You are on page 1of 16

900/1 STPM 2007

JABATAN PELAJARAN PERAK

LEARNING TO SCORE

PENGAJIAN AM
KERTAS 1 SET 1

(ANEKA PILIHAN)
(Dua jam)

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

Arahan kepada calon :

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT


DEMIKIAN.

Ada enam puluh soalan dalam ujian ini. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan
jawapan : anda dikehendaki memilih jawapan yang paling tepat dan menandakannya pada
Borang Jawapan Aneka Pilihan yang berasingan.

Baca arahan pada Borang Jawapan Aneka Pilihan itu dengan teliti.

Jawab semua soalan. Markah tidak akan ditolak bagi jawapan yang salah : jumlah
markah anda dalam ujian ini ialah bilangan soalan yang dijawab dengan betul.

Kertas soalan ini terdiri daripada 15 halaman bercetak


Jabatan Pelajaran Negeri Perak 2007

STPM 900/1 [Lihat sebelah


SULIT*
1.
• Memastikan sumber negara digunakan secara optimum
• Meninggikan kadar pertumbuhan ekonomi dan menyusun semula struktur dan
ketidakseimbangan ekonomi

Penyataan di atas merujuk kepada

A Dasar Penswastaan
B Dasar Perindustrian Berat
C Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran Negara
D Dasar Pengurangan Beban Perbelanjaan Awam

2. Antara yang berikut yang manakah yang menjadi matlamat kerajaan dalam
pelaksanaan Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam dalam Pentadbiran?

I Menghasilkan perkhidmatan yang bermutu


II Menggalakkan sikap kesederhanaan dalam perkhidmatan
III Mengutamakan kerja berkumpulan dan tindakan diri sendiri
IV Menghapuskan sikap negatif dalam menjalankan tugas yang diamanahkan

A I dan II C II dan III


B I dan IV D III dan IV

3.
• Mewujudkan sifat-sifat kepimpinan yang matang
• Mencapai taraf keilmuan yang luas dan mendalam

Penyataan di atas merujuk kepada

A Wawasan 2020 C Dasar Pendidikan Kebangsaan


B Dasar Belia Negara D Dasar Kebudayaan Kebangsaan

4. Antara yang berikut, yang manakah objektif Dasar Sains dan Teknologi Negara ?

I Membaiki kehidupan dan kesejahteraan rakyat


II Meningkatkan potensi dalam bidang pengurusan
III Mewujudkan masyarakat yang berdaya cipta dan berpandangan jauh
IV Menggalakkan penggunaan sains dan teknologi dalam pembangunan negara

A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

5. Pembangunan Pendidikan Malaysia yang bertujuan untuk mengembangkan potensi


individu selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara berteraskan peningkatan

I etika kerja
II kecekapan
III akses dalam pendidikan
IV daya pengeluaran negara

A I dan II C II dan III


B I dan IV D III dan IV

2
6.

• Mencapai keseimbangan ekonomi antara bandar dengan luar bandar


• Mewujudkan bandar-bandar berbeza saiz dan fungsinya serta mewujudkan
bandar-bandar baru

Objektif di atas merujuk kepada

A Wawasan 2020 C Dasar Urbanisasi Negara


B Dasar Perhutanan Negara D Dasar Perindustrian Negara

7. Antara yang berikut, yang manakah yang benar tentang matlamat Pelan Integriti
Nasional ?

I Menggalakkan perkembangan sumber-sumber manusia


II Pembangunan ekonomi untuk meningkatkan taraf hidup rakyat
III Membangunkan negara yang bertemakan nilai-nilai murni dan bermaruah
IV Membentuk satu gerakan nasional secara terancang, sistematik dan bersepadu

A I dan II C II dan III


B I dan IV D III dan IV

8.
‘Memperkaya serta mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian
yang seimbang dengan pembangunan sosio-ekonomi’

Penyataan di atas merujuk kepada objektif

A Dasar Sosial Negara C Dasar Pendidikan Kebangsaan


B Pelan Integriti Nasional D Dasar Kebudayaan Kebangsaan

9. Antara yang berikut, yang manakah Pelan Tindakan dalam pelaksanaan Dasar Wanita
Negara ?

I Menetapkan kuota penyertaan wanita dalam pelbagai sektor


II Melibatkan wanita dalam penggubalan pelaksanaan undang-undang
III Memberi hak penjagaan anak kepada ibu apabila berlaku perceraian
IV Memasukkan pendidikan kekeluargaan dalam semua kursus pendidikan dan
latihan kerjaya

A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

10. Antara yang berikut, yang manakah melibatkan Malaysia dalam Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu ( PBB)?

