You are on page 1of 1

KISAH BIJI GETAH

Rumah Zahim berhampiran kebun getah. Apabila tiba musim panas, suasana kebun getah meriah sekali. Ketika inilah, buah getah yang tua meletup memuntahkan biji-bijinya. Iramanya pup! pap! pup! pap!. Bagi rumah sesiapa yang berhampiran dengan kebun getah pasti pernah mendengar bunyi biji getah yang meletup daripada tangkainya. Bunyi meletup dan serpihan itu selalunya boleh terpelanting jauh sehingga ke atap rumah. Bunyi tersebut menandakan bermulanya satu pesta bagi orang kampung untuk mencari pendapatan lebih dan juga satu musim liga biji getah antara anak-anak kampung.

Pada waktu itu, nilai biji getah ataupun permintaan untuk biji getah begitu tinggi. Ianya merupakan satu sambutan perayaan yang meriah. Pada waktu tersebut, semua orang kampung turun padang daripada ayah hinggalah ke anaknya. Orang kampung sibuk mencari biji getah dan sekiranya dapat menguutip satu guni besar, nilai yang diperoleh ialah RM10. Nilai RM 10 pada zaman kanak-kanak pada suatu ketika dahulu tersangat besar. Biji getah yang dikutip dijual kepada orang yang memiliki tapak semaian. Daripada biji getah, pemilik tapak semaian akan menanam semula anak-anak benih biji getah.

You might also like