You are on page 1of 17

SMK DATO’ HJ.MOHD.

TAIB,
31200 CHEMOR, PERAK

KAJIAN TINDAKAN
2007
TAJUK KAJIAN:
MENINGKAT KEFAHAMAN PELAJAR
MEMFAKTORKAN PERSAMAAN KUADRATIK
DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH “ABC”
BAGI PELAJAR TINGKATAN 4 IKRAM

DISEDIAKAN OLEH:

NORIZAN BT ISMAIL
KHALIJAH BT MAHAT

1
Nama dan Alamat Sekolah
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO’ HJ. MOHD. TAIB,
31200 CHEMOR,
PERAK DARUL RIDZUAN.

Nama Pengkaji
NORIZAN BT ISMAIL
KHALIJAH BT MAHAT

Tajuk Kajian
MENINGKAT KEFAHAMAN PELAJAR MEMFAKTORKAN PERSAMAAN
KUADRATIK DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH “ABC” BAGI PELAJAR
TINGKATAN 4 IKRAM

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

Pengalaman mengajar kelas yang cemerlang dan kelas yang lemah membolehkan
saya menilai keupayaan pelajar memfaktorkan persamaan kuadratik bagi topik 2
matematik tingkatan 4. Pelajar kelas lemah merasa tidak selesa menyelesaikan soalan
matematik yang mempunyai pembolehubah yang tidak diketahui.
Sukar untuk saya menjelaskan kepada pelajar apabila melibatkan pemboleh ubah
tidak diketahui ini. Penerangan secara konkrit perlu dilaksanakan untuk memberi
penjelasan yang lebih jelas kepada pelajar. Bagaimana pun topik ini adalah satu topik
yang penting kerana sering keluar dalam peperiksaan SPM sebenar sama ada kertas 1
atau kertas 2.
Pada Ujian Topikal Bab 2 ini saya dapati hanya 5 orang sahaja daripada 36 pelajar
dapat menfaktorkan persamaan kuadratik dengan menggunakan kaedah persilangan iaitu
13.89%. Semasa membuat semakan jawapan pelajar mengakui bahawa mereka tahu
menyelesaikan masalah tersebut tetapi masih lagi keliru dengan kedudukan positif dan

2
negative bagi punca-punca persamaan kuadratik tambahan pula apabila terdapat
pembolehubah yang tidak diketahui.
Saya telah berusaha mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam
kelas namun pelajar masih keliru dan membuatkan mereka kurang minat untuk belajar
matematik. Tambahan pula ada sebilangan pelajar yang kurang memberi penumpuan
semasa saya mengajar. Saya sepatutnya memberi fokus kepada keseluruhan kelas dan
memberi tumpuan kepada pelajar-pelajar yang bermasalah ini dengan pendekatan yang
lain.
Latar belakang pelajar dari kelas ini juga agak lemah iaitu kebanyakan daripada
mereka memperoleh D atau E dalam matapelajaran matematik diperingkat PMR. Ini
melibatkan penguasaan asas matematik. Oleh itu penguasaan konsep asas perlu
diterapkan dalam penyelesaian masalah yang melibatkan pemfaktoran persamaan
kuadratik ini.

Fokus Kajian

Walaupun saya mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh pelajar saya, saya hanya
akan fokuskan kajian ini terhadap cara memfaktorkan persamaan kuadratik. Pelajar saya
berpotensi untuk cemerlang dan boleh memahami konsep atau cara memfaktorkan
persamaan kuadratik jika mempunyai bimbingan dan kaedah yang mudah untuk
difahami. Mereka melakukan banyak kesalahan semasa memfaktorkan persamaan
kuadratik. Antaranya ialah:
 Jawapan yag diberi tidak mengikut kehendak soalan.
 Keliru dengan kedudukan nombor negatif dan positif.
 Pelajar tidak berusaha untuk memberi jawapan langsung semasa
menjawap soalan.
 Pelajar mereka sendiri formula mereka untuk mengisi kotak jawapan.

3
Objektif Kajian

Selepas kajian ini selesai dijalankan, pelajar-pelajar diharap dapat mencapai Objektif
berikut:

i. Objektif Umum
Meningkatkan kefahaman pelajar memfaktorkan persamaan kuadratik dalam
matapelajaran matematik.

ii. Objektif Khusus

 Meningkatkan bilangan pelajar yang dapat menjawab penyelesaian pemfaktoran


persamaan kuadratik dikalangan pelajar tingkatan 4 Ikram.
 Meningkatkan keupayaan pelajar mengaplikasikan kaedah baru dalam
memfaktorkan persamaan kuadrtik.
 Membantu pelajar menguasai topic Ungkapan dan Persamaan kuadratik.

