatan sambungan yang diperlukan

i. Paku
Paku adalah bahan pengikat yang paling kerap digunakan. Memaku pula adalah kaedah mengikat yang paling pantas dan mudah dilakukan bertujuan untuk mengukuhkan sambungan diantara bahan-bahan kerja. Paku biasanya diperbuat daripada keluli lembut tetapi ada juga yang digalvanikan untuk kegunaan luar bangunan supaya tidak berkarat.

Paku mempunyai tiga bahagian utama iaitu kepala, batang dan mata

kepala batang mata

Jenis paku

Ciri-ciri dan kegunaan

Paku biasa (paku kepala rata)

Janis paku yang paling kerap digunakan dalam kerjakerja pembinaan seperti memaku lantai, dinding, kerangka bumbung, tingkap dan pintu. Mempunyai kepala yang rata dan mampu mengikat kuat bahan kerja yang dicantumkan. Mempunyai bentuk sama seperti paku biasa tetapi kepala yang lebih nipis. Digunakan dalam kerja-kerja pembinaan kotak. Mempunyai kepala berbentuk kon yang boleh dibenamkan ke dalam benda kerja untuk kerja pencantuman yang lebih kemas. Digunakan dalam kerja pemasangan panel kayu. Mempunyai kepala yang bersaiz kecil (hampir menyamai saiz batang) supaya dapat dibenamkan ke dalam bahan kerja. Digunakan dalam kerja-kerja pemasangan dan penghasilan perabot dan juga kerjakerja kemasan. Mempunyai dua kepala supaya mudah untuk dicabut daripada benda kerja. Paku jenis ini banyak digunakan di tapak-tapak pembinaan semasa pemasangan acuan kayu bagi membentuk konkrit.

Paku kotak

Paku panel

Paku kemasan

Paku berkepala dua

Bagi tujuan memaku pula terdapat dua kaedah yang selalu digunakan iaitu kaedah memaku tegak dan kaedah memaku serong. Walaubagaimanapun kaedah memaku serong lebih sesuai digunakan untuk sambungan yang bersifat kekal kerana menghasilkan cengkaman yang lebih kukuh pada benda kerja.

Kaedah memaku lurus dan serong

memaku lurus

memaku serong

Skru Berbanding dengan paku, penggunaan skru sebagai bahan pencantum memberikan hasil cengkaman yang lebih kuat dan kukuh pada sambungan kayu disebabkan batang bajaknya yang berbenang. Selain daripada digunakan untuk mengikat kepingan kayu dan menguatkan sambungan tanggam, skru banyak digunakan untuk memasang barangan logam pada kayu seperti kunci, ensel dan selak.

Jenis- jenis skru serta ciri dan kegunaanya Skru kepala rata
Mempunyai kepala yang boleh dibenamkan ke dalam permukaan kayu. Banyak digunakan dalam pemasangan perabot, kotak serta barangan logam seperti engsel dan selak.

Skru kepala bulat


Mempunyai kepala bulat yang akan timbul pada permukaan kayu. Selain digunakan untuk mengikat bahagian kayu, ia juga digunakan untuk mengikat kepingan besi galvani dan aluminium dalam kerja pemasangan kerangka bumbung.

Skru kepala timbul


Banyak digunakan dalam kerja pemasangan engsel, pendakap dan kepingan logam lain pada kayu.

Bahagian-bahagian pada skru.

alur kepala batang bajak panjang skru bebenang Alur berpalang Alur lurus

Glu
Glu atau perekat adalah cecair pelekat yang disapukan pada bahan kerja sebelum dicantumkan dan dibiarkan mengeras untuk mengikat bahan-bahan kerja tersebut. Kebiasannya glu digunakan untuk mengukuhkan sambungan tanggam, pemasangan perabot, kabinet dan kerja-kerja hiasan dalaman. Terdapat empat jenis glu yang bias digunakan dalam kerja kayu iaitu glu haiwan, glu tumbuhan, glu PVA dan Epoksi.

Glu haiwan Merupakan gelatin yang diperbuat daripada kulit dan tulang haiwan. Glu jenis ini perlu dipanaskan terlebih dahulu dan perlu disapukan pada benda kerja semasa masih dalam keadaan panas. Ianya banyak digunakan dalam pembuatan papan lapis. Kelemahan glu jenis ini ialah tidak kalis kepada air dan mengambil masa yang lama untuk kering.

Glu Haiwan

Glu tumbuhan
Diperbuat daripada protein atau kanji tumbuh-tumbuhan. Kanji atau protein ini terdapat dalam bentuk serbuk yang perlu dibancuh dengan air dan dipanaskan terlebih dahulu sebelum digunakan. Kebiasaanya glu jenis ini digunakan dalam pembuatan papan lapis dan dalam kerja-kerja hiasan dalaman. Sama seperti glu haiwan, glu tumbuhan juga tidak kalis kepada air.

Glu tumbuhan

Glu PVA (polyvinyl acetat)


Glu PVA adalah perekat sintetik yang paling kerap digunakan dalam kerja kayu kerana ia dijual dalam keadaan siap sedia dibancuh serta sifatnya yang kalis kepada air. Ianya banyak digunakan untuk mengukuhkan sambungan tanggam dan dalam pembuatan perabot.

Epoksi Bahan perekat yang boleh mengikat bahan kerja tanpa perlu dibiarkan kering untuk tempoh waktu yang lama. Ini adalah kerana epoksi menghasilkan kekuatan lekapan hasil daripada tindak balas kimia antara resin dan pemangkin. Kedua-dua bahan tersebut (resin dan pemangkin) perlu dibancuh bersama sebelum disapukan kepada bahan kerja. Gabungan kuantiti yang tepat diantara resin dan pemangkin akan menghasilkan lekapan yang kuat pada bahan kerja. Epoksi sangat berguna dalam kerja-kerja mencantumkan kayu dengan bahan-bahan lain seperti logam dan konkrit.

You might also like