I Mencadangkan Afrika Selatan dipecat daripada PBB


II Menjadi anggota tetap dalam Majlis Keselamatan PBB
III Menggesa penghapusan Dasar Aparteid di Afrika Selatan
IV Menghantar pasukan tentera pengaman di bawah naungan PBB

A I dan II C II dan III

3
B I dan IV D III dan IV

11. Antara yang berikut, yang manakah merupakan punca utama Malaysia lebih
berminat dengan kerjasama Selatan-Selatan?

A Kegagalan dalam Dialog Utara-Selatan


B Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu tidak dapat bertindak secara adil
C Negara-negara Selatan dapat menguatkan suara politik secara kolektif
D Pakatan ketenteraan dalam kalangan negara-negara Selatan dapat diwujudkan

12.
• Menyelesaikan pertikaian di Asia Tenggara secara rundingan
• Mengelakkan campur tangan kuasa-kuasa besar di Asia Tenggara

Penyataan di atas merujuk kepada konsep asas perjuangan politik dalam ASEAN
melalui

A ZOPFAN (Zon Aman Bebas dan Berkecuali)


B NAM (Pergerakan Negara-negara Berkecuali)
C SEANWFZ (Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara)
D UNESCO (Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB)

13. Antara yang berikut, yang manakah benar tentang pendirian Malaysia terhadap isu
Antartika?

I Malaysia menentang aktiviti ujian nuklear dijalankan di Antartika


II Malaysia menyokong sebarang pembangunan yang dijalankan di Antartika
III Malaysia mahu keuntungan dari Antartika dikongsi bersama oleh negara-
negara di dunia
IV Malaysia mahu Antartika diisytiharkan sebagai kawasan bebas dan khazanahnya
menjadi milik bersama

A I dan II C II dan III


B I dan IV D III dan IV

14. Antara yang berikut, yang manakah merupakan pendirian Malaysia untuk menyelesaikan
masalah negara-negara anggota ASEAN?

I Segala pertikaian antara negara anggota diselesaikan melalui rundingan


II Masalah domestik hendaklah diselesaikan oleh rakyat negara berkenaan
III Menggalakkan kemasukan buruh asing untuk menyelesaikan masalah
kekurangan tenaga kerja
IV Negara-negara anggota patut mewujudkan pakatan ketenteraan untuk
menentang campur tangan kuasa luar

A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

15. Antara yang berikut, yang manakah merupakan masalah yang dihadapi dalam
kerjasama ekonomi antara negara anggota ASEAN?

A Pengeluaran bahan mentah yang berlebihan


B Kemasukan pelabur-pelabur asing yang ramai
C Ketidakstabilan politik dalam kalangan negara anggota

4
D Negara-negara anggota lebih mengutamakan kepentingan domestik daripada
kepentingan bersama

16.
• Mempengerusikan persidangan yang menghasilkan Deklarasi Langkawi
• Menganjurkan sukan kedua terbesar di dunia untuk mengeratkan hubungan
negara anggota

Penyataan di atas merujuk kepada usaha Malaysia dalam

A Pertubuhan Komanwel
B Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
C Pergerakan Negara-negara Berkecuali
D Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam

17. Antara yang berikut, yang manakah merupakan prinsip-prinsip perjuangan


Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ?

I Berusaha untuk memulihara keamanan dunia


II Menjalin hubungan ketenteraan antara negara-negara anggota PBB
III Melindungi kuota eksport barangan negara-negara sedang membangun
IV Menghentikan pencerobohan sesebuah negara terhadap negara yang lain

A I dan II C II dan III


B I dan IV D III dan IV

18.
• Menghormati kedaulatan, kemerdekaan dan keutuhan wilayah
• Dianggotai oleh negara-negara sedang membangun di Asia dan di Afrika

Penyataan di atas merujuk kepada

A Dialog Selatan-Selatan
B Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik
C Pergerakan Negara-negara Berkecuali
D Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam

19.
Matlamat Penubuhan
X Y Z
Pembangunan dan Mempertingkatkan Kerjasama ekonomi yang
kerjasama sosioekonomi kerjasama pertukaran longgar dengan slogan
serta politik serantau maklumat dan data “perdagangan bebas dan
Negara-negara Selatan pasaran terbuka di Asia pasifik.”