Methodologi Kajian

Methodologi yang digunakan ialah :


(a) Pemerhatian
Sikap pelajar dilihat secara tidak formal aewaktu aktiviti pengajaran dan
pembelajaran berlangsung

(b) Soal selidik


Borang soal selidik diedarkan kepada pelajar dan pelajar diminta menjawab
dengan jujur.

4
(c) Ujian Pra
Ujian Pra dijalankan sebelum aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk
menguji tahap pengetahuan sedia ada pelajar memfaktorkan sesuatu ungkapan
dan persamaan.

(d) Pengajaran dan Pembelajaran


Pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan guru memberi pendekatan
atau kaedah baru untuk menguji tahap penguasaan dan kefahaman pelajar
memfaktorkan ungkapan atau persamaan.

(e) Ujian Pos


Ujian Pos dijalankan bagi melihat keberkesanan kaedah yang dijalankan
setelah guru memperkenalkan kaedah mudah bagi memfaktorkan ungkapan
atau persamaan kuadratik.

Kumpulan Sasaran
Kajian ini melibatkan 36 orang pelajar Tingkatan 4 Ikram yang terdiri daripada 29 orang
pelajar Melayu, 4 pelajar Cina dan 3 pelajar India.

Tindakan Yang Dicadangkan

i) Tinjauan Masalah.
Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini,
tinjauan terhadp masalah yang dikenal pasti akan dibuat bertujuan untuk memahami
dengan lebih mendalam masalah tersebut. Tinjauan dilakukan dengan mengutip data
seperti berikut :
 Ujian ‘ pre-test’ bagi topik ini dijalankan bagi menganalisis kelemahan
pelajar dalam memfaktorkan persamaan kuadratik.
 Latihan harian mengikut sub-topik dalam topik Ungkapan dan Persamaan
Kuadratik.

5
 Perbandingan kaedah mengajar dengan guru lain iaitu bertanyakan
pengalaman mengajar kepada guru yang lebih berpengalaman.

ii) Pelaksanaan Kaedah “ABC”


Cara Pelaksanaan:
 Guru memberi beberapa contoh persamaan kuadratik dan menunjukkan cara
penyelesaian dengan menggunakan kaedah tersebut.
 Guru memberi beberapa lagi soalan dan pelajar cuba menjawab secara
berkumpulan. Setelah selesai pelajar menyemak jawapan bersama-sama rakan
lain. Dengan menggunakan kaedah pembelajaran Mastery Learning.
 Guru memberi latihan kepada pelajar untuk melihat keupayaan pelajr menjawab
soalan.
*Ini dijalankan sub-topik demi sub-topik sehingga selesai topic ungkapan dan
persamaan kuadratik.

 Guru memberi ujian topical 1 untuk mengetahui kelemahan pelajar melalui


kaedah baru ini. Pelajar mengenalpasti kesalahan yang dilakukan semasa
menjawab soalan
 Guru memberi ujian Topikal 2 untuk melihat tahap penguasaan sebenar
setelah pelajar mengenalpasti kesalahan yang dilakuan.

Dapatan Kajian

Kajian yang dijalankan terhadap 36 orang pelajar tingkatan 4 Ikram mendapati:

Analisis Data

Soal selidik
Daripada soal selidak yang dijalankan, guru mendapati 58.33%
pelajar meminati mata pelajaran matematik, 38.89% tidak pasti dan 2.78%
tidak meminati mata pelajaran matematik. Soal selidik juga mendapati

6
factor yang mempengaruhi seseorang pelajar berminat untuk belajar
dipengaruhi oleh diri sendiri, keluarga, rakan-rakan, guru dan juga factor
sekeliling.

Pemerhatian
Kaedah pemerhatian yang dijalankan mendapati pelajar-pelajar
kelas 4 Ikram yang terdiri daripada 20 orang pelajar lelaki dan 16 orang
pelajar perempuan ini mempunyai sikap suka berbual dan kurang memberi
tumpuan semasa guru mengajar. Kelas ini merupakan kelas kedua terakhir
dalam tingkatan 4. Latarbelakang pelajar yang mempunyai keputusan
UPSR dan PMR yang kurang memuaskan menyebabkan mereka sukar
untuk memahami pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan. Pelajar
juga memerlukan pendekatan yang lebih konkrit dan nyata bagi melihat
atau mengaitkan kegunaan ilmu tersebut dalam situasi harian.

Kaedah Ujian Pra


Ujian Pra yang dijalankan sebelum aktiviti Pengajaran dan
pembelajaran Topik 2 Matematik Tingkatan 4 mendapati hanya 5 orang
pelajar sahaja yang boleh menjawab soalan Pra berdasarkan pengetahuan
sedia ada yang telah dipelajari oleh pelajar di tingkatan menengah rendah
dahulu.

