You are on page 1of 1

Erti Struktur ekonomi Negara

-Peringkat-peringkat pergeluaran yang terdiri daripada beberapa sektoryang


berdasarkan aktiviti-aktiviti di dalamnya.

Ekonomi malaysia terbahagi kepada 3 sektor iaitu sektor utama, sektor kedua dan
sektor ketiga.

Sektor Utama
a. Terdiri daripada sektor pertanian, perhutanan, perikanan, perternakan dan
perlombongan dan kuari.
b. Sektor pertanian terdiri daripada pertanian ladang dan secara kecil-kecilan.
c. Sektor perhutanan terdiri daripada perusahaan membalak dan pengeluaran balak
yang digergaji dan kayu yang digergaji.
d. Penyumbang terbesar kayu balak - Pahang, Terengganu, Kelantan.
e. Sektor perikan terdiri daripada tangkapan ikan di persisiran laut danlaut dalam
dan ternakan ikan air tawar.
f. Penternakan lembu, kerbau, kambing, biri-biri, ayam, itik.
g. Perlombongan dan kuari.

Sektor Kedua
a. Terdiri dari sektor perkilangan(pembuatan) dan pembinaan.
b. Sektor perkilangan adalah industri desa, memproses, ringan, berat
Industri memproses - memproses bahan mentah dan makanan dan minuman.
Industri ringan - elektronik, tekstil dan pakaian, barangan getah dan makanan.
Industri berat - pasang kereta dan menjana kuasa elektrik.

Sektor Ketiga
a. dikenali sektor perkhidmatan
b. terbahagi kepada 3 - perkhidmatan pengeluaran, awam dan perkhidmatan-
perkhidmatan lain
c. perkhidmatan pengeluaran terdiri daripada
i.pengangkuan,penyimpanan dan perhubungan.
ii.kemudahan awam(elektrik,gas dan air).
iii.perdagangan borong dan runcit dan hotel dan restoran,
iv.kewangan, insurans, harta tanah dan perkhidmatan perniagaan
d. perkhidmatan kerajaan - terdiri dari perkhidmatan kesihatan, infrastruktur,
pendidikan, pertahanan dan keselamatan dan elektrik, gas dan air.
e. perkhidmatan sosial - terdiri dari perkhidmatan sosialm persendirian, swasta
tanpa untung dan rumahtangga.

You might also like