Antara yang berikut, yang manakah benar tentang matlamat dan pertubuhan di atas ?
ASEAN KUMPULAN 15 KERJASAMA EKONOMI ASIA PASIFIK
A X Y Z
B Y Z X
C Z X Y
D Y X Z

5
20. Antara yang berikut, yang manakah usaha Pertubuhan Negara-negara Asia
Tenggara (ASEAN) bagi mewujudkan kestabilan politik dan keselamatan di rantau
ini?
I Mesyuarat ASEAN +3
II Forum Serantau ASEAN (ARF)
III Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN
IV Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear AsiaTenggara (SEANWFZ)

A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

21. Antara yang berikut, yang manakah benar tentang kebebasan diri dalam
Perlembagaan Persekutuan Malaysia?

I Boleh dijatuhi hukuman mati jika sabit kesalahan


II Hendaklah dibicarakan di mahkamah dalam tempoh 24 jam
III Mengetahui sebab-sebab kenapa ditangkap oleh pihak yang berkuasa
IV Hanya boleh melantik peguam yang disyorkan oleh pihak yang berkuasa

A I dan III C II dan III


B I dan IV D II dan IV

22.
En. Wong, seorang warganegara Singapura berumur 45 tahun dan telah bermastautin
di Ipoh, Perak lebih daripada15 tahun. Beliau telah memohon menjadi warganegara
Malaysia.

Merujuk kepada penyataan di atas, En. Wong boleh memperoleh kewarganegaraan


melalui

A Masukan C Percantuman Wilayah


B Pendaftaran D Kuatkuasa Undang-Undang

23. Antara yang berikut, yang manakah benar tentang badan tidak berkanun ?

I Organisasi ini dikawal oleh menteri secara ketat


II Bebas mengawal perbelanjaan pentadbiran dan pengurusan
III Ketua eksekutif ialah Pengurus Besar yang dilantik oleh menteri
IV Jabatan Perkhidmatan Awam dan Perbendaharaan mesti dirujuk sebelum
mengubah bilangan pekerja

A I dan II C II dan III


B I dan IV D III dan IV

24.
• Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia

6
• Jabatan Pendaftaran Negara

Agensi-agensi di atas menjalankan tugas di bawah kementerian

A Kementerian Kewangan
B Jabatan Perdana Menteri
C Kementerian Hal-Ehwal Dalam Negeri
D Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal-Ehwal Pengguna
25. Antara yang berikut, yang manakah benar tentang kabinet ?

I Merupakan badan pentadbiran tertinggi dalam negara


II Diketuai oleh Perdana Menteri yang juga ahli Dewan Rakyat
III Menjalankan tugas berdasarkan perintah Yang di-Pertuan Agong
IV Merupakan badan pemerintah tertinggi dan pembentuk dasar utama negara

A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

26.
• Dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong
• Pengerusi Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara

Penyataan di atas merujuk kepada

A Perdana Menteri C Ketua Setiausaha Negara


B Setiausaha Parlimen D Ketua Setiausaha Kementerian

27.
• Majlis Tanah Negara
• Majlis Kewangan Negara
• Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan

Antara yang berikut, yang manakah benar tentang majlis-majlis di atas?

I Perdana Menteri menjadi Pengerusi majlis ini


II Ditubuhkan di bawah peruntukan Perlembagaan Persekutuan
III Majlis ini diletakkan di bawah kawalan Jabatan Perdana Menteri
IV Ditubuhkan untuk menyelaraskan pentadbiran antara Kerajaan Persekutuan
dengan Kerajaan Negeri

A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

28. Antara yang berikut, yang manakah benar tentang penubuhan Jawatankuasa Kemajuan
dan Keselamatan Kampung (JKKK) ?

A Memberi peluang kepada ahli-ahli politik peringkat cawangan mentadbir kampung


B Memberi peluang kepada penduduk kampung untuk mengawal keselamatan
kampung
C Memberi kemudahan kepada penduduk kampung membuat tuntutan terhadap
projek-projek pembangunan
D Memberi peluang kepada penduduk kampung merancang dan melaksanakan projek-
projek pembangunan

7
29.
Meluluskan pertukaran status tanah daripada tanah pertanian kepada
tanah pembangunan

Penyataan di atas merujuk kepada

A Dewan Undangan Negeri C Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri


B Pihak Berkuasa Tempatan D Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
30. Antara yang berikut, yang manakah benar tentang tugas Yang di-Pertua Negeri ?