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran


Guru menggunakan “Kaedah ABC” agar pelajar dapat
memfaktorkan ungkapan atau persamaan kuadratik. Kaedah ini
memudakan para pelajar untuk memfaktorkan unkapan dan persamaan
kuadratik kerana ia menggabaikan pembolehubah tidak diketahui.

7
KAEDAH “ABC”
EXAMPLE 1: Factorise x 2
 3 x  10

Solution:
General Form: ax 2
 bx  c
1( ) + 1( ) = 3
-10 -5 x 2
5 x -2

1( 5 ) + 1( -2 ) = 3
(x - 2)(x + 5)

KAEDAH “ABC”
EXAMPLE 2: Factorise 2 x2  5x  3

Solution:
General Form: ax 2  bx  c
2( ) + 1( ) = 5
-3 -1 x 3
-3 x 1

2( 3 ) + 1( -1 ) = 5
(2x - 1)(x + 3)

Kaedah Ujian Pos


Ujian Pos dijalankan bagi melihat keberkesanan kaedah yang
dijalankan. Setelah kaedah “ABC” dijalankan didapati pelajar yang dapat

8
menjawab soalan iaitu mencapai tahap markah yang ditetapkan ialah 11
orang. Iaitu sebanyak 30.5% . Kenaikan sebanyak 16.6% daripada pelajar
yang boleh menjawap semasa ujian Pra dijalankan.

Rumusan
Penggunaan kaedah ini memberi konsep kefahaman matematik yag mudah
iaitu hanya menggunakan nombor-nombor negatif atau positif dimana
kaedah ini mengabaikan pembolehubah tidak diketahui dan hanya
menggunakan pembolehubah tidak diketahui diakhir jawapan.

Refleksi Kajian

Penilaian Pencapaian Pelajar


Melalui kaedah yang dijalankan, saya dapati pelajar saya telah mampu
untuk memfaktorkan ungkapan dan persamaan kuadratik. Mereka dapat memahami
dengan menggunakan kosep asas matematik iaitu tambah, tolak, darab adan bahagi untuk
memfaktorkan ungkapan dan persamaan kuadratik.

Pemerhatian
Saya rasa berpuas hati walaupun tidak kesemua pelajar saya dapat
menguasai kaedah ini, tetapi sekurang-kurangnya peratus pencapaian meningkat. Melihat
daripada factor latar belakang pelajar, pencapaian pelajar dikira agak memuaskan.
Pelajar perlu didedahkan dengan pelbagai kaedah dan pendekatan untuk memberi
peluang dan membuka minda atau merangsang pembelajaran mereka agar lebih praktikal.

Proses Pengajaran Dan Pembelajaran


Melalui kaedah ini, ianya dapat membantu pelajar-pelajar saya untuk
meningkatkan lagi markah ujian ataupun peperiksaan sama ada peperiksaan dalaman atau
awam.

9
CADANGAN
Saya bercadang untuk meneruskan kaedah ini terutama apabila mengajar pelajar-
pelajar yang berlatar belakangkan pencapaian akademik yang lemah. Saya amat
berharap pelajar-pelajar lemah ini dapat meningkatkan penguasaan mereka dalam
mencapai kecemerlangan dalam bilang akademik. Pelajar-pelajar ini juga perlu
didedahkan dengan teknik menjawab soalan supaya mereka dapat menjawab soalan
dengan lebih berkesan. Pelajar perlu diberi motivasi untuk meningkatkan kesedaran
diri tentang kepentingan ilmu di masa hadapan.Kerjasama dari [elbagai pihak
memainkan peranan secara langsung dan tidak langsung bagi mewujudkan generasi
yang berkebolehan dan berkualiti.

