You are on page 1of 10

JENIS-JENIS MESYUARAT

 Mesyuarat Agung
 Mesyuarat Agung Luar
Biasa
 Mesyuarat Jawatankuasa
 Mesyuarat Jawatankuasa
Projek
Mesyuarat Agung.

1. Mengedarkan surat jemputan Mesyuarat Agung Kelab


diedarkan sekurang-kurangnya 14 hari sebelum mesyuarat
diadakan dengan disertakan minit mesyuarat yang lalu.
(Lampiran D)

2. Atur Cara Majlis Mesyuarat Agung

2.1 Ucapan Alu-aluan


2.2 Ucapan Penasihat Kelab
2.3 UcapanPerasmian Mesyuarat Agung
2.4 Agenda Mesyuarat Agung

2.4.1 Ucapan Pengerusi Mesyuarat


2.4.2 Membentang dan mengesahkan minit
mesyuarat agung yang lalu.(Lampiran E)
2.4.3 Membentangkan laporan tahunan.
2.4.4 Membentangkan dan mengesahkan
laporan kewangan
2.4.5 Pemilihan Ahli Jawatankuasa
i. Pengerusi
ii. Naib Pengerusi
iii. Setiausaha
iv. Penolong Setiausaha
v. Bendahari
vi. Penolong Bendahari
vii. Ahli Jawatankuasa

2.4.6 Pemilihan dua orang


juru audit
2.4.7 Membahaskan usul-usul
yang diterima
2.4.8 Ucapan penangguhan
Mesyuarat Agung Luar Biasa
Mesyuarat Agung Luar Biasa / Tergempar
boleh diadakan dengan kehendak
sebahagian ahli atau Ahli Jawatankuasa
bagi membincangkan satu agenda sahaja.
Notis hendaklah disiarkan dua minggu
sebelum diadakan.
Mesyuarat ini juga boleh diadakan
kerana:
i. Permintaan bertulis 2/3 ahli
ii. Pengerusi memikirkan perlunya
mesyuarat diadakan.
Mesyuarat Jawatankuasa
Mesyuarat ini diadakan untuk menggerakkan
aktiviti kelab. Mesyuarat hanya boleh
dijalankan sekiranya cukup korum (2/3
daripada ahli jawatankuasa). Mesyuarat ini
hendaklah dihadiri oleh guru penasihat yang
dilantik oleh Pengetua/GB. Notis panggilan
mesyuarat hendaklah diberi dalam tempoh satu
minggu. (Lampiran F)
Agenda Mesyuarat hendaklah merangkumi perkara
berikut
i. Ucapan Pengerusi.
ii. Mengesahkan minit mesyuarat yang
lalu. (Lampiran G)
iii. Perkara berbangkit.
iv. Laporan biro-biro.
v. Laporan kewangan.
vi. Hal-hal lain.
Mesyuarat Jawatankuasa Projek
Agenda Mesyuarat
a. Ucapan Pengerusi
b. Membentang dan mengesahkan minit
mesyuarat yang lalu
c. Perkara-perkara berbangkit
d. Membincangkan hal projek (Lampiran H)
i. Tarikh
ii. Hari
iii. Masa
iv. Tempat
e. Melantik ahli jawatankuasa projek
f. Tugas-tugas ahli jawatankuasa projek
g. Kewangan projek
h. Hal-hal lain.
Contoh Minit Mesyuarat Agung Lampiran E

Tarikh : 11.3.200X (Isnin)


Masa : 2.30 petang
Tempat : Dewan SMK Bandar Baru Uda
Kehadiran : 50/70 (senarai nama dilampirkan)
Bil. Agenda Catatan
1. Ucapan Pengerusi
2. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu.
2.1 Pencadang
2.2 Penyokong
3. Membentang laporan tahunan
3.1 Pencadang
3.2 Penyokong
4. Membentang dan mengesahkan laporan kewangan
4.1 Pencadang
4.2 Penyokong
5. Pemilihan Ahli Jawatankuasa
5.1 Pengerusi
5.2 Naib Pengerusi
5.3 Setiausaha
5.4 Penolong Setiausaha
5.5 Bendahari
5.6 Penolong Bendahari
5.7 Ahli Jawatankuasa (maksima 7 orang)
6. Pemilihan dua orang Juruaudit
7. Membahaskan usul-usul yang diterima
8. Ucapan penangguhan
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.00 petang.
Dicatatkan oleh
Setiausaha
Contoh Surat Jemputan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Lampiran F
Kelab Pencinta Alam,
SMK Bandar Baru Uda, SMKBBU/05/KPA/(13)
81200 Johor Bahru. JOHOR. 15.3.200X
Saudara Mohamad bin Atan,
Tingkatan 4 Sastera 1.
Saudara/Saudari,
MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA KELAB PENCINTA ALAM SEKOLAH
Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Ahli Jawatankuasa, Kelab Pencinta
Alam,SMK Bandar Baru Uda, Johor Bahru akan diadakan seperti butiran dibawah:
Tarikh : 13.4.2002 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Bilik Bacaan, SMK Bandar Baru Uda.
2. Agenda Mesyuarat adalah seperti berikut:
2.1 Ucapan Pengerusi 2.4 Laporan kewangan
2.2 Mengesahkan minit 2.5 Laporan biro-biro
mesyuarat yang lalu. 2.6 Hal-hal lain
2.3 Perkara berbangkit.
3. Saudara / saudari dijemput hadir ke mesyuarat ini. Kehadiran amat
dihargai.
Sekian, terima kasih.
Saya yang menurut perintah,
(SITI HALIZA BTE AHMAD )
Setiausaha Kelab Pencinta Alam.
s.k. 1. Guru Penasihat Kelab Pencinta Alam
2. Pengerusi Kelab Pencinta Alam.
Contoh Minit Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Lampiran G
Tarikh : 13.4.200X (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Bilik Bacaan SMK Bandar Baru Uda.
Ahli yang hadir : 13/15 (Senarai dilampirkan)

Bil Agenda Tindakan


1. Ucapan Pengerusi
2. Mengesahkan Minit Mesyuarat kali ke dua
2.1. Pencadang
2.2. Penyokong
3. Perkara Berbangkit
3.1.
3.2
4. Laporan Jawatankuasa Kecil
5. Laporan Kewangan
6. Hal-hal lain

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.30 pagi

Dicatat oleh,
……………………………………… …………………………………………
( SITI HALIZA BTE AHMAD ) Disahkan oleh Guru Penasihat
Setiausaha,
Tarikh : 13.4.200X
SEKIAN TERIMA
KASIH

You might also like