You are on page 1of 7

SOALAN STRUKTUR

1 Terangkan konsep berikut :


(a) Kos lepas malar [2 markah]
-Kos lepas malar boleh didefinisikan sebagai barang kedua terbaik yang terpaksa
dilepaskan dengan jumlah yang sama bagi setiap tambahan satu unit barang lain.Kos lepas
malar digambarkan oleh keluk kemungkinan pengeluaran yang berbentuk satu garis lurus.
(b) Kos lepas meningkat [2 markah]
-Kos lepas meningkat boleh didefinisikan sebagai barang kedua terbaik yang terpaksa
dilepaskan dengan jumlah yang semakin bertambah bagi setiap tambahan satu unit barang
lain.Kos lepas meningkat digambarkan oleh keluk kemungkinan pengeluaran yang
berbentuk cembung.
(c) Kadar transformasi sut [2 markah]
-Kadar transformasi sut mengukur beberapa banyak barang Y yang perlu dikeluarkan
untuk memperolehi seunit barang X.
(d) Titik pembaziran sumber [2 markah]
- Titik pembaziran sumber ialah titik yang berada didalam keluk kemungkinan
pengeluaran.hal ini kerana faktor pengeluaran tidak digunakan sepenuhnya.
(e) Titik pada Guna tenaga penuh [2 markah]
-Titik guna tenaga penuh ialah titik yang berada di sepanjang keluk kemungkinan
pengeluaran.
(f) Titik yang tidak boleh dicapai [2 markah]
-Titik yang tidak boleh dicapai ialah titik yang berada diluar keluk kemungkinan
pengeluaran.Hal ini kerana sumber tidak mencukupi.
2 Terangkan konsep berikut :

(a) Sistem Ekonomi pasaran bebas [2 markah]


-Sistem ekonomi pasaran bebas merupakan satu sistem ekonomi di mana pengguna
dan pengeluar bebas membuat keputusan ekonomi tanpa campur tangan kerajaan.Sistem
ekonomi pasaran bebas juga dikenali sebagai sistem ekonomi Laissez – faire.
(b) Sistem Ekonomi perancangan pusat [2 markah]
-Sistem ekonomi perancangan pusat merupakan sebuah sistem ekonomi di mana
kerajaan berkuasa penuh dalam segala aktiviti ekonomi dan membuat keputusan
ekonomi.Sistem ekonomi ini juga dikenali sebagai sistem ekonomi sosialis.
(c) Sistem Ekonomi campuran [2 markah]
-Sistem ekonomi campuran merupakan sebuah sistem ekonomi di mana pengeluar
dan pengguna bebas memiliki faktor pengeluaran tetapi kerajaan campur tangan jika
berlaku ketidakstabilan dan penyelewengan dalam aktiviti ekonomi.
(d) Sistem Ekonomi Islam [2 markah]
-Sistem ekonomi Islam merupakan sistem ekonomi yang berlandaskan Al-Quran dan
Hadis.Segala aktiviti dan keputusan ekonomi haruslah berdasarkan syariat Islam.
SOALAN KUANTITATIF

1 Rajah di bawah menunjukkan Keluk Kemungkinan Pengeluaran, nyatakan tentang


masalah pada titik tersebut.
Stokin (unit)

.
.
G
K

. P . H

Pakaian (unit)

(a) Titik G [1 markah]

-Masalah pilihan ditunjukkkan pada titik G.

(b) Titik P [1 markah]

-Masalah pembaziran sumber berlaku pada titik P.

(c) Titik K [1 markah]

-Masalah sumber yang tidak mencukupi berlaku pada titik K.

(d) Titik G ke H [2 markah]

-Masalah kos lepas berlaku pada titik G ke H.Hal ini kerana pengeluar terpaksa
menanggung kos lepas jika pilihan dibuat.Titik G ke H menggambarkan keadaan kos lepas
meningkat.
2 Berdasarkan rajah dibawah, jawab soalan-soalan berikut. Rajah asal ialah AB.

Barang
komputer (unit)

0 B D Barang makanan (unit)


Nyatakan keluk kemungkinan pengeluaran tersebut apabila

(a) Berlaku pertambahan Faktor-faktor pengeluaran [1 markah]


-Keluk kemungkinan pengeluaran CD.

(b) Kemajuan teknologi bagi barang komputer [1 markah]


-Keluk kemungkinan pengeluaran CB.

(c) Kemajuan teknologi bagi barang makanan [1 markah]


-Keluk kemungkinan pengeluaran AD.

(d) Pertumbuhan ekonomi [1 markah]


-Keluk kemungkinan pengeluaran CD
2 Jadual di bawah menunjukkan kombinasi kemungkinan pengeluaran rumah kos
sederhana (X) dan rumah kos rendah (Y) bagi Syarikat Pembinaan Matrik.