I Menghadiri semua perbahasan di Dewan Undangan Negeri


II Merupakan sebahagian daripada anggota badan perundangan negeri
III Mempunyai kuasa budi bicara untuk menolak permohonan membubarkan Dewan
Undangan Negeri
IV Mengampuni orang yang disabitkan kesalahan di Mahkamah Syariah dan
Mahkamah Awam negeri masing-masing

A I dan II C II dan III


B I dan III D III dan IV

31.

Majlis Parlimen

Dewan Rakyat X

Antara yang berikut yang benar mengenai keanggotaan X ?

A Bilangan ahli X akan berubah setiap 8 hingga 10 tahun


B Tempoh jawatan seseorang ahli X ialah tiga tahun dan akan terjejas oleh
pembubaran Parlimen
C Seseorang ahli X boleh berhenti daripada menjadi ahli dengan menulis surat kepada
Yang di-Pertuan Agong
D Jika ahli X tidak hadir dalam mesyuarat selama enam bulan dengan tidak mendapat
izin maka tempat beliau boleh dikosongkan

32. Antara yang berikut, yang manakah merupakan fungsi Pejabat Kewangan Negeri ?

I Mengurus pentadbiran kewangan peringkat negeri


II Membuat laporan kepada Bank Negara tentang kedudukan kewangan negeri
III Mengurus pembayaran perbelanjaan kepada Jabatan Pelajaran dan Jabatan
Imigresen Negeri
IV Mengurus peruntukan wang kepada agensi-agensi negeri mengikut arahan Majlis
Mesyuarat Kerajaan Negeri

A I dan II C II dan III


B I dan IV D III dan IV

33.
• Dipengerusikan oleh seorang Menteri

8
• Membuat dasar memajukan dan mengawal kerajaan tempatan di seluruh
Persekutuan

Penyataan di atas merujuk kepada fungsi

A Jabatan Perdana Menteri


B Majlis Keselamatan Negara
C Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan
D Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
34. Antara yang berikut, yang manakah merupakan kriteria pemberian geran oleh
Kerajaan Persekutuan kepada Pihak Berkuasa Tempatan?

I Panjang jalan raya


II Bilangan penduduk
III Jumlah hasil kutipan
IV Bilangan bangunan awam

A I dan II C II dan III


B I dan IV D III dan IV

35.
• Dipengerusikan oleh Perdana Menteri
• Membuat rancangan-rancangan pembangunan negara

Penyataan di atas merujuk kepada

A Majlis Tanah Negara


B Majlis Kewangan Negara
C Majlis Perancang Negara
D Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan

36. Antara yang berikut, yang manakah benar tentang kuasa budi bicara Raja ?

I Melantik seorang Menteri Besar


II Melantik Hakim Mahkamah Sesyen
III Melantik ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
IV Mengurniakan gelaran dan bintang kebesaran negeri

A I dan III C II dan III


B I dan IV D II dan IV

37.

Keputusan Mahkamah

Pilihan raya umum kawasan X adalah didapati tidak


sah

Antara yang berikut, mahkamah yang manakah yang boleh membuat keputusan seperti
di atas?

A Mahkamah Majistret C Mahkamah Tinggi

9
B Mahkamah Sesyen D Mahkamah Persekutuan

38.
Dewan Undangan Negeri Sabah telah dibubarkan pada 30 April 2004. Keadaan ini
membolehkan satu pilihan raya umum diadakan di negeri tersebut.

Antara yang berikut, yang manakah tarikh akhir bagi menjalankan pilihan raya umum di
negeri Sabah?

A 30 Mei 2004 C 29 Julai 2004


B 29 Jun 2004 D 28 Ogos 2004

39.
• Dilantik dari kalangan ahli Parlimen
• Bertanggungjawab membantu Menteri dan Timbalan Menteri menjalankan
kewajipan mereka

Penyataan di atas merujuk kepada

A Setiausaha Politik C Setiausaha Majlis Parlimen


B Setiausaha Parlimen D Ketua Setiausaha Kementerian

40. Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan pilihan raya kecil kawasan Dewan
Undangan Negeri?