10
LAMPIRAN

11
Aktiviti-aktiviti ini akan diubah suai mengikut keperluan setelah saya melaksanakan
tinjauan awal.

Bil. Aktiviti Tarikh Pelaksanaan Catatan


1. Mengenal pasti masalah san 8 Januari 2007
pengumpulan data awal.
2. Menulis refleksi Pengajaran dan 18 Januari 2007
Pembelajaran Dahulu
3. Merancang Tindakan-(Individu/ 8 Februari 2007
Panitia)
4. Melaksanakan Tindakan-aktiviti 1 9 Februari 2007
5. Membincang dan menganalisis 10 Februari 2007
masalah yang timbul dalam tindakan
1.
6 Melaksanakan tindakan – aktiviti 2 12 Februari 2007
7 Mengenal pasti masalah dan 13 Februari 2007
pengumpulan data awal
8 Menulis Proposal Kajian 14 Februari 2007
9 Merancang Tindakan- 5 Mac 2007
(individu/panitia)
10 Melaksanakan tindakan –aktiviti 3 19 Mac 2007
11 Membincang dan mengenalpasti 21 Mac 2007
masalah-aktiviti 3
12 Melaksanakan tindakan- aktiviti 4 29 Mac 2007
Ujian untuk mengesan pencapaian
pelajar.
13 Refleksi Kajian 2 April 2007
14 Menulis Laporan Kajian 9 April 2007
15 Pembentangan dapatan Kajian. 15 Jun 2007

12
KAJIAN TINDAKAN 2007
SOALAN SOALSELIDIK
Jawab semua soalan. Tandakan ( / ) pada petak yang berkenaan. Kerjasama anda sangat dihargai.

1. Jantina L 20 P 16

2. Bangsa M 29 C 4 I 3

3. Keputusan UPSR bagi matapelajaran Matematik A B C D E


2 9 14 8 3

4. Keputusan PMR bagi matapelajaran Matematik A B C D E


1 4 21 10

5. Pendapatan Keluarga <500 8 >500 17


>1000 9 >2000 2

6. Adakah anda mengikuti kelas tuisyen matematik di pusat tuisyen Ya 2 Tidak 34

Pilih jawapan yang tepat.


1-Sangat Tidak Setuju 2-Tidak Setuju 3-Tidak Pasti 4-Setuju 5-Sangat Setuju

1 2 3 4 5
7. Saya meminati matapelajaran matematik 1 0 14 13 8
8. Saya menyiapkan latihan matematik yang diberikan oleh guru. 1 4 18 7 6
9. Saya mempunyai masalah keluarga 20 6 9 0 1
10. Ahli keluarga saya memberi sokongan yang penuh untuk saya 2 0 6 11 17
belajar.
11. Keadaan di rumah saya menyebabkan saya sukar untuk 9 9 10 6 2
memberi tumpuan masa belajar.
12. Saya bekerja diluar waktu sekolah. 16 9 5 5 1
13. Saya selalu tidur lewat kerana menonton televisyen. 8 8 10 7 3
14. Saya membantu ibu dan bapa membuat kerja di rumah. 2 2 7 12 13
15. Saya tiada masa untuk mengulangkaji pelajaran di rumah. 11 6 17 1 1
16. Saya tidak berminat untuk belajar. 15 10 6 2 3
17. Saya tidak dapat beri tumpuan semasa guru mengajar. 6 7 15 4 4
18. Matematik adalah matapelajaran yang susah untuk belajar. 3 2 14 11 6
19. Guru matematik tidak membantu saya untuk memahami 15 5 10 4 2
topik-topik yang diajar.
20. Cara guru matematik mengajar sangat bosan dan tidak menarik. 11 7 9 3 6
21. Saya suka guru mengajar menggunakan bahasa Inggeris. 18 6 5 5 2
22. Saya tidak memahami apa yang disampaikan oleh guru matematik 9 10 11 4 2
23.Latihan yang diberikan oleh guru tidak mencukupi. 11 13 8 3 1
24. Saya akan belajar jika guru matematik seorang yang garang. 16 8 6 4 2
25. Saya tidak suka guru matematik saya sekarang. 19 7 10 0 0
26. Saya suka ponteng kelas matematik. 26 7 1 1 1

13
27. Saya selalu tidur dalam kelas semasa guru mengajar. 15 7 11 2 1
28. Saya tidak suka keadaan kelas yang bising. 5 5 5 8 13
29. Kelas saya sangat bising. 6 3 7 8 12
30. Keadaan di rumah saya sangat bising. 15 11 9 0 1
31. Kawan-kawan saya mempengaruhi saya untuk bersembang- 7 3 9 9 8
sembang semasa guru mengajar.

14
SMK DATO’ HJ.MOHD. TAIB,
31200 CHEMOR, PERAK

PRE-TEST

NAME:…………………………………………………………………..

Factorize each of the quadratic expressions given below.

1. x 2  3x  10 2. y 2  2 y  8

3. 2 x 2  5 x  3 4. 4n 2  11n  3

Find the roots of each quadratic equation given below by using factorization.
1. x 2  6 x  16  0 2. 3 x 2  11x  6  0

15
3. 2 x 2  7 x  15  0 4. 5 f 2  9 f  2  0

Solve the following quadratic equations.

1. (h  4) 2  4 2. x  5 
6
x

p6
3. p 2  4. x 2  4(3  2 x)
2

16
17

You might also like