Kombinasi Kemungkinan X Y
Pengeluaran (unit) (unit)
A 0 120
B 40 90
C 70 60
D 90 30
E 100 0

(a) Berdasarkan kepada jadual kemungkinan pengeluaran di atas, bina jadual kos
lepas bagi barang Y. [2 markah]

Kombinasi kemungkinan X Y Kos lepas bagi


pengeluaran (unit) (unit) barang Y
A 0 120 -1.33
B 40 90 -1
C 70 60 -0.66
D 90 30 -0.33
E 100 0 -

(b) Huraikan adakan syarikat ini mencapai kecekapan bagi kombinasi pengeluaran
70 unit X dan 40 unit Y. [2 markah]

-Tidak,kerana pada kombinasi tersebut akan berlaku masalah pembaziran


sumber ekonomi.Hal ini kerana titik akan berada di dalam keluk kemungkinan
pengeluaran.

(c) Huraikan mengapa syarikat tidak mengeluarkan 60 unit X dan 90 unit Y.[2
markah]

-Syarikat tidak mengeluarkan 60 unit X dan 90 unit Y kerana akan berlaku


masalah sumber yang tidak mencukupi.Hal ini kerana titik akan berada di luar
keluk kemungkinan pengeluaran.

(d) Tingkat pengeluaran syarikat asal adalah pada kombinasi C. Syarikat berminat
untuk meningkatkan pengeluaran rumah kos sederhana ke 90 unit. Berapakah
kos lepas seunit rumah ini. [2 markah]

(e) Berbantukan rajah, nyatakan kesan penghantaran pulang buruh asing di sektor
ini ke atas keluk kemungkinan pengeluaran. [2 markah]

-
SOALAN ESEI

1 Dengan bantuan keluk kemungkinan pengeluaran, terangkan konsep kekurangan,


pilihan dan kos lepas. [10 markah]

2 Dengan bantuan keluk kemungkinan pengeluaran, terangkan masalah berikut :

(a) Masalah pilihan antara pengeluaran barang asas dengan barang mewah
(b) Masalah pengangguran
(c) Masalah pertumbuhan ekonomi. [10 markah]

3 Bagaimanakah masalah asas ekonomi dapat diselesaikan oleh Sistem Ekonomi


pasaran bebas berbanding Sistem Ekonomi campuran. [10 markah]
-Masalah asas ekonomi apa barang yang hendak dikeluarkan dapat diselesaikan oleh
sistem ekonomi pasaran bebas ialah melalui makanisme pasaran atau corak
perbelanjaan terhadap barang dan perkhidmatan manakala sistem ekonomi campuran
diselesaikan melalui makanisme pasaran dan kerajaan menyediakan barang awam.
Seterusnya,masalah asas ekonomi berapa banyak barang hendak dikeluarkan dapat
diselesaikan oleh sistem ekonomi pasaran bebas ialah melalui mekanisme pasaran
manakala sistem ekonomi campuran melalui mekanisme pasaran untuk barang
ekonomi dan kerajaan menentukan jumlah barang awam yang perlu disediakan.
Masalah asas ekonomi yang seterusnya ialah bagaimana barang hendak dikeluarkan
dapat diselesaikan oleh sistem ekonomi pasaran bebas ialah bergantung kepada
kaedah pengeluaran yang cekap sama ada intensif buruh atau intensif modal yang
meminimumkan kos pengeluaran supaya motif pengeluar untuk memaksimumkan
keuntungan dapat dicapai.Manakala system ekonomi campuran pula pengeluar akan
memilih cara yang paling cekap untuk meminimumkan kos pengeluaran dan
memaksimumkan keuntungan.Kerajaan akan memilih cara pengeluaran yang
memaksimumkan kebajikan rakyat.

4 Jelaskan tujuan campur tangan kerajaan. [10 markah]


-Tujuan campur tangan kerajaan ialah menyediakan barang awam untuk meningkatkan
kebajikan masyarakat.Seterusnya kerajaan ingin membaiki agihan pendapatan.Contohnya
kerajaan menggunakan sistem percukaian dan subsidi untuk mengagih semula pendapatan
masyarakat yang terjejas.Selain itu,kerajaan juga mengawal kuasa monopoli untuk
menggalakkan pesaingan sihat melalui kawalan.
Kerajaan juga mengawal eksternaliti negatif yang merugikan masyarakat.Kesan ini
daripada aktiviti pengeluaran yang tidak terkawal.Disamping itu, kerajaan dapat
menstabilkan dasar harga maksimum dan minimum yang dilaksanakan bagi menstabilkan
tingkat harga umum yang sering berubah-ubah.

You might also like