I Pilihan raya kecil diadakan lima tahun sekali


II Diadakan kerana perletakan jawatan seorang ahli Dewan Undangan Negeri.
III Tidak perlu diadakan jika tempoh baki hayat Dewan Undang Negeri tinggal tiga
tahun.
IV Diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh diisytiharkan kosong bagi mana-
mana kawasan di Semenanjung Malaysia.

A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

41.
Seorang remaja berumur 15 tahun menghadapi tuduhan membunuh

Mahkamah X

Bersalah

Hukuman Y

Antara yang berikut, yang manakah paling sesuai mewakili X dan Y dalam rajah di atas?

X Y
A Mahkamah Tinggi Hukuman Mati
B Mahkamah Tinggi Menjalani Proses Kawalan dan Pemulihan

10
C Mahkamah Bagi Kanak-Kanak Hukuman Mati
D Mahkamah Bagi Kanak-Kanak Menjalani Proses Kawalan dan Pemulihan

42. Antara yang berikut, jawatan yang manakah boleh dipecat oleh Yang di- Pertuan
Agong atas cadangan sebuah tribunal ?

I Menteri
II Perdana Menteri
III Ketua Audit Negara
IV Hakim Besar Malaya

A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV
43. Antara yang berikut, yang manakah kes yang boleh dirayu ke Mahkamah Rayuan?

I Keputusan kes tuntutan penceraian berjumlah RM 1 juta


II Pihak pendakwa merayu keputusan kes Mahkamah Sesyen
III Hukuman mati yang dijatuhkan ke atas seorang pengedar dadah
IV Rayuan seorang isteri berkaitan hak penjagaan anak yang dibuat di Mahkamah
Syariah

A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

44.

Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-undang

Bidang Tugas

I Memecat Peguam Negara


II Melantik Hakim Mahkamah Tinggi
III Mengenakan tindakan disiplin kepada Majistret
IV Mengesahkan jawatan kakitangan Jabatan Peguam Negara

Berdasarkan penyataan yang diberikan, yang manakah benar tentang


suruhanjaya di
atas?

A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

45.
Mahkamah Khas Raja-Raja

Keanggotaan

I Peguam Negara
II Ketua Hakim Negara
III Pesuruhjaya Kehakiman
IV 11Mahkamah Tinggi
Hakim-hakim Besar
Antara yang berikut, yang manakah yang menganggotai badan kehakiman di atas ?

A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

46. P, Q, R, S dan T ialah pekebun kecil tanaman buah jambu batu. Pada bulan Januari
2007, pengeluaran jambu batu adalah seperti berikut : Kebun T mengeluarkan 2 kali
ganda buah jambu batu kebun S dan pengeluaran kebun S adalah 2 kali ganda kebun
R. Pengeluaran kebun P adalah 3 kali ganda kebun R, pengeluaran kebun Q adalah
purata kebun P dan kebun R. Jika jumlah pengeluaran mereka adalah 12 000 biji jambu
batu, kebun manakah yang mengeluarkan 3000 biji jambu batu pada bulan itu?

A P C R
B Q D T
Soalan-soalan 47 dan 48 berdasarkan Jadual 1 di bawah ini.

Jadual 1 : Pasaran Saham Kuala Lumpur pada 6 Februari 2007


Tahun Industri Tutup +/- Jumlah
Tinggi Rendah (‘000)
116 96.5 Acoustech 115 8 41644
610 550 Asia File 585 10 160
660 600 Guinness Anc 640 -20 734
191 169 Latitude Tree 180 -8 1340
655 545 Lion Div 585 -15 25540
2480 2370 Nestle 2380 Tetap 2941
60 56.5 Pinwee Group 57 Tetap 1130
95 72 Xian Leng 82 2 3237
444 346 Pelikan 410 -8 1397

47. Kaunter yang manakah yang mengalami peratusan perubahan harga tahunan yang
paling rendah?

A Nestle C Pinwee Group


B Asia File D Guinness Anc

48. Kaunter yang manakah yang mengalami peratusan kejatuhan harian yang paling besar?

A Pelikan C Guinness Anc


B Lion Div D Latitude Tree

49. Alina, Nurul dan Lucy berkelah di sebuah taman. Setiap orang mempunyai minuman
yang sama tetapi masing-masing makan nasi dan kek yang berlainan seperti berikut:

Nasi Kek
Lemak Coklat
Goreng Buah-buahan • Orang
Tomato Vanila yang
makan kek coklat dan nasi goreng bukan Lucy
• Alina makan nasi tomato tetapi tidak makan kek buah-buahan

12
Antara yang berikut, yang manakah kombinasi makanan yang dimakan oleh mereka?

Alina Nurul Lucy


A Nasi lemak Nasi tomato Nasi lemak
Kek vanila Kek buah-buahan Kek buah-buahan
B Nasi tomato Nasi goreng Nasi lemak
Kek vanila Kek buah-buahan Kek coklat
C Nasi tomato Nasi goreng Nasi goreng
Kek coklat Kek vanila Kek vanila
D Nasi goreng Nasi lemak Nasi tomato
Kek buah-buahan Kek coklat Kek coklat

50.
• Semua kayu boleh diukir.
• Sesetengah kayu berwarna neutral
• Semua rumah diperbuat daripada kayu

Antara yang berikut, yang manakah benar tentang kayu dan rumah ?

I Semua papan boleh diukir


II Semua papan boleh diukir dan berwarna neutral.
III Semua papan diperbuat daripada kayu dan boleh diukir
IV Semua rumah diperbuat daripada kayu dan berwarna neutral.

A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

51.
Barangan : Proton Waja 1.6 (m)
Harga : RM 69 000. 00
Bayaran pendahuluan : RM 10 000.00
Cara bayaran : Ansuran
Tempoh bayaran : 9 tahun
Kadar faedah : 3.5 % setahun

Hitungkan bayaran setahun yang perlu dijelaskan

A RM 718.38 C RM8620.56
B RM6465.42 D RM 10 081.67

Soalan 52 berdasarkan Jadual 2 di bawah ini.

Jadual 2: Jumlah Kematian Kemalangan Jalan raya sepanjang Ops Sikap


Sempena Tahun Baharu Cina bagi tahun 2006 dan 2007
Kenderaan Bilangan kematian
2006 2007
Penunggang dan pembonceng motosikal 121 126
Pemandu dan penumpang kereta 43 41

13
Lori dan basikal 6 8
Van 3 5
Lain-lain kenderaan 8 7
Pejalan kaki 20 19
Jumlah 226 206

52. Antara yang berikut yang manakah yang benar tentang jadual di atas?

I Peratus perubahan jumlah kematian kemalangan jalanraya ialah 8.85%


II Kadar kematian bagi pemandu dan penumpang kereta mengalami penurunan
III Peratus penurunan kematian bagi pejalan kaki dan lain-lain kenderaan adalah
sama.
IV Kadar kematian pejalan kaki bagi tahun 2007 adalah lebih tinggi berbanding
dengan tahun 2006

A I dan II C II dan III


B I dan IV D III dan IV

53. Lembaga Air Perak mengenakan bayaran penggunaan air kepada penghuni rumah
Encik P pada kadar berikut :

10 m3 pertama =
RM0.30/m3
15 m3 berikutnya = RM 0.70/m3
Bacaan berikutnya = RM 1.03/m3
* m3 – meter padu

Secara purata, penghuni rumah Encik P menggunakan sebanyak 3m3 air sehari.
Berapakah bayaran yang perlu dijelaskan oleh Encik P bagi penggunaan air dalam
tempoh 30 hari?

A RM 66.95 C RM80.45
B RM67.95 D RM91.95

Soalan 54 berdasarkan Jadual 3 di bawah ini.

Jadual 3 : Malaysia : Pendapatan daripada Perkhidmatan dan Kompaun bagi


Tahun 2003-2005
Butiran 2003(RM juta) 2004(RM juta) 2005(RM juta)
Perkhidmatan 199.61 213.12 70.6
Kompaun 19.03 17.17 14.4
Lain-lain Pendapatan 10.09 12.6 14.9
Jumlah 228.73 242.89 99.9

54. Antara yang berikut yang manakah benar tentang pendapatan daripada perkhidmatan
dan kompaun bagi tahun 2003-2005?

I Pendapatan daripada perkhidmatan telah merosot sebanyak 182.73%.


II Lain-lain pendapatan menunjukkan pola yang tidak konsisten dari segi peratusan
III Perbezaan peratusan pendapatan daripada kompaun antara tahun 2003 dengan
tahun 2005 sebanyak 24.33%
IV Peratusan perubahan jumlah keseluruhan pendapatan antara tahun 2003
dengan tahun 2004 ialah sebanyak 6.19%

14
A I dan III C II dan III
B I dan IV D III dan IV

Soalan 55 dan 56 berdasarkan Jadual 4 di bawah ini.

Jadual 4 : Kadar Sewa Kereta Syarikat XYZ


Jenis Kenderaan Kadar Sewa(hari) Kadar Sewa(minggu) Diskaun (%)
Toyota Avanza 150 1000 -
Proton Waja 110 720 10
Proton Wira 100 650 10
Proton Iswara 80 520 -
Perodua Kancil 60 400 5

55. Encik P, isteri dan tiga orang anak mereka bercuti di Kuala Lumpur. Dia ingin menyewa
sebuah kenderaan bagi memudahkan beliau sekeluarga melawat bandaraya itu.
Sekiranya Encik P berhasrat untuk menyewa kereta Proton Wira selama 9 hari,
berapakah kos sewa yang dikenakan?
A RM650 C RM850
B RM765 D RM900
56. Jika Encik P menyewa kereta Perodua Kancil, berapa peratuskah perbezaan kos
menyewa kereta kancil berbanding dengan kos menyewa kereta Proton Wira?

A 35% C 43%
B 42% D 55%

57. Di sebuah ladang ternakan, terdapat 150 ekor itik. 20% daripada itik tersebut dibawa ke
pasar untuk dijual dan hanya 50% daripada itik tersebut berjaya dijual. Pada hari yang
sama seorang pemborong telah membeli 20 ekor itik dari ladang tersebut. Berapa ekor
itikkah yang masih berada di ladang ternakan tersebut?

A 100 C 130
B 115 D 135

Soalan 58 dan 59 berdasarkan Jadual 5 di bawah ini.

Jadual 5 : Ringgit Malaysia bagi Satu Unit Mata Wang Asing


Mata Wang Harga jualan Harga belian
US$ Dolar Amerika Syarikat 3.8250 3.7750
S$ Singapura 2.3215 2.2680

58. Yusof, seorang warganegara Malaysia bekerja sebagai juruterbang dengan sebuah
syarikat penerbangan di Singapura. Pendapatan bulanan beliau ialah S$8 000. Pada
bulan Februari hingga Jun 2005 beliau telah mendapat elaun sebanyak S$10 000 dan
pada bulai Julai hingga Oktober 2006 elaun yang diterima ialah sebanyak S$5 000.
Berapakah jumlah pendapatan Yusof bagi tahun 2006 dalam ringgit Malaysia?

A RM229 068.00 C RM251 748.00


B RM 240 408.00 D RM446 796.00

59. Ketika berada di Amerika Syarikat Yusof telah membeli sebuah komputer riba berharga
US$800. Beliau telah dikenakan cukai sebanyak RM459.00. Berapakah jumlah kos yang
telah dibayar oleh Yusof untuk komputer riba tersebut dalam ringgit Malaysia?

A RM3 020.00 C RM3 479.00

15
B RM3 060.00 D RM3 519.00

60. Sebuah syarikat talian telefon mudah alih mengenakan caj yang berikut;

Caj/minit
Masa
Talian yang lain Talian yang sama
5 minit yang pertama 60 sen 15 sen
25 minit yang seterusnya 30 sen 10 sen
Bonus selepas 30 minit 10 sen 5 sen
Pesanan ringkas 15 sen 1 sen

Jika X telah membuat panggilan kepada rakannya Y, yang menggunakan talian yang
berbeza selama satu jam dan selepas itu X menelefon rakannya Z, daripada talian yang
sama selama 40 minit. Jumlah pesanan ringkas yang dibuat oleh X melalui talian yang
sama ialah sebanyak 10 pesanan dan 17 pesanan kepada talian yang berbeza.
Berapakah jumlah caj yang dikenakan ke atas X?

A RM13.65 C RM23.40
B RM19.90 D RM26.40

16

You might also like